2021-08-06

Sama-sama stress.

Panjang lagi PKP ni.
Dengan angka yang mencecah 20K ni, aku tak nampak bayang skolah bakal buka dalam masa terdekat, silap-silap bukak tahun depan.
Maka, marilah sama-sama bertabah.

Aku tahu kemampuan manusia tak sama.
Bak kata sorang mak tu, "Daripada habiskan masa mengajar anak, baik saya tumpukan usaha jual barang. Dalam keadaan sekarang duit lagi penting untuk saya cari".
Bunyinya macam selfish kan, tapi tu lah, nak buat macamana kalau itu adalah sumber pendapatan dia maka dia takde pilihan lain.
Ada perkara yang perlu dikorbankan.
Ada orang yang harus berkorban.

Mak bapak aku dulu pun bukan jenis yang ambil tahu sangat hal skolah.
Dorang tak berapa nak bertanya bila aku exam, samada homework banyak ke tak, samada aku tahu ke tak buat homework.
Aku rasa dorang serahkan semua kat aku supaya aku ambil tanggungjawab pada diri sendiri.
Sendiri nak pandai kan, kena belajar.
Sendiri nak exam kan, kena belajar.

Aku tak berpeluang macam some kawan-kawan aku yang lain, mak bapak boleh tolong ajar kalau tak faham.
Anak-anak aku sekarang pun sama, beruntung.
Asal tak tahu buat Maths, tanya mak bapak.
Tak faham sains, tanya mak bapak.
Tak tahu nak siapkan homework, tanya mak bapak.

Dulu kalau aku tak tahu buat homework, esok pagi-pagi sebelum kelas start, tiru kawan dulu.
Balik rumah karang aku study balik benda yang aku tiru tu untuk fahamkan konsep.
It works that way, okeh.
Lepas meniru baru faham. Hahahaha.

Agaknya itulah sebab mak bapak aku tak banyak bertanya tentang hal skolah.
Bukan dorang tak ambil peduli, tapi tahu tak dapat bantu banyak.
Sibuk dengan kerja, at the same time apa yang aku belajar dulu dorang tak blaja.
Ambik Sains, segala Add Maths, Bio, Chemistry, Fizik apa semua manalah dorang blaja.
Tapi ada kawan-kawan aku dulu mak bapak dia yang tolong buat Add Maths.
Memang jenis mak bapak grad overseas, pandai-pandai.

Boleh jadi juga mak bapak aku anggap aku bijak, boleh settle sendiri 😆.
Tapi masa Form 5 Mak Aji ambikkan aku tusyen.
Legalah sikit dapat tusyen untuk beberapa subjek. Jadiklah.

Masa aku menengah, Ima dah ada di SBP.
Mak Aji hanya ada aku sorang untuk diharapkan tolong-tolong buat kerja rumah.
Kalau aku tak tolong nanti kau akan dengar sumpahan "Macam nak mati aku buat kerja dalam rumah ni". Jem.
Maka, sebelum ada kematian akibat kerahan tenaga berlaku dalam rumah tu, aku rela ketepikan pelajaran aku kejap untuk tolong dia.

Rutin aku everyday lepas balik sekolah kena sidai baju yang tak sempat sidai pagi tadi, basuh 1 more round baju-baju kotor, mengemas rumah, menyapu atas bawah, melipat kain, etc.
Semua kena settle sebelum mak aku balik kerja.
Sebab the moment dia melangkah masuk pintu rumah, dia akan kesat-kesatkan kaki dia kat lantai.
Kalau berhabuk, siaplah. Siren dia berbunyi.
Jadi semua kena tip top sebelum 4.30pm.
By the time semua settle, aku dah letih nak mengadap homework.
Konfem masuk je bilik, tertidur.
Malam nanti barulah nak siapkan homework and nak mentelaah.

Pernah sekali aku terlepas cakap kat mak aku.
Agaknya dia perasan aku banyak terperap dalam bilik, hangin agaknya takde orang tolong di kat bawah.
Dia terjah masuk bilik aku tanya apesal aku terperap tak turun.
Aku cakap aku nak siapkan homework and study.
Mak Aji cakap "Aku dulu pun skolah juga, balik dari skolah kena pi cari kayu api, kena masak semua, tapi lulus jugak".
Masa tu aku dah terlampau hangin, aku jawab "Kalau setakat nak bagi lulus memang boleh sangat, tapi jadi macam mama lah tak masuk Universiti".

Jangan tanyalah apa aku kena lepas tu. Biarlah misteriiiii.

Tapi lepas tu aku nangis sebab stress sangat.
Bukan stress belajar, tapi stress tak dapat nak blaja macam kawan-kawan lain.
Aku stress kawan-kawan lain takde pun kena kerahan tenaga macam aku tiap-tiap hari kena mengemas rumah buat itu ini.
Exam week, masing-masing dapat study tanpa gangguan.
Aku cakap kat En Wan, kalau aku dapat peluang macam dia - tak perlu buat kerja rumah, takde siapa ganggu belajar - agaknya aku sama-sama fly dengan dia.

Aku pernah ikut kawan aku balik rumah dia kejap.
Dia ajak makan. Aku pun makan sekali.
Lepas makan, dia tinggalkan je pinggan dalam sini, tak basuh pun.
Aku nak basuh pinggan aku, dia cakap takyah.
Mak dia memang dah pesan, habis makan tinggal je dalam sink, nanti mak dia balik kerja basuh.
Mak dia tak kasi buat apa-apa kerja sebab mak dia dah siapkan jadual belajar untuk dia follow.
Jadi kerjanya belajar je lah. 
Aku macam wow! Ini kalau dapat kat Mak Aji, silap-silap pinggan tu bertenggek atas kepala aku.

Boleh jadi juga salah satu sebab mak bapak aku tak berapa nak bertanya tentang progress belajar aku sebab dorang taknak rasa bersalah bila tahu aku nak exam, aku ada banyak homework, tetapi at the same time dorang perlukan aku untuk help them doing chores.
Jadi, lebih baik tak ambik tahu, kurang sikit rasa bersalah. Agaknya lah.
Tapi macamanapun, aku tak sedap hati nak biarkan mak aku sorang-sorang buat kerja rumah.
Terasa macam jadi tuan pulak semua benda mak siapkan.
Nak makan rasa tak patut, sebab aku tak tolong apa-apa. Tak sampai hati.
Jadi, aku tetap juga dahulukan chores.
Belajar tu aku tawakkal je lah.
Tak penat, aku blaja. Kalau penat, aku tido.
Lagipun mak aku balas balik kat aku "Kau nak blaja sangat, kan? Ok, blaja. Kau tak lulus cemerlang, siap!".
Hah, ini yang aku malas ni. Siap ugut pulak.
Jadi, aku ambik langkah untuk berdamai dengan cara, ikutkan ajelah kehendak dia.

Bila ingat-ingatkan balik situasi aku dulu, aku faham kenapa mak-mak yang mengeluh time PdPR ni sanggup lepas tangan hal belajar anak-anak.
Because they have no choice.
Untungnya parents aku, walaupun semasa skolah rendah, aku and adik-adik boleh belajar sendiri.
Memang tak kacau dorang.
Berani kau nak tanya "Ma, yang ni macamana nak buat?".
Konfem dia tanya balik "Kau kat skolah buat apa? Cikgu mengajar kat depan, kau melangok kat belakang?".
Mintak ampunlah aku nak tanya mak aku pasal homework.
Baik aku meniru, dari bertanya dia.

Dia macam ni lah, kalau tak sempat nak submit latihan, inform cikgu.
PM personally. Minta budi bicara untuk hantar hujung minggu.
Tapi jangan sampai tak buat lansung.
Sebab cikgu ni ada KPI kena meet.
As long as anak-anak submit kerja, rasanya cikgu-cikgu ni ok.
Sebab kat whatsapp group Rayyan pun bukan semua orang siap on time, termasuklah anak aku.
Aku buat dek je kalau cikgu whatsapp "Pelajar-pelajar di bawah masih belum hantar latihan..." dan nama Rayyan ada dalam list.
Samada aku atau En Wan akan PM cikgu bagitau akan submit lambat.

Kitorang pun bukannya takde kerja.
Masing-masing ada kerja lain nak dibuat.
At least sampai pukul 12pm aku kena duduk depan laptop siapkan apa yang patut dulu.
Aku dengan multiple task berlainan field nak kena siapkan.
Memang tak terkejar kalau nak duduk sebelah Rayyan 24 jam.
Kitorang train Rayyan sama macam aku kena train dulu.
Dia kena tahu tanggungjawab untuk masuk Google Meet, buat latihan.
Tak tahu, baru tanya.
En Wan akan semak semua homework Rayyan sebelum submit.
That's why Rayyan always hantar lambat, kena tunggu apak dia balik kerja check dulu.
Takde masa nak berlumba siapa hantar awal.

Dalam keadaan sekarang, semua orang stress, baik anak-anak mahupun mak bapak.
Jadi kita pandai-pandailah handle bahagian kita, semampunya.
Jangan lupa ambil masa berehat DAN bagi masa untuk anak-anak berehat sama. Sama-sama penat.