2021-07-07

MIskin mental

Hari tu kat IGS aku up post ni - screencap isu sumbangan.
Kau bacalah conversation bawah ni:

Kalau orang ramai jadi bersangka-sangka nak memberi sumbangan agaknya tak salah.
Puncanya macam ni lah.
Jenis yang dah la tak berduit, tak sedar diri pulak tu.
Isu pemalas dah banyak kali aku tulis kat blog.
Miskin dan Malas adalah dua benda yang berbeza.
Tak wajib jadi PEMALAS pun kalau miskin.
Tak wajib jadi PENGOTOR kalau miskin.
Miskin is situasi.
Tapi "pengotor" dan "pemalas" adalah SIKAP!

Conversation atas tu pada pandangan aku adalah contoh manusia yang MISKIN MENTAL.
Kalau boleh aku taknak ada sikap suudzon dengan orang-orang macam tapi meminta sangat.
People like this do exist.
Ramai, and always make trouble.

Antara sebab kenapa seseorang meminta tolong (sumbangan) dari orang lain adalah keadaan ekonomi.
Maybe keadaan kewangannya benar-benar kurang atau merosot akibat pandemik.
Well, those yang lacking because of their economic conditions sudah tentulah wajar minta sumbangan.
Tapi apa yang berlaku kat sini bila pertolongan tu bukan kerana miskin duit, tapi mental yang miskin.
Jenis yang dah tahu diri tak berkerja, suami mungkin pendapatan tak tinggi (atau dah berkurangan), pandai-pandailah adjust dengan situasi semasa.
Ini tak, dah tahu tak berkerja, duit tak cukup, masih lagi nak kekalkan dengan perbelanjaan yang lama semasa duit masih ada.

Bukan tak boleh pakai pampers mahal, semua mak bapak kalau boleh nak bagi hanya yang terbaik pada anak-anak.
Kalau kita ni jenis berduit, layaklah memilih.
Ini kita dah lah tak berduit, mengharapkan pula sumbangan orang, tapi nak demand.
Kalau orang yang 'normal', mintak sumbangan pun dah rasa malu.
Yang kau, siap demand.
Ni bukan kategori tak tahu malu lagi, ni dah dikira bodoh sombong.

Agama dan budaya always encourage us to help each other.
Tapi pada pendapat aku, dalam meminta tolong must also pay attention to ethics and the situation, jangan sampai menyusahkan orang lain.

"(Apa yang kamu infakkan) adalah untuk orang-orang fakir yang terhalang (usahanya) di jalan Allah, sehingga dia tidak dapat berusaha di bumi; (orang lain) yang tidak tahu menyangka mereka orang-orang kaya kerana mereka menjaga diri dari meminta-minta). Engkau (Muhammad) mengenal mereka dari ciri-cirinya, mereka tidak meminta secara paksa kepada orang lain. Apa pun harta yang baik yang kamu infakkan, sungguh, Allah Maha Mengetahui" (Baqarah, 273)

Dalam Quran dinyatakan "TIDAK MEMINTA SECARA PAKSA".
Bermakna, meminta tolong secara paksa tak baik dalam apa keadaan sekalipun.
Ayat tu menjelaskan siapa yang perlu diprioritikan - orang fakir yang memerlukan kerana dah tua, sakit, yang terhalang usahanya akibat cedera/lumpuh/disable, etc.
Orang-orang ini adalah golongan yang dikatakan menjaga kehormatan diri, tidak meminta-minta melainkan sudah darurat (terpaksa).
Orang lain tak tahu pun mereka sangat memerlukan sebab menjaga diri dari meminta-minta.
Kalaupun terpaksa meminta, mereka tak minta secara paksa melainkan dengan cara yang sangat halus yang tak dapat difahami kecuali oleh orang yang memiliki ketajaman pandangan.

Minta tolong tak salah, mintalah.
Tapi, adab meminta tolong mesti ada.
Yang menolong tu pun bukan kau sorang je yang nak ditolong. Ramai lagi.
Pernah ada orang minta aku sumbangan.
Dia minta RM700. Diulangi ya, dia minta SUMBANGAN, bukan pinjaman.
Aku tanya kenapa sampai RM700.
Dia cakap dah kira banyak tu yang dia perlu untuk perbelanjaan (keluarga).
Aku kata aku boleh bagi RM150.
Terus senyap sampai ke sudah. Tak sure kenapa.
Aku anggap je lah phone dia hilang.

Tapi itulah antara contoh meminta secara paksa.
Patutnya bila minta sumbangan, terpulanglah pada penyumbang nak bagi berapa.
Selebihnya usahalah di tempat lain, maybe minta dari orang lain pula.
Lainlah kalau minta pinjam, sebab akan dibayar balik.
Tapi kalau mintak pinjam pun aku tak bagi sebab aku tak kenal orangnya.

Ni pun sama gak.
Cara dia menge-listkan barang-barang tu macam cara aku pesan En Wan beli barang kat Giant.
Main tulis je, siap highlite nak berapa kilo, nak size besar kecik.
Sebijik gitulah aku meng-order barang kat En Wan.
Mula-mula aku ingatkan budak ni order barang pasar tapi tak bayar, rupanya minta sumbangan.
Ya ampunnn. Ni baru first time minta sumbangan agaknya.
Mungkin dia ingat prosedur minta sumbangan ni tulis je apa benda nak nanti orang datang hantar. Agaknyalah.

Bila tengok kes-kes macam ni, baru aku teringat balik inilah punca kenapa aku tak berminat nak jadi sebahagian dari volunteers untuk program-program charity.
Biarlah aku jadi penyumbang saja.
Aku bukan boleh hadap perangai macam ni, kat situ juga aku tabur nanti.
Sungguh volunteers ni semua adalah orang yang diberikan kehebatan untuk melayan karenah manusia.

Ni lagi satu hal.
Ambik food bank macam tengah shopping kat Econsave.
Sauk sauk sauk boh dalam plastik sebanyak-banyak ada.
Sorrylah ya, tapi kalau tengok badan macam terlebih makan, bukan kurang makan.
Ini sebenarnya video.
Yang berhelmet tu ambik makanan seadanya, but si singlet ni datang dengan sorang perempuan (bini dia kot), siap bawak plastik besar and kaut selagi ada boh dalam plastik.
Berbulu pulak aku menengok.
Dia tolong ambik untuk pihak jiran?
Sorry, tak berdaya pulak aku nak husnuzon ke tahap tu.

Food bank ni dibuat supaya yang terdesak ambil mana yang perlu tanpa perlu lalu protokol.
Kalau ginilah caranya, lepas ni food bank kena letak satu jaga kat situ untuk tulis nama, IC and barang apa yang diambil.
Bukan apa, biar reti malu sikit.

Oh hari tu katanya kes peneriman sumbangan bendera putih kat Johor yang viral tu rupanya kes "miskin pemalas", ya?
Katanya ramai jiran and kawan-kawan lama si penerima bersuara pasal tu.
Penerima adalah orang yang malas bekerja and suka meminjam katanya.
Sedihlah kalau itu benda betul.
Bukan apa, menjadikan orang-orang susah nak bersangka baik lepas ni bila nak menyumbang.
Bukan tak ikhlas membantu tapi terkilan dengan sikap begini.
Kita pula yang malu sebab dah membantu dia menjadi terus malas.

Orang dengan mental miskin ni memang kita selalu akan jumpa dalam hidup.
Macamana kita cuba elak pun, mesti akan jumpa lagi.
Kalau tak dengan orang yang sama, dengan orang lain pula.
Then the only way, is to face it. Hadap je.
Tetapi persepsi, cara fikir dan tindakan kita adalah senjata untuk hadapi orang miskin mental.
Maksudnya kita kena bijaklah.
Nak bantu boleh, tapi buatlah sikit-sikit background check.
Kalau rajinlah, kalau tak rajin, takyah.