2023-08-26

Belum ada keperluan


3-4 hari ni kat FB aku ramai yang share pasal influencer yang duduk PPRT tu.
Ada orang share video dia make over dalaman rumah.
Semua dia buat sendiri -- dari pasang floor board (yang jenis self-adhesive, bukan solid wood), kepada pasang lampu siling, kepada pasang suis, etc.
Bila ramai-ramai dok bercerita pasal dia, please expect macam-macam jenis komen.
Yang aku menyampah, dalam ramai-ramai komen, ada 1-2 komen dari lelaki, "Kalau macam ni, boleh buat semua sendiri, hantaran 30K pun berbaloi"

Kesian gila siapa dapat berlakikan kau.
Nampak nau cari bini untuk dijadikan orang gaji.
Semua benda kau nak lepaskan kat bini buat sendiri.
Yang kau? Bagi nafkah pun bare minimum, balik rumah macam tuan besar semua bini siapkan, lepas tu nak mengote hari-hari.
Kau rasa dengan mindset kau yang serabut macam bulu kote, ada perempuan nak?

Budak yang duduk PPRT tu buat kerja rumah sebab dia suka, ya.
Bukan sebab laki dia suruh.
Yang kau, ambik anak orang, konon bayar 30K dah banyak, nak jadikan orang gaji buat segala tok nenek kerja dalam rumah tu.
Eh, pegi mampos boleh?

Kadang bila viral cerita-cerita gini bagus juga.
Sebab boleh nampak perangai masing-masing.
Yang laki dengan perangai narcistic-nya.
Yang perempuan, dengan tak puas hatinya.

Ada satu video tunjuk budak tu pergi pasar and beli barang basah yang simple-simple saja.

"Dapur buat cantik, masak 1 lauk je"

Melopong kejap aku baca komen tu.
Ini kalau tengok dapur aku agaknya dia cakap "Dapur besar, tapi takde function".
Seram I.

Look. Masing-masing ada preference.
Ada yang nak begini, ada yang nak begitu.
Ada yang in order nak begini, dia kena lepaskan yang itu.
Ada yang terpaksa lepaskan itu, demi nak dapatkan yang ini.

Ada orang suka gym, maka satu bilik khas untuk bilik gym.
Ada orang suka menerima tetamu, jadi dia buatkan bilik khas untuk guest.
Ada orang suka ada ruang khas untuk solat dan mengaji, jadi dalam rumah dia ada satu bilik yang dibuatkan mini surau.

Ada juga orang yang rumah tu khas untuk keluarganya saja.
Dia tak plan lansung untuk menerima tetamu tidur di rumahnya, maka tidak ada preparation ke arah tu.
Ada juga orang yang tak plan untuk menjamu orang ramai, rumahnya hanyalah untuk keluarganya.
Jadi, dia tak plan beli pinggan mangkuk yang banyak dan perkakas masak yang besar.

Masa aku menyewa apartment awal-awal kawen dulu, hati tu teringin nak sofa 3+2+1.
Tapi rumah tak luas.
Maka belilah yang 2 seater saja.
Bukan sebab tak mahu beli lebih, tapi ruang tak mengizinkan.
Boleh je nak beli 3+2+1. Tapi rumah jadi padat.
Aku rimas rumah padat-padat.
Sesekali guest datang, beramai-ramailah bersila atas lantai.
Tak pun, duduk kat kerusi makan.
Meja makan pun aku beli kerusi 4 saja.
Kalau beli besar sikit, konfem berlaga-laga tetek orang-orang dalam rumah. Sempit!

Apartment aku dulu, ruang hall dan dapurnya kalau digabungkan, adalah sebesar bilik tidur aku sekarang.
Sumpah tak tipu.
Jadi aku faham sangat kenapa budak yang duduk flat tu cuba untuk kurangkan pembelian barang-barang yang bagi kita perlu, bagi dia belum ada keperluan lagi.

Contoh, dapur dia yang portable 1 stove tu.
Disebabkan ruang dapur yang sempit, mungkin dia lebih utamakan storage daripada membeli dapur with hood.
Dapur rumah sewa aku dulu agaknya sebesar dapur dia juga.
Bezanya, aku dulu menyewa, tak boleh nak pasang kitchen cabinet.
Just beli 1 almari kasut yang dijadikan tempat simpan periuk dan pinggan mangkuk.
Kabinet tu beli 1 saja sebab nak jimatkan ruang dapur.
Maka, pinggang mangkuk hanya keluarkan 4 set saja -- 4 pinggan, 4 piring, 4 cawan.
Kalau guest datang beramai-ramai baru keluarkan pinggang mangkuk dari kotak (dalam store).
Lepas pakai simpan balik dalam kotak.

Budak tu bukan tak mampu beli apa yang kita rasa dia patut beli, tetapi dia memilih untuk tidak beli sekarang.
Satu hari nanti, dia pindah rumah lain, masa tu dia beli segala benda, karang kau bitter pulak.
Follow tak Farah Merhi?
Aku syak budak tu dapat inspiration dari Farah Merhi sebab cekak pink yang dia selalu pakai tu pun Farah Merhi pakai.
Korang yang bitter-bitter tu, aku suggest pi follow Farah Merhi.
Sebab, Farah tu have-have.
Kalau dengan orang have-have ni manusia cenderung jadikan inspirasi.
Kalau follow dak-dak PPR karang, kau cenderung mendengki.
Jadi, kau followlah Farah.