2021-08-02

Program scam




Nampak post ni last week.
Maybe aku tertinggal keretapi lagi, ada kes baru ke Azizan Osman ni?
Takpelah, aku taknak tahu.
Semak pulak dunia internet sekarang dengan macam-macam kisah manusia yang serba tak kena sekarang.
Emosi rakyat tengah tak stabil.
Harap cepatlah cecah 80% vaksin, boleh merentas, boleh berjalan, boleh hidup macam dulu agaknya barulah semua bertenang-tenang sikit.

By the way, tentang Azizan Osman ni, aku suka nak cerita pengalaman aku join program dia.
 
Aku pernah join 4 kali - 1 free seminar, 2 kali IMKK and 1 kali MMM.
It all started in 2013 (kalau tak silap).
Bermula dengan join free talk dia di Shah Alam.
Waktu ni aku memang dah run bisnes biotech untuk tahun kelima.
Kiranya, ketika tu aku bukan dalam fasa merangkak untuk berbisnes. Dah agak selesa.
Jadi aku datang ke free talk tu takde aim untuk apa-apa yang heavy, sekadar nak tengok-tengok dan to see if I am on right track.

Kat free talk tu, apa yang dia terangkan semuanya quite basic. Semua perkara yang aku dah tahu.
Sebab aku dah pun 5 tahun in the market, sedikit sebanyak apa yang dia sampaikan aku dah pun praktikkan.
Nothing new to me.
 
Tapi boleh jadi dia sengaja ajar adalah basic kerana itu adalah free class.
Haruslah yang surface-surface saja diajar.
Nak go deeper, kenalah datang talk berbayar, ya tak?
Maka, aku pun join next talk which is IMKK.

IMKK aku ambik basic seat saja, RM199, sebab aku tak sure apa yang diajar nanti sesuai atau tidak dengan keperluan.
Lagipun baru first time join kan, nak tengok dulu berbaloi ke tak.
  
Ramai yang datang.
Kat IMKK dia tak banyak sentuh tentang bisnes, tetapi lebih kepada benda-benda general contohnya tentang keberkatan rezeki, hubungan dengan ibu bapa, sedekah, dan motivasi.
Not so much on how to build a bisnes, how to expand, how to market, etc.
Mungkin itulah sebab namanya Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).
Banyak tumpukan pada MAGNET, atau in english disebut Law of Attraction.

Bagi aku, IMKK ni program yang santai-santai saja. Takde apa yang teknikal.
Program ni banyak menggali potensi diri supaya jadi berani nak buat sesuatu dan keluar dari comfort zone.
Masa ni aku rasa this program tak berapa sesuai dengan aku sebab aku dah melepasi piawai tu.
Aku dah berani buat bisnes, aku dah berani jumpa customer, aku dah berani bagi talk, aku dah berani bercakap in public, aku dah berani buat sale, buat demo/presentation dengan new customer, aku dah berani tackle new lead - semua ni aku dah buat.
Tapi takpe, aku habiskan juga program ni sebab tak rugi apa pun.
At least boleh refresh apa yang aku dah tahu, sambil kenal-kenal orang and tambah-tambah ilmu dan motivasi diri.
Basically, kalau kau new comer dalam dunia bisnes atau plan nak berbisnes, boleh consider join IMKK.

IMKK ni sebenarnya menyampaikan apa yang ada dalam buku motivasi je.
Aku memang suka baca buku marketing and self-help.
That's why dalam IMKK aku tak banyak mencatat notes sebab boleh dikatakan apa yang dia sampaikan, aku dah tahu dan dah buat.
Untuk orang yang tak suka membaca, bagus join seminar-seminar macam IMKK atau dengar mana-mana podcast.
Because some people lebih fokus bila mendengar.
Some people yang lain pula lebih cenderung membaca kerana keadaan crowd yang ramai buatkan dia hilang fokus.
Hat ni akulah. Aku lebih suka membaca, read at my own pace sambil bertenang-tenang hirup teh tarik.

Bab menari-nari, menjerit-jerit, menangis-nangis tu benda biasa dalam mana-mana kem motivasi.
Kem BTN aku time skolah dulu pun ada buat benda-benda ni.
Tujuan program-program seumpama ni ada menjerit, menyanyi and berjoget, semua itu untuk challenge diri buat sesuatu di luar kebiasaan.
Kerana ada orang takut-takut nak keluarkan suara, suruh bercakap kat depan 20 orang pun gigil.
Jadi tujuan menjerit-jerit tu nak keluarkan kita dari kebiasaan.
Biar kau biasakan diri keluarkan suara.
Kau nak berbisnes tapi berat mulut, takut nak bercakap, kan tak kena tu?

Kalau tengok penyanyi, sebelum nak menyanyi ada warm up, practice bubbling semua, betul tak?
Itu semua nak mengurangkan gemuruh dan nak membiasakan suara biar tak terkucil.
Dalam IMKK ada part semua diminta berdiri atas kerusi sambil bersorak.
Aku enjoy this part sebab kat mana je pun aku boleh buat macam ni kalau bukan kat sini?
Bila je pun aku boleh jerit kuat-kuat macam ni kalau bukan kat sini?
Untuk yang pemalu dan pentakut, hanya dengan berada di crowd yang sama-sama buat benda yang sama menjadikannya berani.
Benda ni sebenarnya nak buang sifat takut-takut, buang sifat segan je.

Selepas IMKK, aku terus sign-up MMM (Millionaire Marketing Mastery).
Nampak je perkataan "Marketing", aku rasa maybe ini sesuai dengan keperluan aku.
Terus ambik seat paling mahal sekali.
Masa tu baru RM6-7k, sekarang mahu belas-belas ribu dah.
 
Reason aku ambik seat paling mahal sebab ia datang bersekali dengan private coaching tentang accounting and tax.
Di samping tu, ada makan sekali.
Serik rasanya bila ambil seat yang basic masa IMKK dulu.
Dah lah program tu padat (nama pun INTENSIF kan), mana nak kejar waktu solat, mana nak beratur beli makanan, mana nak makan lagi, dengan tempat nak duduk makan pun takde.
Dah lah tawakkal je park kereta by the road side sebab takde tempat parking.
Kalau aku keluar pi cari makanan karang, satu hal pulak nak cari parking baru.
Masa IMKK seharian aku tak makan.

Jadi, di MMM aku ambik seat paling mahal biar segalanya ada.
Makan dah siap, tempat duduk depan, tak payah berebut, makanan sedap pulak tu, aman-aman je makan bertenang, tempat solat pun khas. Berbaloi.
Tapi yang utama, sebab ada 2 private coaching.
Sebenarnya bukanlah private coaching one-to-one.
Disebabkan seat yang mahal tu tak sampai 100, maka yang join the extra class pun tak sampai 100 orang lah,
Private la kiranya tu, berbanding 4000 orang dalam satu dewan.

Dalam private class, selain diajar cara nak market and idea berbisnes, ada sesi bertanya dan berkongsi cerita bisnes masing-masing.
Dia tanya sorang-sorang apa bisnes kau buat sekarang.
Dari situ nanti dia akan randomly tanya macamana bisnes so far, berapa sales sebulan, dah hit millions ke belum, apa kekangan, apa kelebihan, etc.  
Siapa yang ada masalah nak run bisnes, siapa yang stuck sales tak naik-naik, siapa yang tak tahu macamana nak build strong customer database - di sinilah sesi kupasan masalah.
Sambil dengar masalah orang, sambil belajar.  

Dalam kelas ni Azizan pesan "jangan jual pada semua orang".
Dia suruh jual pada crowd sendiri. Kenapa?
Sebab orang lebih mudah membeli dari someone yang mereka percaya.
Tak payah kau nak convincekan orang luar produk kau begini begitu.
Maknannya, sebelum ada bisnes, pastikan grow crowd dulu.

Masa ni dia tanya siapa sini ada blog.
Aku angkat tangan (ada a few lain juga angkat tangan).
Dia tanya berapa viewer blog aku sebulan.
Aku cakap "Approx 2 million". 
Terbeliak mata dia. Satu bilik toleh kat aku.
Azizan Osman berjalan arah aku sambil tanya "Awak tulis pasal apa, ya?"

"Takde apa Dr, merepek-repek hal seharian je".

"Apa url awak?"

Masa aku sebut url blog aku, aku nampak orang kiri, kanan, depan, mencatat nama blog aku. Hehehe.

Habis je kelas, ramai juga datang mintak name card, minta aku promote bisnes, termasuklah founder Zawara.
Masa tu aku macam...wow Zawara pun masih buat marketing lagi padahal dia punya follower kat IG dah 500K waktu tu.
Yang kau, follower baru 300 malas buat marketing.

Semasa ambil MMM, aku belum ada GreenAard.
Aku masih dengan biotech and DNA analysis services.
Dalam kelas coaching terakhir, datang idea aku untuk gunakan "kepakaran" aku produce own product.

Azizan Osman suka guna perkataan "kepakaran".
Bunyinya macam berlagak sikit, like kau siapa nak mengaku diri pakar, kan?
Tapi itu bukan maksudnya. 

"Kepakaran" yang dia maksudkan adalah sesuatu kelebihan yang kau ada. 
Kelebihan itulah kau jadikan bisnes.
Kalau kelebihan kau memasak, maknanya itulah kepakaran kau.
Tak semestinya kau sepakar chef hotel 5 bintang, tetapi itulah skill kau yang paling power kau ada.

Masa itu lah aku realize "kepakaran" aku.
Aku study biotech. 
Aku study food science. 
Aku buat kerja lab. 
Aku buat marketing. 
Aku buat sale.
Aku kenal orang-orang teknikal yang boleh aku rujuk.
Semua kombinasi menjadikan aku "pakar" untuk menghasilkan produk aku sendiri.

Selepas MMM, aku start jumpa orang-orang yang arif tentang apa yang aku nak buat,.
Duduk dengan dorang bincang plan aku, discuss formula aku, buat RnD, sehinggalah terhasilnya GC Plus produk pertama GreenAard.

Aku faham kenapa ramai yang kata program Azizan Osman ni scam.
Bila kau tak achieve sales, bila kau tak hit 1M, bila kau tak berjaya kembangkan bisnes, maka program itu adalah scam. Betul tak?

Ok, look.
Aku tak sure if Azizan pernah janjikan sesiapa yang join program dia, akan jadi jutawan.
Semasa aku join kelas dia, tak pernah dia berjanji habis kelas kau akan jadi jutawan. Tak.
To me, apa-apa kelas kau masuk, itu adalah medan menambah ilmu, bukan jaminan.
Umpama kau blaja kat Universiti, habiskan 4-5 tahun belajar, pinjaman ratus ribu, itu bukan jaminan lepas grad kau dapat kerja jawatan tetap, hujung bulan terima gaji. No.
Tapi kenapa kita tak pernah salahkan universiti bila tak dapat kerja?
Pasai apa tak kata Universiti tu scam bila kita tak dapat kerja?

Aku join kelas hafazan beberapa tahun lepas.
Ambil kelas untuk hafal 6 surah saja, bukan satu Quran.
Orang lain hafal Al-Kahfi 45 hari je. Aku 3-4 bulan.
Salah cikgu ke aku lambat hafal?
Tak, cikgu dah buat kerja dia cikgu dah ajar teknik nak hafal.
Aku je yang tak fokus. 
Banyak benda lain aku buat waktu tu, menyebabkan kurang konsistensi.
Faktor kesibukan, faktor sambil lewa, faktor malas, faktor kesihatan, etc.

Ada orang jenis terang hati, baca 4-5 kali terus boleh ingat 5 ayat sekaligus.
Aku nak hafal 5 ayat, mahu kena 50 kali ulang sehari.
Maksudnya, apa yang orang lain capai dalam masa yang singkat, belum tentu kita capai dalam masa yang sama. 
Faktor kejayaan seseorang bukan join kelas semata.
Kenal kelemahan kita, kenal kemampuan kita.
Jangan mengharap bulat-bulat pada cikgu and ilmu.
Cikgu dan ilmu adalah guidance supaya kita tak lost track.
Tapi usaha mahu lebih. 
Just like aku cakap awal tadi reason kenapa aku ambik free kelas Azizan Osman adalah sebab nak tengok samada aku berada di track yang betul.
Selebihnya aku kena buat sendiri.
Bila kita letakkan jaminan pada "Aku ambik seat RM7000 tapi tak jadi apa pun?".
Deyyy, seat RM7k tu adalah seat keselesaan, bukan seat jaminan boleh jadi jutawan.

Mentaliti yang mahukan short cut begini mesti buang jauh-jauh, ya.
Inilah yang berlaku pada sesetengah orang yang berbisnes, especially agen.
Bila produk tak jalan, cakap founder penipu, cakap founder lepaskan diri, cakap founder paksa ambil stock.
The thing is, takde siapa paksa. Itu semua PILIHAN.
 
You yang nak jadi agen, kan? Haruslah ambil stok.
Nak ambil stok haruslah melabur.
Dah dapat stok haruslah cari customer.
Some agen nak jadi agen tapi mengharapkan lead dari founder.
Mengharapkan founder hulur list customer.
Senang betul berbisnes, ya?

Kan founder dah bagi harga agen.
Buatlah profit dari situ.
Usaha untuk cari customer sendiri.
Bila ada usaha nak cari customer, barulah ada effort nak mengenal produk.
Orang yang harap founder bagi lead selalunya takde effort nak kenal produk, hanya tumpu nak kira untung je.

Ada yang bila dapat insentif baru bersemangat nak buat kerja.
Padahal sales margin yang founder bagi tu tak cukup insentif lagi ke?
Kita kalau berkerja makan gaji, bukan tiap-tiap bulan dapat naik gaji.
Bonus pun setahun sekali. 
Increment RM1k setahun tak sampai, tapi boleh pulak stay dengan kerja yang sama bertahun-tahun.
Kenapa bila jadi agen, nak kena ada macam-macam insentif dulu baru nak berkerja?
Padahal dengan sales margin tu kalau buat sungguh-sungguh, silap-silap dapat lagi banyak dari gaji bulanan.

Serupa macam weight loss.
Nak makan banyak, tapi nak kurus.
Jogging sebulan tak nampak hasil, give up.
Makan weight loss supplement sebulan, tak nampak hasil giveup.
Puasa sebulan tak lost weight, giveup.
Lagikan berbisnes, belum tentu nampak hasil dalam sebulan dua.
Selalunya 3 tahun pertama belum nampak profit lagi. Baru nak clearkan cost je.
Tahun ke-4 baru slowly nampak profit.
Jangan terpedaya sangatlah dengan gaya penampilan orang lain.
Belum tentu lagi dia ada cash lebih, kebanyakkannya nak impress orang je yang lebih.

Cerita pasal ni aku ada satu kawan, ex-colleague. Chinese.
Dia resign dan buat bisnes sendiri. Bisnes biotech juga.
Tak sampai setahun, dia quit, balik Penang.
Tak boleh sustain the business.
Aku macam pelik, sebab bukannya dia buat bisnes lain.
Dia buat bisnes biotech, the same business yang dia buat masa makan gaji dulu.
Patutnya tak jadi masalah.
Rupanya dia tak pernah really buat sale selama ni. 
Selama ni dia kutip order je.

Selama dia bekerja satu opis dengan aku dulu, aku nampak hari-hari dia keluar buat sales, tiap-tiap bulan CEO puji dia banyak dapat order. 
Nampak success sangat sebab hit target tiap-tiap bulan.
Setiap bulan makan komisyen ribu-ribu.
Rupanya selama tu dia tak buat sale pun.
Sale tu yang masuk dengan sendirinya.
 
Maksudnya, dia tak mencari customer pun, customer memang dah biasa pakai brand tu lalu customer repeat order.
Dia tak pernah ada new customer pun. Hanya berharap pada existing customer saja.
Bila dia resign, dah tentu dia kena start promote produk baru, kan?
Kalau ikut lojik, takkan ada masalah sebab customer kenal dia.
Mudah untuk dia convert produk customer ke produk dia.
Tapi memandangkan dia tak ada pengalaman mencari new customer sendiri, dia lost skill tu.
Akhirnya terpaksa tutup bisnes.
Itulah impak nak jalan short cut, nak jalan senang.
Bila terkehel sikit, terus hilang punca.
Padahal pengalaman dah ada, tapi selama ni biasa buat sales dengan senang, bila terduga macam tu terus hilang skill.

Second time aku pergi IMKK, bawak En Wan.
Kalau ikut hati, malas nak pegi lagi sebab aku dah tahu dah apa yang dia nak sampaikan.
Tapi sebab nak suruh En Wan join jugak, dengan aku aku sekali kena masuk lagi sekali.
Orang macam En Wan ni, dia nak berbisnes tapi segan buka mulut.
Kalau aku ajar karang, dia kondem.
Hah, meh sini aku masukkan kelas. 
Biar hilang sikit rasa segan and takut-takut tu.

Masa kat IMKK kali ke-2 ni aku dah start GreenArd.
Kat sini aku terjumpa kawan yang sama-sama join IMKK pertama.
Actually tak kenal pun, masa bersembang dia cakap ini kali ketiga join IMKK.
Kali pertama dia join adalah kelas yang sama aku masuk.
Tapi yang pelik, dia masih takde bisnes apa-apa lagi.
Aku tengok bukan main beria mencatat nota.
Takkan sampai 3 kali datang IMKK masih nak mencatat. Benda yang sama kot.

Ada satu part tu kitorang kena work in pair.
Kena buat exercise memperkenalkan diri, cerita tentang "kepakaran" masing-masing and tepek kat FB.
Aku pair dengan dia.
Dah 3 kali join IMKK, dia masih tak tahu apa kepakaran dia.
Cakap pun takde konfiden, macam malu-malu.

Itu bukti bahawa kau masuklah kelas berapa banyak kali pun, it all starts with you.
Kelas takkan memberi makna apa-apa kalau habis kelas, kau pun habis sama.
Kena work on it. Jangan tangguh nanti hilang momentum.
Sementara ilmu masih fresh, motivasi masih meninggi, terus start.
Kalau perlu keluar dari environment yang tak membantu, keluarlah.

Walaupun begitu, tidaklah kata aku ni penyokong tegar Azizan.
Ada benda yang aku tak follow pun.
Contohnya, segala exercise yang dia suruh upload kat FB, aku tak buat pun.

Berdasarkan pengalaman aku in sales, doing marketing and blogging memberi banyak pengajaran bahawa tak semua orang suka apa kau buat.
Walaupun intention Azizan is good, untuk latih diri berani bercakap dan supaya video ada engagement, aku tak rasa cara ini valid. 
Silap-silap orang menyampah.

Berapa ramai sangat suka tengok kawan sedang dalam usaha untuk mengubah hidup?
Berapa ramai sangat suka tengok kawan sedang membina cabang kerjaya baru?
Berapa ramai sangat suka tengok kawan nak berbisnes?
Tak ramai yang suka. Yang kecam ramai.
Karang baru up satu video, dah kena kecam berjemaah terus mati semangat.
To me, better don't. Tapi kalau kau hati kering, buatlah.

Masa kelas MMM Azizan suruh kitorang work in pair untuk rakam video mempromosikan produk masing-masing.
Ada sorang participants she is a medical doctor yang juga menjual batik sambil-sambilan.
Dia volunteer untuk divideokan bersama Azizan, lepas tu post video tu kat FB.
 
Azizan cakap "Lagi 1 jam bukak balik FB awak tengok komen".

Ramai yang ingat participant ni mesti dapat ribuan like and comments, tapi surprisingly tak pun.
Agak berubah juga la muka Azizan masa tu.
Aku duduk seat mahal waktu tu.
Seat mahal depan-depan, jadi boleh nampak jelas riak muka dia.

Ada 2 pengajaran kat sini.

Yang pertama, crowd lebih penting dari produk.
Di mana kita menjual, dengan siapa kita jual.
Kalau ada produk yang best, tapi jual pada crowd yang salah, produk tu takkan laku.
Umpama jual daging lembu gred A di penempatan orang India. 
Kan tak kena tu? Dan boleh tahan bodoh juga.

Yang kedua, kehadiran "influencer" tak menjamin produk kita banyak pembeli.
Kitorang ingat bila budak tu up video dia bersama Azizan Osman, konfem berdesup enquiry masuk.
Rupanya komen pun tak banyak.
So kat sini jelas, influencer helps dari sudut meninggikan engagement and awareness.
Tapi jangan letakkan jaminan untuk dapat pulangan.
Di depan, influencer buatkan iklan.
Di belakangnya, kita yang kena gerakkan bisnes tu.

So the bottom line is program-program motivasi, bisnes talk, dan certificates ni semua adalah ilmu dan guidance supaya kita berada di track yang betul.
Selebihnya kita kena usaha.
Jangan pulak ingat, "Aku dah join course tapi bisnes tak menjadi pun?". That is so wrong.
Bisnes bukan sekadar pegi class, join seminar, pasang billboard, pakai duta, hire influencer dan BOOM! Tak.
Ia adalah satu kerja yang memerlukan konsistensi, determination, hard work, dan effort yang beterusan dan sungguh-sungguh.
Kalau nak rileks sikit pun maybe bila dah ada staff yang boleh tolong buat clerical and operational work tapi marketing-wise founder sendiri kena lead.