2020-06-17

Kad kredit



Hari ni aku nak cerita kejadian yang berlaku bulan puasa hari tu.

29 April, kad kredit CIMB aku kena guna.
3 May, kad kredit MBB aku pula kena.

Yang CIMB tu, sekali dia ambik AUD42, equals to RM123.
Dia ambik sampai 19 kali.

Yang MBB tu sekali dia ambik PGK200-250, bersamaan RM247-RM309.
Dia ambik sampai 17 kali.

Silakan kira berapa banyak hamlau ni dah pakai duit aku.
Memang musibat.

CIMB tu berlaku tengah malam, tapi masa tu aku dah bangun.
Cepat-cepat aku call CIMB untuk block kad.
Yang MBB tu masa aku tengah masak kat dapur.
Tergerak nak ambik phone kat bilik.
Elok je aku masuk bilik, dengar sms bertalu-talu.
Terus call MBB untuk block kad.

Alhamdulillah aku dapat bertenang-tenang masa jadi hal ni.
Cuma aku tak berapa tenang mikirkan apa cara nak bagitau En Wan.
Aku perlu kekuatan untuk bagitau dia.
En Wan ni tak boleh benda-benda melibatkan duit hilang ni, nanti satu hari mood dia lari.
Aku tak suka kalau mood dia lari, nanti semua benda dia taknak buat, padahal aku tak bersalah pun.
Walaupun yang kena tu kad aku, tapi dia tetap akan lari mood.
Kau bayangkan kalau kad dia yang kena?
Aku yang tuan punya kad siap boleh bertambah lagi makan buka puasa hari tu.
Benda kita tak buat kan, buat apa nak takut.

Aku memang tak berapa guna kredit kad untuk shopping [sebab nak shopping pun kena mintak izin u olsss].
CIMB tu aku khas untuk insuran, henfon, Netflix and petrol.
MBB tu aku khaskan untuk ofis, contoh kalau nak order barang dari luar Malaysia.
Tak banyak pun guna untuk sebulan, jadi limit both kad memang banyak.
Tu pasal kemain laju si babi tu swipe duit aku.
Jadi moralnya, shoppinglah banyak-banyak sampai habis limit kad biar takde orang boleh guna. Kahkahkah.

Lepas buat report, aku kensel semua kad kredit aku.
Now insurans, phone, dan segala tok nenek benda yang aku subsribe aku mula bayar dengan online banking.
Maka, planner aku sekarang dah ada satu column list benda yang perlu dibayar sebelum due date.
Dah sebulan dah aku bayar semua benda manually, guna online banking.
Untuk langkah keselamatan, aku tinggalkan setakat RM40-RM50 je dalam akaun bank.
Bila dah nak sampai hari nak membayor baru aku masukkan some amount of money dalam tu untuk pihak-pihak berkenaan auto-deduct.
Best juga gini, walaupun menyusahkan tapi at least tak menserabutkan isi perut aku bila orang guna kad kredit aku.

Alhamdulillah, semalam CIMB dah kreditkan kembali duit aku dalam akaun.
MBB masih belum respond lagi, insyallah settle.

Aku start guna kad kredit tahun 2005, itupun sebab nak memudahkan urusan book hotel time outstation.
Awal-awal dulu kad limit RM3K pun dah rasa kaya gila, maklumlah gaji baru RM1600, mau tak rasa kaya dapat RM3K?
Tapi kad kredit tak memberi apa-apa erti untuk aku sebab nak bershopping tetap kena minta izin En Wan.
That's why aku tak kisah semua kad-kad aku En Wan pegang, sebab kalau aku pegang bukan boleh guna pun.

Sebenarnya ada kad kredit ni bagus.
Biar ada rekod dengan bank.
Bila bank nampak transaksi kad kredit, maknanya kita golongan yang 'mampu' kalau nak buat loan.
Kalau kita terlampau elak dari ada rekod hutang dengan bank, susah kalau kita nak mohon loan kemudian hari.

Yang jadi tak bagusnya pakai kad kredit ni bila kau berhutang tapi tak reti bayar.
Kau dah pakai kad kredit tu, bayarlah.
Jangan bayar minimum saja, mana nak habisnya.
Kalau tak mampu bayar semua, bayar lebih dari minimum.
Barulah tak terbelit dengan hutang lapuk.

Lagi satu, berpada-padalah guna kad kredit ni.
Bagi aku, kad kredit ni puas pakai kalau nak beli amount yang besar-besar dan tahan lama, contohnya set sofa RM10K, swipe, done!
Insyallah by the time hutang kau habis, sofa tu masih lagi kukuh.
Janganlah buat beli kasut, melainkan kau memang boleh bayar, silakanlah beli kasut RM3K dengan kad kredit.
Ini karang, kasut dah nyawa-nyawa ikan, hutang kad tak langsai lagi. Tak berbaloi gitu.

Post aku pasal beli ketam tu, ada follower IG tanya aku tak rasa terkongkong ke bila duit aku En Wan control?

Aku dapat soalan ni banyak kali dah.
Aku rasa maybe aku jenis tak kisah sangat kot bab ni.
Hari tu masa kad kredit aku kena guna tu, En Wan kata dia pelik aku siap boleh terfikir nak buat macaroni bakor lagi malam tu.
Dia kata kalau dia, makan pun tak lalu, silap-silap tido awal sebab takde mood.
Aku rasa maybe aku jenis yang kalau ada duit, belanja. Kalau takde duit, buat cara takde.
Boleh jadi juga aku dah terbiasa dengan keadaan yang tak berapa senang dari kecil.
Dah biasa makan seadanya, dah biasa baju baru setahun sekali, dah biasa baju kongsi-kongsi dengan adik, dah biasa tak melancong and dah biasa pakai barang-barang murah.
Jadi, bila ada duit, happy. Takde duit, dah lah.
Benda melibatkan dunia ni jangan pikir sangat sampai pusing kepala.
Biar dunia yang pusing pikirkan kita.

Aku ni mujurlah kawen dengan En Wan, kalau tak, sampai sekarang aku pakai Kancil lagi agaknya.
Masa aku jual Kancil aku dulu pun bukannya sebab Kancil tu bawa masalah tapi sebab En Wan nak aku beli Aveo supaya sedap sikit aku nak outstation.
Padahal aku dah lenjan Kancil tu sampai Tganu dah pun, sikit takde masalah.
Bagus juga ada pasangan hidup yang cerewet, sesuailah dengan aku yang semua benda belasah tak kisah.
Tak kisah pakai satu jenis kasut je selama 4 tahun.
Tak kisah pakai henbeg yang sama 4-5 tahun.
Tak kisah takde barang kemas.
Tak kisah pakai warna tudung yang sama berkali-kali [tapi of cos la tudung hitam aku lebih dari 5 helai].
Yang aku kisah, kalau nak ajak aku pi overseas tapi nak aku tong-tong duit.
Ok yang ni aku kisah sebab aku tak nak pegi.
Sape nak pegi sangat, dia kena keluarkan duit. Gitewww.

Honestly, aku dah terbiasa "dikongkong" oleh En Wan.
Rela dikongkong dari menjawab soalan-soalan dia. Rimas aku ðŸ˜‚.
Kalau aku nak beli barang-barang, kena pandai-pandailah.
Just like aku beli ketam hari tu.
Yang follow IG aku taulah apa benda yang aku dah beli selain ketam. Hehe.
Hari ni pun lori Tesco sampai.
Apa yang aku beli? Tungguuuuuuu aku up gambar kat IG.