2022-04-11

Bila kita tak mahu terima kita siapa, itu yang jadi susah.


Di saat anak-anak MRSM mendaftar hari ini, hari ni Redza masuk masuk ofis sebagai intern.
Ramai mak-mak angkat Redza yang concern Redza ni dibayar gaji ke tak.
Takkanlahhhh aku tak bayar gaji.
Jenuh aku nak bersoal jawab dengan nenek Bangi dia karang.
Aku tengok kat LinkedIn dia letak working experience "Part time grafik designer at XZIZ Biotech". Gitu kau.

Mula-mula Redza ingat nak cari kerja kat restoran.
Biasalah, aku dulu pun tuju situ je sebab mak bapak aku takde ofis sendiri.
Tapi kebetulan mak Redza ada ofis sendiri.
Lebih baiklah kerja dalam ofis maknya.
Buat apa-apa yang patut yang mungkin ada kaitan dengan apa yang dia nak blaja kat U nanti.
Buatkan website company ke, buatkan marketing material ke, berurusan dengan kilang ke, belajar manage operation ke.

Aku buat Redza betul-betul macam intern.
Surat tawaran ada, allowance ada.
Kena thumbprint clock in macam employee lain.
Rabu ni ada lecture driving class, kena apply AL macam employee lain juga.
Biar dia terdedah dengan dunia kerja macamana.
No kompromi walau kerja dengan parents.



Masa Redza terima surat ni dia tanya "Selalunya, applicant yang receive notice ni, melalui email ke surat? And diorang kena balas balik via medium apa?".

Tak sangka rupanya anak aku take this post seriously sampai nak balas surat tawaran.
Good start, alhamdulillah.

Mula-mula nak letakkan Redza duduk sekali dengan staff-staff lain sebab memang ada workstation yang kosong pun.
Tapi En Wan kata, biarlah dia duduk meja aku.
Budak-budak tu pun karang tak selesa Redza ada kat situ.
Redza pun karang kejung pulak dikelilingi akak-akak senior.

Dulu kan, kalau kawan-kawan aku ada keistimewaan macam ni, aku rasa pelik sangat.
Bukan jealous, tapi pelik sebab macamana dorang boleh dapat semua ni eh?
Haa, macam tu kepelikkannya.

Contohnya, lagu omputih.
Ada kelompok kawan-kawan masa sekolah rendah yang hari-hari nyanyi lagu omputih.
Aku macam, "Mana dia tahu semua lagu ni eh?".
Sebab aku hidup dalam dunia aku yang mak bapak dengar lagu melayu, tengok cerita melayu dan cakap melayu di rumah.
Lagu omputih ni tak pernah melintas dalam radio rumah aku dulu, kecuali dari kaset-kaset Ottawan, ABBA and Bee Gees.
Jadi, bila kawan-kawan aku bersembang pasal lagu-lagu omputih terkini, aku jadi pelik.
Aku rasa kehidupan yang 'normal' adalah kehidupan seperti aku.
Sebab lingkungan aku dulu lebih-kurang sama je dengan family aku.

Bila En Wan cerita dia pergi sekolah driver hantar, shopping raya di Singapore, kecik-kecik dah naik flight, tahun 80an family dah sampai Taj Mahal, barulah aku sedar rupanya life kawan-kawan aku tak pelik.
Life seperti tu ada biasa bagi lingkungan dorang.
Dorang pun agaknya pandang aku sebagai pelik.
Just like En Wan pelik dah hujung 90an TV rumah aku masih TV paling kecik 😆.

Bab lagu omputih ni kan, korang pernah dengar lagu Debbie Gibson Electric Youth?
Gi gugel.

Pertama kali aku dengar lagu omputih yang 'fresh' selain lagi kaset ABBA kat rumah, adalah lagu Electric Youth.
Aku dengar kat rumah kawan aku.
Ok ceritanya gini.

Kawan sekelas aku buat birthday party.
Anak orang kaya. Duduk semi-D.
Tahun 80an duduk semi-D orang have-have lah.
Maknya lawyer, bapaknya aku tak pasti kerja apa.
Tapi sekali pandang kawan aku ni orang tau dia anak orang have-have.

So one day dia buat birthday party.
Kitorang sekelas, jadi aku pun dijemput datang.
Sebenarnya ramai kawan-kawan buat birthday party cuma aku yang tak datang sebab aku takde duit nak beli hadiah.
Tapi hari tu kebetulan rumah dia dekat je dengan kelas tusyen aku.
Terasa nak pergilah. Tapi takkan nak melenggang kangkung je pi majlis orang, kan.
Lebih manis kalau bawa hadiah.
Aku berpikir-pikir apa cara aku nak bagi hadiah.
Banyak belanja ni. Nak beli kotak hadiah, nak beli pembalut hadiah lagi.
Last-last aku ambil 2 pencil yang masih belum pakai and eraser yang masih baru.

Ok now hadiah dah ada.
Macamana nak balut? Macamana nak cari kotak isi hadiah ni?
Aku geledah bilik bawah.
Bilik bawah tu selalu ada harta karun bapak aku.
Pak Aji sejenis sayang nak buang barang padahal dia bukan guna pun.
Aku punggah dan terjumpa satu kotak kosong bertulis TAC.
Tak pasti apa benda TAC. Gamba depan macam tiub.
Entah gam dinding ke apa ntah.
Belasahlah janji ada kotak.
Masukkan pensil and eraser dalam tu, fit. Lega!

Ok now tinggal satu lagi masalah.
Mana nak cari pembalut?
Punggah punya punggah, jumpa belen kertas mintak [yang warna brown tu].
Dulu kertas minyak ni buat balut buku.
Bapak aku simpan belen kertas minyak tu rupanya.
Aku pun balut hadiah yang penuh bermakna tu dengan kertas minyak 😂.

Ok siap dah ni.
So now pikir nak pakai baju apa pulak.
Part baju ni memang satu masalah sebab aku memang tak banyak baju.
Baju jalan and baju harian aku sama je.
Itulah jugak pusing-pusing.
Last-last aku capai baju kurung.
Tu jelah baju yang nampak cantik sikit.
Berkayuhlah aku naik basikal pi tusyen.

Habis tusyen pi birthday kawan.

Uiii, masuk rumah orang kaya, neves I. 
Ada la kot dalam 20 orang kawan-kawan yang datang.
Rupanya kawan aku buat tema birthday "Princess".
Yang aku pakai baju kurung. Hmm..

Kawan aku turun tangga dari bilik dia dengan pakai dress kembang meleret macam Cinderella.
Siap pakai crown!
Mak dia ambil gamba and video.
Terkesima aku tengok birthday party yang grand macam ni.
Lepas potong kek ada buat games.
Seronok sangatlah time tu. Ada menari-menari.
Masa menari ni lah dia pasang lagu "Electric Youth" tu.
The things is, beberapa orang yang lain tahu lagu tu siap boleh nyanyi sama. Aku lost gila.
Dah la pakai baju kurung tak ikut tema, tak reti nanyi lagu omputih pulak tu.

Tibalah masanya birthday girl nak buka hadiah.
Allah seramnya aku waktu ni.
Ingatkan dia nak bukak lepas kitorang balik. Rupanya buka jam-jam tu jugak.
Aku nak balik tak boleh, semua suruh tunggu sampai habis.
Lepas satu, satu hadiah dia buka.
Setiap hadiah yang dia buka mesti semua menjerit "Wowwwww".
Ada yang bagi doll, ada yang bagi handbag and yang paling aku ingat dia dapat musical box.

Bila dia start pegang kotak aku, aku start beralih ke belakang sikit. Menyorok.
Masa tu aku nampak dari celah-celah kepala orang, dia membelek-belek kotak tu sebab takde nama pemberi.
Aku rasa muka aku masa tu antara merah atau pucat. Pastu aku tak tengok dah.
Yang aku dengar suara dia cakap "TAC??"
Agaknya dia pun pelik kejadah apa TAC ni.
Kalau Tic-Tac tu taulah kot.
Then dengar suara dia "Siapa bagi ni?".
Senyap. Aku pun senyapkan diri.
Agaknya ada orang bagitau aku yang bagi, tiba-tiba dengar suara dia laung dari depan "Thank you, Diana!"

Kau tau tak masa tu aku nak menangis?
Aku rasa nak menangis sebab dia terima hadiah aku.
Aku rasa nak menangis sebab aku tak diejek bagi hadiah ntah hape-hape.
Aku rasa nak menangis sebab malu pun ada.
Tapi yang buatkan aku nak menangis adalah sebab aku sedar yang sangat-sangat sedar I don't belong to that group.
Aku macam rasa hadiah aku buatkan suasana meriah tadi jadi hambar.

Sedih juga sebenarnya hadiah orang lain semua "Wowwww", bila hadiah aku semua senyap sepi.
Walaupun takde reaction yang noise dari crowd, but that silent reaction dah cukup 'noise' untuk menyedarkan aku berada di level mana.
Luckily aku ada sifat SEDAR DIRI yang sangat tinggi.
Lepas sesi buka hadiah ada sambung games, tapi aku minta diri nak balik dengan alasan rumah aku jauh [memang jauh pun].
Yang sebenarnya aku segan nak lama-lama kat situ.

Kawan aku yang ni, kakaknya sama-sama di TKC.
Masa aku Form 1, akak dia Form 5.
Pernah nampak kawan aku datang hujung minggu jumpa akak dia.

Baru-baru ni masa kecoh harga nasi Chef Ammar mahal, aku realize satu perkara.
Orang yang merasa nasi dia mahal maybe bukan target crowd Chef Ammar.
Orang yang enjoy dan willing to pay adalah dari kalangan target crowd dia.
Yang bukan target crowd akan cakap "Mahal gila", "Tak munasabah harga mahal macam tu", "Nak pi haji balik hari", "Nasi Arab depan rumah aku RM15 lagi sedap".
Sedangkan yang target crowd tetap enjoy the nasi tanpa sebarang rungutan.

Aku pernah berada dalam situasi tu.
Aku tahu memang perit nak terima kenyataan orang lain lebih mampu segalanya dari kita.
Yang sebenarnya kita kena sedar diri kita di mana.
Itu sebenarnya lebih mudah.
Bila kita tak mahu terima kita siapa, itu yang jadi susah.

Situasi ni sama macam masa aku pi birthday party kawan aku tu.
Macam-macam rasa pelik muncul dalam kepala.

"Macamana dorang semua ada baju dress yang cantik macam princess?"

"Mana dorang dapat duit beli hadiah mahal-mahal?"

"Macamana dorang boleh tahu lagu ni?"

"Macamana dia mampu provide hadiah untuk setiap pemenang games?


Soalan-soalan tu bermain-main dalam kepala aku.
Aku rasa semua tu macam tak lojik sebab aku merasakan life aku adalah normal.
Life orang normal adalah seperti aku, bukan them.

On the other hand, dorang dalam kelompok tu pulak rasa alah setakat nak hadiahkan musical box bukannya mahal sangat.
Buat birthday party is normal.
Memiliki dress macam princess adalah normal.
Semua wajib ada satu, because it's normal to have that dress.
Dengar lagu omputih is normal. Semuanya biasa-biasa saja to them.

Dulu, orang yang ada TV besar, aku rasa dia kaya.
Kawan yang ada basikal racing, aku rasa dia kaya.
Rumah yang ada video tape, aku rasa dia kaya.
Member dapat allowance RM50 sebulan, aku rasa dia kaya.
Pernah join kawan-kawan minum kat restoran berhampiran skolah, dia fresh orange, aku rasa dia kaya.
Begitulah tahap 'sederhana'nya hidup aku.
Semua benda tu terlampau mewah sangat di mata aku.
Tu yang En Wan gelak je dengar cerita masa aku kecik-kecik.
Dia kata aku macam duduk dalam hutan. Hahah.

Oh ada lagi satu.
Masa aku Darjah 5, aku pernah tusyen sekejap kat Fasa 2.
Student UKM buat part time job kelas tusyen.
Jauh jugalah dari Fasa 2 nak ke Fasa 3 tu.
Tapi sebab aku dah biasa menapak, aku ok je.
So one day, tengah berjalan balik, kereta berhenti sebelah.
Rupanya kawan aku yang sama-sama tusyen pelawa tumpang sebab rumah dia pun Fasa 3 juga.

Sampai depan rumah, bapak aku tengah gunting rumput (pakai gunting yang besar tu).
Mak kawan aku cakap "Dia boleh potong rumput tak jemput anak dia?".
Dia cakap slow je tapi aku dengar.

To them, situasi aku adalah pelik.
Sebab lingkungan dorang adalah lingkungan yang hantar anak ke sekolah, balik sekolah berjemput, tusyen berjemput berhantar, dan maybe juga bekalkan anak dengan duit belanja yang besar.

Sedih juga bila terdengar mak dia cakap macam tu.
Tapi at the same time aku tahu we are not in the same boat.
Maksudnya, kami tak sekufu.
Dia dengan kelebihan yang dia ada boleh buat kebiasaan yang dia buat.
Aku dengan kekurangan yang ada, buatlah setakat apa yang boleh dibuat.
Tak payah nak mintak "Pa, tengok mak dia jemput anak dia hari-hari. Papa takde pun jemput Diana".
Tak payah. Kena sedar diri kita kat mana.

Dia nak berhantar berjemput anak dia, biarlah. Dia mampu.
Dia nak hadiahkan musical box, biarlah. Dia berduit.
Dia nak jual nasi mahal, biarlah. Ada orang yang sanggup beli.

Boleh faham tak maksud aku?