2021-08-30
Hari Ahad
Post ini ditulis sambil baring-baring sebelah En Wan pada hari Ahad (semalam).
Ahad, adalah hari bersantai-santai dan relax.
Itu Ahad sekarang lah.
Ahad 30 tahun tahun yang lampau, jangan harap nak bergolek-golek atas katil pukul 11.30 pagi.
Melainkan kau larat nak dengar siren Mak Aji berbunyi non-stop.
Aku bagitau En Wan “Abang tau tak, sejak kawen dengan Abang, barulah merasa hari Ahad bergolek-golek atas katil, bangun lewat, takyah masak, pegi jalan. Zaman Di anak dara dulu, hari Ahad adalah hari busy!”
Seriously, dulu Ahad adalah hari kerahan tenaga.
Memang kau tak jumpa aku bangun lewat hari Ahad.
Dahlah hari lain kena bangun awal, hujung minggu pun bangun awal jugak.
Kalau nak tido balik lepas bangun pagi maybe hari Sabtu sebab dulu Sabtu orang gomen kerja half day.
Lepas Mak Aji gi keje, aku tido balik.
Itupun takleh lama-lama membuta sebab dorang keje setengah hari.
Karang tak sempat kemas rumah, dapat penyakit lain pulak aku ð.
Hari Ahad, Mak Aji and Pak Aji tak kerja, jadi semua kena bangun awal macam biasa.
Pukul 7.30am dorang start gi Pasar Kajang, maka aktiviti aku pun bermulalah.
Jangan mandi dulu.
Start dengan putar mesin baju dulu.
Kalau ada baju belum bersidai, sidai dulu.
Lepas tu start kemas hall - vacuum karpet, menyapu (aku tak suka vacuum lantai. Menyapu jugak best), mengemop, mengelap.
Dah settle hall, kemas dapur pulak.
Dapur agak heavy sebab nak lap pinggan mangkuk semalam, susun dalam kabinet, menyapu, mengemop and bersihkan fridge!
Kat dapur ada tingkap jenis shutter.
Hat tu pun kena lap dulu.
Nanti mak aku balik dia selet jari dia kat shutter tu kalau berdebu, siap ya kau.
Kalau baju yang diputar dah ready untuk disidai, kena sidai dulu.
Lepas tu baru beralih ke porch and laman pulak.
Sapu porch, simbah-simbah air lebih kurang.
Sapu laman.
Mak Aji dulu banyak pokok bunga kertas, hangin betul aku.
Asyik-asyik gugur, asyik-asyik gugur.
Pakkal bunga mak aku, kalau aku punya, dengan pasu-pasu tu aku humban ke luar.
Sebab tu rumah aku tak pernah aku tanam bunga. Serik.
Yang ada sekarang ni pun mok yang tanam.
Dia konsepnya, sape tanam - dia jaga, dia sapu. Kahkahkah.
Dah habis settle laman, cepat-cepat mandi.
Semua benda ni kena buat dengan pantas sebab mak bapak aku akan balik dari pasar around 10.30am.
3 jam je masa aku ada untuk settle semua.
Tak dan nak menung berangan.
Zap zap zap zap kena siap.
Selalunya aku tengah mandi, dorang balik.
Takpelah sebab bawah dah siap kemas.
Nanti dah siap pakai baju, turun untuk breakfast.
Hari Ahad selalunya mak bapak aku bawak balik roti canai dari pasar.
Breakfast dulu, lepas tu masuk round ke-2 pulak iaitu kemas barang-barang pasar yang dia bawak balik.
Waktu ni Mak Aji and Pak Aji tengah lepak-lepak kat hall baca paper.
Aku start bersilat di dapur siang ikan, sotong, basuh ayam, udang, kemas and susun sayur, bawang, telur segala dalam fridge.
Nanti dah siap semua baru Mak Aji masuk dapur untuk memasak.
Aku tolong-tolong kupas cili bawang, potong sayur macam tu je.
Tak berani nak tolong masak.
Kat dapur tu banyak ‘weapon’, nak-nak lagi pemukul lalat.
Karang salah goreng, tau-tau pemukul lalat tu singgah belakang aku.
Aku kan, sampai sekarang kalau masak kat rumah Mak Aji, mesti jadi otomatik jadi bodoh.
Padahal kat rumah sendiri akulah yang memasak hari-hari.
Tak caya tengok IG aku (gitew justifikasinya).
Asal goreng ikan rumah Mak Aji je, aku jadi terkial-kial.
"Kau ni tak reti-retinya goreng ikan. Hancur ikan aku. Terkibai-kibai menggoreng!"
Maunya tak terkibai-kibal kalau 'warden' standby kat tepi tengok aku menggoreng ikan.
Cubalah pegi tengok tv kat depan hendaknya.
Nak jugakkk diri tepi aku.
Tu pasal dulu aku tak tolong dia masak.
Walaupun tak tolong masak, aku takleh keluar dari dapur.
Mesti duduk tengok dia masak.
Selalunya aku kill the time dengan mengopek ikan bilis.
Tiap-tiap minggu Mak Aji beli ikan bilis sekilo.
Dulu mana ada yang dah siap berkopek.
Jadi aku duduk kat dapur teman dia masak sambil habiskan kopek ikan bilis.
Kadang-kadang aku blend bawang buat stok.
Ima mana?
Start aku Form 3, Ima dah masuk asrama (Form 1).
Sebelum tu Ima yang kemas-kemas atas. Aku kemas bawah.
Bila Ima dah takde, akulah kena take over satu rumah tapi bahagian atas aku settlekan Sabtu.
Nak settle semua hari Ahad boleh tertangkup aku karang.
Ceritanya, kalau hari Ahad nak merasa bergolek pun lepas lunch.
Penat gila oiiii.
Itu cara-cara Sabtu sempat basuh bilik air.
Kalau tak sempat, lepas lunch dah start basuh 2 bilik air pulak (bilik aku aku and bilik air bawah. Bilik air dia, dia basuh sendiri).
Tapi selalunya aku akan pastikan Sabtu aku settlekan basuh kasut aku and Ibal, gosok baju kerja mak bapak aku untuk seminggu, gosok baju skolah aku and Ibal untuk seminggu, kemas bahagian atas and basuh bilik air.
Kalau salah satu dari kerja ni aku tak sempat siap, maknanya meranalah Ahad aku ð.
Selalunya lepas lunch memang konfem membuta. Penat oiiii.
Masa awal-awal kawen, setiap hujung minggu mata aku otomatik celik awal.
En Wan pelik apesal awal sangat bangun, keje ke?
Tak, sebab dah terbiasa.
Jadual aku berubah lepas kawen.
Terasa pelik jugalah bangun pagi En Wan ajak keluar breakfast kat kedai.
Tak pernah dibuat aku breakfast kat kedai.
Selalunya hari Ahad tunggu mak bapak aku balik dari pasar bawak breakfast.
Macam pelik hujung minggi keluar breakfast dengan En Wan ke mamak.
Balik rumah barulah terkial-kial nak mengemas rumah.
Walaupun lepas kawen Mak Aji tak suruh aku buat semua benda tapi sebab dah biasa buat, rasa macam tak selesa pulak bila tak buat.
Nak-nak pulak tengok mak kita tertonggeng-tonggeng buat semua benda kat dapur.
Dia dah lama tinggalkan kerja menyiang ikan, mengemop dapur, menggosok baju - alih-alih bila aku kawen semua dia start buat sendiri.
Macam kesian jugaklah.
Selama aku duduk dengan dorang, aku continue buat chores macam biasa.
Lepas 3 bulan nikah, kitorang pindah rumah.
Maka bermulalah era “Hari Ahad hari bergolek-golek” sampailah sekarang ð.
Kiranya dah 20 tahun hari Ahad aku penuh dengan aktiviti memanjakan diri.
Kadang masak pun tak, beli je.
Yang pastinya, laki aku jenis pantat berduri, tak boleh duduk diam.
Asal hujung minggu je dia cari jalan nak bawak aku keluar, walau hanya ke Giant.
Boleh dikatakan Ahad adalah hari men-charge diri sebelum memulakan Isnin.
Rehat puas-puas, buat apa yang aku suka pada hari Ahad, contohnya tengok Tamil atau tido.
Weekly bibik datang every Friday.
Jadi, takde apa yang nak dikemaskan hari Ahad sebab toilet baru je dicuci, porch baru je dibasuh, lantai baru je dimop, laman baru je dibersihkan.
Maka, tidolah kita.
Dulu, aku tak boleh kalau sehari tak menyapu, tak mengemop, tak mengelap.
Agak stress jugalah awal-awal kawen dulu.
Bukan stress sebab apa sangat pun, tapi stress sebab bila balik kerja dah penat, tak larat nak menyapu, mengemop, mengelap.
Tak dapat gosok baju kerja En Wan untuk seminggu pun aku dah stress.
Sebab dari kecik dah biasa semua ni everyday, jadi bila lepas kawen tak dapat catch up, aku stress.
Rasa macam aku dah berubab menjadi lebih teruk lepas kawen.
Mulalah homesick nak balik rumah.
Tak caya tanya En Wan.
Masa mula-mula pindah, malam-malam aku berdiri kat balkoni dapur perati highway LDP sambil nangis nak balik Bangi. Hahahaha.
Aku terasa macam hanya di rumah mak aku saja aku jadi 'manusia'.
Keluar dari rumah Mak Aji, aku jadi orang yang aku sendiri tak kenal.
Tapi En Wan cakap "Yang nak kemas rumah hari-hari tu kenapa? Kat mana yang bersepahnya?"
Hmm..betul juga.
Duduk berdua je, kat mana yang sepahnya.
Dulu kalau aku dah kemas bilik atau katil, En Wan dilarang tido atas katil tu hinggalah malam.
Cadar kena tegang sehingga malam.
Malam baru boleh tido.
Tension gila laki aku ð.
Apa nak buat, dah terbiasa.
Tapi sekarang dah tak macam tu.
En Wan dah berjaya ubah aku jadi lebih relax [read: pemalas ðĪŠ]