2022-07-13

Pengalaman baru. Selagi tak cuba tak tahu, kan?


Petang raya haji yang lepas, aku share kat IG kisah aku hampir kena scam masa minta kerja kat syarikat yang buat bisnes komoditi.
Lepas tu ada sorang ni respond pada story yang aku share tu.
Dia kata "Kisah-kisah Kak Di rare. Dari bercinta dengan lelaki psiko, serang rumah kontraktor, lari dari TKC, wakil negara ke Jepun, bertunang mengejut, bersalin komplikasi, belakon iklan, bergaduh dengan Dato' scammer. Banyak sangat pengalaman Kak Di".

Ya tak ya. Aku pun tak sedar rupanya aku ada pengalaman macam tu 😁.
Selalunya gitulah.
Yang melaluinya tak sedar pun, tapi yang mendengar pengalaman merasa kagum.
Yang sebenarnya takde apa pun, cuma a journey yang perlu dilalui before reaching the present moment.
Alhamdulillah banyak dibagi peluang untuk mencuba.
Dan kebetulan aku suka mencuba dan tak takut nak mencuba.

Dari zaman sekolah lagi, ada peluang je, aku try.
Aku pernah wakil sekolah bertiga dengan sorang classmate untuk tilawah Al-Quran masa Darjah 5.
Aku wakil Darjah 5, lagi 2 orang Darjah 6.
Padahal pegi skolah pakai pinnafore u olss. Hahahaha.
Husnuzon betul ustazah sekolah aku.
Pakai pinnafore pun boleh terpilih.

Masa Darjah 6 kelas aku takde wakil untuk bersyair.
Aku calonkan diri sendiri.
Bila pikir-pikir balik mana la aku beli kekuatan angkat tangan calonkan diri sendiri wakil kelas.
Masa tu cikgu kelas namanya Cikgu Muhammad. Dia cikgu BM.
Bila aku satu-satunya wakil, dia terus suruh aku baca syair depan kelas. Belasahhhh.
Sekali dia kata "Ohh ni boleh menang ni!"
Punyalah nak bagi semangat kat aku supaya tak tarik diri sebab kelas takde wakil. Kahkahkah.
Tapi aku dapat nombor 2 oi!
Aku sendiri terpinga-pinga dapat nombor 2.

Masa Form 1, kebanyakkan dari sekolah rendah masuk menengah yang sama, 
Jadi, budak-budak ni dah tahu aku pernah menang syair masa sekolah rendah.
Asal ada baca syair je, semua tuju aku.
Kat sekolah menengah lawan pantun, debat, pidato, syair, kuiz, semua aku belasah masuk.
Ada yang menang sampai peringkat negeri, ada yang sampai daerah saja.
Kalah menang belakang cerita, jadi try dulu. Pengalaman.
Jadi penyanyi tukang karot pun pernah.
Tapi aku takde simpanlah gambar-gambar ni.
Zaman dulu payah nak bergambar.
Kamera bukan satu benda yang mampu milik.
Tapi mesti ada kawan-kawan aku simpan gambar ni.
Aku je yang tak tahu agaknya.

Masa aku matrik kan, kena buat lakonan.
Aku lupa tema lakonan tu tapi semua group kena buat lakonan tentang satu mitos kisah melayu.
Group aku buat Puteri Gunung Ledang.
Yang aku ingat, aku kena jadi nenek kebayan!
Budak-budak ni semua nak jadi puterilah, nak jadi penarilah, nak jadi dayang istana lah.
Sape nak jadi nenek kebayan? Senyap.
Last-last dorang tuju aku.
Alasannya sebab aku selamba dan boleh ketawa mengilai. Bladihel.
Nenek pun neneklahhh. Redah.

That's why kalau Redza and Rayyan bercerita dorang kat sekolah ada program ini, program itu, participate ini, participate itu - aku can relate.
Nanti aku share pengalaman aku pulak.
Anak-anak memang always rasa pelik.
"Mama ni semua mama join. Takde orang lain ke kat skolah mama?".
Hahahahaha. Nasib baik sijil-sijil bukti aku join program-program ni ada, kalau tak mesti dorang ingat aku mengencing je.

It's good bila kita open to trying new things.
Of cos have to draw the line somewhere.
Jangan semua benda nak cuba dan redah tak tahu hujung pangkal.
Yang reasonable, should try because you never know what you might find.
Kadang-kadang yang kita cuba tu lah yang buka jalan baru untuk kita.
Kalau pun apa yang kita cuba tu tak menjadi, atau we realized this is not something that fit us, takpelah.
At least you've tried.
You have opened yourself up to a whole new world of wonder.
Pengalaman baru. Selagi tak cuba tak tahu, kan?

Contohnya, being a sales person.
Dulu mati hidup balik aku tolak jadi sales.
Taknak kerja jual barang. Macam low class nau.
Tapi last-last aku bagi peluang kat diri sendiri untuk cuba.
Try je lah post ni, kalau tak serasi, quit.
Lagipun ada probation period 3 bulan.
Dalam masa 3 bulan tu cuba tengok apa yang aku boleh belajar.

Selalunya kita takut adalah bila kita have no idea apa yang kita boleh beri/dapat dari situ.
Masa tu aku banyak benda yang aku timbangkan.
Banyak kelebihannya dari kekurangan.
Kelebihannya, kerja dekat dengan rumah.
Masa tu aku baru quit dari Prudential.
Serik kerja jauh dari rumah, nak cari kerja yang dekat.
Dah dapat yang betul-betul dekat, let's try.
Kerja dekat, tak rempuh jem, tak lalu tol, gaji pun lebih kurang masa kat Prudential je.
Kekurangannya cuma satu - kerja sales.
Waktu tu still have no idea apakah bentuk pekerjaannya.
Adakah macam jual pen kena buat sale sari satu meja makan ke satu meja makan?
If yes, aku akan resign 24 hours.
It turned out kerja tu best. Bidang yang aku tahu.
Lalu aku bertahan dengan kerja tu. The rest was history.

Look, even if you fail at it, or don't like it, it doesn't matter.
Being bold and trying will instill you with a sense of self.
Kerana apa saja yang kita cuba, insyallah akan bertahan.
Yang buat kita tidak bertahan adalah apabila kita tak mencuba.
Secara luaran nampak seperti mencuba tapi dalamannya kita menolak dalam diam.
Cuba pun separuh hati.
Ada, ada lah. Takde, takpe.
Cuba hot-hot chicken shit orang kata.

Satu point yang best tentang orang yang berpengalaman buat banyak benda adalah, communicatio skill-nya.
Kerja aku banyak berjumpa orang, sampai sekarang.
Apa yang aku dapat perhatikan, bila bercakap dengan seseorang dengan seseorang yang lain, cara berkomunikasi menunjukkan pengalaman seseorang.
Have you tried bercakap dengan someone who has tried nothing, and always fearful of change, berbanding dengan someone yang banyak berpengalaman cuba macam-macam dan dan tak takut untuk belajar sesuatu?
Banyak bezanya!

En Wan tahun ni diminta sambung jawatan sebagai YDP.
Dia balik rumah, dengan takde mood, dengan stress.
Aku cakap apa benda yang stress ni.
Dia kata dia kena jadi YDP. Dia stress.
Aku cakap alahai, jadi YDP pun stress ke.
Dia kata dia tak pandai bercakap, dan tak berani nak bercakap.
Lepas ni apa saja majlis dia pasti kena berucap.

En Wan ni dia rendah diri dengan dialek Tganunya.
Lidah dia pekat Tganu. Dia segan.
Tapi disebabkan dia bijak menyusun strategi PIBG, orang calonkan dia lagi.
Aku cakap kat dia, sampai bila nak berada dalam comfort zone?
Sampai bila nak sorok bunyi Tganu tu?
Sebab kurang bercakaplah jadi macam tu.
Cuba rajin bercakap, rajin sembang dengan orang luar, lama-lama lidah tu jadi bunyi KayEll lah 😆.

En Wan memang pendiam orangnya.
Dengan aku je bising.
Kalau dengan kelompok yang ramai, dia senyap.
Dulu lah, now dah banyak improvement.
Mok cakap arwah ayah dulu banyak kali orang nak calonkan jadi wakil rakyat.
Kalau calon memang konfem menang punya.
Tapi ayah tolak. Reasonnya, dia tak pandai bercakap.
Nak jadi wakil rakyat kena pandai bercakap.
Ayah kata dia hanya boleh buat kerja.
Nak suruh dia tolong buat itu ini untuk parti takpe, jadi wakil dia taknak.

Itulah kesilapan sebenarnya.
Sebenarnya bukan kita tak boleh, tapi sebab kita belum mencuba.
The more things you try, the more things you know about, and the more dynamic you will become both for yourself, and in socializing too.
Takde apa yang boleh dicapai kalau sentiasa takut belajar atau mencuba sesuatu yang baru.
Cubalah bagi peluang kat diri sendiri untuk learn new things and lebih terbuka kepada hal yang berbeza.
Don't let "no" and "I can't" define your existence.
Embrace new things because you never know where a task might lead you.
It could be somewhere awesome.

Awal-awal dulu pun, everything you do was new.
Belajar menulis, belajar membaca, naik basikal, lapor diri hari pertama kerja, bercinta, berkahwin - semuanya pernah jadi NEW thing to us.
Tapi bila kita dah start doing them, our life much better now, kan?

Kadang-kadang aku risau juga kalau-kalau penceritaan aku kat blog buatkan orang kata "Ye ke dia ni? Entah-entah cerita tipu".
Sebab I can relate a lot of things happen nowadays dengan pengalaman aku.

Orang cerita pasal scam, aku pernah ada pengalaman hampir kena scam dengan gores dan menang.

Orang cerita pasal scam pekerjaan, aku ada pengalaman hampir discam oleh syarikat komoditi.

Orang cerita pasal jadi agen, aku ada pengalaman jadi agen produk local.

Orang cerita pasal jadi sole distributor, aku ada pengalaman jadi sole distributor in Malaysia.
Pernah jadi regional distributor juga.

Orang cerita pasal business, aku pun ada pengalaman run a bisnes.

Oang cerita tentang pengurusan employee, aku juga ada employee.

Orang cerita pasal jumpa hantu, aku ada pengalaman jumpa hantu dan housemate kena rasuk dengan hantu.

Orang cerita pasal kena tipu and kena bantai dek boifren, aku ada pengalaman yang sama.

Orang cerita pasal sambung belajar, aku ada pengalaman sambung belajar.
Malah aku ada pengalaman produce program akademik di Uni.

Orang cerita pengalaman kena tipu dengan kontraktor rumah, aku pun ada pengalaman yang sama.
Siap aku pulak serang kontraktor tu.

Orang cerita hal bibik bermasalah, aku ada pengalaman yang sama.

Orang cerita pasal hospital kerajaan, aku ada pengalaman 29 hari jadi maskot hospital kerajaan.

Orang cerita pasal pengalaman berlakon iklan, aku pun ada pengalaman.

Orang cerita pasal endorse big brand, aku pun ada pengalaman tu.

Orang cerita pasal anak masuk boarding school, aku pun ada pengalaman tu.

Haihh, penat. Silap-silap orang kata aku buat cerita tipu.
Tapi, yang tahu, tahulah.
My advice is, ada peluang mencuba, cubalah.
Ada peluang berjumpa dan berkenal dengan orang, kenallah. Buat kawan.  
Samada pengalaman tu jadi baik atau tak, it was strill an experience.