Dia camni, dulu kan semua orang ada hobi. Aku takde.
Seriously, aku TAK ADA apa yang aku boleh consider as hobi.
Cukup payah kalau kena buat karangan HOBI SAYA.
Hobi melukis?
Alatan lukis pun tak cukup, nak jadi hobi amendenya.
Mengumpul setem?
Surat pun tak pernah dapat, mana nak dapat setem?
Membaca?
Yes, aku suka membaca tapi bahan bacaan tak banyak.
Mengemas rumah?
Sorry, aku tak berminat nak jadikan ini hobi. Sekadar menunaikan tanggungjawab je.
Pendek kata, tak ada apa yang aku boleh jadikan hobi.
Ada sorang kawan aku hobinya buat stars.
Dulu tahun 80-90an, budak-budak sekolah sibuk menganyam stars dengan glitter paper, buat banyak-banyak simpan dalam balang.
Aku minat, tapi star aku tak menarik sebab aku takde duit nak beli glitter paper.
Nak buat dengan kertas warna pun mana nak ambik duit?
Kalau aku mintak duit kat Mak Aji alasan nak buat stars, takde maknanya dia nak bagi.
Buat sampah katanya.
Stars aku dulu aku buat dari kertas majalah (koyak majalah Mak Aji la apa lagi).
Bila tengok kawan ada buku setem, teringin pulak.
Kawan aku rajin berpen-pal jadi dia selalu dapat setem cantik-cantik.
Kadang-kadang dia beli setem yang jual ready-made.
Teringin sangat nak kumpul setem tapi macamana aku nak kumpul kalau setem pun takde.
Nak berpen-pal, nak kena beli setem jugak.
Apa alasan aku nak mintak mak bapak aku belikan setem?
Pulang balik macamana pun, aku takkan dapat beli setem atau kumpul setem.
Entah macamana, terjumpa buku setem Mak Aji.
Banyak gila setem overseas!
Mak aku kan kerja menguruskan cuti belajar pensyarah ke overseas.
Pensyarah-pensyarah ni semua baik dengan mak aku, jadi kat situlah agaknya mak aku dapat setem-setem ni semua.
Barulah aku tahu setem tak wajib bentuk segiempat.
Mak aku ada setem segitiga and bulat!
Aku pun dengan bangganya bawak pi sekolah nak tunjuk kat kawan-kawan koleksi setem aku (mak aku punyalah).
Maka aku pun bertukar-tukarlah setem tanpa pengetahuan Mak Aji.
Setem Mak Aji banyak yang rare, siapa nak tukar dengan setem tiga segi, kena bagi aku 3 setem.
Nak tukar dengan yang bulat, bak sini 5 setem.
Kau nampak tak skill bernego dan berniaga tu dah ada sejak kecik? Kahkahkah.
Naluri ibu tu kuat kan, tiba-tiba je dia sedar buku setem dia hilang.
Bila dia tengok setem-setem dia banyak dah takde, memang amukan kaw-kaw.
Aku cubalah bernego dengan dia.
Aku cakap aku bukan bagi free-free, tapi bertukar-tukar.
Aku pun bukannya bangang sangat nak bagi setem rare bodo-bodo gitu je.
Yang setem rare tu, aku tukar dengan 3 setem.
Maksudnya, aku menambahkan koleksi setem Mak Aji, bukan mengurangkan.
Tapi ini worang tak makan dek nego.
Dia suruh aku kutip balik setem-setem yang aku dah tukar tu.
Dia nak balik semua setem dia.
Masa tu aku umur 8 tahun, ya. Baru Darjah 2.
Hujung minggu, aku kepit buku setem and merayau cari rumah kawan-kawan aku untuk ambik balik setem yang dah aku tukar.
Cekal betul aku merayap area seksyen 1 and 2 cari rumah kawan.
Sebelum tu call dulu kawan tanya rumah dia kat mana.
Rumah aku masa ni kat seksyen 2.
Dulu Bangi hanya ada seksyen 1 and 2 je. Itupun dah cukup besar.
Menapak aku dari satu rumah ke satu rumah, melintas jalan besar, melintas jalan kecik, melintas lorong rumah - semuanya demi nak kutip balik setem.
Jangankan kata kawan-kawan, mak kepada kawan-kawan aku pun pelik apesal budak umur 8 tahun boleh terlepas merayap sorang-sorang.
Bila tahu aku duduk seksyen 2 tapi merayap sampai seksyen 1, terperanjat makcik-makcik tu.
Dah la muka aku malu gila terpaksa mintak balik setem.
Ada satu makcik tu (kawan kepada mak aku) siap nak gaduh dengan aku lagi "Ni apa ni? Dah bagi nak mintak-mintak balik pulak?".
Gaduh dengan budak umur 8 tahun, memang kau menang la kan sebab aku pun tak menjawab, just diam je tunduk macam kena marah dek mak sendiri.
Kat sekolah, 2-3 minggu jugak kena pulau, kena ejek dek kerana isu setem ni.
Aku tak taulah apa cerita agaknya yang disebarkan, macamkan aku bunuh orang pulak sampai kena pulau. Eh gasaklah.
Tak cukup kat skolah, kat tempat mengaji pun aku kena ejek.
Main galah panjang pun dah tak ajak aku. Aku buat dek je.
Tak ajak main, aku balik.
Tak nak kawan, takpe, aku buat hal sendiri.
Dah nampak kan, macamana aku develop perangai buat dek ni?
Ini adalah skill yang diasah sejak kecik, ya.
Lepas tu aku dah tak berminat nak ada hobi dah.
Aku minat membaca tapi bahan bacaan tak banyak.
Nak dijadikan hobi pun macam tak layak.
Maksudnya, kalau hobi membaca, mesti ada bukti.
Buktinya, bahan bacaan kena banyak, buku cerita kena banyak.
Barulah betul hobi membaca.
Kalau hobi melukis and mewarna, mana buku lukisannya? Mana buku warnanya?
Aku takde ni semua, jadi tak layak nak dijadikan hobi.
Kawan aku kat rumah dia siap ada built-in cabinet simpan buku.
Buku Tidurlah Intan tu semua set dia ada.
Aku nak mengaku hobi membaca pun segan.
Buku cerita aku boleh kira dengan 10 jari, itupun tak sampai.
Aku pernah hantar gamba kat Dewan Pelajar, letak hobi - Termenung.
Tu nak tunjuk betapa aku takde hobi.
Nak menipu hobi karang tetiba kalau ada orang nak berkenalan dia cakap "Hobi saya sama dengan awak". Hah mampus.
Apa aku nak cerita?
Sampai ke situ ya aku mikir sebelum hantar gambar kat Dewan Pelajar.
Sekali takde orang nak kenal pun. Kahkahkah.
Memang layak la letak hobi Termenung. Termenung merenung nasib.
Tapi bila pikir-pikir balik, maybe minat mengumpul setem tu Allah hadirkan sekejap je dalam diri bukan untuk aku jadikan hobi, tapi itu cara aku belajar banyak benda.
Belajar untuk hormat harta orang (buku Mak Aji).
Belajar skill bernego.
Belajar untuk ambil tanggungjawab bila dah buat salah.
Belajar tabah bila dikeji.
Belajar untuk buat dek bila diejek.
Belajar dari kesilapan.