2021-07-04

Pencapaian paling hebat.



30 Jun.
Boleh dikatakan setiap 30 Jun aku ‘celebrate’ sebagaimana aku celebrate 1 April.
Dua -dua tarikh ni tarikh mati favourite artis aku.

1 April 2003 - Leslie Cheung.
30 Jun 1993 - Wong Ka Kui (vocalist Beyond).
Ada sorang lagi yang aku suka - Hacken Lee. Hat ni hidup lagi.

Hari tu 30 Jun seharian aku dengar lagu Beyond.
Memang mengundang memori.
Lagu video atas ni dalam versi Japanese.
En Wan suka versi Japanese sebab dia boleh nyanyi sekali jadi aku letakkan versi Japanese dalam kereta dia.
Kereta aku, semua lagu Beyond versi Cantonese.

Leslie bersara kejap dari dunia hiburan sejak 1989 sampai 1997 (kalau tak silap aku).
Dia pindah Canada.
Jadi dalam tempoh tu takde lagu baru Leslie.
Maka aku berjinak-jinak dengar lagu orang lain.
Masa tu la kenal Hacken Lee and Beyond.

Punyalah aku gila dengan Leslie and Ka Kui, tahun 2009 aku ke Hong Kong siap dah plan nak ziarah kubur dorang!
Aku tanya a few ustaz boleh tak ziarah kubur bukan Islam.
Ustaz kata boleh je tetapi apa manfaatnya untuk diri sendiri dan si mati?
Apa pun kita buat biarlah mendatangkan manfaat.
Tapi kalau nak ziarah takpe.
En Wan tak kisah. Dia ok je bila aku bagitau aku nak pi kubur Ka Kui.
Leslie cremated, jadi kubur dia tak jelas di mana.
Kalau Ka Kui ni aku tau kubur dia kat mana sebab aku follow funeral dia (Jade Solid Gold).
Tapi, aku pi Hong Kong dengan parents aku.
Nak mampos kalau Mak Aji tahu aku pi kubur cina?
Kat situ jugak aku terkubur nanti.
Dalam satu trip di sana kitorang lalu depan kawasan kubur Ka Kui.
Meronta-ronta rasanya nak minta bus benti nak berlari ke lereng bukit cari kubur Ka Kui. Gitewww.

Aku dah pernah lalui zaman-zaman gatal bijik menggila kat retis Cantopop.
Jadi aku tak heran sangat bila Rayyan minat K-Pop and Redza gila anime.
Sebab aku jauh lagi gila semasa baya dorang.

Hari tu masa 30 Jun, sambil-sambil layan lagu Beyond, aku terpikir sesuatu.
Ka Kui dah mati 28 tahun.
Dia mati sewaktu umurnya 31 tahun.

Hidup 31 tahun.
Mati dah 28 tahun.
Lagi 3 tahun genap 31 tahun ulangtahun kematian Ka Kui.
Mesti dia tak pernah sangka dia akan hidup dalam kubur lagi lama dari hidup di dunia, kan?

Itulah yang ustaz aku pernah cakap berulang-ulang kali dalam kelas, dulu.
Boleh jadi kita akan habiskan masa di alam barzakh lebih lama dari usia kita di dunia.
Berderau darah dengar.

Sorang senior aku pun macam tu.
Arwah meninggal umurnya 19 tahun.
Waktunya di dalam kubur lebih lama dari waktu hidupnya.

Kita (aku) tak terkecuali.
Aku ni kalau umur Rasulullah saw dijadikan benchmark, ada 18 tahun saja lagi balance hidup.
Boleh jadi aku 'hidup' dalam kubur jauh lebih lama dari hayat aku atas dunia.
Entah-entah 1000 tahun lagi duduk kat dalam tu.
Apa sajalah yang boleh dibuat dalam kubur lama-lama kalau bekal amalan tak cukup.

Betul ustaz kata, hidup kita ni tak lama.
Kalau malam ni mati, bermakna hidup kita hingga malam ni saja.
Dan amalan 44 tahun hidup di dunia inilah yang nak dibawa untuk bekal 1000 tahun di alam barzakh.
Allah…takutnya.
Umur dah la tak banyak, amalan tak seberapa, dosa bukan main banyak.
Berapa balance hidup yang tinggal tak tahu, tapi masih lagi begini.
Takde pertambahan amal soleh, buat pun ala kadar seolah-olah ada cable dengan malaikat penjaga pintu syurga 😔.

Aku bersyukur Allah tak panggil aku balik semasa skirt aku belah sampai pangkal paha.
Smasa aku bangga pakai blouse putih see thru menampakkan blue bra.
Semasa aku bangga dengan rambut bertukar warna.
Semasa short aku lebih pendek dari short kawan aku yang berbangsa cina.
Semasa aku rileks berjalan kat beach ber-2 piece.
Sekarang pun belum baik.
Penampilan je berubah sikit.
Amalan masih gitu-gitu.
Itupun tak pasti ikhlas ke tak.

Takut mati.
Tapi macam tu lah. Sekadar takut kat bibir agaknya.
Waktu memang tak terbatas, tapi waktu kita sangat terbatas.
Berapa lama lagi tempoh hidup di dunia?
Entah, tak ada yang tahu, takde sorang pun tahu, aku pun tak.

Arwah atok aku (ayah Mak Aji) meninggal umur 62. Masih kuat.
Baru pencen beberapa tahun.
Meninggal waktu dia tengah tengok-tengok orang mengecat rumah.
Tau-tau orang nampak dia mencangkung, lepas tu terus terbaring.
Tangan dah kiam siap-siap.
Dia meninggal 10.10am.
Awal pagi tu dia bercukur kat beranda rumah.
Atok memang suka bercukup kat depan.
Masa bercukur, ada 2-3 orang kampung lalu, siap tegur angkat-angkat tangan lagi.
Orang tu terperanjat bila dengar pukul 10am atok meninggal sebab dia kata baru bertegur masa lalu depan rumah.

Atok dah tahu ke dia nak meninggal sebab tu dia mandi and bercukur siap?
Entah.
Yang pasti takde sorang tahu kejap lagi nak mati.

Arwah atok Muar (ayah Pak Aji) meninggal di tahiyat akhir Zohor.
Nenek lalu, nampak tengah tahiyat.
Nenek turun menyapu, siap pi petik kopi bagai, bila naik rumah atok masih tahiyat akhir.
Nenek tak sedap hati, dia tolak sikit bahu atok, terus terbaring.

Atok tahu kejap lagi nak meninggal?
Aku pasti tak.
Maybe dia cadang lepas Zohor nak makan. Atau nak minum kopi.
Rupanya pagi tu sarapan terakhir dia.

Allah kata ketika nyawa diambil, bermakna rezeki kita dah habis dibagi semuanya.
Apa yang kita dah dapat capai hingga waktu itu adalah pencapaian yang tertinggi dalam hidup.
Walaupun belum hebat di pandangan orang tapi sampai itulah rezeki kita dan itulah yang terbaik untuk kita manfaakan di dunia.

Bab ni pun aku terfikirkan balik tentang Ka Kui.
Umur dia cuma 31 tahun.
Dalam tempoh 10 tahun dalam industri, Beyond banyak dapat award.
Lagu-lagi ciptaan Beyond setiap tahun mesti dapat award.
Satu-satunya band yang pegang Asia pada waktu tu adalah Beyond.
Malaysia jauh sangatlah. Even X-Japan pun tak capai tahap Beyond.
Orang menjangkakan Beyond akan gah untuk 20 tahun lagi selagi ada Ka Kui sebab lagu-lagu Ka Kui memang sedap-sedap.
Tapi bila Ka Kui mati, boleh katakan Beyond juga mati pada waktu yang sama.
They can’t survive.
Dan lagu terakhir ciptaan Ka Kui jadi masterpiece and evergreen untuk 1000 tahun lagi (lagu video atas).
Kalau dia hidup lagi mungkin dia takkan dapat produce lagu yang lebih baik dari itu.
Memang itulah agaknya lagu terhebat yang dia dapat produce.
Jadi, setakat itulah rezekinya.
Agaknya begitulah.

Maka benarlah kata-kata "Berkerjalah seolah-olah kita hidup 1000 tahun lagi, dan beribadatlah seolah-olah kita akan mati hari ni".
Maksudnya, kalau bekerja jangan sampai bermati-matian.
Kerana kita hidup 1000 tahun lagi, tak habis hari ni, boleh sambung esok. 
Tetapi hari ni nak mati maka beribadahlah dengan sungguh-sungguh kerana belum tahu esok masih hidup.