walk on wings, tread in air: Shift <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>





SEARCH

CONTACT ME

Diana Ishak @ Green Apple
aveo757@yahoo.com
See my complete profile

TRAFFIC
Visitor Counter
TESTIMONI GREENAARD


Shift
2019-09-10

Pernah berlaku dulu, masa aku sefamili nak naik satu ride kat Ocean Park Hong Kong.
At first everyone was in a single line tapi bila dah nak dekat sampai ke ride tu, kitorang kena masuk dalam satu small room, kecik je, besar sikit dari booth yang biasa aku ambik kat Mood Republik.
Tau je la kan bila ruang tu kecik semua pakat nak rempuh masuk sebab lama kalau nak tunggu next ride.
Kitorang dah kat depan sekali ni.
Excited sebab dapat jadi orang terawal dapat masuk, dapatlah pilih-pilih seat.
Sementara nak tunggu dapat masuk, crowd kat belakang dah start tolak-menolak.
Masa tu kitorang bawak Redza, memandangkan dia kecik lagi jadi aku tak boleh berkeras dengan orang belakang, so aku terpaksa allow beberapa ekor beruk yang tengah tolak-tolak kat belakang untuk potong queue aku.
Menggelabah sangat perangai, hah masuk masuk!

Lepas tu ramai pulak yang menolak-nolak nak ke depan jugak.
Yang perangai musibat sikit dia boleh menyelit between aku and Redza semata-mata nak ke depan.
Akhirnya kitorang ended up being pushed all the way ke belakang.
Bila giliran kitorang masuk ruangan tu, kitorang jadi orang paling belakang sekali.
Malaslah pulak aku nak merempan, after all pi sana nak enjoy-enjoy bawak anak main, kan.
Janji dah masuk kat dalam tu dah syukur daripada nak kena tunggu lagi kat luar, tak larat dah aku.

Then keluar sorang staff kat depan, bagi ucapan selamat datang and explain sikit pasal ride and gave some instructions.
Lepas tu dia kata "Ok we are ready to go. Now turn around and go back out the same door you came in".
Pintu tu betul-betul belakang kitorang.
Aku punya bengang belum sempat reda sepenuhnya, suddenly kitorang jadi orang yang pertama dapat naik! Yes!!!!

Itu cerita skala kecil.

Dari sudut skala yang lebih besar, begitulah cara Allah ubah apa yang kita anggap mustahil kepada tidak mustahil.
Kalau dia nak ubah hidup kita, dia boleh letakkan kita 20 tahun lebih awal dari apa yang kita target.
Kalau sekarang kita di position yang rendah di tempat kerja, kalau Dia berkehendak, silap-silap minggu depan kau dapat naik pangkat 2 level lebih tinggi.

Macam mustahil, kan?

Tak mustahil pun.
Aku pernah lalui benda ni.

Tahun 2006, masa aku kat company A, gaji basic aku RM2500.
Waktu tu umur aku 29.
Aku calculate-calculate kalau nak cecah gaji basic RM5K, mau umur 38-40 tahun ni.
Tapi umur 40 tahun dah tentu aku tak buat sale dah.
Sale selalunya budak-budak muda je.
Maknanya aku dah takde komisyen. Buta-buta hidup dengan 5K je.
Umur 40 tahun with gaji RM5K, it's quite tough sebenarnya.

Aku fikir-fikir macamana eh cara nak dapatkan RM5K lebih awal?
Tahun 2006 belum rancak lagi bisnes-bisnes online macam sekarang.
MLM banyak tapi aku tak minat MLM.

Sehari sebelum raya puasa tahun yang sama, aku dapat call dari majikan terakhir aku.
Dia sendiri yang call.
Dia tanya if aku sedang mencari peluang untuk grow di tempat lain.
Aku memang tak apply kerja lain waktu tu, tapi bila tiba-tiba ada orang offer, why not kan.
Aku set appointment untuk jumpa dia.

Dia offer aku gaji basic RM4800.
Tak masuk allowance and komisyen.

Aku setuju tukar company.

Maka gaji aku melompat dari RM2500 ke RM4800 sekejapan.
Yang awalnya tadi aku berkira-kira umur 40 baru cecah RM5K, now at age 29 dah RM4800.
Masuk komisyen and allowance, terus lagi tinggi gaji aku dari En Wan.

No, I'm not bragging on me. I'm bragging on Allah.
Allah dah bagi aku sesuatu untuk aku bercerita.
He overwhelmed me in such a way that every way I go I can tell all the great things He did for me.
Tapi masa tu aku tak terfikir pun pasal konsep rezeki dan kuasa Allah.
Aku ingatkan sebab aku terer.

Only now aku realized kalau Allah kalau nak ubah hidup kita, adakalanya kita tak perlu fikirkan cara.
Sekelip mata je hidup kita boleh berubah kalau Dia nak ubah.
You can be at a lower position at the office and suddenly things can change.
Things just fell into place.
Apa yang kita rasa hanya boleh dicapai dalam tempoh 10 tahun, Allah boleh jadikan 10 tahun lebih awal.

Pernah tak kau kena present viva depan sorang lecturer yang terkenal dengan cerewetnya?
3-4 hari sebelum tu kawan-kawan kau bercerita macamana teruknya dorang kena bambu time viva.
Semua yang dah viva sebelum tu bagi cerita yang konsisten tentang that lecturer.
Kau terus tak boleh tido malam sebab memikirkan nasib viva kau esok.
Alih-alih esok mood pensyarah tu sangat luar biasa baik, tiba-tiba dia jadi tak cerewet, even kau ada kesalahan pun dia tak tengking malah dia tunjukkan pulak cara untuk repair the mistake.

Ok lagi satu, pernah tak kita terfikir, "Apesal aku buat benda yang sama, follow kaedah yang sama tapi dia lagi success dari aku?"
Pernah kan kita terfikir macam ni?

Itulah antara magik yang kadang-kadang kita tak dapat explain dengan lojik akal.
Yang sebenarnya Allah selalu ada cara untuk shift things in our favor.

Boleh jadi sekarang kita tengah stuck atau kita rasa impian kita susah nak tercapai atau banyak peluang yang kita ter-missed atau ramai orang tak suka kita.
Tapi kalau Allah shift things, semuanya selesai camni je *petik jari*
Lepas satu-satu peluang datang pada kita.
Masalah yang membebankan selama 10 tahun slowly resolved.
Those yang tak suka kita suddenly change their minds and jadi our great supporter.
Benda-benda ni kadang berlaku tanpa kita buat apa-apa.
It somehow resolves dengan sendirinya.

Allah dah bagi tips tapi kita tak berapa nak follow.
Kita lebih suka follow tips pakar kewangan, pakar hartanah, pakar motivasi sebab nampak bukti depan mata, kan?

Sedangkan Allah dah bagi tips "Kejarlah akhirat, maka dunia dan seisinya akan mengejar kamu".
Tapi kita taknak.
Kita liat sikit nak follow sebab bukti tak nampak.

Allah dah susun baik kita bakal dapat apa, sesuai dengan kebijaksanaanNya.
Buatlah apa pun, kalau Allah tak pernah takdirkan kita jadi jutawan, tetap takkan jadi.
Tapi memandangkan Allah merahsiakan rezeki, jadi nak taknak kita kena usaha, betul tak?
However kita ni bila berusaha untuk dunia sometimes sampai melecehkan akhirat.
Yang sebenarnya Allah nak tengok usaha kita saja, that's why Dia rahsiakan rezeki kita.

Fokuskan fikiran untuk memikirkan apa Allah perintahkan.
Jangan sibuk fikirkan rezeki sebab rezeki dah dijamin.
Rezeki pasti datang.
Rugi kalau kita kejar dunia lebih dari akhirat sebab kejar dunia, badan dan otak jadi penat.
Kita mudah nak putus asa, senang nak berdengki.
Dunia belum pasti dapat, akhirat dah tentu dapat kurang sebab dah lebihkan dunia.
Tapi kalau ikut tips Allah kejar akhirat lebih dari dunia, akhirat dapat, dunia pun confirm dapat sebab Dia dah janji macam tu.

Tapi jangan pulak ingat 'dunia' tu bermaksud duit atau material.
Dia tak kata pun kejar akhirat nanti jadi kaya.
Kalau 'dunia' yang dijanjikan hanya terhad pada itu saja, dah tentu orang yang paling kaya adalah Rasulullah saw, bukannya Qarun.

Dalam bahasa mudahnya "Kalau kejar akhirat maka urusan dunia beres".
Boleh jadi 'dunia' tu adalah kesihatan, dikelilingi orang yang baik-baik, mudah bekerja, mudah untuk berhujah, mudah dapat ilham, mudah nak menepati janji, dijauhkan dari perkara yang Allah tak suka, dijauhkan dari musibah, anak-anak berjaya, dapat menantu dan besan yang baik, rumahtangga harmoni, silaturrahim terjaga, etc.

The point is, kalau kita utamakan hak Dia, Dia akan letakkan kita dalam kedudukan yang tak pernah kita sangka akan capai dengan sendiri.
It's not because of your education, not because your talent, or the family you come from.
It's HIM shifting you to a new level.


Labels:

posted by Diana Ishak @ 9:28 AM  
Newer›  ‹Older

ADVERTISING



FOLLOW ME



MY BRAND




LABELS



MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
TEMPLATE by


BLOGGER