2022-04-01

Cerita sensasi lebih mendominasi.


Ada satu cerita.
Tentang sekumpulan kawan-kawan 6 orang satu van pi travel sama-sama.
Masuk waktu Zuhur, yang sorang ajak stop kejap kat masjid untuk solat.
Semua turun, solat sama-sama.

Perjalanan di teruskan hingga Maghrib, kawan ajak stop untuk solat.
4 orang turun, lagi 2 orang tak.

Perjalanan sambung lagi sampailah ke Subuh esoknya, kawan yang sama ajak stop Subuh.
Kesemua 5 orang marah "Kau ni! Kejap-kejap suruh stop. Kita ni ramai. Setiap kali berhenti, dah berapa lama ambil masa. Bila nak sampai kalau asyik stop je?"
Akhirnya dorang teruskan perjalanan tanpa solat Subuh.

Itulah penting memilih persekitaran.
Kalau lingkungan kita terdiri dari orang-orang yang memotivasikan, menjadikan kita lebih baik dan berakhlak, insyallah kita juga akan terpengaruh dengan nilai-nilai baik kawan kita.

Orang kata, zaman sekarang kalau baik nampak macam poyo.
Especially kalau dapat kawan yang rajin bagi nasihat, tak ramai yang selesa dengan kawan macam ni.
Macam 'good-good' orang kata.
Nak tak nak, 'si good-good' terpaksa blend dengan kehendak persekitaran.
Dia yang pada awalnya mahu mempengaruhi, akhirnya dipengaruhi oleh persekitaran yang kurang baik.

Percaya tak, menjadi baik itu tak keseorangan?
Kerana bila kita jadi baik, perkitaran kita akan berubah.
Yang tak suka pada kebaikan akan segera menjauhi kita, dan yang suka pada kebaikan akan mendekat.
Kebaikan itu akan keluarkan energi positif yang menarik setiap energi positif dari orang lain.
Kemudian energi positif itu akan berkumpul ke arah kita.
Dan percayalah, kita akan dikelilingi oleh banyak energi positif, yang akhirnya memancarkan ketenangan dalam hidup.

Sikap kita PASTI dipengaruhi oleh persekitaran.
Maksudnya, kalau kita sombong, pasti lingkungan kita juga yang sombong-sombong.
Kalau kita pemarah, pasti sebahagian besarnya berpunca dari persekitaran.
Kalau kita sukakan cerita-cerita gossip, pasti lingkungan kita juga terdiri dari kelompok yang begitu.

Lingkungan tak perlu ramai.
Kadang-kadang sorang je pun cukup, tetapi dominan.
Contoh, seorang perempuan yang sopan, lembut, akhirnya bertukar jadi kasar dan angkuh.
Bila diperiksa lingkungannya, rupanya tertekan dengan sikap suami.
Suami seorang pemarah, kedekut dan pemalas.
Akhirnya dia menjadi sangat stress dan melepaskan sakit hatinya pada orang luar kerana nak melepaskan tekanan.

Hari ni, di media sosial terlalu banyak perdebatan berlaku.
Mula-mula satu dua je, lepas tu berjujuk-jujuk topik yang sama naik.
Inilah namanya efek persekitaran.

Bila masing-masing bertumpu pada satu persekitaran yang sama, mempengaruhi dan dipengaruhi sangat senang terjadi.
Maka, hati-hatilah dalam menjaga hati sendiri.
Ingat lagi awal-awal isu Covid 2 tahun lepas.
Masa tu ramai yang katanya bermuhasabah diri.
Wabak dan kematian dirasakan terlalu dekat.
Yang awalnya ingatkan cuti PKP nak perbanyakkan ibadah, qada' solat yang tertinggal, baca Quran, ambil peluang menghafal surah-surah pendek, dan bermuhasabah ketika berita kematian demi kematian appear on news - akhirnya terjebak dengan perkara yang melekakan.
Lama-lama cenderung melayan cerita sensasi.
Ada yang sukarela menggali dan mengorek macam-macam info.
Akhirnya daripada satu cerita menjadi berpuluh-puluh cerita.
Ya, termasuklah aku sekali terjebak membaca.

Instagram, Facebook, Tik Tok dan lainnya yang tujuan asalnya untuk connecting people dan untuk mengakses info dari pelbagai penjuru dunia nampaknya makin galak memberi info yang membawa kita jadi lebih tegang, lebih beremosi, kurang menggunakan akal, lebih menggunakan hati, dangkal, etc.
To be fair, setiap hal yang muncul of cos bagi impak positif dan negatif.
Stigma masyarakat berbeza dalam menilainya.
Tapi siapa sangka media yang kita access selama ni lebih banyak dikaitkan dengan isu yang selalu kontra dan banyak menimbulkan perdebatan di sebalik manfaatnya.

Semakin ramai menggunakan platform media sosial untuk create content yang merepek, content yang tak memberikan manfaat hanya semata-mata viral membodohkan diri dengan munculnya pelbagai hoax atau informasi yang ntah ye ntah tidak.
Akhirnya mengakibatkan salah tafsir dan mengundang banyak perdebatan.
Akibat yang ditimbulkan dari perbezaan pandangan adalah munculnya kontra-versi pelbagai pihak, especially masyarakat yang tak membudayakan membaca tapi terus mengkritik tanpa berfikir.
Otak letak belakang dulu, mulut pung pang pung pang.
Bila kebenaran muncul, barulah kutip otak.

Disebabkan inilah masyarakat cenderung untuk produce lebih banyak isu-isu sensasi.
Because trend sebegini bersifat DOMINAN dan ada demand.
Disebabkan isu sensasi telah menjadi dominan dalam lingkungan kita, maka kita akhirnya terdorong untuk participate.

Apa yang kita tanam, itu yang akan kita petik.
Baik buruk hal yang kita sebarkan akan kembali kepada kita dengan setimpal.
Era teknologi yang serba digital ini akan bagi impak positif kalau digunakan sebagaimana betulnya.
Jadilah bijak. Breakthrough tidak semuanya memberikan pengaruh yang baik, semua bergantung pada respond dan tindakan masing-masing.

Beruntunglah mereka yang sedang diuji dengan sikap manusia, itupun jika mereka faham bahawa inilah cara Allah memaksa diri untuk bermuhasabah.
Itu tanda Allah masih peduli.
Dan hati-hati untuk yang sedang berseronok atas kejatuhan orang lain kerana "Siapa yang menjelek-jelekkan saudaranya kerana suatu dosa, maka dia tidak akan mati kecuali dia melakukan dosa yang sama" [Tirmidzi, 2505].