2023-09-29

Dah mati esok, tanah sepasu pun bergaduh macam nak kiamat.


Post ni straight forward.
Aku nak ajak korang yang belum buat hibah untuk buah hibah.
Sebab apa?
Sebab aku excited bila En Wan bagitau berapa CT (adik ipar aku) bayar bulan-bulan untuk hibah anak-anak dia (THe Widads).

Kisahnya, CT grab promosi hibah RM250K tu dari En Wan.
Aku ni tak tahu cerita.
Semalam masa tengah makan roti naan, aku cakaplah nak balik rumah Mak Aji minggu ni.
Rindu nak jumpa The Widads.
Then En Wan cerita pasal CT ambil hibah dengan dia.
Yang aku excited nak promote kat korang ni adalah, CT punya hibah RM100 je sebulan!
Nilai hibahnya RM250K, ya.
RM100 je setiap bulan. Kau rasa?

Aku tanya Wan, umur CT berapa?

"Lahir tahun 1988".

Maknanya, aku dulu ambil hibah around umur CT sebab nilai hibah aku pun RM100 je.
Now, aku dah 46 tahun, masih lagi bayar RM100 sebulan. Tak berubah pun.
Hibah ni lain dari medical card.
Medical card ada potensi naik caruman bulanan sebab dia ikut Bank Negara.
Tapi, hibah adalah tetap.
10 tahun lepas kau bayar RM100 sebulan, lagi 10 tahun pun RM100 sebulan juga.

Yang buat aku excited nak share tu adalah sebab, ramai yang tanya aku kalau umur sekian-sekian berapa agaknya bayaran caruman hibah.
Actually, caruman antara sorang dengan sorang yang lain berbeza.
Ikut jantina, umur, and medical history.
Contoh macam En Wan.
10 tahun lepas, dia ambil hibah sama dengan aku.
Aku bayar RM100. Dia dalam RM105.
Yang membezakan nilai carumah kitorang adalah, dia lelaki, dan umur setahun lebih tua dari aku.
Baru-baru ni dia ambil lagi 2nd hibah yang promosi RM250K ni untuk aku.
Kalau ikutkan, caruman dia takkan tinggi mana.
Tapi disebabkan 2 tahun lepas dia pernah buat operation sebab ada abcess dalam perut, maka caruman tinggi sikit.
Tapi takde la sampai RM200.

Ni aku share client En Wan punya caruman hibah.

Perhatian ROW 1 sahaja.
Sebab ROW 1 tu yang sedang promotion sekarang. Nilai hibah RM250K.
Caruman si perempuan cuma RM100/bulan.
Si lelaki RM103/bulan.

Cuba tengok pula ROW 2.
Yang proposal si perempuan En Wan letak option nilai hibah RM400K.
Kalau ambil ini, caruman bulanan baru RM124, terus dapat hibah RM400K.

Imagine macam CT tadi.
Umur dia now 35 tahun.
Caruman adalah hingga 70 tahun.
Kalau CT simpan RM100 sebulan (sama macam nilai carumah hibah) selama 35 tahun, pada usia 70 tahun duit yang dia tinggalkan untuk anak-anak adalah RM42K sahaja.
Berbanding dia ambil hibah dengan nilai "simpanan bulanan" yang sama, anak boleh dapat RM250K bila CT dah takde nanti.
Dah tak risau apa nak tinggal kat anak-anak bila dah takde. Hibah ada.

Sebab apa aku nak korang grab offer RM250K ni?

Sebab ini 👆🏻.
Minimum nilai hibah adalah RM350K.
Tapi untuk limited time, Prudential buat promosi hibah RM250K.
Bermakna, ini peluang nak buat hibah nilai sampai RM250K dengan caruman bulanan yang rendah.

Tolonglah pejam mata dan grab offer ni.
Kita tengah hidup bernafas sempurna memang rasa macam tak penting ambil hibah.
Tapi yang bergantung pada kita sebenarnya sangat takutttt kalau kehilangan kita.
Especially untuk isteri yang tak bekerja.
Kalau dia tahu suami ada sediakan hibah, legalah juga.
Bukan minta suami mati awal.
Tapi sekiranya mati, dia tahu ada benda untuk dia pegang bagi meneruskan hidup sementara nak betul-betul stabil.
Yang dah mati tu dah tentulah mati.
Yang hidup ni kita tak tahu seksa dia nak meneruskan kehidupan tanpa sebarang sandaran.


Memang Allah tu ada.
Tapi Allah tak turunkan duit selepuk depan mata lepas pasangan meninggal.
Perlu ada ikhtiar dulu.
Sama ada kita nak minta sumbangan kat Pusat Zakat, atau Masjid, atau saudara-mara -- ini adalah sebahagian dari ikhtiar.
Kalau tak sanggup tengok isteri tunggu berjam-jam kat pusat zakat demi bantuan RM300, kalau tak sanggup tengok anak-anak beratur kat masjid untuk sekampit beras, tolonglah buat hibah sekarang.
Bukan nak menakut-nakutkan, tapi dah banyak cerita-cerita menakutkan berlaku bila breadwinner meninggal. Tu belum lagi dengan masalah tuntutan faraid.
Dah mati esok, tanah sepasu pun bergaduh macam nak kiamat.

Jangan segan nak whatsapp En Wan - 012-4407757
Minta dia kira berdasarkan umur, jantina dan medical history korang, berapa agaknya caruman bulanan.
Insyallah korang mampu.

Benda ni, kalau nak kita simpan sendiri RM100 sebulan, silap-silap lagi 3 bulan kita keluarkan balik simpanan tu.
Dengan hibah, tersimpan terus dalam tu tak boleh keluarkan sampailah korang mati.