2023-06-26

Isu internship ni dah masuk berita TV, ya?


Aku tengok Buletin Utama malam tadi.
Rupanya isu internship ni dah masuk berita TV, ya?
Besau nau isu gamaknya sampai nak kena buat satu akta baru.
Puncanya — elaun dan job scope.
Dikatakan elaun tak setimpal dan job scope tak berkaitan dengan course yang diambil.
Budak-budak ni tak mahu jadi tukang fotostet tau tukang buatkan air.

Sebenarnya, isu ni tak perlu jadi besar pun.
Menerima pelajar intern adalah tak wajib.
Ini sukarela syarikat.
Dari perspektif seorang majikan yang menyediakan tempat latihan praktikal, I have no problem with this issue pun sebenarnya.
Selama ni aku cuma memberi pencerahan tentang apa itu LI, supaya konsep LI itu difahami.
Kalau student masih lagi nak isu elaun ni dijadikan satu isu yang besar, aku tak rasa ada bebanan pada mana-mana syarikat.
Sebab, syarikat can choose to not participate.
If one day ada minimum elaun utk intern, mana-mana syarikat yang nak participate, please adhere to the guidelines.
Kalau tak sanggup, takyah ambil. Simple.
Benda tak kalut nak buat kalut buat apa.

Sebagai ex-intern, aku lebih pikirkan untuk lulus LI sebab aku tak nak extend semata-mata nak buat LI.
Jadi, aku lebih memikirkan ada tempat untuk buat LI. Cukup.

Zaman aku dulu, fakulti yang carikan tempat internship.
Maybe sebab kitorang budak lab, jadi fakulti mahu kami buat internship dalam lab juga.
Fakuti senaraikan tempat buat praktikal, berserta dengan tajuk projek dan berapa ramai tempat tu nak pakai.
Berbondong-bondong kitorang ke notice board depan fakuti nak cop tempat praktikal yang paling dekat dengan rumah.
Masa tu dalam pikiran aku nak pergi MINT (Malaysia Institute of Nuclear Technology).
MINT ni kat Bangi je, tapi dah penuh.
Aku tengok SIRIM masih ada kosong. Terus letak nama.
Tak tengok tajuk projek pun. Janji letak nama dulu.
Dah secure nama, baru tengok tajuk 😂.
Pastu tengok tajuknya "Citric acid production by Aspergillus niger using fermentation".
Apa benda ni saitan??
Sumpah, no idea lansung pasal ni.

Masa tu kitorang baru Year 2.
Year 2 extraction DNA pun tak buat lagi.
Segalanya teori.
Sebab tulah agaknya LI dibuat masa year 2.
So that students akan ditrained oleh experts.
Bila masuk final year nanti, dah reti nak buat kerja-kerja lab untuk final year project.

Masa lapor diri kat SIRIM, dah baca sikit-sikit dah pasal projek tu nanti.
Supervisor aku namanya Encik Ishak, sama pulak dengan nama bapak aku.
Ada sorang lagi coursemate ambil projek yang sama.
Aku lupa nama budak tu.
Yang aku ingat dia ni budak STF.
Sembang punya sembang rupanya makcik dia pun STF.
Aku pun apa lagi, bukaklah story Pak Aji dulu cikgu STF.
Sekali makcik dia student bapak aku.

"Makcik I kata, student STF dulu panggil ayah you "Sir Tall Dark and Handsome".

Gitu kauuu gelaran Pak Aji.
KJ, plis respek sikit, ya.

Masa En Ishak tanya kenal tak Aspergillus niger?
Kitorng berdua dah buat bacaan sebelum datang praktikal, dapatlah explain sikit-sikit teorinya.
Lepas tu aku cakap "Kami belum pernah buat kerja lab di sana. Memang datang sini nak belajar cara kerja lab".
Awal-awal declare bodoh dulu. 
Biar dia tahu kami datang nak belajar.

Eh Ishak cakap "Ya, tahu. Sebab tu namanya latihan"

Pheww! Lega.

Di SIRIM-lah aku belajar cara nak handle mesin-mesin besar macam HPLC (high-performance liquid chromatography).
Disebabkan segalanya baru untuk aku (kami), jadi aku buat 2 jenis report.
Satu lab report, another one is like diary.
Yang diary tu aku buat daily report dari pagi sampai petang, apa kerja aku buat.
Ini inisiatif sendiri.
Fakulti cuma nak tengok lab report saja sebenarnya.
Tapi aku kan suka menulis and bermain dengan warna, jadi aku buatlah report extra.

Hari tu ada follower cakap intern tempat dia siap boleh tido.
Bila manager tak bagi kerja, dia takde pun minta kerja.
Dia buat senyap and tido.
Berani eh budak-budak sekarang time LI tido?

SIRIM kan opposite PKNS Shah Alam.
PKNS tu banyak kedai buku.
Hujung 90an, buku Ahadiat Akasyah tengah in.
Masa tu la aku start berjinak-jinak dengan Ahadiat Akasyah.
Time rehat, lintas jalan pi PKNS, beli buku.
Sementara nak tunggu HPLC aku siap, aku duduk depan mesin tu sambil baca buku Ahadiat.
Bila boss masuk, menggelabah sorokkan buku.
Itu cara-cara baca buku cerita sementara tunggu HPLC siap tau.
Bukannya aku membuta atau bersembang.
Tapi dah cukup buat aku gelabah.
Budak-budak sekarang, dah lah tido, tak buat kerja, masuk lambat, mintak balik awal bagai.
Eh pelik perangai.

Ada satu post from pelajar intern, katanya syarikat-syarikat ambil intern untuk jimatkan kos.
Seingat aku, kami (company aku) tak pernah ambil intern semata-mata nak jimatkan kos.
Kami ambil intern bukan kerana staff tak cukup. NEVER.

Kami ambil intern sebab 2 perkara.
Yang pertama, untuk transfer knowledge.
Memandangkan aku terlibat memproduce academik program dengan university, yang mana modul program tu aku sediakan mengikut kehendak industri, jadi aku mahu student-student ni bila grad esok dah industry-ready.
Takdelah nanti masuk-masuk kerja je, terkibai-kibai.
Nak setup email outlook tak reti, nak email stakeholders tak pandai, nak buat sales tak pandai, nak ambil notes tak pandai.
Ini sebab pertama kenapa aku ambil intern.

Yang kedua, sebab corporate social responsibility.
Untuk contribute to the development of future professionals.
Kami sediakan tempat dorang buat LI yang mana dorang dilatih oleh staff yang relevan.
Kami tak biarkan interns terkontang-kanting buat kerja rencam.
Intern yang masuk akan duduk di bawah staff yang relevan.
Contoh, intern grafik akan duduk di bawah staff grafik.
Dia akan menerima task dan belajar dengan staff grafik.
Same goes intern marketing.
Dia akan duduk bawah staff tetap yang buat marketing.
Dia belajar dengan staf marketing.
Intern bantu staff tetap.
Dari situ dorang akan belajar.
Begitu juga intern lab. Dia duduk bawak staff tetap.

Janganlah ingat kalau takde intern, bisnes kami melingkup.
Kami ada staff tetap yang efisien.
Kalau aku tak ambil intern, syarikat tetap berjalan seperti biasa sebab staf-staf untuk post tersebut, ada.
Kita ambil intern untuk sebab kita ada tanggungjawab untuk beri pendedahan pada pelajar supaya menjadi industry-ready bila grad nanti.
Sambil buat latikan praktikal di sini, sambil-sambil back up staff tetap.
Dalam erti kata lain, intern di ofis kami TIDAK PERNAH dijadikan kuli.
Task intern tak pernah setaraf dengan task staff tetap.
Kita bagi light-light je untuk panaskan enjin dia.

Aku tak faham kenapa fotostet dan buat air dijadikan satu isu.
Masa aku kerja di MOSTI sebagai RA, jangankan kata fotostet.
Fax pun aku. Filing pun aku. Data entry pun aku.
Buat booking hotel untuk mesyuarat pun aku.
Pilih menu untuk seminar 3 hari pun aku.
Buat air kalau ada guest datang ofis pun aku.
Padahal aku RA, ya.
Tapi entahlah, aku buat je.
Tak terpikir pulak nak question "Kenapa saya perlu buat kerja ni sedangkan saya grad with flying colors. In fact, I managed to convert my study loan to scholarship. How dare you!"
Ahhhh gitu dramanya.
Takde, ya. Takde.
Kita buat je apa task yang diminta.
Sebab misi aku adalah nak kerja.
Nak environment yang tenang.

Silap betul aku takde kamera masa ni.
Kalau tak boleh aku tunjuk bukti kat mana workstation aku waktu tu.
Kau tahu kat mana?


Ha tu aku lukis.
Workstation aku adalah di dalam meeting room.
Kat hujunggggg tepi dinding belakang tu.
Kalau dorang mesyuarat, aku kena keluar tumpang duduk kat cubible akak kerani.
Tolonglah akak tu buat apa-apa yang patut.
Kalau dia kata aku boleh teruskan kerja, aku teruskanlah kerja kat belakang tu sambil dengar dorang meeting.
Itu cara-cara dah kerja tau.
Kalau budak intern dapat workstation gini, memang viral.
Elok je ha aku kerja duduk kat meja kecik.
Siap je kerja-kerja aku.
Yang paling penting, tak mati.
Selepas MOSTI berpindah ke Putrajaya, barulah dapat meja kat luar sama-sama staff sokongan yang lain.

Pengambilan internship dah nak mula tak lama lagi.
Company-company yang pernah hantar intern ke sini dah start email untuk letakkan student.
Aku belum consider lagi nak ambil ke tak tahun ni.
Menyampah pulak rasanya bila isu ni timbul.
Skewed priorities.
Attention sekarang dah beralih dari learning and gaining experience to monetary compensation.
Tu belum lagi nak hadap perangai yang kejap-kejap nak cuti.
Dah macam membela anak pulak.
Kalau anak sendiri boleh gak aku tamporkan.
Ini anak orang. Hmmm.

Aku dok membayangkan this year interns akan ikut aku pi meeting kat university, tengok cara buat pitching, belajar buat module program diploma.
Tahun ni graduation OTHM buat kat PWTC.
Aku nak bawak so they can belajar setup event, mingle dengan ramai experts di sana, bla bla bla bla.
Tapi bila aku pikir balik, jenis yang buat kerja lebih berkira, cuti nak banyak, balik nak awal.
Hmm.. dah lah. Ajar staff aku je lagi bagus.