2021-07-23

Kita pernah muda.


Last week aku share video En Wan di PPKTJ, tahun 1996.
Dia sendiri tak tahu kewujudan video tu until kawan dia share.
Dapatlah aku tengok keremajaan wajah beliau satu masa dulu.
Ni videonya.
Kebetulan si kamera man ni pi zoom pulak kat muka En Wan pada minit 1:39.

 

First time aku jumpa En Wan Dec 1998.
Masa jumpa tu, muka dia dah matang sikit.
Dalam video ni muka dia innocent sangat sampai aku tak percaya wajah innocent ni kuat mengkondem aku.
Moralnya, yang muka baik tu belum tentu baik.
Yang obvious jahat macam aku selalunya baik-baik. Kahkahkah.

Senyum je Redza and Rayyan tengok muka bapak dia masa umur 19 tahun.
Rayyan lagi konfiden, "Ma, kenapa papa macam muka adik?".
Konfiden betul bapak dia yang tiru muka dia, ya.
Dah nampak kan, hawa-hawa ikut perangai bapak?
Cuma aku berharap Rayyan tak se-annoying bapak dia lah.

Bila aku tenung-tenung En Wan dalam video tu, memang sahih nampak dia sangat pemalu.
Sebenarnya masa our first met dulu, En Wan sangat berbeza dari sekarang.
Dia pemalu, pendiam, dan pentakut.
Pentakut dalam erti kata kalau dia sesat, dia takut nak berhenti tanya orang arah jalan.
Kalau dia masuk mall nak cari restoran, dia segan nak tanya kat kaunter pertanyaan.
Kiranya aku terpedayalah dengan wajah innocent dia tu.

Yang aku pulak memang awal-awal kenal dalam surat (sebelum jumpa face-to-face), dia akui aku macam gengster.
In fact, dia panggil aku "Lanun".
Sebab perangai aku brutal sangat katanya.
Tak kisahlah tu, yang aku kisahkan sekarang, kenapa dia dah tak innocent macam dulu?

Aku tanya dia "Apesal dalam video ni abang macam shy sangat? Sebab awek Jepun ramai ke kat depan tu?"

Dia kata banyak faktor yang buatkan dia jadi sangat pemalu and pendiam.
Yang masuk PPKTJ (Pusat Persediaan Kajian Teknikal Jepun) 90% budak sekolah asrama, budak pandai-pandai.
Padahal dia pun pandai juga, tapi tetap rasa rendah diri.
Dia kata dia hanya dari sekolah kampung.
Nama kampung pun tak glamour, kalau sebut tak kenal.
Lainlah kalau dari Kampung Majidee JB tu.
Tak pun Kampung Baru KL ke.
Ini, Kampung Pulau Bahagia. Mana tu?
Bila kawan tanya "Kau skolah mana dulu?", rasa segan nak jawab sena nama skolah tak gah macam sekolah berasrama.

En Wan cakap masa mula-mula sampai sana, budak-budak lain nampak sangat berwibawa.
Dengan gaya masing-masing smart-smart, pandai berkomunikasi, pandai-pandai pulak tu - buatkan dia rasa rendah diri.
Lojiklah kan, budak asrama, dah duduk sendiri sejak umur 13 tahun, dah tentulah pembawakan diri berbeza.
Dia tu sampai habis sekolah duduk dengan mak bapak, pulak tu segalanya orang gaji buatkan, mana la tak comel je muka.
Sampai ke umur 45 tahun ni duduk dengan mok lagi. Eh.

Bab ni kan, aku teringat Redza.
Masa dia Form 1, cuti akhir tahun, dia ajak kawan-kawan masa Darjah 6 keluar jumpa kat mall.
Jumpa untuk gathering la, kan.
Sorang pun tak dibenarkan pegi sebab parents kata "baru umur 13 tahun".
Redza macam pelik la jugak.
Tapi aku bagitau Redza, maybe kawan-kawan dia masih duduk dengan mak bapak.
Parents tak biasa anak-anak keluar sendiri.
Budak-budak asrama ni pula dari umur 13 tahun dah outing sendiri, beli keperluan makanan sendiri, shopping toiletries sendiri, etc.
Jadi, kita nak lepaskan anak gathering kat mall kurang rasa curiga sebab memang di asrama dorang ke mall pun tanpa kita.
Barulah Redza "Oh, ok faham".

En Wan kata, kat PPKTJ dulu kawan-kawan panggil dia "Muka Jambu".
Maybe sebab muka innocent macam nak nangis. Hahahaha.
Tapi aku akui, muka dia dalam video ni sangat budak-budak.
Sekali pandang nampak macam lambat nau nak matang budak ni.
Siapa sangka hanya 2 tahun selepas tu, dia jadi macam ni:

That's why aku tak pelik bila dia kata kawan-kawan dia masa mendaftar kat PPKTJ nampak sangat matang dan pandai bawa diri.
Bila kita duduk di luar comfort zon, environment baru akan mengubah gaya kita dari semua sudut - cara berpakaian, gaya bercakap, dan sikap.
Kiranya En Wan adapt well di Jepun.
Itulah pertama kali dia berjauhan dengan family.
Keluar dari kampung terus ke Jepun.

Agak drastik perubahan environment dia.
Tapi disebabkan Kak Ngah dia pun dulu belajar kat US (Wisconsin), jadi En Wan ada contoh untuk diikut.
Bezanya, Kak Ngah sekolah MRSM Kuantan, bukan sekolah dari kampung.
Jadi Kak Ngah dah biasa berdikari dari awal.

Tapi, masa kitorang kenal, En Wan masih ada sifat pemalu, pentakut dan pendiam.
Selama bertahun-tahun aku kawen, until dah ada Rayyan, aku masih tak kenal siapa kawan-kawan sekampung dia.
Sepanjang 10 tahun pertama kitorang kawen, everytime balik Tganu, sorang kawan dia aku tak pernah jumpa.
Aku pelik. Dia ni menyombong ke hape masa sekolah dulu sampai takde kawan kat kampung?
Ada la sorang budak tu sama umur, bekas jiran.
Nama budak tu Bad, now duduk Kedah.
Everytime raya kitorang mesti pi beraya rumah Bad.

Macam aku pulak memang penuh dengan kawan.
Dari zaman nikah, sampai ke sekarang, En Wan kenal kawan-kawan aku.
Bukan kenal rapatlah, tapi kalau open house, dia boleh bersembang dengan kawan aku.
Aku memang angkut dia pi jumpa kawan-kawan aku kalau raya atau majlis kawen.
Geng Dusty Pink dah tentu-tentu dia kenal.
Kawan sekolah aku pun dia kenal.
Kawan sekerja aku pun dia kenal.
Kawan-kawan FB aku pun tak memasal jadi kawan dia jugak.
Memang dasar menumpang kawan-kawan aku, kan? Hahaha.

FB dia tu pun aku yang desak suruh create.
Kalau tak, dia hanya hidup dengan dunia mesin kilang.
Sumpah! Tak tipu.
Hidup dia dulu dengan kerja je.
Kau tanya pasal mesin, pasal production, pasal chemical - insyallah dia boleh jawab.
Cuba kau tanya pasal kawan-kawan dia, harammmmmm.
Tapi tu dulu la.
Tak salah dalam 8 tahun lepas, sejak ada FB, dia mula connect dengan kawan-kawan sekolah lama.
Barulah aku nampak ohhh ada jugak orang kenal dengan laki aku ni.

Alhamdulillah dia berjumpa balik dengan kawan-kawan sekolah setelah dia matang, ketika dia dah pandai bersembang dan pandai bergurau.
Kalau dulu ya ampunnnn, kejung!
Kak Long pernah cakap En Wan ni banyak bercakap lepas kawen dengan aku.
Kau nampak kan, pengaruh environment memainkan peranan? Hahaha.
Tinggal serumah dengan pompuan yang banyak cakap and gelak non-stop, memang terbanglah segala penyakit pendiam kau.

Masa mula-mula En Wan datang rumah, mak bapak aku tercongok kat depan, dia tak sembang apa-apa pun.
Dia banyak menunggu ditanya soalan.
Macam tu sekali dia punya tahap pemalu.
Dah la bercakap pun tunduk je.
Ya ampunnn sopan nau nau!
Mak aku tak konfiden nak lepaskan aku kat En Wan.
Halah halahhh mak aku ni pun, dia tak tau mok tu pun tak konfiden agaknya nak lepaskan anak bujang dia kat aku.
Nasiblah mok jumpa aku first time on hari bertunang.
Kalaulah mok kenal aku sebelum bertunang agaknya tak jadi bertunang.

Bab ni aku teringatkan Ima and Azrul.
Azrul pun PPKTJ, study Jepun juga cuma Azrul baya aku.
Ima and Azrul also kenal melalui chat.
Dorang pun sama gak berjumpa kali pertama kat stesen komuter.
Aku jumpa En Wan di stesen komuter Bangi.
Ima and Azrul di stesen komuter Kajang.
Sama-sama pulak tu first time jumpa Mak Aji and Pak Aji ikut.
Yang best tu, Ima and Azrul lansungggg tak pernah tengok rupa.
At least aku dah pernah bertukar gambar.

Ni Ibal la yang cerita.
Ibal teman Ima nak jumpa Azrul.
Dorang dah perasan dah ada satu mamat dengan jaket jeans, rambut panjang (ikat) tengah diri kat tiang.
Si Ibal cakap "Yang tu kot".
Ima denial wehhhh. "Takkanlah!". Hahahahaha.
Kau bajet mamat yang kau bakal jumpa ni rupa Wong Ka Kui??

Si Ibal beranikan diri approach "Awak Azrul ke?"

Azrul kata "Ya".

"Kakak saya tunggu kat sana".

Aku dengar Ibal cerita sambil gelak tepuk-tepuk lantai.
Betapa gamble-nya dua orang manusia ni nak berjumpa tapi tak kenal rupa.
Yang bestnya tu, Mak Aji ni on the way balik Tampin.
Terus Mak Aji ajak Azrul ikut masuk kereta balik Tampin sekali.
Haa, kau ada gitu?

Seperti awal-awal Mak Aji tak berkenan dengan En Wan, begitu jugaklah dengan Azrul.
Biasalah mak-mak, kan.
Yang En Wan tu Mak Aji tak konfiden sebab pertamanya, En Wan belajar overseas.
Orang dulu-dulu kan, asal duduk overseas je konon banyak pengaruh tak baik, entah-entah pernah minum arak, suka berpoya-poya.
Member pakai kereta sport pulak tu, lagilah mak aku suspicious.
Ye lah, dalam filem melayu kan lelaki yang pakai kereta sport ni suka tukar-tukar perempuan. Hahaha.

Yang si Azrul pulak, sama lah, sebab blaja overseas.
Imej Azrul pulak ranggi and rambut panjang.
Mau orang tua tu tak berpikir-pikir nak serahkan anak dia?

Tapi tu lah kan, macamana pun penampilan seseorang, itu adalah pilihan mereka ketika itu.
Biasalah, tengah muda.
Orang muda ni seleranya lain.
Gaya ranggi dah semestinya.
Orang kata usia 20an ni sedang mencari identiti.
Bila mak bapak aku dah kenal-kenal bakal menantu, dah kenal mak bapaknya, barulah nampak ada ciri-ciri yang boleh diharapkan pada dua-dua menantu ni.

Aku cakap kat En Wan, kita pernah muda, kita pernah lalui moment-moment bercinta, pernah rasa berdebarnya nak jumpa dengan bakal mertua.
Satu hari nanti kita akan lalui fasa ni semula tapi kali ni kita yang jadi orang tua.
Tak lama dah ni....entah-entah 10 tahun lagi.
Tapi kalau Redza ikut langkah bapak dia, 7 tahun lagi kot.
Tak kisahlah, yang penting aku dah pesan kat Redza kalau berkenan dengan mana-mana perempuan, nama bapaknya kau tanya dulu. Eh.