2022-03-02

Malas bawa orang tua bercuti sama sebab cerewet!


Lambat lagi ya aku nak update pasal trip ke Alor Setar.
Aku ada appointments and meeting berderet minggu ni.
Tapi sebagai mukadimah trip ke Alor Setar, aku nak jawab soalan yang best aku dapat dari follower IG.
Ada 3 soalan:

1. "Kak Di macam selalu juga bawak mak Kak Di jalan-jalan sama. Kak Di tak berdendam ke mak akak selalu marah-marah akak masa kecil?"

2. "Parents Kak Di cerewet tak kalau jalan sama? Saya malas nak bawa parents sebab mana tempat saya dan suami bawa, mesti dorang komplen. Macam tak bersyukur".

3. "En Wan tak kisah ke jalan-jalan dengan mertua? Kalau suami saya, tak suka, sebab tak bebas".

Soalan yang pertama tu banyak kali dah orang tanya.
Tak tahulah kenapa. Maybe ramai ingat aku masa kecil dulu kena dera kot.
Boleh tahan ramai yang 'pelik' aku boleh bergurau senda dengan Mak Aji sedangkan aku banyak menulis tentang Mak Aji yang garang.

Mak Aji tu hanya garang, tapi dia tak pernah mendera kitorang.
Garang adalah benda biasa mak-mak.
Nak lagi mak zaman dulu, kalau tak garang tak sah.
Mak Aji bukannya marah tak tentu hala.
Ada reason dia marah, cuma pitching dia tinggi sikit dari mak-mak lain.

Contoh, lupa tutup suis kipas.
Lupa tutup suis nasi.
Lupa buang sampah sebelum tidur.
Sebiji gelas tak berbasuh dalam sink.
Benda simple je. Cakap slow-slow pun boleh.
Tapi sebab dia memang dah biasa melontarkan vokalnya, maka nampaklah macam dia marah 24 jam.
Padahal suara dia memang nyaring.
Dia suruh aku angkat baju kat ampaian pun macam bunyi bergaduh.
Contohnya, sekarang, kalau hujan turun aku cakap "Eh hujan-hujan, tolong mama angkat baju".
Itu aku.

Kalau Mak Aji "HUJAN! HUJAN! Cepat lari tarik ampaian tu bawak masuk dalam. Dari tadi patut dah angkat baju, nak tunggu hujan baru nak angkat!"
Padahal bukannya ampaian baju tu kat Kajang. Depan porch je.
Tapi nak buat macamana, dia memang suka alert semua orang dengan suara tinggi.
Agaknya kalau loceng bomba tu boleh pasang dalam rumah, dah lama dia pasang.

Bak kata Pak Aji, "Mama memang macam tu".
Maka, belajarlah hidup dengan karakter yang begitu.
Lagipun itu rumah dia, kenalah ikut cara dia.
Kalau rumah aku, lain cerita.

Aku tahu ada anak-anak yang berdendam dengan mak bapak.
Aku pernah buat satu post menjawab soalan seorang blog reader yang katanya mak bapak suka berhutang perkara yang tak perlu.
Bila pemiutang kejar, mak bapak bagi no phone anak suruh bayarkan.
Bila si anak tanya mak kenapa buat macam tu, maknya jawab "Bila lagi kau nak balas jasa aku?".

This blog reader kata dari kecil, dia pegi skolah tak pernah breakfast sebab maknya pemalas.
Balik dari sekolah dia terpaksa kerja di kedai runcit gaji hari, dan duit gaji hari itulah dia buat masak makanan hari-hari.
Jadi, aku boleh faham kalau anak-anak ini berdendam dan benci mak bapak sendiri.

Aku tak nak ulas hukum-hakam agama.
Walaupun ulamak sepakat kata macamana pun perangai mak bapak kita, mereka tetap mak dan mesti disantuni, tapi dari sudut manusiawi yang serba lemah, aku faham perasaan tu.
Nak pulak jenis yang sampai ke tua masih tak berubah dan menyusahkan anak-anak.
Ini sebenarnya jadi iktibar kepada kita yang bakal menjadi orang tua.
Semoga kita tak menyusahkan anak-anak macam tu.
Bak kata Mak Aji masa aku kecik dulu "Korang esok kalau dah kerja, dah ada rumah sendiri, tak membantu mama, takpe. Jangan menambahkan susah cukuplah".
Aku harap aku macam ni, tak menyusahkan anak-anak.

Mak aku, sebising-bising dia, tak pernah lagi menghamun macam "Celaka kau!", atau "Aku cekik kau kasi mampus baru tahu". Takde.
Dia just marah biasa-biasa saja yang tak berbekas dalam hati.
That's why aku tetap enjoy lepak sembang-sembang dengan mak aku, beralan sama-sama, even setiap birthday and anniversary dorang kitorang celebrate.
Takde rasa kecik-kecik hati pun.

Aku ni sampai sekarang kena marah dengan Mak Aji.
Hari tu balik dari Alor Setar, aku drive dari Behrang ke Putra Heights.
Laki aku bawak punyalah laju sikit dia tak berbunyi.
Aku start pegang stereng je, dia dah bunyi macam-macam.

"Tak payah laju!"
"Tengok depan tu!"
"Kau ni rapat sangat dengan kereta sebelah".


Neves gila bawak kereta kalau mak aku ada sekali dalam tu.

Tapi, Mak Aji ni walau dia jenis bising, tapi dia ada common sense.
Ada setengah orang tua, nampak je macam pendiam, macam baik, macam lemah-lembut, padahal bukan main lagi mengkondem kat belakang.
Ada ya, ada.

Mungkin ini sama macam soalan kedua tadi - "Saya malas nak bawa parents sebab mana tempat saya dan suami bawa, mesti dorang komplen".

Kadang kita tengok dekat video-video yang lalu-lalang kat FB orang tua menangis-nangis bagitau anak letak dia kat rumah orang tua.
Anak biarkan bapak jadi gelandangan.
Memang, sebagai anak berdosa kalau kita dengan sengaja biarkan mak bapak hidup macam tu.
Tetapi, segala yang berlaku pasti ada sebabnya.

Ada orang tua yang anak-anak perempuan sendiri tak nak bela.
Dibaginya orang tua tu duduk dengan menantu perempuan.
Anak-nak pergi bercuti pun tak diajaknya orang tua tu.
Sekali pandang nampak eh kejinya perangai anak-anak buat orang tua macam tu.
Itu kata kita. Cerita sebenar kita tak tahu.
Anak perempuanlah yang paling suka kalau orang tua duduk sekali.
Tapi kalau semua anak sendiri pun bertolak-tolak menjaga orang tua, mesti ada sebab.

Memang ada mak bapak yang "tak tahu bersyukur".
Dibawa berjalan, dia komplen kereta anak sempit, bila nak beli kereta baru.
Dibawa makan kat luar, dia komplen tempat makan kita bawa tu warunglah, macam nak robohlah, makanan tak sedaplah.
Dibawa datang rumah, nanti dia komplen rumah kecik, bilik kecik.
Yang dia komplen tu pulak kat anak-anak yang lain.
Dia komplen dengan harapan anak-anak yang lain kutip dia bawak balik ke rumah dorang pulak.
Malangnya anak-anak tak pelawa pun sebab faham sangat perangai mak bapak sendiri.

Boleh fahamlah stressnya bawa orang tua gini berjalan.
Memanglah orang tua mesti dilayan seperti raja.
Tapi orang tua pun kenalah sedar keadaan anak.
Anak-anak duduk rumah double storey bukan bermakna duit dorang kepuk-kepuk.
Anak mampu beli kereta, bukan bermakna duit dorang berlebih.
Mana dengan expenses rumah, belanja anak-anak, belanja sendiri, utilities - semua benda ni nak kena pikir.
Jadi, sesekali kalau anak bawa berjalan tu, bersyukurlah.
Bukannya anak tu letak mak makan kat warung sorang-sorang, dorang makan kat hotel. Tak.
Satu keluarga makan di warung.
Jadi, apa yang nak dikomplennya?

One thing yang aku ambil iktibar adalah, bagaimana kita melayan mak bapak, begitulah anak-anak akan melayan kita di usia tua nanti.
Kalau semasa kita muda dulu, kita berjalan pun tak ajak mak bapak kita, esok dah tua, anak-anak berjalan pun tak teringat nak bawa kita.
Sebab, dari mereka kecil, mereka tak nampak pun kita buat macam tu kat atok nenek dorang.
Jadi, mereka anggap tak ajak orang tua jalan sekali adalah lumrah.

Macam En Wan kan, dulu dia macam 'pelik' bila aku adik-beradik saling berbincang and plan nak buat apa untuk birthday Pak Aji and Mak Aji, plan for Mother's Day, plan for wedding anniversary dorang, etc.
Sebab dia tak terdedah dengan celebration macam tu, jadi dia tak pernah tahu tarikh mok and arwah ayah kawen, let alone nak wish.
Nak wish macamana kan kalau tarikh kawen pun tak tahu.
Birthday mok pun celebrate sejak mok duduk dengan kitorang.
Itupun sebab setiap kali birthday Mak Aji, atau Pak Aji, kitorang celebrate kat Bangi bawa mok sekali.
Barulah En Wan pun tergerak nak celebrate mak dia juga.

En Wan kata dia tak pernah pun celebrate birthday mak masa kecik-kecik dulu.
Tak pernah ada orang wish atau apa-apa pun.
Beli kek, atau buat makan-makan celebrate tarikh-tarikh penting bukan kebiasaan.
Padahal dia orang kaya.
Aku yang tak kaya ni pun, paling tidak, dapat makan satey on hari jadi Mak Aji.
Dari kecik kitorang dah tahu tarikh sekian-sekian akan ada celebration dan mesti ada makan sedap hari tu.
Benda ni dah jadi satu kebiasaan hinggalah ke hari ni.

CT tu menantu.
Tapi everytime birthday Pak Aji and Mak Aji, dia yang akan tanya kitorang "Birthday Mama ada plan apa-apa tak? CT dah order kek. Kalau Kak Diana busy, biar CT and Ibal je celebratekan kat rumah ni".

Maksudnya kat sini, walaupun mak mertua dia memetir kat rumah, tapi bila time birthday Mak Aji, dia yang initiate the plan.
Mak Aji must have been done something good sampaikan menantu sudi nak buat celebration untuk dia. Hehe.

Masa aku Tingkatan 3 & 5, kitorang sekeluarga ke Kedah.
Yang pertama menghantar adik aku Ima masuk boarding school di SMSAH, Jitra.
Bawak arwah nenek sekali.
Dah alang-alang di sana, Pak Aji bawak masuk Bukit Kayu Hitam sekali.
Suka nenek aku. First time dapat ke Bukit Kayu Hitam.
Memborong habis dia kat sana.

Kali kedua, kitorang ke sana bagi support sebelum Ima ambil PMR.
Bawa arwah nenek lagi.
Kali ni Pak Aji bawa masuk Langkawi pulak.
Itulah first nenek ke Langkawi.
Dia punya seronok tu, pagi-pagi bangun tengok nenek aku dah hilang.
Gelabah cari mana pergi nenek.
Rupanya dia dah berjalan tepi pantai tengok sunrise sorang-sorang.
Kemain seronok dia dengan Langkawi.

Walaupun Mak Aji and Pak Aji bukan orang berduit, anak dia sekolah kat Jitra, hanya 2 kali saja dia pi tengok, tapi dia usahakan juga melayan arwah nenek berjalan-jalan.
Aku ingat lagi masa kitorang nak masuk Langkawi tu kan, takde dalam plan pun akan ke Langkawi.
Ingatkan lepas melawat Ima, terus zasss balik Bangi.
Sekali bapak aku berenti kereta tepi jalan.
Apa benda ntah dia sok sek bisik-bisik kat depan dengan mak aku, lepas tu mak aku tanya nenek "Mak nak masuk Langkawi ke? Kalau nak, Sahak pergi tengok tiket ada lagi tak".

Kau tau nenek aku tanya apa?

"Berapa tiketnya? Ada duit ke?"

Haaa. Itu dia aku nak bagitau tingginya toleransi dan common sense nenek aku.
Dia teringin nak masuk Langkawi tapi sikit pun dia tak sebut nak ke Langkawi sebab dia taknak bebankan anak menantu takde duit.
Ye lah, nak masuk Langkawi tu tiket feri nak kena beli, kereta nak kena sewa, hotel paling koman pun duduk motel, makan lagi.
Kitorang bukan orang senang, kat situ je dah habis berapa.
Walaupun kitorang duduk resort biasa (hut) yang RM30-40 satu malam, nenek aku seronok betul dapat ke Langkawi.
Tak habis-habis dia bercerita dengan anak menantu pasir Langkawi putih, air laut jernih, ikan kering kat sana cantik-cantik.
Habis semua dipujinya.

Boleh jadi aku nampak macamana mak bapak aku berusaha melayan orang tua mereka, now aku ikut cara tu.
Alhamdulillah, mak bapak aku tak cerewet.
Malah, dia sangat concern menantu dia penat ke tak bawa dorang ke sana sini.
Mujurlah menantu jenis kuat merayap.
Aku pulak yang stress follow menantu dia berjalan.

Ada menantu tak suka berjalan dengan mertua, kan?
Maybe mertua cerewet, maybe mertua kaki kondem, atau maybe dia tak suka ada orang lain selain keluarganya.
En Wan menantu yang tak kisah kalau mertua join sekali, malah dia pulak yang pelawa.
Hari tu masa nak ke Alor Setar dia yang suruh aku tanya Mak Aji "Tanya mama, nak ikut tak tengok adik lawan hoki?".
Of cos lah mak aku nak ikut.
Mak bapak dah tua, tak larat dah nak drive jauh-jauh.
Bila anak-anak offer, masa ni lah peluang nak jalan-jalan.
Alhamdulillah, kitorang adik-beradik and menantu semua seronok kalau Mak Aji and Pak Aji ikut sekali.

Salah satu punca anak menantu rimas ada orang lain ikut berjalan adalah kerana merasa terbeban.
Yang ni nombor satulah.
Terbeban sebab jalan takleh laju-laju, orang tua cepat penat, orang tua cerewet bab makan, kejap-kejap nak stop kencing, lambat bersiap, etc.
Nak elakkan perkara-perkara macam ni, kita kena plan destinasi.
Kalau destinasi kita nak pergi tu perlu laju, tak payahlah ajak.
Gantikan dengan percutian yang santai-santai later.
Percutian yang laju tu kau pergi anak beranak.

Masa kitorang ke Hong Kong 2008 dan Gold Coast tahun 2010, pakai pakej.
Kena on time. Kena cepat.
Tapi masa tu Mak Aji and Pak Aji masih bertenaga lagi. Takpelah, laju.
Masa ke Jepun, tak ambil pakej sebab menantu dia paham dah selok-belok Jepun.
Hat ni segalanya bertenang-tenang.
Bangun pagi rilek-rilek menggeliat siap pakaj termenung dulu menikmati keindahan alam, lepas tu baru keluar berjalan.
Masa ke Bali tahun 2007, Mak Aji and Pak Aji ikut.
Masa ni pakai pakej juga, tapi laju-laju pun takde hal. Dorang masih kuat.
Tapi disebabkan Bali banyak 'free show', tahun depannya kitorang ke Phuket lansung tak pelawa Mak Aji and Pak Aji.
Seriau aku nak bawa orang tua ke Phuket, kat sana telo separuh masak dan buah-buah betik berkeliaran.
Masa aku ke Krabi, dua-dua kali ke Krabi aku tak pelawa Mak Aji and Pak Aji.
Sebab masa tu aku pi honeymoon.
Tapi dorang dapat follow Ibal and CT bercuti ke Krabi. Kiranya dah sampai jugalah.

Apa yang mak bapak aku praktik pada orang tua mereka, sekarang aku follow, dan esok dah tua, aku harap aku melaluinya juga.
Harap anak menantu seronok pelawa aku ikut dorang berjalan.
Walaupun aku doubt aku ikut [sebab sekarang kalau berjalan pun asik nak memerap dalam hotel], tapi bila anak menantu sudi ajak, maknanya dorang selesa dengan aku.
Dia sebenarnya apa pun, berpatah balik pada diri kita.
Nak anak-menantu layan baik, kita as orang tua jangan buat perangai.
Tak kira kita muda ke, tua ke, kalau kita ada attitude, orang menyampah nak layan.