2020-06-15

Aku gelabah


Ya Allah, hari ni ruin seharian emosi aku.
Tunggang-langgang aku punya schedule.

*ambik nafas kejap*

Ok ceritanya gini.
Last week, aku order ketam size L and kerang, online.
Aku kan dilarang beli barang pasar oleh En Wan.
Dia kata biar dia je yang buat kerja beli-membeli ni. Ok fine.

Tapi Jumaat lepas aku terjebak tengok ketam-ketam and kerang yang besar-besar kat You Tube.
Tengok orang masak, lalu terliur.
Aku pikir-pikir balik, ni kalau mintak En Wan belikan mau aku kena bentang 10 sebab.
En Wan ni tak kisah bab membeli barang basah tapi dia cerewet.
Nak tunggu dia jumpa size ketam yang kena dengan mata dia, memang lambetttt lah nampaknya.
Kerang pun macam tu jugak, kalau size tak kena dengan mata dia, memang dia takkan beli.
Yang aku ni teringinlah kat rumah tapi terpaksa tunggu dia jumpa yang dia berkenan.

Jumaat lepas, aku tak kira, aku pilih-pilih online, bayar.
Aku mintak arrange delivery hari Isnin, morning. Jangan lebih dari waktu ni.
Seller kata ok, dia arrange 11am-12pm.
Seller ni pun satu hal, dah aku cakap morning, anjak lah awal sikit 10am ke apa ke.
Lagiiiii mau mention pukul 12. Tak taulah aku kalau tempat dia pukul 12 tu masih pagi.

Sekali semalam mok cakap hari ni ada orang Forte [kitchen hood] datang nak ganti motor.
Aduiiiii. Menggelabah aku.
Aku try tanya En Wan pukul berapa technician sampai, dia kata "Around 3pm".
Phewww, lega!
Bukan apa, hari ni aku puasa.
Selalunya kalau hari aku puasa En Wan takkan balik rumah sebab tau aku tak masak lunch [ya, hari yang aku puasa, semua orang mesti berlapar].
Jadi, kalau dia tak balik lunch maknanya settlelah masalah aku.

So pagi ni tadi aku bertenang-tenang buat kerja.
Pukul 11.45am aku teringat nak follow up dengan seller pukul berapa dia sampai.
Sekali dia jawab rider baru nak pick up. Kau rasa???
Aku benganglah kan. Baru nak bertenang-tenang, tak pasal-pasal kena gelabah balik.

Pastu pukul 12pm, dengar bell bunyi. Ok lega.
Dah sampailah tu.
Aku tunggu mak mertua aku panggil untuk bagitau barang basah dah sampai.
Mak mertua aku tahu rahsia aku beli barang basah ni.
Tapi mak mertua aku tak panggil-panggil.
Aku turun bawah tengok technician Forte sampai!!
Pucat kejap muka aku.
Pastu nampak mok tengah cakap kat phone.
Aku tanya "Mok call sape?"

"Call abang, bagitau orang betulkan dapur dah sampai".

ALLAH!
Berpinar mata aku kejap.
Yang pi call tu kenapa lah, aku kan ada kat rumah ni boleh tengokkan.
Nampak segala bulan bintang dan beburung berlegar-legar atas kepala.
Serius macam nak rebah.

Ni mesti anak dia pesan kalau Forte sampai call dia.
Aduiiiiii aku dah gelabah campur bengang dah ni sebab rider tak sampai-sampai lagi.
Aku check henfon, seller mesej "Puan boleh tunggu, ETA 12.30pm".

Kepala hangguk dia!
Laki aku ada kat rumah ni, hanattttt.

Tak, aku memang salahkan dia.
Tak ikut arahan.
Dah dibagitau deliver pada sekian-sekian waktu, sukahati mak bapak dia je nak deliver pukul berapa.
Kalau dibuatnya orang takde kat rumah waktu tu, camne?

Aku mesej dia "I am not at home now. No one is at home. U are late!"

Wahh, gitu speaking London Diana kalau marah.
Lebih baik cakap London, kalau aku marah in Malay, dasyat bunyinya nanti.
Aku cakap aku kena keluar ada appointment, come back at 3pm atau deliver esok at 10am.
Kena ajor sikit ni biar ikut masa.
Jangan sesuka hati dia ubah jadual penghantaran, dah lah tak inform customer.
Kalau aku tak tanya, sampai ke sudah dia tak update.

Time aku menaip ni, En Wan masih di bawah.
Aku dah kurang gelabah sikit sebab dah settlekan dengan seller.
Cuma aku harap En Wan keluarlah sebelum 3pm, just in case kalau seller datang waktu tu.
Aku baru berangan nak masak sambal ketam buka puasa hari ni. Hamlau betul.

Terus tak tenang jiwa aku nak buat kerja, hilang fokus-fokus aku semua hanya kerana nak sorokkan barang pasar dari En Wan.
Ni baru cara-cara beli ketam, belum lagi aku beli henbeg.
Oh tapi aku pernah lalui kegelabahan beli henbeg ni.

First time beli 3 biji Coach sekaligus dari kawan aku.
Barang sampai, aku sorokkan semua beg tu dalam almari kat guest room.
Almari tu takde apa, tempat simpan jaket-jaket and coat En Wan je.
Tak sepatutnya dia nak kelebet lemari tu.
Entah kenapa tetiba malam tu dia pi selak pulak jaket-jaket dalam almari tu sebab kawan dia nak pi overseas nak pinjam jaket.
Ya Allah, aku punyalah menggigil.
Lebih baik pitam 2 hari dari mengadap soalan-soalan dia kalau terjumpa henbeg aku. Mampus!

Ok aku jumpa blog post pasal beli Coach ni : KLIK SINI 

Masa dia selak-selak jaket tu, aku mengintai dari balik pintu sambil berzikir janganlah dia nampak henbeg aku.
Memang berdebar gila-gila. Nasib baik lepas.
Tapi lepas tu dia dapat tahu jugak sebab nampak aku pakai.



Ini masa beli Chanel.
Sorok kat opis 3 minggu u ollsss.
Hari-hari pi opis sangat bersemangat sekali, sebab ada Chanel. Kahkahkah.
Hari-hari kat opis pakai depan cermin je.
Dalam bilik aku dulu ada cermin panjang, memang aku sengaja beli untuk berselfie.

Last-last terpaksa jugak bagitau.
Tu lah kali pertama and last aku beli Chanel.
Takde dah pun beg ni sebab kena curi masa rumah aku kena pecah masuk beberapa tahun lepas.
Pandai pulak perompak tu kaut henbeg Chanel, beg Coach taknak pulak.

Letih buat kerja menyorok barang dari suami ni.
Sampai satu masa kena hadap juga.
Tu pasal aku malas dah nak beli henbeg-henbeg ni semua, tak larat aku nak berdebar.
Karang nak menjawab soalan dia lagi. Halahhh, lemas aku.
Tu cara-cara tak pakai duit dia. Kalau pakai duit dia lagi panjang soalannya.
Agaknya aku kena buat proposal 5 helai.

Ok sekarang aku tengah berdebar sebab seller kata dia akan hantar 2.30-3pm.
Mak baru lepas masuk bilik aku bagitau "Diana, abang dah pegi. Pukul berapa orang tu nok mari?"

Haaa...kau nampak kan, betapa mak mertua sangat menyokong aktiviti penyeludupan barang dapur ni.
Doakan aku selamat, guys.
Dan berjaya masak sambal ketam today.




Customer Reward kembali!

Whatsapp untuk check point : 
013-7557424
012-7728976