2021-07-09

Memahami makna rezeki

Rupanya budak-budak yang SPM tahun lepas dah dapat tawaran ke matrik semalam.
Kat newsfeed aku tak banyak update pasal ni, maybe aku yang tak perasan.
Ada sorang kawan ni update anak dia dapat matrikulasi.
Tidaklah rapat sangat, tapi memang kenal lah.

Tiba-tiba aku yang excited.
Ye lah, kita pernah berkawan, pernah muda sama-sama, pernah huhahuha sama-sama.
Now giliran anak-anak pulak.
Terasa macam anak sendiri pula yang nak ke Uni.
Lalu aku pun mesej dia minta nombor akaun. Terasa nak contribute something.
Bukan apa, memori dapat tawaran ke matrik tahun 1995 masih clear kat kepala.
Belanjanya besar, walaupun program matrik aku 100% under biasiswa MARA, tapi persiapan sebelum berangkat tu semua nak kena keluar duit sendiri.
Nampak macam simple tapi nak mati stem pakai duit, nak mintak cop sana sini pakai duit, nak mengepos borang pakai duit.
Belum lagi persiapan beli itu ini.
Nak pulak macam aku yang jenis shopping baju setahun selali (time raya je).
Bila nak ke matrik, banyak baju yang kena beli.
Itupun baju kurung nak pakai hari-hari aku rembat baju kurung Mak Aji.
Baju T shirt mana ada sangat, selama ni pakai baju T shirt free je - T shirt Milo, Nestle, Anti-dadah - ni semua ihsan Pak Aji.
Pejabat Pak Aji banyak buat program untuk sekolah-sekolah, maka T Shirt free is a must :).
Memang banyak duit pakai.
Mujurlah makcik-makcik aku hulur sorang sikit.
Mak aku tak minta, tapi dorang seronok-seronok anak sedara pertama ke Universiti. Gitewww.

Bila kawan aku share anak dia ke matrik aku mintak nombor akaun.
Aku cakap “Nanti kau gunakanlah apa-apa dengan duit tu. Belikan buku dia, top up yuran ke”.
Aku takde niat lain.
Just nak “tumpang” saham budak-budak menuntut ilmu.
Menuntut ilmu ni kan umpama berjihad.
Semoga ada la sikit bahagian aku.

Kawan aku tu reply “Terima kasih, Di. Aku tak tau nak excited ke tak anak aku dapat sambung blaja. Laki aku sejak Mac dah berhenti kerja. Company dia gulung. Aku sorang je kerja. Semua expenses atas aku sekarang”.

Terdiam kejap aku.
Baru je hari tu aku tulis pasal “meminta-minta”.
Inilah contoh orang yang sesak dan memerlukan tapi masih lagi tak mahu membebankan orang lain.
Orang pun tak tahu dia sedang susah.

Kawan aku ni bukannya orang yang susah sangat dari pandangan mata kasar.
Macam kita-kita juga - ada kerja, ada rumah, ada kereta, sesekali makan di luar - tapi tu lah, kita pun tak tahu siapa yang memerlukan siapa yang tak sekarang ni, kan?
Kita selalu nampak yang meratap meratib tu saja yang susah.
Yang rumah senget nak roboh tu yang susah.
Yang bersempit-sempit 8 beranak dalam satu bilik tu yang susah.
Yang ambil makanan kat food bank tu yang susah.
Padahal, tepi-tepi kita ni ada je yang sedang susah.

Yang tepi-tepi kita ni memang ada rumah, tapi masih dalam loan.
Nak jual rumah?
Siapa nak beli tengah-tengah gawat ni?
Lagipun, tak berbaloi jual rumah.

Ada kereta, tapi masih dalam loan.
Nak jual kereta? Tak berbaloi.
At least ada kereta ni ada la jugak kaki nak bergerak.
Kalau esok lusa tergerak nak buat bisnes, mudah nak ke sana sini bila ada kereta.

Nak suruh jual semua barang kemas?
Entah dah berapa utas rantai dia dah jual mana kita nak tahu.
Entah dah berapa banyak savings dihabiskan, kita pun tak tahu.
Biarlah dia nak simpan sikit barang kemas yang masih ada untuk diri sendiri.

Sedih aku tadi.
Berdebar-debar lagi dada ni.
Terperanjat, macam tak percaya di kalangan kawan-kawan ada yang tengah sesak.
Sebak sampai bergenang air mata.
Ye lah, kita remaja bersama-sama. 
Pernah seronok sama-sama. 
We did stupid things together. 
Now kawan tengah susah, sebak sangat rasa. 
Nak-nak lagi bila kita pun ada anak yang dah besar.
Banyak belanja. 
Mak bapak mana yang nak anak-anak rasa susah.
Kalau boleh anak-anak tak perlu tahu beban kewangan yang kita tanggung.

Mungkin pada pandangan kawan aku, rezeki aku ni besar sampai boleh ‘suka-suka’ nak bagi duit untuk celebrate anak dia masuk matrik.
Selalunya macam tu, kan?
Bila kita nampak orang lain lebih dari sudut duit and harta, "Hebat dia, duit banyak".
Tapi tadi lepas bersembang dengan dia, mendengar cerita dia, sungguh dari pandangan aku rezeki kawan aku ni sangat besar.
 
Bayangkan dari bulan Mac suami hilang kerja.
Banyak benda yang dia dah cut demi nak cukupkan belanja.
Selama tempoh tu Allah bagi dia rezeki menanggung keluarga.
Dalam tempoh tu dia diberi rezeki bersabar dengan dugaan.
Bukan calang-calang orang boleh bersabar selama tu.
Apetah lagi bila dah biasa ada sumber kewangan yang selesa, tiba-tiba hilang separuh.
Sedangkan loan nak kena bayar and perbelanjaan tetap masih perlu disediakan.
Entah berapa banyak airmata dia tumpah semasa bersolat.
Entah berapa tinggi tangan dia angkat semasa berdoa.
Entah berapa lama dia bersujud mohon pertolongan Allah.
Orang yang tengah senang happy happy jarang boleh bersujud lama-lama.
Besar sungguh rezeki yang Allah selitkan dalam ujian dia.

Sumbangan aku tak banyak tapi itu bukti Allah mendengar doa dia.
Hish, meremang bulu roma aku.

Rezeki kita Allah pakejkan dalam banyak cara.
Orang yang diberikan kelebihan harta dan duit, belum tentu itu menjadi rezeki.
Boleh jadi musibah.

Orang yang disempitkan duit dan harta, boleh jadi itu bukan musibah tetapi rezeki yang sangat barokah.
Dalam keadaan sekarang ni rezeki kita sebenarnya menjadi ujian buat diri sendiri.
Musibah orang lain adalah ujian untuk kita.
Allah sedang memerhati.

Last week ada satu post tentang ibu yang share pengalaman bersalin c-sect.
Komen-komen yang aku baca mula-mula tu semuanya positif.
Semua kongsi pengalaman yang lebih kurang sama.
Hujung-hujung dah jadi competition.
Yang sorang kata tak sakit.
Yang sorang kata hari ni c-sect, lusa dah boleh mengemop lantai.
Yang sorang cakap c-sect tak payah berpantang elok je sampai sekarang. Yada yada yada yada.

Inilah yang kita namakan rezeki.
Kita sangka yang sihat sejahtera selepas c-sect tu hebat.
Sedangkan yang melepek selepas bedah tu pun hebat.
Hebat macamana?

Yang hari ni bedah, esok dah boleh mengemop, dia diberi rezeki cepat sihat, badan kembali segar, kurang rasa sakit.
Yang melepek tu Allah bagi rezeki berehat, sambil menahan sakit sambil ingat Allah, bertasbih, bertahmid, beristighfar.
Kerana lumrah manusia bila sakit baru ingat Allah.
Maka itu adalah rezeki.
Masing-masing Allah dah bagi rezeki.
Tak perlu nak compete-compete siapa lebih hebat.
Kerana belum tentu yang nampak hebat tu adalah rezeki.
Salah cara, boleh jadi anugerah yang tersia-sia saja.
Carilah makna rezeki dalam setiap perkara, insyallah hilang rasa nak bersaing 24 jam.

Teringat ceramah dari seorang ustaz.
Dia kata tahap rezeki paling bawah (level biasa-biasa) adalah rezeki berbentuk material - duit, makanan, harta, jawatan, bahkan keluarga pun merupakan rezeki yang paling rendah.
Tapi yang inilah yang kebanyakan kita berusaha mendapatkannya bermati-matian.

Rezeki level tengah adalah sihat.
Sihat badan dan fikiran.
Sihat jasmani dan rohani.
Sihat ni tak terlihat sebab non material, malah tak ramai yang nampak kepentingannya melainkan dah sakit esok.
Tetapi tanpa rezeki sihat, rezeki yang paling bawah (point pertama tadi) tak akan terasa!
Orang yang terbaring sakit tak merasa nikmatnya makanan, nikmatnya duit, nikmatnya jawatan, bahkan nikmatnya ada isteri cantik dan seksi pun tak terasa.

Dua tahap rezeki ni, yang bawah and tengah, Allah bagi kat semua samada beriman atau tak, samada Islam taua tak.
Disinilah sifat Rahman Allah, sifat Pengasihnya Allah.
Bahawa Allah bagi rezeki kepada semua tanpa melihat siapa.
Siapa yang berusaha sesuai dengan sunatullah maka diberi rezeki tahap rendah dan tengah ini.
Walaupun perangai macam Firaun, tetap akan dapat.

Rezeki tahap tinggi - iman, ilmu dan amal soleh.
Orang yang diberi ilmu dan pemahaman dapat membezakan mana wajib, mana sunah, mana rezeki, mana musibah, mana hikmah.
Sebab tu tadi aku cakap rezeki kawan aku tu jauh lebih besar.
Allah tarik sikit rezeki tahap bawah dia sebab Allah nak bagi dia rezeki tahap paling tinggi.

Yang kita?
Dok bersaing siapa yang paling tak merasa sakit bersalin.
*tepuk dahi*