2020-01-22

Dua orang dengan personaliti berbeza


Dalam post Ugly Truth yang lepas aku ada mention pasal loan rumah.
So ada blog reader tanya macamana aku boleh beli 2 rumah at age 31 sedangkan masa tu aku and En Wan masing-masing makan gaji?

My advice, jangan fokus pada kemampuan mereka yang beli 2-3 rumah.
Because, kalau takde keperluan, buat apa nak beli banyak rumah.
Bila kita fokus pada benda yang tak perlu, nanti kita stress.
Dapat beli sebuah rumah dah alhamdulillah.
Ada duit lebih, nak beli lagi satu, silakan.
Tak perlu sampai pening serabut pikir cara macamana nak beli banyak rumah kalau takde keperluan.

Walaumacamanapun, aku jawab juga soalan tu.
Jawapannya : Sebab aku bersuamikan lelaki yang sangat berkira.

Selalunya bila memilih pasangan hidup, kita mencari keserasian.
Kalau boleh yang satu kepala, yang share the same passion and mission.
Orang kata kalau berkahwin dengan best friend sendiri, itu lebih baik.
Memang betul, relationships are generally easier when you share a lot in common.
Tetapi belum tentu lagi couple yang ada opposite attracts tak boleh hidup sebumbung [cuma kena banyak bersabarlah sikit].

Being aku yang tak kisah dengan duit, kalaulah takde En Wan yang kontrol perbelanjaan aku, aku jamin sampai sekarang sebijik rumah pun aku takde.
Maybe aku masih duduk dengan Mak Aji kat Bangi.
Ini En Wan sendiri yang akui.
Dia pernah cakap yang aku ni sejenis tak kisah dengan duit, dan kalaulah takde dia sebagai penjaga duit aku, dah selamat duit-duit aku semua aku bagi-bagikan kat orang.

[Bukan aku tak kisah takde duit lansung, cuma kalau untuk diri sendiri aku tak kisah sangat. Duit mesti kena ada, mana boleh tak kisah takde duit oiii].

Aku ni sejenis pantang ada duit kat tangan, mudah sangat bagi kat orang.
Suka belikan orang hadiah, bagi kat family dan orang-orang yang rapat dengan aku. Seronok tengok wajah-wajah happy orang lain.
Kadang tu, bukannya aku nak sangat pun benda tu tapi aku beli juga sebab nak support bisnes member, bagi dia seronok.
Tu pasal asal orang mintak pinjam duit, aku tak banyak soal, terus mintak nombor akaun and transfer.
En Wan cukup takut kalau aku ada duit kat tangan sebab dia tahu aku jarang guna duit tu untuk diri sendiri, aku akan spend duit kat orang lain.
That's why sampai sekarang, kad-kad aku semua En Wan pegang and no more bagi-bagi orang pinjam duit tanpa pengetahuan dia.

En Wan kata aku punya level TAK KISAH ni sangat kronik.
Tak kisah takde cash dalam purse.
Tak kisah pakai kasut yang itu-itu je.
Tak kisah tak shopping.
Tak kisah tak holiday overseas.
Yang aku kisah makan je.
Dia cakap kalaulah takde dia, aku macam katak bawah tempurung, tak keluar-keluar dari Malaysia.

Betul! Aku setuju.
Disebabkan dia suka travel maka merasalah aku tengok negara orang.
Kalau tak, being aku yang tak kisah, aku rasa aku spend time duduk rumah baca buku je.
Tak pun layan Tamil.
Those differences yang complement kitorang.
Walaupun ada perbezaan karakter, still we can call it a perfect match, betul tak?
Yang penting masing-masing tahu di mana kekuatan karakter masing-masing.

En Wan pula, kalaulah takde aku, dia akan jadi manusia yang pentingkan diri sendiri selama-lamanya.
Yang ni aku rasa bukan sifat sebenar tapi pengaruh persekitaran.
Dia dibesarkan dalam suasana yang mewah. Anak bongsu pulak tu.
Masa dia lahir, Kak Long dah ada kat universiti. Kak Ngah dah ada di MRSM Kuantan.
Jadi, dia di rumah alone, dimanjakan sepenuhnya oleh mok, nenek and bibik-bibik [maid dia ada 3 u olsss].
Dia dah biasa barang-barang hanya hak dia sorang, tak biasa berkongsi. Lama-lama perangai tu jadi sebati dalam diri.

Dulu, kalau nak tengok En Wan spend duit sesaje kat orang lain memang tak lah. Memang bukan dia.
Dia tak biasa bagi sedekah kat makcik-makcik tepi jalan ni semua. Kepantangan dia.
Dia juga tak biasa belanja orang makan.
Kalau pi rumah sedara-mara, sardin je dia datang berlenggang tak bawak buah tangan.

Tapiiiiiiii....disebabkan dia di-match-kan dengan aku yang tak kisah duit [read : boros], dia berubah sikit demi sikit.
Now, dah pandai beli buah tangan kalau nak pi rumah orang.
Dah pandai beli buah kalau nak ziarah orang sakit.
Dah pandai beli hadiah kalau pi wedding.
Dah pandai bagi salam kaut kalau pi kenduri.
Dah ringan sedekah kat makcik-makcik.
Dah seronok hantar sedekah makanan ke masjid.
Dan yang paling penting, kalau takde aku, dia tak reti makan sedap-sedap.
Kebanyakkan makanan yang dia enjoy makan sekarang adalah hasil didikan aku.
Kalau nak harap dia, hmmm....nasi putih dengan ikan masin sepanjang minggu pun jalan.

En Wan memang jenis tak kisah makan.
Bagi dia, maggi as dinner pun on. Asal kenyang.
Hadap itu hari-hari pun tak kisah.
Dulu, kalau adik-beradik dia nak datang kat rumah, dia rilek je takde lansung pikir nak bagi orang makan apa. Aku ni pulak yang pening-pening pikir.
Bagi dia, apa susah, goreng je telur masak kicap. Janji ada lauk nak makan.
Aku ni Jawa okeh. Orang Jawa pantang hidang makan ala kadar gitu kat tetamu.
Kalau boleh siap nak bungkuskan bekal bagai.

Now, En Wan dah banyak berubah.
Setiap kali orang Tganu nak datang, dia akan tanya aku "Di nak masak ke, nak abang belikan makanan?"
Kalau aku cakap nak masak, nanti dia belikan barang mentah ikut menu yang aku pilih. Takde bangkang-bangkang macam dulu.
Now dah pandai jamu orang makan sedap-sedap.
Tu dia penangan kawen dengan orang boros ðŸ˜‚.

Dan aku pulak penangan kawen dengan orang kedekut ni dapatlah merasa duduk rumah sendiri di usia 27 tahun. Kemudian ada rezeki umur 31 pindah rumah kedua.
Alhamdulillah dapat beli rumah awal.
Now dah umur 42 kalau nak buat loan beli rumah pun bank pikir 14 kali nak luluskan.
Cumanya, banyak yang kena dikorbankan demi nak beli rumah awal-awal.
Kena cut itu dan ini. Nasib baik En Wan pandai manage duit.
Biasalahkan, nak dapat sesuatu, mesti ada yang kita kena korbankan.

Nampak macam smooth je kan? Macam "Eh, simplenya cara dia buat. Macam tu je?".
Sebenarnya tak.
Berkahwin dengan orang yang karakter berbeza ni banyak cabarannya.
Dia tercabar dengan aku, aku tercabar dengan dia.

Kebanyakkan kita stubborn by nature.
Bila kita ada pendapat tersendiri tentang sesuatu, sangat susah untuk kita ubah pandangan tu.
Nak beli rumah pun bertekak. Nak renovate rumah pun bertekak. Nak beli perabot pun bertekak lagi satu round.
Kerana masing-masing darui awal dah berbeza, jadi susah nak dapat persefahaman kalau tak betul-betul duduk pikir and discuss.
Yang buatkan kita boleh bertolak-ansur selalunya adalah kerana ada perasaan kasihan.
Bila kita dah bersama dengan someone, dah decide untuk hidup bersama, kadang-kadang kerana kasihan maka ego diketepikan and we start listen to their opinion no matter how strongly we disagree.

Dalam satu kelas yang aku pernah attend, ustaz kata, kalau nampak pasangan yang dah berkahwin 20 tahun masih lagi berpegangan tangan, dah kawen 30 tahun masih bersuap-suap, itu bukan romantik.
Ini namanya rahmah.
Cinta itu hanyalah di awal pernikahan.
Setelah lama, ia bertukar jadi belas kasihan. Inilah yang dikatakan rahmah.
Kerana rahmahlah maka kita lihat suami isteri yang dah lama berumahtangga sentiasa bersifat belas sesama mereka.
Walaupun baru lepas bertekak, tetap suami belikan barang-barang dapur. Isteri pula tetap masak untuk suami.
Suami kalau outstation tetap call tanya "Awak nak kirim apa-apa?". Isteri pula bila terpaksa berada di luar rumah dah tak nak berlama-lama sebab kesiankan suami tinggal di rumah.
Ini bukan cinta. Inilah rahmah.

Bila ada rahmah, kita dapat melihat sesuatu dari pelbagai perspektif.
Isteri belajar untuk lebih terbuka menerima pandangan suami, same goes to suami.
Bila kita spend time dengan someone who is much different than us, lama-lama kita akan faham konsep rahmah.
Slowly kita terdedah kepada proses pemikiran yang berbeza and a new way of doing things.
Jadi, kalau kita dan pasangan berbeza macam langit dan bumi, belum tentu lagi tak membawa kebaikan.
Bergaduh tu pasti, sebab masing-masing ada pandangan sendiri.
But to be fair, yang sehati sejiwa pun bergaduh juga.
Yang penting masing-masing complete each other.