2020-02-26

Make memories


Semalam ada blog reader share kat aku video BCL and Asyraf.
Video tu rasanya random video while they were at home.
Then the blog reader cakap "Bertuah kan Kak Di BCL dapat suami macam Aysraf?"

Ladies, jangan angan-angan tinggi sangat macam tu.
Bukan apa, nanti dah elok-elok life kita dengan suami ok, terus jadi tak ok because we demand layanan yang sama macam Asyraf buat kat wife dia.
Tak dinafikan, semua perempuan nak dilayan macam queen.
Kita semua nak dapat husband handsome, kaya, bijak, romantik, penyayang - semua yang best-best belaka.
Tetapi, kalau kita boleh jadi Asyraf, kenapa nak jadi BCL?
I mean, instead of kita menunggu suami membahagiakan kita, why not kita start membahagiakan suami, boleh jadi dengan cara tu kita dapat life seperti BCL.

Kalau nak diingat-ingatkan balik [setakat yang aku ingatlah], zaman muda Asyraf dulu famous, tetapi tidaklah se-famous Pierre Andre atau Fahrin Ahmad, that's why dalam Gol & Gincu heronya Pierre.
Lagipun Asyraf ni kategori artis urban.
Awal 2000-an, artis-artis urban macam Asyraf and Sazzy Falak ni famous gitu-gitu je sebab dulu netizen lebih suka artis yang muka melayu, cakap melayu, kalau boleh asal kampung, asal orang susah, etc.

Dulu, kalau diletakkan di depan antara Asyraf dengan Fahrin, aku percaya ramai pilih Fahrin.
Because Fahrin lebih popular dulu.
Most of ladies macam itulah, kalau boleh nak yang paling best.
Suami orang always nampak lebih best dari suami sendiri.
Sebanyak mana pun suami kita dah buat untuk keluarga, tetap suami orang jauh lebih best.

BCL sangat proud dengan Asyraf, padahal waktu tu BCL jauh lebih popular.
Masa dia kawen dengan Asyraf, orang Indo tak berapa kenal Asyraf pun, but BCL don't care, dia bangga dengan Asyraf.
Maybe kita boleh start dengan ini dulu - be proud of the man you called husband.
Berbangga dengan siapa dia dan apa yang dah dia usahakan untuk kita and anak-anak.
Walaupun tak se-gah mana, but as long as dia berusaha, please be proud.
Lelaki akan rasa yakin bila isterinya bangga dengan dia.
Dalam masa yang sama kita melatih diri kita untuk memandang suami sempurna di mata sendiri.
Lama-lama nanti memang suami kita sajalah yang terbaik di mata, dah tak heran nak pandang suami orang lain.

Instead of menunggu suami buat surprise, why not kita start dulu.
Tunjukkan penghargaan pada suami dengan cara buat delivery surprises, atau sponsor stay cation 1 malam relax berdua, atau letak love not dalam wallet [ni aku sedekah cara aku].
Nampak simple je letak love note tu, tapi boleh jadi besar nilainya pada husband.
Lumrah manusia, kalau ada orang puji, mesti seronok dan mood terus jadi baik.
Macam tu juga husband, bila isteri bagi romantic note sesekali, dia mesti suka.
Nak buat jahat kat luar pun pikir 3-4 kali agaknya.

Nak hargai pasangan tak perlu tunggu tarikh kahwin atau birthday. Buat je.
Tak payah tunggu book restaurant atau hotel, at home pun boleh.
Every man wants to be appreciated for his efforts and a good wife makes her husband feel appreciated.
Kalau suami kita jenis 'kejung' tak reti nak buat surprise atau bukan cara dia bagi-bagi bunga coklat ni semua, apa salahnya kita yang mulakan.
Aku always percaya, kalau kita ubah diri kita, insyallah persekitaran akan berubah sama.

Takde bajet nak buat surprises?
No problem.

Orang lelaki ni kebanyakkannya tak kisah surprises.
Dorang lebih need support but they are too 'proud' to ask for support.
As a wife, kita kena tahu bila masanya suami perlukan support.
Be the wife that encourages her man to be what he wants to be.
Luangkan masa dengar dia bercerita pasal kerja-kerja dia, pay attention.
Ask question to show that you are interested.
Bagi dia rasa konfiden untuk explain more.
Sometimes, they want to be heard tapi peluang tu tak ada, jadi kita tunjukkanlah rasa minat tu supaya dia berani meluahkan.
Itu boleh buatkan dia semakin konfiden and bersemangat nak buat kerja-kerja dia.

Kalau tengok banyak video-video BCL and Asyraf, they live life to the fullest.
Dorang buat banyak benda bersama - eat together, cook together, movies together, travel together - make memories a lot.
Ada satu video aku tengok, rasanya video semalam, genap seminggu Asyraf meninggal.
BCL ke kubur and dia melutut kat sisi kubur sambil bercakap-cakap, seolah-olah bercakap dengan Asyraf.
Then wartawan tanya sepupu BCL apa yang BCL buat.
Sepupu dia kata BCL cakap "Kamu jangan risau, aku and Noah baik-baik saja. Aku sudah mengikhlaskan kamu pergi".
Memang berderai airmata aku tengok.

Tapi aku realize one thing about that - boleh jadi BCL tak terkilan sangat suaminya pergi awal because dorang betul-betul live life.
Dorang spent tempoh 11 tahun perkahwinan dengan buat banyak benda bersama-sama, dan BCL sangat hargai suaminya.
Takde apa yang perlu diterkilankan kerana dia dah menjadi isteri yang terbaik untuk suaminya.
Suaminya pergi dalam keadaan mereka tak bergaduh, aku percaya dia dapat redha suaminya.

Most of activity dorang, they documented dalam bentuk gambar and video.
In fact malam terakhir tu katanya at 2am dia balik kerja, dia kejutkan Asyraf sebab dah janji petang tu nanti bila balik nak makan maggi sama-sama.
Bila aku baca, Allah...sampai macam tu sekali rapatnya dorang.
Makan maggi tengah-tengah malam pun berjanji-janji macam nak pi dating.

Make memories ladies, make memories!
Dan simpan kenangan dalam bentuk gambar and video.
Buatlah satu private IG/YouTube, simpan kenangan dalam tu.
Aku banyak simpan kenangan aku dalam blog ni.
Private IG aku baru start 2 tahun.
Private YouTube aku start tahun 2013.
Simpanlah, untuk kenangan.
Bukan semua benda kita boleh ingat.
Aku ni kadang bila scroll balik entry-entry lama masa Redza kecil, boleh menangis sorang-sorang baca balik keletah dia yang aku dah lupa.
Kalau aku mati sok, maybe ada kenangan untuk dia kelebet dalam ni.

Waktu kita dengan pasangan tak tahu ada banyak mana yang tinggal, jadi gunakan masa yang ada untuk show our appreciation supaya kita tak terkilan.
Kebanyakkan kita terkilan bila kita tak menggunakan masa.
Bukannya kita tak tahu one day kita akan kehilangan dia, cuma kita tak sangka merindu orang yang dah tak ada itu satu sakit yang takde penghujung rupanya.