2021-08-13

Skill


Dah ramai perempuan yang blaja tinggi-tinggi tapi pilih untuk stay at home, not doing any side business melainkan suri rumah tangga sepenuh masa, kan? Kalau makcik-makcik bawang memang suka kau jadi bahan bergosip bila dapat tahu blaja tinggi-tinggi tapi taknak kerja.
Mulalah dia kata anak lelaki dia penat kerja siang malam tapi bini tak buat apa-apa. Contohhhhhh.

Secara teori, memang lebih baik parents sendiri yang membesarkan dan mendidik anak.
Especially anak-anak yang belum matang.
Tengok anak membesar depan mata.
Lebih selamat berbanding hantar kat nursery atau bibik jaga.
To me, pilihan untuk menjadi stay-at-home mother ni bukan hanya bergantung pada kemampuan kewangan suami tetapi juga kebersediaan si ibu mengambil posisi tu.
Sebagaimana wanita berkerjaya, suri rumahtangga juga ada struggle and pressure dia.
Senang di mata kita, belum tentu senang dibahu orang lain.

Aku, antara yang TAK MAHU (bukan tak boleh) duduk di rumah membuat kerja-kerja di rumah sepenuhnya.
Walaupun house chores ni dah biasa buat sejak kecik, tapi kalau diberi pilihan, aku taknak.
Ini bukan soal pentingkan diri sendiri atau apa, tapi setiap orang ada skill set-nya sendiri.
Ada wanita yang di-destined untuk menjadi stay-at-home mother kerana minat dan skill-nya pada kerja-kerja rumah dan mendidik anak terbaik.
That is good.
Sebahagian wanita lain, kecenderungan dan skill-nya lebih kepada bekerja.
Dia di-destined-kan untuk memberi khidmat pada orang lain. And that's good too.
Kalau semua semua nak duduk rumah, habis tu mana contribution dari wanita untuk kerja-kerja di luar pulak.

Ada bagusnya bila ibu-ibu yang belajar tinggi-tinggi pilih untuk quit dan tumpukan sepenuh masa dengan anak.
Ibu yang berpelajaran boleh tolong urusan study anak-anak, lebih bijak menguruskan expenses, lebih matang dalam menguruskan kewangan, lebih cekap membahagikan masa untuk settlekan hal-hal rumah dengan hal-hal sekolah anak-anak, etc.
Yang penting, ibu-ibu ini sangat enjoy melakukannya.

Aku, tak enjoy buat kerja-kerja rumah.
I mean kalau hari-hari kena mengadap benda yang rutin dan sama, penyakit malas dengan sendirinya muncul.
Kalau duduk di rumah tapi mengadap kerja ofis, mengajar, prepare notes, reading jurnal, study, buat assignment - ok hat ni takpe.
Sebab setiap hari aku buat task yang berbeza, aku menulis hal yang berbeza, aku membaca nota yang berbeza.
Sehari suntuk dalam bilik pun ok lagi, insyallah.
Kalau sambil buat kerja, berhenti memasak - that's fine.
Tapi kalau berhenti berkerja untuk membasuh, memasak, mengemop, melipat, menyidai, memtonyoh porch - TIDAKKKKKK (ya, begitulah dramanya aku).

Jadi, aku sangat percaya, kebersediaan seseorang untuk menjadi stay-at-home mother atau wanita berkerjaya, amat bergantung pada minat dan skill set.
Benda kalau dah minat, takkan jadi beban.
Tapi kalau dah tak minat, bila dipaksa-paksa akan mengundang macam-macam penyakit.
Dan-dan migrain aku datang.

Adik aku salah sorang yang aku percaya skill setnya sebagai stay-at-home mother lebih power dari jadi engineer.
She was an engineer selama beberapa tahun, kemudian berhenti sebab Mirza perlukan perhatian (autism).
Ternyata memang di situ dia lebih pakar.
Aku kan dari kecil dengan Ima berganding bahu mengemas rumah Mak Aji tu.
Aku saksi tengok cara Ima mengemas.
Dia kalau mengemas bilik memang kau boleh rasa fresh and cleannya aura bilik tu.
Jenis yang sekelumit habuk pun dia boleh nampak.
Mengemas 3 bilik kat atas tu je dah setengah hari.
Aku mengemas hall, dapur, porch, siap basuh menyidai baju, menyiang ikan dah settle. 
Yang dia tak settle-settle lagi kat atas.
Betapa punya teliti kalau dia mengemas.
Tak tengok lagi kalau dia memasak.
Aku tak berani nak tolong. Takut kena jeling dek dia sebab cincai sangat. Hahahah.
Kalau raya, memang dialah yang buat kuah lodeh.
Aku takat goreng tempe lepaslah. Itu pun kadang hangus.

Aku jenis masak 3 lauk 30-45 minit siap dah.
Ima masak asam pedas seperiuk pun boleh setengah jam.
Tapi memang sedap gilalah asam pedas dia.
Mak Aji kata setakat yang dia dah rasa, asam pedas terhampir dengan asam pedas arwah nenek ada 2 orang - Ima and Busu Noi (adik bongsu Mak Aji).
Sebab tu kalau dia balik Bangi, aku sengaja datang lambat.
Biar dia habis masak dulu. 
Tapi dia pandai, dia tahu sejak dulu lagi kerja aku mengemas dapur, jadi lepas masak dia sengaka tinggalkan segala periuk belangan tak berbasuh.
Rela tunggu aku sampai sebab nak suruh aku basuh.

Lagi satu kawan aku yang nama Nurul.
Dia ada PhD tapi tak kerja pun.
Dia ambil PhD semasa dia dah jadi stay-at-home mother, untuk mengisi masa lapang.
Kelek anak kecik masuk dewan kuliah, okeh?
Nasib baik anak dia jenis diam patuh je.
Kalau aku masuk kuliah bawak Rayyan, besar harapan suara dia lagi kuat dari pensyarah.
Silap-silap dia lagi banyak bertanya pensyarah dari student.
So don't pandang rendah pada wanita yang duduk di rumah.
Bukan semua yang jadi stay-at-home mother tu duduk rumah sebab menganggur, atau kena buang kerja, apetah lagi malas bekerja.
Some of them made that decision by choice.

Yang memilih untuk terus berkerja pun bukannya kerana pentingkan diri sendiri, let alone nak lepaskan tanggungjawab menjadi ibu yang baik.
Aku pilih untuk berkerja sebab nak cuba jadi ibu yang baik jugalah ni.
Time single dulu ye lah kerja untuk diri sendiri.
Bila dah ada anak ni kerja untuk anaklah.
Aku rasa aku tak berapa ada skill untuk jadi stay-at-home mom yang bagus.
Aku masak pun balik-balik lauk itu dan itu je.
Duduk rumah seharian pun masak tetap sekali je sehari.
Cuti-cuti pun mengemas tetap panggil weekly bibik buatkan.
Dalam erti kata lain, kalau aku duduk rumah mengabihkan boreh je.
Jadi, lebih baiklah aku kerja.
Biarlah aku gunakan skill yang ada ni di tempat yang lebih tepat.
Moga jadi manfaat.