2022-04-08

Pergi masjid tak selalu, tapi memperjuangkan keadilan dialah yang over.


2 hari lepas ada 'kekecohan' di FB Putra Heights bila orang komplen Masjid Putra Heights tak bagi budak-budak under 12 masuk.
Biasalahkan perkara yang melibatkan hal-hal agama like solat jemaah, solat Jumaat, solat terawikh selalunya orang lebih sensitif.
Lebih beremosi tak tentu hala. 
Pergi masjid tak selalu, tapi memperjuangkan keadilan dialah yang over.

Kecoh katanya Masjid PH tak allow kids under 12 masuk kerana bising.
Entah siapalah buat cerita.
Hanya kerana anak dia tak layak masuk, dia kata masjid yang tak bagi masuk.
Secara surface memang betullah masjid tak bagi masuk tetapi atas sebab apa?

Tapi netizen pejuang beria-ia menghentam AJK Masjid.
Katanya Masjid Putra Heights masjid kayangan.
AJK gila kuasa.
Masjid ni tak ikut arahan terkini tentang SOP.
Biasalah, benda-benda kalau jadi isu kat media sosial memang senang nak dimanipulasikan.

Bak kata En Wan, kalau orang tu HARI-HARI datang masjid, dia akan tahu rules masjid awal-awal dah cakap yang lengkap 2 dos sahaja dibenarkan masuk.
Kalau masih ada yang tak faham rules ni, nampak sangat bukan regular ke masjid. Acah-acah je.

Plus, Masjid PH ni dibawah kerajaan negeri.
Bukan seperti masjid atau surau-surau komuniti dan persendirian.
Segala undang-undang tertakluk di bawah kerajaan negeri.
Kalau rasa "Masjid sinun ok je bagi budak masuk", silakan pergi masjid sinun. 
Takde siapa halang. Yang nak masuk jugak masjid sini dah kenapa.
Benda simple kot. Kita semua ada pilihan, kan.
Ni tak, nak jugak masuk masjid sini tapi nak buat undang-undang sendiri.
Bila tak dapat, kecam.

Semalam, masjid PH keluarkan official statement.
Dalam statement tu lagi sekali AJK sebutkan dari awal dah dibagitau hanya yang lengkap 2 dos dibenarkan masuk.
Tapi, masih ada orang komen "Alah, dah viral baru nak kona-kona".

Manusia yang tak berjenis macam ni, ramai.
Bila terjadi sesuatu perkara, dia hencap beria.
Rramai-ramai hencap kata masjid tak mesra kanak-kanak.
Keluar semua hadis.
Dikatanya masjid ni punca anak-anak tak mahu ke masjid.
Tapi bila AJK Masjid keluarkan kenyataan bahawa this is not isu bising tetapi follow SOP, dia kata masjid yang kona statement pulak.
Ntah bila masa masjid pernah allow unvaccinated masuk bersolat ntah.

Orang lain setiap waktu ke masjid, kau time terawikh je baru nak nampak muka.
Itupun baru-baru ni je agaknya.
Kalau pergi dari awal mesti pernah dengar Imam kata yang lengkap 2 dos je boleh masuk.
Aku bukan nak puji laki sendiri, tapi En Wan tu setiap waktu kat Masjid Putra Heights dari sejak masjid dibuka lagi.
Setiap waktu solat di sana, kecuali Subuh belum sampai lagi. Hehe.

Selama masjid tu bukak, helok je takde yang bising-bising pasal isu ni.
Sejak 2 hari lepas je baru muncul isu ni.
Nampak sangat si bapaknya baru nak masuk masjid lately.
Kalau dari awal dah masuk mesti bapaknya tahu anak-anak yang tak 2 dos tak boleh masuk masjid.

Benda macam ni kalau aku cakap, nanti puak-puak ni mulalah mengalihkan kepada isu "Aku riak menayangkan ibadah".
Dia loncat dari satu point ke satu point mencari juga benda yang boleh dibash.
Lama-lama nanti isu asal yang dia sendiri cetuskan hilang macam tu je.
Dia wujudkan pulak satu isu baru untuk dibashkan.

Selalu sangat dah aku tengok benda macam ni berlaku kat media sosial.
Jenis yang buat sesuatu tak guna otak dulu.
Hencap dulu, kendian bila kebenaran timbul, baru dia kutip otak sambung satu-satu.

What has really the world come with nowadays?
Kat mana-mana ada je orang saling hencap-menghencap pada isu yang belum tahu 100% kebenarannya.
Bila kebenaran muncul dan kebenaran tu tak sesuai dengan kehendak dia, dia kata kita yang kona-kona.
Padahal dia yang dah malu tu.
Nak mintak maaf ego, maka dia carilah salah orang dari sudut lain pulak.

Stress sangat ke masyarakat sekarang?
Atau memang jenis tak boleh merasa kalah?
Dah jadi trend pulak untuk menang berdebat tanpa tahu kisah sebenar.
Berdebat pun lack of input tak tahu hujung pangkal.
Dalam kepala tu pikir nak menang je.

Mentaliti jenis ni adalah mentaliti yang merasa they can only survive when they would be able to bash other person.
Trend inilah yang meruntuhkan hubungan antara manusia sebab dorang focus more on the reply dan bukannya pada subjek.
Selalunya orang macam ni dia punya arguments tu lemah sebab will continue to proclaim what they believe to be a single truth, walaupun apa yang dorang percaya tu sebenarnya bergoyang-goyang.
Tu yang aku cakap hari tu bila haters Neelofa reply "Saya dah confirmkan dengan 3 ustaz!".
Hujung-hujung gitulah dia bash kita.
Dah habis power la jawab gitu konon.
Oi, gi masuk lubang jamban.