2023-06-25

Malaysia nak tawarkan tempat untuk rakyat Rohingya sambung belajar kat UIA.



Semalam aku tepek video ni kat IGS.
Tengah kecoh sekarang, katanya Malaysia nak tawarkan tempat untuk rakyat Rohingya sambung belajar kat UIA.
Katanya lagi, Qatar willing tanggung kos pendidikan budak-budak Rohingya.
Lalu, rakyat Malaysia start berbunyi kenapa nak offer tempat kat Rohingya, sedangkan mereka pelarian.
Nanti macamana dengan nasib anak-anak Malaysia yang terpaksa berebut kuota tempat belajar dengan Rohingya.
Apa pula kelayakan Rohingya nak sambung belajar kat uni.
Dan macam-macam lagi pertanyaan.
Aku tak pasti ada tak pihak KPT atau PMX explain isu ni.
Sebab aku tak nampak lagi apa-apa maklumbalas dari kerajaan tentang kerisauan rakyat Malaysia terhadap isu ni.

Bila aku up video tu, beberapa orang tanya apa pandangan aku.
Ok, ini sekadar pandangan aku saja.
Kalau sesiapa ada pandangan lain, dipersilakan share di media sosial masing-masing.
Because dalam isu ni, lebih banyak perkongsian pandangan, lebih bagus.

Kalau aku, I don't see any problem.
Because ia umpama tajaan (scholarship) dari negara lain untuk Rohingya sambung belajar di tempat kita.
Tidak melibatkan wang kita.
Dan kita juga tak pasti apa syarat yang UIA keluarkan untuk student Rohingya.
Dah tentu ada syarat, tak mungkin takde.
Program Food Safety aku buat tu pun kita tak ambil sebarang orang.
Sesiapa yang ada certain qualifications dan working experience dalam bidang yang relevan sahaja boleh ambil course tu.
Jadi, aku percaya UIA ada set of requirements juga.
Part ni, rasanya kita tak perlu ragu-ragu dengan UIA.
Aku yakin UIA pun nak jaga ranking-nya.
Kau Malaysian ke, foreigners ke, refugee ke, tetap ada syarat kelayakan yang mesti dipatuhi.

Dari sudut humanitarian effort, menerima pelajar Rohingya dan menyediakan peluang untuk dorang sambung belajar menunjukkan komitmen kita (Malaysia) terhadap humanitarian values.
Nampaklah yang kita ada belas kesian kat pelarian, yang mana kita tak pinggirkan hak dorang untuk dapat pendidikan.
Because, pelarian tetap ada hak untuk dapat pendidikan.
Ini memang termaktub di bawah undang-undang antarabangsa.
Dalam Universal Declaration of Human Rights ada sebut "everyone has the right to education".
Dan ini terpakai untuk SEMUA, termasuk pelarian.
Jadi, bila Malaysia buka peluang ni, it contributes to imej yang positif untuk negara kita.

Ramai yang kata mereka pelik kenapa pelarian Rohingya perlu ditaja sedangkan ramai anak-anak kita terpaksa meminjam untuk sambung belajar.
Ok, look.
Bukan Malaysia taja mereka, tetapi Qatar.
Kita takde kena-mengena dengan tajaan ini.
Qatar bagi USD50 juta untuk Malaysia provide education for them.
Dalam erti kata lain, Malaysia dibayar untuk bagi pendidikan pada Rohingya.
Umpama kau upah tutor mengajar anak di rumah.
Yang dapat duit adalah tutor.

Malaysia memang takde peruntukan nak taja Rohingya.
Sebab itulah Qatar hulurkan sumbangan.
Di Qatar takde pelarian Rohingya.
Kalau ada, dah tentu Qatar akan bagi free education to them too.
Memandangkan Malaysia menerima Rohingya, Qatar mengambil bahagian dalam menaja pendidikan pula.
Providing Rohingya dengan pendidikan tinggi can empower them untuk dapat pengetahuan dan kemahiran that can be valuable in their future lives.

Kita semua tahu education boleh meningkatkan peluang pekerjaan, boleh kurangkan pergantungan kepada kerajaan, dan boleh bagi manfaat pada overall economy.
Mungkin itulah yang Qatar and Malaysia sedang usahakan.
Allow Rohingya duduk memenuhkan negara tanpa beri mereka sesuatu yang boleh mengubah hidup mereka pun tak guna juga.
Lebih baik give them education.
Manalah tahu bila masuk UIA nanti, dorang terdedah dengan culture kita, belajar hormat undang-undang, belajar berkomunikasi dan adab yang lebih baik.

Cultural exchange is something yang kita dah lama buat, kan?
Pelajar luar negara datang spend time belajar di negara kita dalam 3 bulan.
Kita juga hantar pelajar ke negara luar untuk belajar di sana 3 bulan.
Konsep ini nanti diterapkan dalam program pendidikan Rohingya.
Pelajar Rohingya yang belajar kat UIA nanti akan terdedah dengan culture kita.
Itu salah satu cara untuk memupuk cultural exchange and diversity.
Dari situ nanti berlaku pertukaran idea, berkongsi pengalaman dan cerita, serta berkongsi perspektif antara pelajar Rohingya dan pelajar Malaysia.
At least cultural exchange ni aku nampak banyak perkara positif yang boleh dikembangkan.
Dari sini nanti menggalakkan toleransi, persefahaman, and mutual respect antara komuniti yang berbeza, contributing to a more harmonious society, sekaligus mengurangkan peminggiran (marginalization) dan ketegangan sosial.

Nak laksanakan semua ni tak semudah menulis.
Akan timbul masalah awal-awal ni. Itu pasti.
UIA, kerajaan Malaysia and Qatar kena pikir pro and cons.

Dari segi hubungan antarabangsa pula, bila Malaysia accept sokongan kewangan dari Qatar untuk pendidikan Rohingya, somehow it strengthens the diplomatic ties between Malaysia and Qatar.
It shows, kesediaan Malaysia untuk collaborate dengan international partners untuk tangani isu kemanusiaan.
Bila Malaysia and Qatar ada perjanjian begini, this can lead to broader cooperation in various fields.
Maksudnya, peluang untuk Malaysia ada projek lain dengan Qatar lebih terbuka di masa akan datang.

Financial support USD50M daripada Qatar untuk pendidikan Rohingya di Malaysia boleh bagi implikasi ekonomi yang positif.
Jumlah yang disumbang ni besar.
Kita boleh guna untuk support the development of infrastructure and resources.
Pelajar kita pun boleh sama-sama nikmati pembangunan ni.
Dana dari Qatar ni wujudkan peluang ekonomi and growth to the education sector, sekaligus generate peluang pekerjaan untuk rakyat kita.

Walau macamanapun, penting untuk take note that these benefits bergantung kepada perlaksanaan yang berkesan, termasuk support system yang betul, dan ada usaha penyepaduan dan pembangunan infrastuktur.
At the same time, kerajaan kena consider long term implications juga dan prepare strategi untuk pastikan ke mana hala tuju budak-budak Rohingya selepas graduate.
Bukan apa, benda-benda macam ni ada potential challenges and negative impacts yang kita kena consider.

Sebab apa aku cakap gitu?
Sebab kita semua tahu sistem pendidikan negara kita pun banyak masalah.
Hari-hari cikgu mengadu hal ni, mak bapak mengadu hal tu, pelajar mengeluh ini, hal tu, kipas tak function, cikgu tak cukup, alat bantuan mengajar tak sempurna, etc.
Malaysia nak provide quality education to its own citizens pun ada masalah.
Apetah lagi nak menerima sejumlah besar pelajar Rohingya du UIA tanpa perancangan yang betul dan peruntukan sumber.
Ini boleh menjejaskan infrastruktur pendidikan yang sedia ada, mengakibatkan kesesakan, sumber terhad dan kualiti pendidikan terjejas untuk semua pelajar.
Maka, perancangan kena betul.

Public backlash dah tentu ada.
Sekarang pun dah berbunyi.
Because rakyat bimbang kesan terhadap resources, dan persaingan pekerjaan.
This can lead to social tensions and anti-refugee sentiment.
Sebab itu kerajaan kena jelaskan pada semua, apa yang refugee ni boleh dapat dan apa yang tidak.
Apa yang mereka boleh buat dengan sijil graduasi nanti.
Adakah boleh diterima bekerja kat Malaysia?

Bukan apa, dorang ni tak memiliki kewarganegaraan atau status undang-undang kat Malaysia.
Bila kita bagi dorang peluang sambung belajar tanpa menangani status undang-undang dan kewarganegaraan mereka, this can create uncertainties and limitations untuk pelajar ni dari segi peluang pekerjaan, akses kepada perkhidmatan awam, dan long-term stability.
Dorang ni ke mana selepas ni?
Adakah ada bond dengan Qatar, so that lepas belajar mereka bekerja di Qatar?
Balajar tinggi-tinggi tapi takde execution plan yang betul, akhirnya back to square one -- memenuhkan negara meghabiskan boreh.

Sebagai pelarian, Rohingya berdepan dengan legal restrictions and challenges when it comes to employment opportunities.
Bila takde kewarganegaraan atau status sah, nak dapat permit kerja atau visa bekerja di Malaysia atau negara lain pun payah.
Status dorang sebagai pelarian dah mengehadkan their options untuk dapat pekerjaan yang sah.
Melainkan kalau mereka dah tahu hal ni, that will be another story.
Semoga dengan peluang sambung belajar tu nanti, kalaupun tiada peluang mereka bekerja di sini, mereka untuk bukak perniagaan yang lebih proper.
Tapi tu lah kan, terlalu jauh lagi benda ni.
Perlaksanaan pun belum.
Nak membayangkan yang indah-indah pun belum nampak bayang.
To me, ini adalah kajian cohort.
Tengoklah first cohort ni menjadi ke tak.