2021-01-28

Gadjet dah jadi keperluan


Tersentuh tengok gamba katun ni.
Terbayang camanalah agaknya orang-orang kampung yang ada anak kecik bersekolah nak hadapi musim PKP dengan segalanya online.
Maybe ada some school yang menggunakan approach berbeza like print teaching notes and latihan untuk dibuat di rumah.
Kesian juga kalau semua nak kena beli henfon and computer.
Nak pikir internet lagi. Letrik lagi.
Patutnya zaman sekarang dah takde kes murid tercicir dari sekolah, harapnya Covid-19 tak menjadikan kes keciciran semakin banyak.

Jangan kata budak-budak kampung, agaknya kalau Covid-19 ni wujud tahun 80-90an, akulah antara yang menggagau nak join class.
Mana duit nak cekau beli computer oiiii.
Alangkan masa umur aku 11 tahun (Darjah 5), teringin nak join kelas tusyen, mak aku sound “Jangan selfish! Bukan kau sorang je nak belajar. Adik-adik pun nak belajar juga. Kalau duit mama habiskan kat kau sorang, adik-adik takde peluang”.
Itu baru aku mintak kelas tusyen, belum minta komputer lagi.
Mau beralih paksi rumah tu dengan suara Mak Aji bertempik.
Sejujurnya, aku tak rasa aku perlukan kelas tusyen.
Bukannya aku bangang sangat.
Tapi aku just nak pendedahan yang lebih.
Buku-buku latihan tambahan tak pernah ada, jadi kalau dapat join tusyen bolehlah belajar lebih. Itu saja tujuan aku.
Tapi aku tak kecil hati pun bila parents aku tak mampu, aku just try my luck je.

Masa kat U, kebanyakkan kawan-kawan aku ada desktop.
Masa first year, aku sebilik dengan budak Langkawi.
Dia ada desktop. Aku pinjam desktop dia untuk siapkan presentation slides.
Untuk siapkan assignment, aku tulis tangan.
Segan asyik nak meminjam barang orang je.
Padahal dia tak kisah pun. Tapi aku segan.
Second year, aku sorang antara geng-geng tetek pink yang dapat duduk dalam kolej.
Yang lain menyewa rumah.
Aku dapat duduk satu bilik, sorang.
Masa ni semua assignment aku bertulis tangan je.
Gigih berpage-page tulis tangan.
Nak buat presentation slides, barulah buat booking kat computer lab.
Masa ni lah berjinak-jinak dengan chat 😉.

Tahun akhir, kawan serumah aku 4 orang, semua ada desktop. Aku je tak.
Tapi masa ni exbf aku kejap-kejap memindahkan desktop dia kat rumah aku. Dapatlah guna gak.
Tapi tak lama, sebab roommate aku cakap itu modus operandi dia nak keluar masuk rumah kitorang dengan alasan computer dia ada kat dalam.
Aku pulangkan balik.
Maka kembalilah aku dengan menyiapkan assignment tulis tangan.

Time final year nak kena tulis thesis, hat ni mencabar sikit sebab masing-masing pun 24 jam depan komputer nak siapkan thesis.
Takkan aku nak pinjam pulak.
Tapi nak booking komputer kat lab sangatlah hazabedah.
Booking queue panjang yakmat!
Cyber cafe kat depan kolej pun manjang fully booked.
Nak taknak terpaksa buat muka sardin pinjam komputer kawan-kawan serumah, tapi guna selepas dorang settle guna.
Kalau dorang settle pukul 1 pagi, pukul 1 pagilah aku menaip thesis.
Kalau settle 4 pagi, nanti dorang kejut aku, aku buatlah kerja pukul 4 pagi.
Nak seribu daya orang kata, taknak seribu dalih.
Nama aku nak mintak makpak aku belikan komputer tak berani.
Aku tau dah jawapan Mak Aji mesti “UKM ada komputer tau library dia. Library korang takkan takde komputer?”.
Bila mak kau kerja dalam universiti, tak mudah untuk kau kau kona lipat ya.
Dia tahu semua universiti mesti ada komputer lab.
Jadi, lebih baik aku tak mintak apa-apa sebelum dia starlite aku.

Masa aku praktikal training, kebetulan makcik kat Singapore beli new komputer, jadi dia sedekahkan komputer lama kat Mak Aji.
Lega betul oiii!
Maunya tak lega, kalau takde komputer macamana aku nak siapkan lab report aku semua.
Tapi Allah ada plan yang jauh lagi best untuk aku.
Praktikal training patut 3 bulan, aku hanya buat sebulan je sebab kaki aku patah.
Balik dari rumah orang kawen, tergelincir lalu patah.
Aku pun pelik macamana tergelincir boleh sampai patah kaki?
Tapi itulah yang berlaku.
Memandangkan aku praktikal dalam lab, sangat tak sesuai aku nak bertongkat dalam lab tu.
Tersigung asid karang tak ke naya.
Aku dapat perlepasan dari praktikal training.
Fakulti terima report and kerja-kerja lab aku selama sebulan tu dengan markah lulus. Alhamdulillah.
Maka, 2 bulan aku monteng lepak at home, main chat 😆.
Di situlah I jumpa jodoh I yang annoying tu.
Bila pikir-pikir balik, nampak macam impossible, tapi jalan tu Allah mudahkan.
Risau sangat takde komputer nak buat kerja lab, rupanya memang aku tak payah buat lab report pun.
Allah kasi cuti.

Teringin nak bawak desktop di rumah tu balik ke U untuk buat thesis tapi Mak Aji tak bagi sebab Ima masa tu di UTM.
Sesekali dia balik nak guna komputer juga.
Takpelah, aku pikir-pikir balik biarlah aku pinjam komputer kat library.
Mujur geng-geng tetek pink semua baik hati, allow aku pinjam komputer.
Tapi adat meminjam barang orang, kenalah beralah.
Tunggu tuan punya habis siapkan kerja. Masing-masing pun nak siapkan thesis.
Apa yang aku buat, aku tulis tangan word by word thesis aku.
Bila komputer available, aku type balik.
Walaupun macam buat 2 kali kerja tapi tak kisahlah, missionnya nak siapkan tesis.
Asal tesis siap, dah. Lain-lain malas pikir.

Komputer pertama yang aku beli adalah tahun 2010. Redza pun dah umur 6 tahun masa ni.

Pink karer u olls.
Laptop ni lah yang aku namakan Syeikh Muzzafar.
Ni pun sebab laptop lama hadiah dari majikan dah takleh guna.
Kalau laptop tu boleh guna lagi, nescaya takde keje aku beli baru.
En Wan geleng kepala bila aku cakap itulah first komputer dalam hidup aku.
Dia kata pelik aku boleh belajar dengan takde komputer and henfon.
Henfon pertama aku pun dibeli masa umur 27 tahun.
Itupun sebab aku kerja sales, wajib ada henfon.
Masa aku kerja kat MOSTI and Prudential, harammmm aku nak beli henfon. Tak kuasa.

Dulu, gadjet belum lagi jadi keperluan.
Masih boleh diusahakan nak menyiapkan assignment dengan tulis tangan atau pinjam komputer lab.
Tapi now aku rasa komputer and henfon dah jadi keperluan.
Tengok je la musim Covid-19, menggagau masing-masing cari gadjet.
Ada sorang tanya pandangan aku pasal bagi gadjet kat anak-anak.
Dia takut nak belikan katanya, takut anak leka.
But at the same time lemas bila terpaksa berkongsi gadjet untuk online class anak-anak sampai kerja dia terganggu.

Kalau kita kenang balik, zaman mak-mak kita dulu, TV bukan satu kebiasaan dalam setiap rumah.
Nak tengok TV, bayar 10 sen kat kedai cina tumpang tengok TV (bak kata Mak Aji).
Tetapi, di zaman kita kecik dulu, hampir setiap rumah ada TV, betul tak?
Ada tak mak kita sampai tak beli TV sebab takut kita ketagih tengok TV? Tak, kan?
Apa yang mak kita buat adalah HADKAN masa menonton.
Pukul 9.30pm, kena masuk bilik tido.
Zaman kita sekarang, henfon and komputer boleh dianggap keperluan.
Kita boleh buat style mak-mak kita iaitu HADKAN screen time anak-anak. Insyallah, boleh.

Kalau nak kata gadjet bagi pengaruh buruk, to be fair, kita dulu pun begitu juga.
Kita pun pernah lalui zaman menggelenyar minat NKOTB.
Aku dengan Cantopop.
Poster cina, cerita cina, lagu cina - menggeletis betul.
Mana datang 'pengaruh buruk' tu? TV and Radio, kan?
But sejauh mana pengaruh TV memberi kesan, terpulang pada bagaimana kita manage.
Kalau kita pukul rata henfon/internet bagi pengaruh buruk dan melekakan, boleh jadi kita juga adalah sebahagian dari yang terkena tempias pengaruh buruk tu dulu.
Now TV dah tak ‘in’. Now zaman gadjet.
Jadi kita sesuaikan didikan anak-anak ikut peredaran zaman.
Like Ali Abi Talib cakap “Sesuaikan didikan anak-anakmu sesuai dengan zaman”.
Insyallah, kita hadkan screen time.

Oh by the way, post semalam ramainya yang respond and share didikan masing-masing masa kecil. Seronok aku baca.
Tapi aku percaya ada je yang tak pernah lalui zaman kanak-kanak yang sama macam aku.
Kawan-kawan sekolah aku dulu pun ramai yang tak melalui ‘kerahan tenaga’ yang sama.
Ramai juga anak orang have-have, duduk banglo, mak bapak kerja besar.
Rumah dorang ada yang ber-maid.
Dorang tak lalui zaman macam aku, and that’s ok.
Takdir kita tak sama. Rezeki masing-masing.
Tak bermaksud yang tak dikerah tu tak jadi manusia.
Ramai di antara dorang yang have-have ni jadi orang hebat now.
Dan ramai juga yang dikerah seperti aku, sadly, tak jadi orang.
Tak leh nak predict benda-benda macam ni. Atas individu juga.
Ada je yang lalui zaman kanak-kanak macam aku, bila besar berdendam dengan makbapak, memberontak, lupa diri, etc.
Ada yang tanya aku tak berdendam ke dengan parents?
TAK.
Kalau aku berdendam mustahil aku rapat dengan family aku.
Bukannya aku kena dera pun. Kena kerahan tenaga je.
Makan tak pernah kena sekat. Time makan, tetap makan.
Sekolah, tetap sekolah.
Bermewah je kurang, tapi basic cukup.
Yang berdendam dengan mak bapak tu mesti jenis yang pernah kena dera kot.