2022-04-05

Masih belum fully percaya Redza dah habis sekolah.


Semalam nampak beberapa kawan-kawan di FB share gambar hantar anak-anak balik asrama.
Dalam group MRSM Langkawi pun ada mak-mak yang share gambar hantar anak-anak kat airport.
Mentang-mentanglah anak dah habis skolah, tak teringat lansung tarikh budak-budak masuk ke asrama semula.
Kalau tak, agaknya aku pun sama bersoseh siapkan keperluan Redza balik.

Tak sangka Redza dah habis skolah.
Rasa macam kejap je 5 tahun.
Tapi tu perasaan kita as parent.
Yang kena tinggal kat sana je yang tahu lama ke tak.
Nak-nak lagi time awal-awal masuk sana dulu, konfem terasa lamanyaaaaa nak habis skolah.

Awal-awal dulu macam tu lah.
Asyik kata nak balik, nak quit. Eh sebijik aku dululah!
Kalaulah Redza hanya ada aku je, memang aku bawak dia keluar terus the moment dia kata nak quit 😆.
Nasiblah apak beliau sangat tegas.
Bukan Redza yang kena marah, tapi aku!
Aku yang kena marah dek apaknya sebab melayan karenah Redza.

"Jangan angkat call dia!"

"Awak jangan nak mengada melayan kehendak dia nak quit. Biar dia duduk sana!"


Kejam betul. Anak dia call pun dia tak kasi aku angkat.

Anak tak apa-apa. Kitorang pulak yang bertekak siang malam.
Tapi aku mainkan role memujuk Redza.
Setiap kali dia mengadu nak balik, nak balik, nak balik, aku pujuk slow-slow.
Tinggilah bil telefon aku 2-3 bulan pertama. Hari-hari melayan dia bercakap.
Maybe sebab dia tak dapat tengok muka mak bapak.
Kalaulah boleh bawa smartfon, dapat video call, hilanglah sikit rindu agaknya.
Tapi alhamdulillah, tak sampai 6 bulan, Redza ok.

Sementara nak tunggu dia ok tu, jenuhlah homeroom teacher melayan whatsapp aku.
Kejap-kejap aku whatsapp teacher tanya keadaan Redza.
Bak kata homeroom teacher, "Redza ok je kat sini. Semua program dia join. He even lead his group project".

Maybe betullah kata En Wan, Redza ni obedient sejak kecil.
Dia akan buat apa yang disuruh dan cuba sehabis baik.
Disebabkan itu kot apak beliau bertegas suruh stay.
Maybe dia kenal anak dia macamana.

Aku bukan tak kenal anak.
Cuma aku pernah ada pengalaman masuk boarding school.
Aku tahu tak semua orang boleh hidup dalam suasana begitu.
Aku quit dulu pun bukannya 100% sebab homesick.
Nak homesick apa sangat kalau masuk sana dengan kawan sekelas.
Kawan yang sekelas dari Darjah 3 sampai Darjah 6 sama-sama dapat masuk sana.
Dapat dorm yang sama pulak tu.
Dia katil bawah, aku katil atas.
Maksudnya, kalau nak kata aku kesunyian kat sana, memang tak.
Sebab dah ada kawan.

Faktor terbesar aku quit, adalah kerana tak boleh adapt dengan suasana hidup berjadual.
Senang cerita takde disiplin punya woranglah aku ni 😆.

Aku tak selesa bila jam ni kena bangun mandi.
Jam ni kena turun makan.
Jam ni tak boleh duduk dalam dorm.
Jam ni kena prep.
Jam ni kena turun main.
Jam ni kena prep malam lagi.
Jam ni kena tido.

Bukan aku tak cuba. Aku dah cuba stay 6 bulan di sana, tapi I is kenot gi.
Last-last aku berhenti dan bersekolah biasa.

Ada orang boleh sesuaikan diri dengan hidup berjadual.
Aku ni jadual sekolah pun tak pernah salin, kau rasa? Hahaha.

Sebenarnya tidaklah ketat mana pun rules di TKC (ketika itu, now aku tak tahu).
Pagi bangun, mandi.
Tapi sebelum mandi, bangun awal around 4am untuk cop turn mandi dulu.
Sangkut tuala siap-siap kat rail tirai shower.
Pastu patah balik dorm, sambung tido.
At least kalau terlajak bangun, shower kita dah book.
Tak kisahlah kalau ada yang cut queue.
Janji, bila tuan towel dah bangun, dia yang akan masuk shower next. Yang lain kena tunggu.

Maybe itu salah satu reason aku tak betah di sana.
Cara itu agak men-stress untuk aku.
Aku nak bangun pagi santai-santai mandi relaks-relaks, tak payah cop turn mandi.
Ini nak kena queue lagi.
 
Lepas tu Form 1 kena turun awal ke dining hall untuk setup meja breakfast.
Setiap meja makan ada wakil setiap tingkatan.
Untuk meja aku, wakil Form 1 adalah aku dan kawan aku yang sama-sama skolah rendah tu.
Kitorang akan susun roti kat setiap tray.
Kalau senior kena bagi roti yang cantik dan gebu-gebu.
Bukak buku roti, ambil yang tengah.
Roti bahagian tengah selalunya cantik, gebu dan kurang berlubang (zaman dulu belum ada Gardenia, Semua roti standard berlubang).
Yang cantik hidang kat senior form 5, pastu form 4, form 3, form 2. Ikut turutanlah.
Roti yang paling banyak lubang dan adakalanya kerak roti, aku and kawan aku makan. Hahahaha.

Walaupun kat rumah tiap-tiap pagi mencekik roti, blom pernah hari-hari aku makan roti banyak lubang dan kerak roti.
Benda-benda macam ni menambahkan lagi rasa tak selesa.
Tapi yang paling aku tak selesa adalah jadual belajar.

Aku bukan orang yang belajar pada waktu tertentu.
Di asrama ada waktu prep. Prep petang dan malam.
Hat ni memang bukan style aku dari dulu sampai sekarang.
Kelas no problem, tapi prep ada sikit mengganggu sebab aku tak selesa study dengan orang yang ramai.
Dan aku tak boleh study ikut jadual.
Aku study bila ready untuk study.

Di U pun, aku tak pernah ada study group.
Pernah cuba join, tapi kenot gi.
Makin tak masuk lagi ada.
Bab study memang kena bergerak solo.
Jenis tak boleh dipaksa-paksa bab belajar.
Dia macam ada roh-nya tau. Roh dah masuk, baru mood study tu datang.
Roh study aku ni suka study senyap-senyap dan tidak ada waktu spesifik.
Sekali kalau dia datang, memang lajak sampai 2-3 pagi.
Kalau dia tak datang, sampai 2-3 pagi aku melayan Tamil.

6 bulan aku cuba ubah kebiasaan kepada jadual di asrama, but I failed miserably.
Lintang-pukang jadinya hidup aku.
Jangankan kata nak fokus belajar, aku jadi hilang minat terus!
Fokus aku dah bukan belajar lagi tetapi macamana nak keluar dari situ. Hahaha.
Gigih betul aku planning.
Tu yang sampai wujud plan lari dari skolah tu.

Ni kebetulan bulan puasa, kan.
Memang cun sangatlah aku buat post ni.
32 tahun yang lalu, di bulan Ramadhan inilah aku telah cuba untuk fly dari skolah, pada waktu sahur!
Orang tengah sibuk mencekik nasi kat hall, aku menapak ke gate skolah mengintai guard ni tidur ke jaga.
Agak-agak tengah tido, aku dah ready nak pecut ni.
Sekali, masa aku menjengket depan guard post, guard tu menggeliat.
Tak cukup tanah aku berlari balik dorm.

Kalau dah sampai ke tahap itu aku boleh buat, maknanya aku memang betul-betul kenot stay.
Tolonglah bawak aku keluar dari siniiii!!!
Last-last Pak Aji keluarkan aku juga dari situ.

Aku tahu mak bapak aku sangat kecewa aku quit.
Zaman sekarang orang berebut nak anak masuk TKC.
Aku dulu dapat, tapi quit.
Tapi nak buat macamana, bukan aku tak cuba.
Selalunya 6 bulan orang dah boleh adapt.
Tapi aku tak boleh. So nak buat apa stay.
Yang penting, jadi orang juga.

Sebab itulah bila Redza merengek mintak quit, dengan happynya aku nak bawa dia balik.
Sebab aku tak nak Redza hilang minat belajar.
Tapi En Wan berjaya buktikan yang dia kenal anak dia.
Alhamdulillah, dah tamat skolah dah pun.
Tak sangka budazah ni dah tak perlu balik ke Langkawi.

Now dia masih belum buat apa-apa lagi sebab 7 April dia akan ambil ujian mendengar BM di sekolah sini.
Hari tu dia kena Covid, terpaksa masuk Sidang Kedua.
Insyallah next week 11 April, Redza akan masuk ofis.
Abis tu takkan nak memerap je.  
Gi buat apa-apa kat ofis tu cari pengalaman.
Buat website ke, buat akaun ke, buat marketing material ke.
Biar dia kenal siapa bapak dia di ofis.
Jangan serik, dah. Kahkahkah.