2019-11-25
Nampak macam bercouple, tapi hakikatnya tak.
Ini conversation berbulan-bulan yang lepas.
Ms Shazwani Shakeri is one of blog reader dan dia adalah DJ di Manis FM too.
So one day dia tanya public topic tentang cinta.
Jadi aku sebagai orang yang berpengalaman dalam percintaan bermasalah, begitulah jawapan yang aku bagi.
Cinta saiko.
Cinta saiko ni macam-macam, antaranya, dia bukan nak sangat kat kita tetapi berat nak lepaskan kita pergi.
Dan kita adalah si bodoh yang everytime dia nak, kita pegi balik kat dia.
Bila dia tak nak, kita menderita sorang-sorang.
Bila kita nak move on nanti dia datang balik.
Dan kita pun tergoda semula.
Lepas tu dia tak nak kita balik.
Benda ni repeating.
Maknanya kita punya bodoh pun repeat berkali-kali.
Masalahnya kita yang bodoh ni tak reti nak giveup.
Masih lagi letakkan harapan that one day that relation will work out.
2-3 kali terkena boleh dimaafkan tapi kalau dah berkali-kali, kau tak letih ke stay dengan orang yang sama?
Dah jelas kat situ you both run on different operating systems.
Kau nak relation yang intim dan penuh komitmen, tapi dia tak.
Everytime kau bincangkan perkara-perkara yang menjurus pada intimacy, dia mesti bagi alasan stress, busy, banyak benda nak pikir, bos bagi kerja banyak, etc.
"I need space" katanya.
Dan kau pun bawa diri 2 minggu.
Bila semangat kau dah pulih, baru nak mencari semangat baru, dia datang balik dengan segunung puji-pujian, se-bar coklat dan seketul teddy bear.
Dan kau pun bodoh kembali....
Remember, "Trust is earned, not given."
Kalau dah buat keputusan untuk bagi dia second chance, please go slow.
Jangan terburu-buru terima dia balik.
Bukan suruh jual mahal tapi nak ajar jadi bijaksana.
Jangan lemah sangat bila dia sua teddy bear and coklat.
Benda tu dia beli kat Giant je pun, kau yang gelabah puyuh.
Kasi hajarrrrrrrrrrrr dia sikit, biar dia tahu jangan suka-suka hati nak ambik buang kita ikut sedap anak tekak dia.
Jangan mudah percaya pada kata-kata si saiko tetapi lihat pada usahanya dulu.
Setakat berjanji, sesiapa pun boleh berjanji.
"I janji tak buat lagi"
"I janji, I'll never hurt you again"
"I am miserable without you"
Kalau sungguh bagai dikata, biar dia buktikan dengan tindakan, modal air liur ni dah tak jalan dah kat aku kalau dah terkena berkali-kali.
Bukan nak bajet hot, tapi sebelum aku HOT again and again, baik dia buktikan dulu.
The really tricky part is he probably really means it tapi bak kata pepatah nak seribu daya.
Kalau berdaya, kita kasi tengok dia mampu teruskan ke tak.
Kalau tak berdaya, tolong blah.
Bila pasangan kerap datang balik selepas menyakitkan hati kita, memang lumrah untuk orang bodoh-bodoh memberikan peluang again and again.
Sebab kita always ada rasa bersalah dalam diri.
Terasa kejam kalau tinggalkan dia macam tu je.
Dan selalunya, cara kita membantu adalah dengan kembali pada dia dengan harapan maybe itu melegakan sikit tekanan yang dia alami.
Again....yang bodoh tu kita.
Ujung-ujung, kita yang tertekan.
Seriously orang yang main tarik tali macam ni mana ada perasaan?
Kalau dia ada perasaan dia takkan buat kita macam tu berkali-kali tanpa rasa bersalah.
Jadi tak payahlah nak kesiankan sangat.
Kau rasa dia memang betul tertekan ke? HELL NO!
Dia makhluk yang takde perasaan.
Dia tak rasa apa-apa pun sebenarnya kalau kau blah.
Dia cuma nak kau ada supaya dia tak boring.
At least kalau dia tengah sunyi, kau ada. Itu je motif dia simpan kau.
At least itulah yang pernah aku alami.
Aku perasan setiap kali aku kembali pada dia, setiap kali tu la aku tak rasa happy.
Aku pun tak pasti apa sebab aku stay padahal aku tahu aku tak happy.
Memberi peluang kepada dia tak memberi kebaikan pada our relation pun.
Relation macam tu jugak. Takde improvement.
Aku slowly dapat stress.
Ujung-ujung aku pulak yang dah jadi saiko.
Last-last, aku selidik sejarah dia sampai ke lubang cacing.
Waktu tu sebenarnya aku dah pun buat keputusan untuk tak nak balik kat dia tapi biasalah kan, bila kita dah pernah bersama, dah ada kenangan bersama, ada ketikanya kita bergoyang juga bila dia pujuk-pujuk.
Tapi aku gagahkan diri korek sampai ke lubang cacing pasal dia.
Entah macamana, dapatlah tahu yang dia ada trail of broken hearts.
Tak tahulah siapa yang patahkan hati siapa, yang pasti, disebabkan dia ada kenangan hidup yang pahit, padahnya aku yang terima.
Sakit sebenarnya menanggung relationship yang macam ni.
Orang lain nampak kita sedang bercinta, hakikatnya kita je tahu apa rasanya.
Dia macam nak kita stay, tapi dia sebenarnya tak nak ada serius komitmen.
Takde perancangan untuk future.
Takde rasa nak pulun study untuk kebaikan future bersama, takde rasa nak improve diri untuk future bersama, savings pun takde!
Kalau ada perancangan pun, semuanya yang memudahkan hidup dia.
Nak lepak rumah mak aku, nak mintak bapak aku tolong carikan kerja, etc.
Selalunya lelaki yang bermasalah macam ni, mesti ada penyebabnya because men don't really play games.
Men are pretty straightforward, good men are, anyway.
Kalau dia kata dia nak kita, dia akan buktikan sungguh-sungguh.
Tapi kalau tak nak, then kau akan lalui benda-benda yang aku cakap tadi.
Try take a look at his past.
Adakah kesan dari child abuse?
Adakah kesan dari bitter memories dengan kekasih yang dulu?
Percayalah cakap aku, pasti ada something yang buatkan kenapa dia jadi macam tu.