2022-04-04

Tak payah nak argue semua perkara. Ada yang kita kena lepaskan saja.


"Kenapa Kak Di tak bertahan je bila orang hina? Saya ingatkan Kak Di garang".

Kebanyakan reader tanya kenapa aku tak melawan bila diejek-ejek masa kecik dulu.
Ini bukan soal garang atau tak, tetapi bijak atau tak.

Dia macam ni tau, not everyone is your assignment.
Kita kena bijak choose our own battle.
Bukan semua benda kita kena lawan.
Kalau lawan kita tu worth untuk dilawan, kita lawanlah.
Tapi kalau tak memberikan kebaikan, malah membuatkan kita jadi sebodoh dorang, tinggalkan je lah. Kau bagi je dia menang.

Yang hina-hina aku tu, apa benda yang dia hina?
Balik-balik tuju muka aku buruk, baju aku buruk, kulit aku hitam.
Kat situ je dia pusing-pusing.
Pernah ke dia nak kutuk performance aku? Tak pun.
Malah, tak pernah!
Sebab dia tahu bab tu dia kalah 14 tiang kat belakang.

Life is too short to spend on warring.
Kita kena pilih yang mana berbaloi untuk dilawan.
The most, most, most important ones. Let the rest go.
Setakat menang baju siapa lagi cantik, kulit siapa lagi putih, apa benda dowh?
Macam budak tadika bergaduh.
Tapi kalau workplace harassment atau medical negligence, then you should raise the issue and let others know about the problem.

Tak melawan bukan bermaksud kita takut, atau kita kalah, atau redha.
Ada perkara yang belum boleh dibuktikan jam-jam tu jugak.
Tak bermakna kita redha.
Kita hanya perlukan masa untuk untuk prove them wrong.
Choose your battles means kena pandai pilih arguments.
Instead of lawan setiap masalah, baik spend kat hal yang lebih penting.
Fight the most important battles only.

Contohnya ni:

Ini salah sorang follower DM aku.
Rupanya dia antara yang pernah nampak aku 'argue' di ruangan komen IG Neelofa.
Ini kes tahun bila aku lupa dah.
Ceritanya, Neelofa up gambar dia berpeluk dengan bapak tiri atas stage.
Ramailah netizen yang kata kononnya dengan bapak tiri haram berpelukan.
Aku komen kat post tu (bukan membalas komen sesiapa).
Aku tulis tak batal wuduk pun peluk bapak tiri sebab bapaknya dah berkahwin dengan maknya.
Maknya pun dah ada anak berderet dengan bapak tiri.
Ada sorang hater Neelofa reply komen aku.
Dengan konfidennya dia cakap "Saya belajar agama. Ustaz saya kata haram!".
Gitu kau. Dia terus petik USTAZ.
Dia ingat aku tak blaja agama agaknya.
Aku pun reply satu kali, dah lupa aku aku reply.
Dia reply balik. Kali ni dia up "Saya dah tanya 3 orang ustaz, semua kata HARAM".

Kau rasa??

Dan aku pun berlalu pergi.
Tak payah nak argue dengan orang macam ni.
Lagi pulak benda-benda yang melibatkan fakta.
Cukup aku nyatakan fakta yang aku tahu. Selebihnya, biorkan.
Dia nak menang? Kau bagiiii.
Sebab hakikatnya aku tahu dia salah.
Tapi tu lah kan, kat sini boleh nampak terang-terang betapa manusia sanggup menfitnah, sanggup bersumpah, sanggup menggunakan nama agama demi nak memenangkan kata-kata sendiri.
Apa yang dia dapat dengan menang macam tu ntah. Macam desperate sangat.

Tak semua perkara penting untuk diargue.
Some things simply don’t matter in the long run.
Memanglah ketika dilawan, kita rasa membuak-buak nak argue dan nak membuktikan sesuatu.
Kalau kau rasa kau boleh buktikan jam-jam tu, silakan.
Tapi macam isu aku dulu, takkan aku nak buktikan kulit aku putih jam-jam tu jugak?
Berendam dalam Fair & Lovely pun blom tentu bertukar kaler. Kahkahkah.

Every battle takes up time.
Every problem takes time and energy.
ENERGY is something yang aku jaga sejak dulu.
Aku malas nak serabutkan kepala aku memikir benda yang tak mendatangkan faedah.
Kau nak cakap apa pun, kau cakaplah.
Because hanya aku dan orang-orang yang terdekat saja boleh approve samada kata-kata kau betul atau tak.
Benda kalau tak betul, kau cananglah merata pun, takkan buat aku risau sebab aku tahu benda tu tak betul.

Rasanya ini aku pernah cerita juga.
Masa Form 5, aku dipangil oleh HEM untuk bincang pasal apa ntah, lupa.
Discussion tu patutnya kejap je, tapi terlajak sampaikan dah nak habis waktu English.
HEM pesan kalau cikgu tanya kenapa aku tak join class, bagitau je aku kena panggil dengan dia.
Lepas discussion aku pun masuk kelas.
Cikgu English halau aku keluar kelas!
Depan-depan kawan-kawan dia halau aku.

Aku pun keluar, tapi tak duduk luar kelas.
Aku keluar pi jumpa HEM.
Tapi aku tak mengadu kat HEM kata cikgu halau aku.
Aku malas nak keruhkan keadaan.
Aku cakap cikgu English perlukan bukti bertulis dari HEM mengatakan aku ada dengan dia ketika tu.

Esoknya, pagi-pagi lagi Cikgu English cari aku.
Dia tanya "Diana, why are you complaining to HEM?"

Aku cakaplah "I'm not complaining. I just asked her to issue a letter of proof that I did have a discussion with her".

Pastu aku tanya "Teacher kena marah dengan dia ke?"

Apparently dia surprised pagi tu HEM jumpa dia and PUJI dia bagus sebab instead of marah-marah, dia minta pelajar bagi surat bukti.
Aku senyum je lah. HEM tak tahu aku siap kena halau dah 😆.
The same day, dia masuk kelas and bagitau sesiapa yang ada program dan terpaksa tuang kelas, berikan bukti bertulis "LIKE DIANA DID".
Tapi dia tetap nak menangkan diri "You should have handed the letter in class yesterday".
Apa-apa je lah. Janji satu kelas tahu aku bukan ponteng.
Aku ada urusan Sri Paduka Baginda dengan HEM hari tu.

Ada orang jenis overthinking.
Semua benda dia nak mikir sampai tak jadi kerja, sampai jadi stress.
Sekecil-kecil argument dia nak mikir.
Bagi dia, sangat penting untuk membuktikan setiap permasalahan.

Look. Walaupun kau menang dalam argument tu, your time could have been better spent elsewhere.
Kadang-kadang, menang bukan sesuatu yang penting.
Making the best use of your time is.

Dalam argument di media sosial, kalau tak betul-betul memilih, memang tenaga and masa kau habis kat sesuatu yang tak bagi impak positif pun pada diri.
Some people, semua benda dia nak argue.
Dan setiap komen yang dia tak puas hati, dia mesti balas.
Pernah tak tengok kat ruangan komen, ada nama yang sama membalas setiap komen orang lain?
Semua komen yang tak selari dengan dia, semua dia hencap.
Aku kadang tengok orang macam ni, eh banyaknya masa kau.
Memang seharian menghadap FB ke camne ceritanya ni.
Memang semua notification kau on ke camne.

Hah, bab ni pun pernahhhh ada orang jadikan bahan gossip.
Katanya, aku berlagak diva. Komen followers jarang reply. Feeling diva.

Kelakar, kan?

Yang gelarkan aku diva ni siapa? Dia.
Aku tak pernah kata aku diva.
Hanya kerana tak reply komen dah kena cop diva.
Nak bandingkan followers aku dengan followers instafamous lain.
Katanya yang lagi ramai followers pun rajin balas komen.

Ini bukan soal followers ramai atau sikit. Ini adalah soal priority.
Orang tu rajin balas komen followers sebab itu adalah priority baginya. 
Tapi untuk orang lain, ada perkara lain yang mesti didahulukan.
Ada masa, baru aku reply.
Lagipun, aku off semua notification di media sosial, be it kat FB atau kat IG.
Jadi, aku takkan tahu komen-komen yang masuk.
Kalau aku check post, baru aku nampak komen dan baca.
Tapi tulah, nak buat macamana.
Dah kalau orang nak bagi title diva, takkan aku nak menolak.
Dulu pun masa orang bagi title Ratu Camwhore, aku ambikkk 😆.

Tuduhan-tuduhan macam ni yang aku malas nak ambik port.
Sebab kalau aku argue pun, tak menjadikan nilai diri aku bertambah.
Benda ni orang boleh pikir, perlu ke tak nak dijadikan isu.
Yang pelik-pelik kadang aku tengok perangai manusia.
Jangankan tidak, nak cari silap orang, benda remeh macam tu pun nak dijadikan cerita.

Inilah yang aku cakap kena pandai pilih battle.
Ada thin line between knowing when to take something further and when to turn away.
The point of choosing your battles is to be strategic in how you spend your time.
Fighting every battle bermakna kita takde kerja yang lebih penting nak dibuat.

Percayalah cakap aku, kebanyakan perkara yang distract kita setiap hari adalah perkara kecik dan remeh.
No impact in the long run pun.
Termasuklah orang-orang yang cuba memburukkan kita.
Orang-orang yang badmouthed kita selalunya 'menjual' sesuatu yang tak penting.
Contoh, bila kita berjaya accomplished sesuatu, orang-orang ni akan divert ke perkara lain.

"Dia ni dulu pernah ada skandal dengan ...."

"Kitorang satu sekolah dulu. Kat sekolah ramai tak suka dia.."

"Dia ni dulu masa belum pakai tudung, perangai macam sundal!"

"Dia ni masa blaja dulu ada boifren tapi dia tinggalkan boifren dia sebab nak suami dia sekarang sebab suami dia ni anak orang kaya".


Biasa dengar gosip-gosip lemah macam ni, kan?
Benda yang dah tak relevan dia ulangkan balik demi nak menutup limelight orang.
Jenis orang macam ni yang dikatakan 'small minded people'.
Arguments dia bukan membincangkan tentang conflict, tetapi opponent.
 
Inilah jenis-jenis manusia yang bila frustrated dengan boss, kutuk kat FB.
Bila tak puas hati dengan cikgu, ngumpat whatsapp group.
Bila dapat barang online tak seperti yang diharapkan, viralkan kat media sosial.
Sebab tu masalah kau tak selesai.
Sebab kau tak handle problem tu di tempat sepatutnya.
Kalau tak puas hati bagitau orang itu sendiri. Kalau taknak, then be resilient!

Tapi gosip yang last tu adalah kisah aku.
Itulah cerita yang dicanang-canangkan oleh "kawan-kawan" bila aku break dengan exbf.
Ketika tu, aku pilih untuk jangan argue.
Bagi je lah dorang percaya apa yang dorang mahu percaya.
Dorang boleh je tanya aku "betul ke kau tinggalkan dia sebab nak kat pakwe baru ni?".
Boleh je kan nak tanya aku.
Tapi dorang memilih untuk bersangka-sangka. Gasak kau lah situ.
 
Memang kebetulan pak incik aku tu ada kereta sport, kebetulan dia budak study oversea, kebetulan dia keturunan have-have. Abis aku nak buat macamana?
Kalau aku argue jam-jam tu, orang takkan percaya cakap aku.
Silap-silap aku yang kena tuduh buat cerita pasal exbf.
Jadi aku diam je.
Selepas so many years, barulah orang tahu cerita sebenar.
Tapi by the time kebenaran muncul, dah merata orang bercerita aku jahat tinggalkan exbf sebab pilih lelaki kaya.

Nak membuktikan sesuatu memang perlu masa.
Apetah lagi nak buat orang percaya cerita version aku.
Tak mudah nak ubah apa yang orang lain percaya.
Aku boleh explain, tapi dia nak percaya atau tak, bukan kawalan aku.
Yang buatkan kita stress dan overthingking adalah bila kita nak orang agree dengan kata-kata kita.

Contohnya, bab menasihat.
Kau dah nasihat si polan, dah lah.
Ini tak. Dia tunggu si polan tu reply komen dia.
Bila tak reply, dia hencap.
Tak, kau nak apa sebenarnya?
Kau nak nasihat, kan? Dah bagi nasihat, kan? Kau nak apa lagi.
Kau nak orang tu berubah jam-jam tu jugak so that kau boleh bangga bagitau semua orang yang si polan berubah asbab nasihat kau?
Alahaiii, penyakit!