2022-07-14

Jangan nak membongak lecturer bagi task bertimpa-timpa.


Hari tu aku gambar ni kat FB.
Entah student mana la yang merempan macamkan masalah tu dia sorang je dapat, orang lain tak.
Dari zaman aku belajar hampir 30 tahun dulu, course work, assignment, test, quiz - memang tak pernah sikit-sikit pun.
Lagi la pulak zaman tu mana ada study week. Takde minggu exam pun.
Ikut lecturer bila tarikh dia nak buat exam.
Kalau dia kata "Ok, 22 July saya plan nak buat test" - maka kau ready je lah 22 July tu.
Dibuatnya, subjek lain lecturer minta submit assignment on the same week, kau hadap.
Jangan banyak bunyi. Pandai-pandai manage masa.
Siapa suruh tunggu study week baru nak study?

Year 2, aku duduk dalam kampus. Yang lain duduk luar.
Siapa yang terpilih jadi Liaison Officer saja dapat duduk dalam.
Setelah diinterview, aku dapat jadi Liaison Officer.
Ni kira macam team yang manage budak-budak freshies masuk.
Aku dapat duduk bilik sorang.
Dan bilik tu juga menjadi bilik wakaf untuk kawan-kawan aku melepak untuk tunggu their next class.
Bilik tu tak pernah berkunci.
Siapa nak tumpang baring, silakan.
Duduk bila sorang ni bagus, aman.
Takde siapa ajak bersembang, takde siapa meracun ajak lepak, takde siapa ajak tengok tv.
Hari-hari aku dapat buat notes and study.

One day, kawan aku tumpang bilik.
Masa dia masuk, aku tengah baca notes.

"Wehh, ada exam ke esok?"

"Takdelah"

"Habis apesal kau study?"


😆😆😆

Kerana kita semua sudah terbiasa nak exam baru study, nak dekat deadline baru siapkan assignment, nak present esok malam ni baru pulun prektiks - sebab itu mudah rasa terbeban dengan task yang datang sekaligus.
Sebenarnya task tu tak datang sekaligus, cuma kita tak manage task dengan betul.

Jangan nak membongak lecturer bagi task bertimpa-timpa.
Yang buatkan diri stress bukan sebab task, tapi sebab stress takde masa nak bertenet dengan awek/bf, takde masa nak tengok movie, takde masa nak horey-horey dengan kawan, kan?
Acik pun pernah muda, paham sangat dah situasi ni.
Dalam ramai-ramai orang mesti ada sekelompok yang manjang je tak sempat, manjang je busy - padahal orang lain boleh je siapkan.

Tak faham aku sampai nak bunuh diri disebabkan banyak sangat task nak kena buat. Seriously?
Ni mesti geng-geng saiko ni. Sikit-sikit nak bunuh diri.
Esok dah kerja, kalau bos freezekan cuti sebab nak close sale, atau boss tak kasi kau balik selagi kerja tak siap, aku nak tengok ada tak yang berani naikkan poster ni tampal depan bilik bos.

Tahun 2007, aku ke Phuket.
Seminggu sebelum tu aku dah hantar surat cuti.
Tak tahu apesal bos aku boleh terlupakan leave form aku.
Aku pun silap gak sebab tak ingatkan dia 2 hari sebelum tu yang aku nak bercuti.
Lansung terlupa nak follow up.
Alih-alih petang dia bagitau "Diana, esok ikut saya ke Jabatan Kimia".

Aku cakap aku start cuti esok.
Dia suruh aku stayback siapkan proposal untuk orang lain gantikan aku.
Nak buat lagi sakit hati dia cakap "Ok, you tanya siapa boleh gantikan you. Kalau takde pengganti, cuti u batal".
Last minit dah waktu tu. Petang dah.
Budak-budak lain semua dah ada appointment lain.
Cuak gila aku. Padahal dia yang lupa aku dah hantar leave form.
Colleague aku nama Srinda (India), willing untuk gantikan.
Tapi aku kena siapkan semua proposal and cerita kat dia dari hujung ke hujung apa yang dia kena buat esok.

Masa tu plan asal kitorang tido Bangi.
Esoknya Pak Aji yang hantar kitorang ke airport.
Aku cuba siapkan sebahagian besar proposal mengejut tu di ofis. Submit thru email.
On the way ke Bangi, sms dia masuk bagitau ada some ammendments kena buat.
Aku dah on the way ke Bangi kot.
Ok takpelah, aku cuba siapkan kat Bangi.
Sekaliiiii, internet Mak Aji buat hal.
Aku tak ingat apa problemnya.
Adakah masa ni mak aku masih pakai dial-up internet yang buatkan internet tak connect-connect? Entah, lupa.
Aku tenangkan diri. Siapkan semua secara offline.
Aku plan esokmya sebelum ke KLIA singgah rumah makcik aku bagi pendrive mintak dia email ke bos aku sebelum pukul 9 pagi.

Sekali, tengah-tengah siapkan task, laptop aku detect wifi Pakcik Zahari (jiran Mak Aji).
Pakcik Zahari ni memang wifi dia takde password.
Aku pun apa lagi, mana yang dah siap, aku send dulu.
Lama pulak Pakcik Zahari layan internet, nak dekat pukul 1am masih boleh pakai lagi wifi dia.
Terus siap kerja aku malam tu.

Tak, ini bukan cerita nak tunjuk power.
Tapi nak bagitau, toksah stress sangatlah dengan task yang tak seberapa time belajar ni.
Esok dah kerja, banyak lagi benda unexpected yang kau kena hadap.
Antara tahan dengan tak. Antara mahu buat, atau berdalih. Pilih.
Jangan lembik sangat. 
Jangan sempitkan kemampuan diri.
Jangan pilih keselesaan yang sementara berbanding keselesaan yang lebih berbaloi di masa hadapan.
Nama pun belajar kan, maka belajarlah.
Setakat study masa minggu raya pun nak gelabah.

Seingat aku, zaman aku bersekolah dulu, biasa dah lepas cuti raya, exam.
Rasa-rasa nak enjoy beraya, takyah belajar.
Rasa-rasa nak score exam, korbankan kejap hari raya tu.
Halahhh, nak beraya ke mana sangat yang sampai stress kena belajar time raya ni?
Raya tu tiap-tiap tahun ada.
2-3 tahun kena beraya sambil mentelaah, takkan itupun sampai nak bunuh diri. Lembik.

Jenis yang banyak sangat mengeluh time belajar, ini jugalah stok-stok yang banyak mengeluh time kerja nanti.
Kena marah sikit, quit.
Kena tegur, memberontak.
Kena stayback, cari kerja lain.
Cuti kena freeze, mengadu kat mak bapak.
Halah halah, comel sangat perangai.

Benda-benda ni mengingatkan aku kat satu iklan pekerjaan masa mula-mula aku habis belajar dulu.
Kat newspaper keluar iklan PWC (Price Water House Coopers).
Reequirement dia - overseas graduate, 3.0 pointer and above only.

Waktu tu year 2000, aku dah kerja di Kementerian Sains.
PWC di bangunan yang sama (Sime Darby Jalan Raja Laut).
Terserempak dengan classmate aku datang interview kat PWC.
Next week tu dia dapat kerja sana.
Baru aku tahu classmate aku grad New Zealand.
No wonder dia dapat that kerja, kata hati aku.
Sebab meet the requirement.  

Some majikan mahukan specific kriteria macam ni ada sebab.
Bak kata En Wan, budak-budak yang belajar overseas, they possess satu kelebihan iaitu keupayaan manage time and stress.
Sebab dah biasa di sana belajar dengan bahasa berbeza, hidup negara orang, terpaksa berdikari jauh dari keluarga - semua ni buatkan mereka ada extra point dalam mengurus diri.
Macam En Wan, belajar dan berkomunikasi dalam bahasa ketiga.
Kalau belajar in English tahan lagi, tapi belajar dalam bahasa ketiga dengan hanya 2 tahun preparation - bukan semua orang boleh carry.
Ada kawan-kawan dia yang fail tak dapat sambung belajar ke Jepun sebab gagal dalam penguasaan bahasa.
Belum lagi belajar kimia fizik in Nihongo. Baru belajar bahasa dah out.

Tahun 90an, halal food belum banyak macam sekarang.
Bayangkan dorang kena manage masa nak belajar, nak bekerja cari extra money, nak memasak, nak buat field work - semua ni sangat memerlukan time management yang betul.
Tu pasal dia sampai tak balik-balik Malaysia jumpa aku.
Call pun seminggu sekali je.
Terpaksa ketepikan keseronokan sementara untuk capai sesuatu yang lebih berbaloi ketika tu iaitu, lulus exam dan graduate.

Beruntung banyak sebenarnya kita yang belajar dalam negara.
Belajar dalam bahasa sendiri.
Kalau belajar dalam bahasa Inggeris pun tahan lagi sebab kita dah biasa dengan bahasa tu sejak kecil.
Belajar dalam negara dikelilingi dengan orang-orang Malaysia, undang-undang Malaysia, management universiti pun Malaysia punya, mak bapak dekat, sesekali boleh balik kampung, raya pun dah tentu boleh balik walaupun kena study semasa raya.
En Wan kata jangankan study semasa raya, dia pernah pagi raya exam!
Nak buat macamana, belajar kat negara orang.
Peduli apa dia kau punya raya.

Adik-adik yang kononnya stress belajar sebab lecturer bagi task banyak sangat, udah-udahlah berdrama.
Bukannya stress banyak task, tapi stress tak dapat melepak dan berhuha-huha, kan?
Time management tu susun baik-baik.
Dah, pegi kelas.