Well, ada benarnya.
Memang itulah kelebihan Personal Branding.
Zaman sekarang bukan macam dulu, segalanya nak masuk TV buat iklan, nak masuk magazine, nak kena pasang Billboard, etc.
Walaupun itulah yang dicanang-canangkan oleh kebanyakan sifu-sifu marketing, aku tetap percaya bukan semua orang perlu buat cara tu.
It depends.
Kalau nama kita lebih kuat berbanding pasang Billboard, buat apa pasang kalau setakat nak tunjuk "Ohh, aku pun ada Billboard".
Ramai orang yang merasa pasang Billboard adalah salah satu tanda kejayaan.
Berjaya katanya sebab banyak duit mampu pasang Billboard.
Tapi, berapa ramai pulak yang lepas pasang Billboard tak balik modal?
Artis macam Fazura memang senang buat bisnes sebab their Personal Branding dah kuat.
Tak perlu dah nak iklan-iklan kat TV and majalah ni semua.
Orang kata "Artis jual apa pun laku".
No, this is not about laku atau tak. Tetapi, untung atau tak.
Tak semestinya jadi artis, apa kau jual bawak untung.
Sold out memang sold out, tapi profitnya boleh cover marketing cost tak?
Jangankan kata artis, orang-orang bukan artis ni pun ada yang kejap-kejap SOLD OUT katanya.
Tapi profit tak banyak.
Nak buat free gift pun tak boleh sebab jual barang terlampau murah demi nak kejar 'sold out', padahal sales margin sangat low sampai tak boleh nak membangunkan bisnes.
In a glance kita nampak artis jual apa pun orang beli.
Seolah-olah macam senang sangat dorang buat duit.
Tapi, kena ingat. Sebelum mereka jadi terkenal, mereka juga orang biasa macam kita, yang tak dikenali.
Mereka terjun ke industri hiburan, berkerja tak kira siang malam shooting sana sini, travel sana sini buat show, call time pukul 5 pagi, balik rumah pukul 2 pagi.
Itu belum lagi pakej kena kecam berjemaah dengan netizen, segala hal peribadi dijadikan bahan kutukan, 24/7 kena camera ready, kena bersiap cantik - hoihh! Penat kau tau tak?
Aku pernah buat iklan Olay dulu, yang keluar kat TV tak sampai 5 minit, tapi proses shooting makan masa 3 hari dari terbit fakar hingga terbenam matahari, boleh?
Buat dalam bulan puasa pulak tu.
Berpuluh kali take.
Dengan salin baju, dengan salin mekap, dengan berjemur.
Dengan kena marah dek director.
Makan duduk bersila kat kaki kedai, salin baju dalam van, mekap tengah panas-panas buta lagi.
Masa tu aku dah kata "This is not for me".
Semua orang nak famous, tapi bukan semua orang nak lalu jalan hidup macam tu.
Aku salah sorang yanh berasa tobat lahum taknak dah pegi shooting-shooting ni semua.
Itu cara-cara iklan je tau, kau bayangkan yang shooting filem and drama berepisod-episod.
Itu semua adalah effort dorang membina nama.
Membina Personal Branding. Business datang kemudian.
Memang nampak macam dorang tak perlu buat apa-apa untuk berbisnes - letak je gambar produk - sold out sekejapan!
Ya, memang nampak macam tu tapi effort dorang bermula sejak dorang terjun dalam industri hiburan.
Bertahun-tahun membina nama, hidup dengan kecaman orang.
Maka wajarlah kalau Fazura berjaya. Memang wajar.
Janganlah pula dibanding-bandingkan harga tudung Fazura dengan tudung brand lain.
Netizen Malaysia ni kadang menggunakan sesuatu isu untuk kepentingan diri sendiri.
Kadang tu dia bukan supporters produk Fazura pun tapi sebab bengang dengan brand lain, maka dan-dan dia puji produk Fazura "Bagus, jual harga mampu milik. Tak harga Yahudi".
Dik, orang berbisnes ada misinya.
Contoh Air Asia.
Walaupun orang kecam kata ada hidden charges, semua kena add-on, sistem-nya tak friendly macam MAS - hakikatnya bisnes model mereka berbeza.
Air Asia punya bisnes model untuk bagi semua orang mampu naik kapal terbang.
Sabit nak naik je, tak perlu nak fancy-fancy sangat.
Orang macam aku elok naik Air Asia sebab sepanjang-panjang kat atas tu aku takut sampai tak makan, tak minum, bercakap bergurau pun tak.
Aku hanya perlu konsentrasi berzikir non-stop. Beriman kan, aku?
Sebab itu sampai Air Asia mana ada Business Class, let alone 1st Class.
Yang dia ada cuma Premium Economy cabin (Premium Flatbed) yang very similar to Business Class on other airlines.
Kerana ini adalah business model dorang and they stick to it.
Kau cakaplah Air Asia cikai ke, apa ke, kau ada pilihan untuk naik arline lain, kan? Maka, silakan.
Begitu jugalah dengan business model "tudung harga Yahudi" bak dikata.
Bukan kerana dorang nak pegi Mekah balik hari, tapi kerana target market dorang berbeza.
Dia pun tak paksa kita beli barang "Yahudi" dia, jadi kenapa nak dibanding-bandingkan.
Ada yang kata "Saya jual tudung harga RM10 pun takde orang nak beli".
Itu bukti harga bukan jaminan produk kita terjual atau tak.
Kalau produk murah tapi marketing takde, tak jalan.
Kalau marketing ada, branding tak cukup power, pun tak jalan.
Jadi, kepada yang suka main harga dalam menjual barang, please be wise.
Jangan kerana orang tu jual murah, kau pun turunkan harga.
Orang tu jual murah kerana bisnes tu side income dia.
Yang kau, berbisnes satu-satunya sumber pendapatan.
Jangan mencekik diri sendiri.
Macam Fazura, dia boleh jual murah kerana banyak faktor.
Boleh jadi bahan mentah dibeli in bulk maka kos lebih murah.
Dan dia juga adalah celebriti - jadi duta Bata, endorse produk sana sini, ada skin care and supplement produk - ini semua boleh menjadi faktor dia dapat produce tudung dengan harga yang lebih ekonomi sebagai 'hadiah' buat peminat.
Bagus juga bila dia bijak menggunakan nama besarnya untuk produce sesuatu for peminat.
Kau imagine esok Louis Vuitton keluarkan sapu tangan LV harga RM20.
Kau rasa tak berebut makhluk nak beli?
Yang tak pernah hayat minat LV pun bersesak-sesak nak beli.
Percayalah cakap aku.
That's how besarnya impak jenama.
In business, kita tak boleh nak target jual pada semua orang.
Contoh lagi satu, TM6.
TM6 ni orang kata memudahkan, ada yang kata lembab kena tunggu lama baru siap masak, ada yang kata kalau anak ramai tak sesuai sebab mangkuk blender TM6 ni sesuai untuk portion yang sedang-sedang saja.
The thing is, TM6 ni pun tak target jual pada semua orang.
Dia punya target adalah orang yang suka masak, yang suka explore pelbagai jenis masakan, yang rajin memasak, yang taknak dapur berkecah, yang sukakan high-end kitchen gadjet, yang sukakan sesuatu yang mudah.
Kalau kau jenis yang malas masak macam aku, yang lebih prefer order makanan dari memasak, yang tak kira betapa mudahnya kitchan gadjet tu tetap malas nak masak - ok kau duduk diam-diam kat hujung tu.
Taknak beli, dah.
Samalah macam hal tudung murah vs tudung Yahudi.
Patutnya kita rasa seronok kerana sebagai pengguna, kita ada pilihan yang banyak.
Boleh pilih nak yang murah, nak yang mahal, nak yang berjenama, nak yang pasar malam.
Cuba imagine kalau tudung-tudung semua harga "Yahudi" saja?
Ramai yang lilit alas meja atas kepala agaknya sebab tak mampu.
Jadi eloklah ada yang murah, ada yang mahal.
Mana tahu esok-esok berduit tergerak nak merasa beli sehelai yang "Yahudi".
Time tu terpisat-pisat jilat ludah sendiri.