2022-07-08

Jadi majikan ni senang, ya?


Semalam aku letak ni kat IGS.
Ada beberapa orang minta aku explain dengan lebih panjang.
Baiklah, sis cuba.

Selalunya, bila berada dalam posisi employee, kita letakkan expectation yang terlalu tinggi pada majikan.
Bila majikan buat silap, kita as pekerja ada satu pandangan yang rendah pada majikan.
Dan mulalah kita buat perbandingan dengan majikan orang lain yang lebih baik.
Padahal, kita tak bekerja pun dengan majikan orang lain tu.
Sekadar mendengar cerita kawan sahaja.
Atau sekadar melihat dari pandangan mata kasar.
Samalah seperti pergi negara orang untuk melancong 1-2 minggu.
Segalanya nampak elok di mata sebab kita tak duduk di sana forever.
Tetapi, untuk yang menetap di sana, pasti ada pros and cons yang mereka kenalpasti.

Not every employer is going to be a perfect fit for you even if the job description sounds ideal.
It is your job untuk pertimbangkan the pros and cons of an employer, untuk menentukan sama ada kerja tu fit for you or not.
Some people, hari-hari merungut pasal company, merungut pasal HR, membawang hal majikan, tapi dia tetap kat situ 10 tahun tak pindah-pindah.
Helok je stay.
Tapi entahlah, manjang je tak puas hati. Pelik.

Zaman aku makan gaji dulu pun ada 4-5 kerat pesen ni.
Hari-hari ada je yang dia tak puas hati dengan company, tapi dia tak blah-blah juga.
Aku kalau tak suka, malas cakap banyak, terus melompat company lain.
Kita sampai dah bukak own company, dia kat situ juga tak tukar tempat kerja.
Bila jumpa tanya khabar, masih lagi kutuk tempat dia mencari rezeki.

Yang sebenarnya orang macam ni, dia yang demand lebih-lebih.
Dia rasa dia dah buat banyak. Dia perasan dia contribute banyak to the company.
That's why dia mengharapkan company treat dia the best.
Padahal ada pilihan untuk cari kerja lain. Tapi tak dapat, kan?
Kat situ pun dah boleh muhasabah diri sebenarnya kita tu tak hebat mana.
Kita punya "hebat" tu tak capai piawai company lain lagi.
Jadi, rentikanlah merungut tak habis-habis.
Banyak sangat nampak silap orang, sampai tak nampak diri sendiri perlu banyak improvement.

Masa aku kerja kat company A, aku punya sales target tak tinggi.
At least aku kena hit RM800K sebulan.
Dalam dunia biotech, RM800K masih dikira not-so-big punya amount.
Untuk post aku ketika tu, hit below RM800K belum boleh dapat komisyen lagi.
Aku makan gaji basic je.
Masa tu gaji basic aku RM3100.
Kalau aku hit RM800-850K, company bagi 0.8% komisyen which is RM6400.
Paling rendah aku dapat RM9k as gaji, sama dengan gaji En Wan ketika tu.
Tapi kalau aku hit above RM850K, company bagi 1% komisyen.
Kalau aku berjaya hit RM1 juta sales, gaji aku bulan tu RM13K.
That was year 2006-2007.

Untuk junior sales, target dorang lebih rendah, around 80K-150K only.
Gaji basic dorang around RM1600 saja.
Kalau hit target, dapatlah 0.8% komisyen, which sebulan boleh dapat gaji RM2200 sebulan.
The thing is, budak-budak inilah yang kaki merungut because dia compare gaji dengan gaji senior sales.
Sebab dorang rasa dorang dah buat banyakkk sangat.
Dia rasa RM80K yang dia bawak pada company tu dah banyak sangat.
Dia rasa sales RM80K yang dia buat tu yang buatkan bos boleh pakai Ferrari.

Padahal dia lupa yang dia pergi sales sana sini everyday - minyak claim company, tol claim company, parking claim company, parking kat ofis pun company bayarkan, pergi outstation company bagi duit makan RM50/day.
Hat ni dia tak kira pulak.
Dia ingat RM80K sales dia bawak masuk tu solid RM80K agaknya.
Padahal sales margin paling tinggi company ambil dari setiap produk adalah 40% sahaja.
Maknanya, out of RM80K tadi, hanya RM32K sahaja untung.
Itu pun kalau hit target.
Kalau tak hit target, gaji basic kau tetap company kena bayar.
Kau punya claim-claim tu tetap company bayar.
Ada company merungut? Tak.
Tapi, company take note.
Tahun depan, increment kau tak banyaklah sebab tu kau punya performance bonus low dan payah naik pangkat kerana performance out.

Dia macam ni, ya.
Nak kerja relax, jangan komplen kalau gaji kau pun 'relax'.
Ini tak. Balik nak on time.
Kadang-kadang keluar buat sales dari 2pm, terus tak balik-balik ofis. Macamkan busy sangat buat sales, tapi hujung bulan tetap tak hit target. Apa cerita?

Masa aku kat company B, kerja memang teruk.
Always balik malam.
Kena bambu, kena lempat sales report, sales buat, marketing buat, delivery buat, packing buat.
Semua buat sendiri.
Berbeza dengan company A, kerja aku hanya buat sales.
Marketing, ada team marketing buat.
Packing, ada team operation buat.
Delivery, ada team delivery buat.
Kerja aku merayap buat sales saja.

Kat company B, memandangkan aku setup new division, segala-galanya buat sendiri from scratch.
Tapi gaji agak sedap.
Basic aku ketika tu RM5000 (year 2007-2008).
Komisyen dia bagi 1%.
Tapi sales target tinggilah, around RM1-1.2M sebulan.
Kalau hit sales 1 juta, dapatlah RM10K komisyen.
Tapiii nak hit 1 juta ni, lemau.
Masa tu aku punya division masih new.
5 bulan pertama aku makan gaji basic je.
Selepas itu, barulah dapat hit target every month.
Sedaplah sikit hujung bulan gaji masuk banyak.
Tapi, kerja macam kerbau. Keluar gelap, balik pun gelap.

My point is, kau banyak sangat komplen majikan tak perfect.
Kau banyak sangat compare majikan kau dengan majikan orang lain. 
Masalahnya, kau pernah compare tak performance kau dengan performance pekerja company orang lain? Tak, kan?
Kau perasan kau dah buat banyak that's why kau rasa kau perfect.
Like I said, kita ada pilihan.
Kalau kita rasa boleh dapat lebih, atau boleh buat lebih baik, be brave to walk out and find another job.
Tak pun, bukak company sendiri and show other people how good you are as a leader and employer.
You can’t expect to find perfection.

Dia macam ni lah, kalau kau sebagai orang yang memohon kerja, kau pasti bersyukur bila HR accept walaupun kau lacked 1 or 2 things on their ‘wish list’, kan?
Jangan nak membongaklah semua wish list HR tu ada kat kau.
Sebagai seorang yang hire pekerja, aku berlebih-kurang dalam memilih pekerja.
Tak terlalu strict.
Kerana nak dapat calon yang fit semua 'wish list' aku, payah.
Jadi, aku ambil yang the best yang memenuhi most of my wish list.
Aku percaya majikan lain pun buat begitu juga.

To me, a perfect employer tak wujud.
Tetapi, responsible employers, exist.
Majikan terakhir aku macam naga jadian setiap kali weekly meeting.
Very strict dengan sales performance syarikat, tetapiii, persekitaran tempat kerja selesa dan positif.
Takde lansung makhluk-makhluk yang toksik.
Bos pun tak buat kerja-kerja perli-memerli ni.
Walaupun dia naga, kalau staff susah nak close sales, dia akan follow untuk tolong close sales.
Dia track kita punya sales.
Agak-agak lagi sikittt nak cecah sales target, dia akan tanya staff kat mana deal yang susah nak close, meh dia tolong.
Maksudnya, dia nak kita dapat komisyen.
Dia tak mahu kita hanya makan gaji basic.
Dia nak kita grow.

Kalau disuruh stayback, makanan semua disiapkan.
Kalau balik malam, dia pastikan aku sampai ke kereta (basement car park) baru dia gerak.
Dia recognise and appreciate great work.
Setiap kali ada staff close deal yang significant, dia ucapkan terima kasih melalui group email.
Satu ofis ucap tahniah.
Benda-benda macam ni yang buatkan staff masih stay walaupun dia sejenis naga.
Kami semua tahu dia hanya mengamuk bersebab.
Kalau performance kita ok, dia ok.
Dan dia tak ganggu hari cuti staff.
Aku suka majikan yang macam ni.
Lapang fikiran aku pergi kerja. Tak rasa stress masuk ofis.

Ketika kita duduk di kerusi employee, memang mudah kita nampak silap majikan.
Hanya bila dah duduk di kerusi majika nanti, baru nanti kita nampak disadvantages menjadi seorang majikan.
Salah satu disadvantages-nya itulah - everything is your fault.
Bila kau ada banyak tanggungjawab, bermakna kau juga bertanggungjawab when bad things happen.
And they happen all the time.
Setiap klik mouse seorang majikan boleh affect mata pencarian anak-anak buahnya.
Kau nampak je boss kau duduk kat kerusi yang selesa, tapi kau tak tahu banyak benda yang dia fikir.

Lagi satu, task.
Contrary dengan pattern kerja staff yang agak rutin, tugas majikan berbeza-beza setiap hari.
Masa aku kerja dengan Company A, boss aku duduk je kat ofis.
Jarang dia keluar buat sales.
Yang keluar cari sales ni kitorang.
Ada jugalah staff yang sok sek sok sek "Buat apa ntah, tak keluar buat sales pun. Kita yang teruk cari sales".
Yang kita nampak begitulah.
Yang kita tak nampak, bos tu sebenarnya tengah buat proposal untuk lock deal projek analisis DNA 3 tahun sekaligus.
Memang dia tak selalu keluar macam kitorang.
Tapi sekali dia bawak masuk deal, untuk 3 tahun terus.
Maknanya 3 tahun tu dah secure pendapatan company.
Gaji pekerja sedikit sebanyak dah secure.

Keperluan syarikat sentiasa ada dan banyak.
Majikan have a lot to think about and they need to know everything that's going on in the company.
That’s a lot of stuff to bear on their shoulders. Every. Single. Day.
Aku bersyukur diberi peluang untuk merasa kedua-dua position ni.
Bila dah duduk kat dua-dua kerusi, perspektif pasti berbeza.