2023-09-26

LGBT berlaku di sekolah berasrama.


Ada satu video kat TikTok.
Orang tu cakap anak-anak yang masuk sekolah berasrama terdedah dengan LGBT.
And for that reason, dia taknak anak-anak dia ke sekolah berasrama.
Aku tengok video dia sampai habis.
Tapi aku tak nampak alasan itu adalah alasan yang kuat untuk berkempen jangan bagi anak masuk boarding school.
Lalu aku pun komen:

Yang reply komen aku tu bukan tuan punya video.
Itu some random people.
Aku baca komen dia macam....errr..kau ni pernah kena liwat ke?
Apa teruk sangat paranoid ni?
Apa ke peliknya, menggunakan alasan lelaki sama lelaki tido sebilik boleh menjadi punca LGBT?
Tak pernah masuk Uni ke apa budak ni.
Macamlah lelaki tido sebilik dengan lelaki lain tu hanya berlaku kat boarding school saja.
Kat Uni esok, kau takkan dapat satu bilik sorang, ya.
Lagila pulak zaman Uni tak pakai dorm. Pakai bilik.
Sebilik ada yang 2 orang je.
Perlu ke kau nak overthinking sampai ke tahap tu? Ya ampunnnn 🤣.

En Wan duduk dorm masa Persediaan ke Jepun.
2 tahun dia di UTM Semarak KL.
Tak berlaku lansung aktiviti songsang.
Kemudian 5 tahun kat Jepun.
Lagilah kat Jepun tu kalau nak menyongsang boleh sangat.
Takde siapa kisah. Bukan negara Islam.
Orang melayu pun tak ramai.
Walau macam tu, En Wan kata tak pernah dengar lansung mana-mana budak dari batch dia, mahupun batch senior atau junior yang menyongsang.
Time aku belajar dulu pun tak pernah dengar berlaku songsang-menyongsang ni.
Budak-budak lelaku tu semua sebilik 2-3 orang.

Entahlah, aku rasa merepek sangat kempen LGBT berlaku di sekolah berasrama.
Tak dinafikan, di sekolah berasrama berlaku masalah disiplin.
Mana-mana sekolah pun ada masalah disiplin.
But it is important to understand that orientasi seksual seseorang tidak ada kena-mengena dengan sikap.
LGBT ialah orientasi yang berkaitan dengan individu, bukan sikap.
Identiti is something yang tak boleh "dipelajari" melalui interaksi dengan orang lain.

Boarding school tak sepatutnya jadi faktor meningkatnya risiko LGBT.
This is a different educational environment yang mana student tinggal bersama for the purpose of learning and personal development.
Kalau pun sejarah tunjukkan identiti songsang pernah berlaku di boarding school, percentage-nya terlaluuuuuuuuuuu kecil.
Tak boleh lansung dikatakan punca anak-anak berjinak-jinak dengan LGBT di sana.

Tak sangka wujud pemikiran yang macam ni.
Aku tak tahulah ini ketakutan diri sendiri, atau sekadar nak menakut-nakutkan orang.
Maybe dia atau anak dia tak dapat masuk boarding school?
Kalaulah sampai ke tahap tu nak risau, that explains kenapa cara orang-orang ni berfikir macam tu.
Macam tak pernah bercampur orang.

Kot ye pun sekarang orang tengah sibuk nak prepare anak-anak ke sekolah asrama tahun depan, janganlah buat kempen mengarut, menyebarkan satu persepsi di sekolah asrama berlaku aktiviti songsang.
Merepeknya la haiii.
Redza 5 tahun kat Langkawi, tinggal sebilik 3-4 orang.
Elok je anak-anak batch Xanthron. Alhamdulillah.
Ni kat KMB lagilah. Sebilik 2 orang.
Takkan ini pun kau nak overthinking jugak?
Anak-anak yang kat overseas apa cerita pula.
Takkan sebab kau paranoid, maka hak anak-anak ni nak pergi belajar dinafikan?
Kalau macam tu, sampai bila-bila anak kau berkepit bawah tetek kau jelah.
Toksah belajar ke mana-mana.
Biar melekap dengan kau sampai beruban bulu kote.

Kadang kan, orang yang suka buat kempen mengarut macam ni bukan apa.
Dia takut anaknya esok tak dapat masuk boarding school.
Jadi, dia kempen awal-awal konon boarding school banyak bawa masalah disiplin.
Konon anak dia memang dia tak bagi masuk boarding school sebab nak elakkan terdedah dengan masalah macam ni. Eleh padahallll.
Dia macam ni lah.
Takde siapa kisah pun anak kau belajar kat mana.
Kau je feeling orang nak ambil tahu.