2021-07-17

Positif toksik.

Rakyat Malaysia sedang beremosi.
Menjak terkurung on and off sejak tahun lepas, macam-macam ‘penyakit’ keluar.

Hari tu nampak kawan aku (A) menenangkan kawan yang lain (B) dengan kata-kata positif.
Si A kemudiannya kena kecam.
Kononnya A takde empati.
Dia kata A tak berada di tempat dia.
Di kala dia sedang merempan kena potong gaji due to company nak cut cost, tak perlu sesiapa bagi kata-kata positif.

Begitu sekali impak Covid hinggakan kata-kata positif pun dah tak valid, dikatanya pula tiada empati. Adehh.
Aku PM tepi A, cakap “Biarkan dia. Jangan layan”.
Kadang aku rasa bagus juga bila aku always ketinggalan keretapi dalam kebanyakan isu yang sedang viral.
Malas rasanya nak ambik tahu banyak benda, especially cerita dan masalah manusia.
Bukan menyombong, tapi perkara yang melibatkan manusia ni, 1 + 1 tak semestinya jawapan 2.
Maksud aku, kita nak jawab yang betul salah, jawab salah lagilah salah, tak menjawab karang dikata tak ambil peduli.
Entah, susah nak explain.

Tengok je la kawan aku tadi.
Kau tengah kecewa dan marah bila gaji kena potong.
Kau merempan-rempan kat FB.
Pastu bila orang bagi kata-kata semangat, kau marah.
Kau kata orang tu toksik positif.
Kau ni sakit ke hape?

Sejak Covid ni, macam-macam benda yang mengkonfiuskan aku.
Up gamba anak-beranak makan eskrim, dikatanya kurang empati.
Up gamba shopping groceries, kurang empati.
Up gamba buat birthday party anak sekeluarga di rumah, kurang empati.
Up gamba beli pokok orkid baru, kurang empati.
Up gamba masak udang galah lemak cili api, kurang empati.

Tak dik, bukan orang yang kurang empati, tapi awak yang sakit hati.
Awak nak semua orang jaga hati awak supaya awak tak terasa looser, kan?

Aku faham pandemic ni menyebabkan perubahan besar pada hampir setiap aspek kehidupan kita.
Memang penting untuk melatih empati pada waktu-waktu sekarang tetapi kita kena faham pada situasi yang bagaimana.

Masa aku kecik dulu, everytime beraya di Muar, Pak Aji tak kasi kitorang pakai kasut raya pi berjalan raya.
Pak Aji kata kesian nanti orang-orang kampung tengok kita berkasut cantik sedangkan dorang baju pun takde (padahal kasut kitorang pun beli yang paling murah).
Apa yang Pak Aji ajarkan tu adalah empati.
Belajar untuk hormat emosi tuan rumah dan merasakan rasa susah yang dia alami.

At the same time kitorang juga beraya ke rumah orang have-have.
Takde pulak tuan rumah simpan pinggan mangkuk mewah dan hidangkan kitorang dengan pinggan mangkuk pakai buang.
Malah aku rasa proud and seronok bila kitorang dijemput datang beraya rumah dia.
Berpusing kepala aku 360° tengok rumah orang cantik. Termotivasi.

Boleh faham tak analogi aku ni?
Macam tak masuk akal semua benda kita nak suruh orang ada empati sedangkan kita yang menyibuk hendap hal dia.

Look, bukan kau sorang je stress.
Semua orang dalam keadaan stress cuma stress kita tak sama.
Kita rasa masalah kita besar padahal orang yang nampak macam takde masalah tu ada stressnya, bezanya dia kurang mengeluh kat media sosial.

Dalam keadaan semua orang terganggu mental dan emosi, as much as kita nak orang jaga emosi kita, let them jaga emosi diri mereka juga.
Dorang up gamba masakan untuk melepaskan sedikit tekanan.
Dorang up gamba shopping groceries untuk meredakan ketegangan.
Dorang up gamba makan udang galah, kau kata tak menghormati perasaan orang yang sedang dalam kesusahan.
Now berapa kali dalam setahun ni kita nampak dia mentekedarah udang galah?
Setahun tak sekali, so let them be.
Masing-masing sedang cuba mengimbangi tekanan dengan mencari sekecil-kecil perkara untuk dinikmati.
Bukan kita sorang je tertekan!

Sometimes orang yang ada perasaan iri suka memanipulasikan emosi sendiri.
Padahal dia yang tak puas hati orang lain tak ‘terseksa’ seperti dia, tapi dia twist kata orang lain tak tahu menjaga hati. Aduiyaiiii.
Banyak-banyak muhasabah, ya.
Kalaulah si happy tu bentangkan ‘seksa’ yang dia sedang tanggung, entah kita mampu carry ke tak bebanan dia.
Bak kata someone kalaulah Allah campakkan semua ujian manusia ke bumi dan manusia boleh ambil mana-mana ujian yang dia suka, pasti manusia tetap berlari mendapatkan ujian diri sendiri.
Tak mahunya kita ambil ujian orang lain, kerana belum pasti boleh tanggung.

Tapi takpelah, maybe buat masa sekarang to be on the safe side supaya tak dicop kurang empati, kita up je lah cerita yang bodoh-bodoh saja.
Quote-quote nasihat and motivasi buat masa ni orang tak berapa boleh terima.
Positif toksik katanya.