walk on wings, tread in air: Video hijab challenge <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>





SEARCH

CONTACT ME

Diana Ishak @ Green Apple
aveo757@yahoo.com
See my complete profile

TRAFFIC
Visitor Counter
TESTIMONI GREENAARD


Video hijab challenge
2020-01-20


Aku follow Duck Group tapi aku off notification.
Memang kebanyakkan akaun yang aku follow, aku off notification.
Kalau rasa nak tengok update baru aku gi tengok.
That explains kenapa aku follow someone, tapi aku masih tertinggal keretapi.

Ok this video.

Honestly, masa aku tengok video ni, aku tak fikir apa-apa melainkan nak tengok produk dia saja.
It was a challenge memakai tudung.
Duck keluarkan satu starter kit - kat dalam tu ada anak tudung [kalau tak salah aku] and shawl.
Aku tak sure apa lagi ada dalam tu, maybe pin tudung kot, sebab dah namanya starter kit kan.

Video ni tujuan utamanya nak tunjuk apa kau bakal dapat dalam box tu, itu je.
Tapi to make it more fun, they come out with a challenge - hijab challenge, untuk orang-orang free hair mencuba this starter kit.
It was a brilliant idea sebenarnya sebab orang yang tak pernah pakai tudung selalunya ada masalah nak memakai tudung tak kiralah betapa senangnya tudung tu [from my own experience].
Jadi, bila Duck buat challenge ni, selain boleh memperkenalkan the starter kit, dapat sekali review dari yang memakai.

Maka itulah honest review dari aku setelah melihat video tu.
Tak banyak yang aku boleh review sebab bukan aku yang dapat that kit, kalau aku yang dapat maybe aku boleh review the material, the packaging, dan buat tutorial sekali.

Ok done.

....until aku klik kat comment.

Hah kauuuuuuuuu.

Barulah aku faham why this person minta aku review pasal that video.
Rupanya bukan nak aku review pasal the video seperti yang aku sangka, ada cerita lain kisahnya.
Begitu sucinya hati ini sampai tak terfikir lansung pasal benda lain. Kahkahkah.
Tapi seriously, aku tak terfikirkan lansung apa yang orang lain bising-bisingkan kat ruangan komen tu. Memang aku betul-betul fokus kat produk saja.

Kisahnya ramai bash Duck and this lady sebab tak sensitive dengan tuntutan agama.
This lady seperti ambil mudah dengan urusan tudung, kata-katanya menggambarkan bahawa tudung [cover rambut] adalah satu pilihan saja, bukan kewajiban.
Dan Duck pula katanya tak peka dengan challenge tu sendiri.

That Hunny tak pakai tudung, dia menyatakan review honestnya tentang her first time wearing a proper tudung [maybe sebelum ni sarung selendang je].
After all nama projek ni is "My First Time", kan?
Jadi that's why dia dengan jujurnya bagitau dia rasa panas bila bertudung.
I don't think dia memaksudkan "Bodohnya korang yang pakai tudung tengah-tengah panas ni!".

Plus, what will you expect keluar dari mulut someone yang belum faham tentang kewajiban menutup aurat?
Kalau dia faham, dah lama dia tutup aurat. Tapi now dia belum faham.
Dia mungkin tahu, tapi belum cukup faham.
Samalah macam kita, dah tahu pakai tudung kena cover dada tapi masih ramai yang tak buat.
Sebab belum faham.

Oh please jangan cakap "At least aku pakai tudung..."
No, hukum Allah takde diskaun. Jangan pandai-pandai buat benchmark sendiri.

Aku dulu macam si Hunny juga. Boleh jadi aku jauh lebih teruk.
Aku tahu rambut kena cover. Aku blaja tentang tu.
Aku pernah pakai tudung tapi lepas tu tanggal.
Mak aku pakai tudung tapi aku masih jahil tentang aurat.
Aku tersasar jauh dari yang pernah aku sangka.
Aku ingatkan aku sekadar tak pakai tudung je, rupanya terlajak sampai ke bertukar-tukar warna rambut, pakai nail color, baju aku selagi tak nampak cleavage bukan aku lah tu.
Itu semua bukan sebab aku tak tahu, tapi ketika tu aku belum faham.

Orang yang belum faham, cara pandangnya berbeza.
Just like aku dulu, aku punya cara pandang tentang pakaian adalah :

1. Aku pakai swimming wear di swimming pool and beach, salah ke? Bukannya aku pakai ke pasar malam.

2. Aku pakai skirt pendek ke ofis, kerana itu adalah pakaian proper ke pejabat. Aku tak pakai skirt ke majlis kenduri kawen.

3. Aku pakai baju low cut bila jalan-jalan dengan suami aku. Aku tak pakai low cut time balik kampung.

4. Aku memang tak pakai tudung, tapi kalau pi kenduri aku sarung selendang.

Itulah cara pandang aku dulu. Cara pandang seorang yang belum faham agama.
Orang yang belum faham agama, perspektifnya hanya mengikut lojik akal saja.
Bagi orang-orang begini, as long as aku tak kacau orang, aku tak huru-harakan majlis orang, bermakna aku ok.

Dulu, orang kata aku sexy, tapi aku tak rasa pun aku sexy.
Apa yang sexynya setakat pakai skirt pendek paras lutut? Bukannya nampak alur pantat pun.
Apa yang sexynya kalau pakai baju low cut, cuma nampak cleavage je, bukannya tetek terkeluar.
That's how pemahaman aku tentang pakaian aku dulu.
Orang-orang yang ada pemahaman macam ni, pendekatan berdakwahnya lain.
Cuba tengok cara Ustaz Ebit Liew berdakwah dengan puak-puak macam ni, maybe kita akan lebih faham.

Hakikatnya kebanyakkan yang bertudung masih belum faham agama. Termasuklah aku.
Kalau kita faham agama, dah tentu tahu adab dalam menegur.
Kata nak berdakwah, tapi takde hikmah.
Menegur in public siap tag nama si pelaku sangat mencerminkan hati kita yang kotor.
Jangan cakaplah kita sedang membantu agama Allah.
Pi selak kitab mana yang ada ajar menegur orang dengan cara memalukannya?
Orang yang faham agama pasti tahu pendekatan yang lebih proper untuk menyampaikan ilmu pada yang belum tahu.

Aku faham apa maksud Hunny dalam video tu.
Dia kata pakai tudung panas, which is true pakai tudung memang panas pun. Kita pun tahu tu kan?
Bezanya, kita dah faham walau keadaan panas atau sejuk, wajib cover rambut [pakai tudung]. Dia belum faham.
Kita boleh bantu dia untuk faham, tapi caranya kena betul.

Same goes to menegur the business team.
Honestly kalau aku di pihak dorang pun aku bolayan.
Maunya tak, sambil menasihat, sambil kecam, sambil perlekehkan kredibility the whole team.
Hasilnya?
Video tu kekal kat situ sampai sekarang, dorang tak delete pun walaupun ramai yang kecam, betul tak?
Tu maknanya ada yang salah dengan cara kita menegur.

Fitrah manusia - ada egonya. Kita semua ada.
It can be appropriate to correct someone - it can also be inappropriate. Especially in public.
Macamana lembut pun kita menasihati, kalau ia dibuat secara terang-terangan, sakitnya tetap ada.

Aku pernah tulis tentang zaman free hair dulu, aku kenal dengan someone, seorang blog reader yang also customer biotech aku.
Dia bertudung, percakapannya lembut, penuh ilmu, tapi tak pernah lansung perli let alone nak kecam-kecam penampilan aku.
Malah dia always excited nak jumpa aku everytime aku ke sana. Ajak makan, ajak sembang-sembang.

I guess itulah bezanya orang berilmu dengan tak.
Dia tahu pada waktu bila nak sampaikan ilmu dan nasihat.
Dia tahu dia perlu kenal aku dengan betul dulu, perlu faham sejauh mana aku boleh menerima dia sebagai kawan, dan bila sampai waktunya dalam pada tengah bersembang tu lah dia sampaikan dakwah dengan cara yang sangat halus.
Nasihat dia lansung tak menjatuhkan air muka aku malah buatkan aku semakin seronok nak faham agama.
Beruntungnya dia, Allah pilih dia sebagai perantara hidayahNYA kepada aku.

Ustaz aku cakap, kalau kita tak boleh jadi baik, ajarlah orang buat baik.
Kalau tak mampu ajar orang buat baik, jangan menjadi asbab orang buat jahat.
Orang akan jadi semakin jahat bila kita jahat.

Aku terfikir berapa banyak pahala that customer dapat sejak aku berhijrah.
Setiap kali aku keluar bertudung, setiap kali aku menahan panas dengan handsocks and stokin, setiap kali aku berusaha tutup aurat dengan betul - sejak tahun 2011 hingga 2020 ni - berapa agaknya saham pahala yang dia dah kumpul?
Itu baru aku sorang, entah berapa ramai lagi yang dah terkesan dengan kata-kata dan ilmu dia lalu berhijrah?
Berapa 'pendapatan pasif' dia dapat dari ni?
Entah-entah sekarang dia tengah tidur, tapi pahala dia tetap masuk sebab aku sedang bertudung.

Nak nasihat bukan tak boleh, tapi percayalah cakap aku, walau sampai berbuih kau baca hadis sahih sekalipun, teguran yang dibuat in public hingga menjatuhkan air muka orang lain adalah petanda kita tidak berhikmah dalam menyampaikan ilmu.
Ilmu ada, adab takde.
Teguran yang memalukan seseorang, takkan boleh mengubahnya menjadi lebih baik. Never.
Berapa banyak "nasihat pakar agama" yang aku pernah dapat dulu, lansung tak membukakan hati aku nak berubah. Menyampah lagi ada.

Dulu masa aku baru-baru bertudung, aku rasa macam aku dah melangkah parit yang sangattttt besar.
Rasa aku dah baik banyak dah ni.
Until aku join kelas agama 4 tahun lepas.
Barulah nampak yang aku ni belum berubah ke mana pun lagi. Setakat cover aurat je, tu pun tak sempurna mana.
Dalam kelas tu, bersungguh-sungguh betul dorang rebut peluang untuk jadi lebih baik.
Barulah aku realize ohh rupanya menutup aurat tu level hijrah paling bawah sekali.
Aku ingatkan selama ni bila dah bertudung maknanya dah nak sampai penghujung kejayaan.
Rupanya baru kat level START. Belum apa-apa pun lagi.

Alhamdulillah Allah bagi kita hidayah dan kemudahan untuk cover rambut.
Tapi itu bukan licence untuk kita sound orang lain.
Belajarlah lagi supaya kita tahu pendekatan paling sesuai untuk berdakwah.
Mudah-mudahan dakwah yang kita sampaikan walaupun hanya melalui penulisan di ruangan komen menjadi perantara hidayah Allah dengan seseorang.

Dulu pernah viral kejap cerita sepasang kembar yang baru lahir tak cukup bulan diletakkan di 2 incubator berbeza sebab salah sorangnya di-diagnosed dengan heart problem.
Condition that baby yang sakit tu semakin lama semakin teruk, until one of the nurses cadangkan letakkan kedua-dua baby dalam incubator yang sama dapatkan the feeling berada dalam rahim ibu.
Somehow yang healthy baby tu tangan dia peluk leher kembar yang sakit.
Much to everyone's surprise, tahap kesihatan si sakit semakin improved.
Temperature badan back to normal. Jantung semakin stabil.
Ada hikmah Allah nak tunjuk bagaimana our hugs can cause people to get better.
Begitu juga dengan kata-kata.
Our kind words boleh jadi motivasi kepada orang lain. Boleh juga menjadi hidayah.

Video hijab challenge tu, kalau tentang produk, aku dah review kat atas.
Kalau tentang Hunny, aku pun dah bagitau dari sudut pandang aku as orang yang pernah free hair.
The challenge project tu was a good idea, maybe perlu edit sikit some part supaya tak menambahkan 'panas' cuaca negara yang dah sememangnya panas.





Labels:

posted by Diana Ishak @ 10:36 AM  
Newer›  ‹Older

ADVERTISING



FOLLOW ME



MY BRAND




LABELS



MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
TEMPLATE by


BLOGGER