2021-07-21

Raya Haji 2021

Ada 2 benda aku nak tulis hari ni.
Dua-dua untuk menjawab soalan follower di IG.

Yang pertama, pasal aku order makanan raya, semalam.
Soalannya "Mak mertua dan suami tak kisah ke tak masak lansung untuk raya?"

Jawapannya, TAK.
Sebab mak mertua dah duduk bersama selama 11 tahun.
Selama 11 tahun ni dia tahu menantu hantu dia ni always masak.
Idok le terer mana memasak, tapi takde la terkibai-kibai sangat masuk dapur.
Dalam rumah ni, takde siapa kisah aku masak ke tak.
Yang penting ada makanan ke tak.
Itu lebih utama untuk dipikirkan.

Kalau siapa follow IGS aku tahu aku selalu memasak (Nah, ni bukti).
IG aku lagi banyak gambar makanan daripada gamba aku.
Raya puasa baru-baru ni pun aku masak sambal goreng and kuah lodeh.
Takde la sampai tak reti masak lauk raya lansung.
Cuma, raya semalam aku memang dah plan untuk tak memasak that's why awal-awal lagi aku dah order kat Aisyah.

Ahad baru ni (18 July), aku submit final project aku.
Jadi, sepanjang minggu aku busy mem-final-tune-kan writing aku.
Isnin esoknya (19 July) aku ada back-to-back meeting.
Seawal 8.30am aku dah start meeting dengan UPSI, kemudian aku ada 2 lagi meeting sampai 3.45pm.
Semua ni dah ada dalam jadual awal-awal lagi sebab tu aku tak plan untuk memasak.

Aku bukan promote isteri-isteri untuk tak perlu memasak, ya, let alone mempromosikan budaya mengorder makanan.
Jangan salah faham, ya (read : jangan sengaja mencari-cari kekurangan aku).
Memasak bukan satu pertandingan apetah lagi jadi kayu pengukur untuk menilai samada seorang perempuan/isteri tu rajin atau tak.
To me, as long as atas meja ada benda nak makan di pagi raya, ada lauk-pauk raya - semua happy.
Takde siapa persoalkan aku masak ke tak.
Kalau pun memasak ni satu pertandingan, aku rela kalah.
Because memasak is not my game.
Aku bukan jenis yang pandai masak.
Setakat boleh masak je. I let u win, no problem.

Hidup ni jangan sulitkan perkara yang boleh dimudahkan.
Bukan makna kata kena ambil mudah perkara, tapi kalau benda boleh buat mudah, nak buat apa sulitkan?
In my case, kebetulan menjelang hari raya aku kena prepare untuk submit project dan a few meetings.
Kalau semua benda nak diletakkan atas batu jemala patik, memang burn out la jawabnya.
Supaya aku tak serabut, aku ambil keputusan serahkan hal masak-memasak pada yang lebih pakar.
Untungnya, musim PKP ni masing-masing tak boleh balik beraya, jadi on hari raya pun ada yang buat delivery, so why not aku order je.

Look, aku tahu masing-masing lama nau terkurung, sampai hal masak-memasak raya pun boleh jadi bahan nak argue.
Macam ni lah, kalau kita rasa penat gila nak memasak, bincang dengan suami boleh tak dia pulak jadi chef, atau tapau je makanan kat luar.
Atau masak simple-simple like maggi goreng?

Kalau kita penat memasak seharian untuk raya sekali tengok orang lain punya lauk raya lagi meriah dan mereka tak perlu berpenat-penat (sebab order), why not next time kita order saja?
Buat apa lah nak banding-bandingkan aku kena masak, kau hanya order, kau ada bibik tolong....OMG, whyyyyyy.

Rasanya hal masak-memasak ni tak perlu jadi bahan argumentlah.
Ni semua small people punya topic tau.
Jangan jadi small people nak argue benda-benda kecik macam ni.
Paling tak pun, jangan cari kekurangan aku dengan hal masak-memasak, because I don't care.
Aku tak kisah pun siapa lebih rajin ke dapur, siapa lebih pandai memasak.
Aku lagi seronok kalau ada yang lebih pandai masak dari aku so that aku boleh order dari dia.

Ok soalan kedua.
Actually yang ni bukan soalan tapi aku terpanggil nak explain pasal ni.
So ada sorang follower ni follow aku di semua channel - IG, FB and Blog.
Dia kata baru-baru ni aku banyak highlite kisah aku dengan kawan-kawan.
Dan kawan-kawan aku respond pada post-post aku.

"Sebab tu saya follow Kak Di sebab cerita Kak Di valid sebab Kak Di ada kawan real".

Aku tanya dia apa maksud "kawan real".
Dia kata bila aku post cerita, kawan-kawan zaman sekolah, universiti and zaman bekerja 'muncul' di ruangan komen untuk bagi respond.
In other words, these real friend adalah bukti apa yang cerita tu wujud.
Menunjukkan bahawa aku ada 'real friends' yang mengesahkan kisah-kisah yang aku tulis.
Dia kata ada a few people post-postnya takde pengesahan dari 'real people' selain follower semata.

To me, it depends.
Tak semestinya orang-orang tu takde real friends.
Tapi boleh jadi juga dia memang tak ramai kawan and that explains kenapa dia lebih menonjol dalam online.

Boleh jadi juga dia lebih selesa 'hidup' dalam online.
Maybe di dunia sebenar dia seorang yang pemalu atau reserve.

Boleh jadi juga dia taknak expose kawan-kawan dia atau kawan-kawan yang tak mahu diexpose.
Biasalah, ada orang tak suka diri dikenali.
Aku ada kawan yang kenal dari zaman My Space yang akhirnya jadi 'real friend'.
Aku juga ada kawan yang bermula dari blog reader, now jadi good friends sampai mak bapak aku pun kenal.
Tetapi dorang ni aku tak pernah exposekan di blog atau medium media sosial sebab dorang tak mahu dikenali.

Jadi, tak adil untuk kita judge orang berdasarkan people's validation.
Tapi aku setuju bila kita ada real friends, sedikit sebanyak menunjukkan kita sendiri benar-benar 'hidup' - tak hanya hidup di dunia online saja.

Dapat ramai followers on social media bukan petanda kita ramai pengikut yang genuine ya.
Followers is not necessary kawan.
Kebanyakkannya adalah haters yang follow sebab nak spy.
Jadi jangan samakan followers and friends.
Belum tentu ramai followers ramai yang suka.
Alangkan kawan pun boleh jadi backstabber, lagikan yang kau tak kenal di dunia nyata.

Vying for attention on social media pun natural.
Siapalah yang tak suka bila ramai orang suka.
Siapalah yang tak suka kalau dapat LIKE?
Takde yang salah in getting excited about social media engagement.
Yang salahnya bila kita terlalu mencari-cari sebab untuk dapat attention and LIKEs dan mem-value-kan diri berdasarkan how many followers and likes kita dapat.

Deretan lauk yang dibeli sempena Hari Raya Haji 2021.

Nasi dagang dari nasidagangganushahalam.

Rendang paru dari frozenlauk.

Lain-lain dari geng Dusty Pink Tits, kawan aku Aisyah.