Aku ni share cerita aku balik Tganu sebab nak seronok-seronok.
Cerita pasal makan, pasal gi wedding, pasal tempat tinggal.
Aku tak encourage sesiapa pun untuk ikut jejak langkah aku tak tido rumah mak mertua.
Ni entah sape la reader yang bercerita kat husband ajak balik kampung tido hotel, tau-tau aku kena sound dengan si husband 😆.
Alahai, kelakau pulak rasanya.
Eh maunya tak kelakar kalau aku sebagai orang luar lebih berpengaruh kepada isteri berbanding suami sendiri? Ah gitewww.
Tiba-tiba teringat kes tudung Fareeda, zaman-zaman tengah hot dulu.
Ada suami yang menyalahkan tudung tu bagi pengaruh tak baik pada anak isteri bertudung singkat.
Padahal tudung tu ada je size L, aku sendiri pernah beli.
Gambar tahun 2014.
Hah ni. Kemain labuh lagi tudung Fareeda ni. Cover dada siap.
Ada je size labuh, yang kau beli saiz senteng buat apa.
Kan ke pelik bila kau menyalahkan penjual tudung asbab anak bini pakai tudung singkat?
Mana role kau as suami kalau anak bini sendiri kau takleh handle?
Samalah kisahnya cerita aku balik Tganu.
Celah mana aku encourage orang balik kampung pakat-pakat jangan tido rumah mak mertua? Ada ke?
To be honest, post blog tu mengundang banyak DM dari isteri-isteri yang meluahkan perasaan tak selesa kena berhimpit dalam rumah mertua, bersempit-sempit, tido lambak kat hall, kena pakai tudung 24 jam termasuk time tido, nak menetek anak pun sampai berkuap anak tu kena cover dengan kain, sarung bantal busuk, etc.
Banyak cerita manusia aku simpan sebenarnya.
Maksudnya, ini bukan masalah 1-2 orang, tapi ramai.
Dalam kes aku, punca aku tido hotel/homestay adalah sebab rumah mak tu rumah tinggal.
Dah takde apa dah dalam tu. Esbok pun takde.
Ular dah berapa kali masuk.
Ada sekali tu mak sapu-sapu balik langsir sliding door jumpa kulit ular. Kau rasa?
Kalau ular selesa bersalin kulit dalam tu maknanya dia dah biasa keluar masuk.
Memang taklah aku nak stay situ.
Tak kisahlah orang lain boleh tido baring, aku tak boleh.
Kisah apa aku orang lain boleh.
Memang kelihatannya macam aku mengada-ngada.
Tapi aku tak kisah.
Biasalah, benda rare macam ni memang senang nak terima kecaman.
Sebab bukan kebiasaan.
Tapi I know what I’m doing.
En Wan juga suami yang ada common sense dalam isu ni.
Ye lah, dia pun tahu kurang selesa.
Bilik panas, everytime nak makan kena keluar ke town, TV takde - what’s the point duduk rumah?
Bila dah ramai-ramai, mandi kena queue.
Kalau the day starts at 8am, pukul berapa masing-masing nak queue mandi? 5 pagi?
Kelebihan kitorang adalah mak duduk sekali..
Jadi, sesekali balik Tganu, biarlah mak berkumpul dengan anak cucu dia yang lain, kitorang bawa diri ke tempat lain.
The thing is, korang sesama korang laki bini duduklah bincang kalau ada yang tak puas hati.
Jangan tunjuk blog aku “Bang, cuba tengok ni. Akak ni ok je balik kampung mertua tak duduk sekali. Duduk hotel”.
Adehhh, jangan gunakan aku untuk selesaikan masalah korang laki bini.
Masalah kita tak sama.
Aku ada point yang kuat untuk tido hotel. Kau cari point kau.
Jangan gunakan aku sebagai sample.
Yang laki kau pulak, macam takde otak.
Dah tak reti nak handle bini, nak bash aku pulak.
Patut sangatlah bini kau stress. Kau pun jenis takleh pikir punya orang.
Duduklah baik-baik bincang and come out with win-win solution.
Mak mertua aku takde masalah pun kitorang tido hotel. In fact, dia lega.
Semalam masa masak lunch, dia mengadu “Tahun ni raya balik belaka masing-masing ke Tganu. Semua giliran Tganu. Serabut perut mok pikir bilik dop cukup. Semua nak tido dalam bilik. Dah kalau semua nok tido bilik, mok nak salin baju kat mana?”
Rupanya tindakan aku bagi cadangan kat En Wan untuk tido hotel/homestay adalah bernas dan ada common sense.
Mok cakap “Nantilah mok kempen (cadang) ke deme pakat-pakat tido hotel. Tok cakak (tak larat) kita balik nak mengemas. Esok puak-puak deme balik, kita jugok tinggal nak basuh-basuh (cadar/selimut)”.
Tu pun masalah juga tu.
Kita jarang terfikir masalah ni, kan?
Sebab kita selamatkan diri sendiri.
Time balik KL semua pakat burrrrrrrr, hilang.
Cadar, sarung bantal, selimut, towel - kita biarkan mak kita settelkan.
Ya, aku pun tak terkecuali, everytime balik Bangi gitulah jugak aku.
Time nak balik PH, humban semua towel dalam machine ðŸ˜.
Dia macam ni lah, kalau takde point nak bangkit, toksah bangkit.
Karang bergaduh laki bini.
Selagi boleh adapt, teruskan.
Kalau kritikal, suarakan pada suami dengan baik.
Jangan petik nama aku ya.
Aku takde kena-mengena dalam permasalahan korang.
Kalau nak ambik mana-mana point dalam post aku tu sebagai idea, jika berkenaan, silakan.
Tapi kalau takde ribut takde hujan tau-tau kau nak tido hotel bila balik kampung, baik jangan.
Jangan mencipta masalah.
Dah, jangan ganggu hidup aku lagi (Wahh drama).