2019-08-19

Tenggelam dengan perkataan taubat


Kita kalau dah decide dan nekad untuk berubah ke arah yang lebih baik, jangan pernah terfikir syaitan dan iblis akan berpelukan sesama sendiri menangis meratapi kegagalan mereka untuk jadikan kita orang jahat dan berlalu pergi.

Tak.

Syaitan bila dia tahu kita nekad untuk berubah, dia akan ubah strategi.
Antaranya, dia akan menggoda kita dengan dosa yang belum pernah kita lakukan dulu.
Inilah perkara yang selalu kita tak sedar berlaku bila kita berhijrah.
Kita rasa kita dah berhijrah meninggalkan dosa-dosa lama, hakikatnya kita berpindah dari satu dosa ke satu dosa yang lain.

Contohnya, bila dah bertudung, kita mula pandang serong dengan orang yang belum bertudung.

Atau ketika kita sudah mula belajar agama, kita mula merasa diri kita lebih baik dari orang lain.

Syaitan sangat expert bab-bab menghasut.
Kalau dia tak boleh jadikan kita jahat, dia akan jadikan kita perasan lebih baik dari orang lain.
Dalam ertikata lain, dia hasut kita jadi ujub dan riak.
Dulu kita tak pernah ujub, now kita dah mula rasa ujub.
Inilah yang dikatakan berhijrah dari satu dosa ke satu dosa yang lain.
Dan selalunya kita takkan perasan hal ni berlaku.
Kerana syaitan pandai menutup satu dosa supaya dosa yang lain nampak baik.

Benda ni mudah sangat nak nampak kat media sosial sekarang.
Di ruangan komen, ramai yang berilmu tapi tak beradab.
Menegur kesalahan orang lain bersertakan dalil segala, tapi tegurannya sangat tajam.
Bila tegur orang kafir bukan main berlapik.
Alasannya supaya nampak Islam itu indah.
Tapi bila komen kesalahan orang mukmin [seagama] bukan main biadap sekali.
Siap hukum orang tu masuk neraka tanpa dia sedar boleh jadi apa yang dia sedang lakukan itu dosanya lebih besar dari dosa-dosa yang pernah dia lalukan sebelum berhijrah dulu.

Ironinya, dia sikit pun tak merasa kalau-kalau apa yang dia buat tu adalah dosa.

Kenapa?

Sebab tegurannya itu dibayangi dengan bayang-bayang agama.

Padahal, kalau betul-betul kita memahami konsep nasihat-menasihati, kalaulah sampai mengaibkan, maka consequences-nya berat.

Contoh, riba'.

Pintu riba' yang pertama, dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri.
Tapi dosa yang paling besar dari ini adalah mengaibkan saudara sendiri.

Mana hadisnya?

Ada.

"Riba memiliki tujuh puluh dua pintu, yang paling rendah seperti berzina dengan ibu kandungnya. Dan sesungguhnya riba yang paling tinggi adalah merosak kehormatan saudaranya." (HR Ath-Thabrani, 1871]. 

Berapa ramai sekarang berani-berani aibkan orang?
Padahal hanya bersangka-sangka saja.

Sekarang ni mengutuk orang dah jadi satu kebiasaan.
Ditukar jadi perkataan 'closed group forum'.
Kalau letak nama forum takde la nampak jahat sangat, ye tak?
Nampak seolah-olah sedang dalam sebuah perbincangan, hakikatnya benda yang sama, medan mengutuk orang secara berjemaah.

Jangan pula ingat zina tu tak berat sangat dosanya.
Zina tu berat.
Cumanya, seberat-berat orang yang berzina 73 kali, berat lagi dosa orang yang mengaibkan orang lain walaupun satu kali.
Begitulah perumpamaannya.

Bak kata ustaz, kita belajar agama bukan untuk cari dosa orang lain tetapi untuk kita fahami mana satu dosa mana satu pahala untuk dijadikannya self-reminder.
Supaya kita jadi tahu mana yang haq mana yang batil untuk memperbaiki diri sendiri, bukan untuk menghukum dan mencari-cari salah orang lain apetah lagi menjatuhkan hukum pada orang.

Bila ada yang baru berhijrah dan memandang mereka yang belum hijrah dengan pandangan skeptikal, tengoklah one day nanti ada yang lansung takut nak mendalami agama.
Apa tak nya, dah kalau sejak berhijrah merasa diri sendiri lebih baik, orang lain yang belum berhijrah semuanya buruk, nanti orang yang jahil takut nak belajar agama sebab takut perangai berubah macam dia yang suka menjatuhkan hukum kat orang lain.

Benda ni pernah jadi kat aku.

Dulu, aku pandang those yang berserban and berpurdah dengan pandangan yang menakutkan sebab aku ada pengalaman yang buruk dengan set-set ni.
Menegur takde adab seolah-olah diri dah konfem ahli syurga.
Selamba je tegur aku "Diana pakai macam ni memang membantu sales Diana ke?"

Aku macam "What the....??"

Cuba kalau aku pulak masa tu tanya balik "Abis kau pakai macam ni, berbungkus atas sampai ke bawah, dah dapat booking syurga ke?", apa perasaan kau?

Bukan tak boleh tegur, tapi cara tak kena.
Tapi aku sedar diri, aku jahil.
Jadi aku senyum je la bila dia tanya aku macam tu.
Tapi kesannya, aku jadi tak suka dekat dengan set-set macam tu.
Aku beranggap orang macam ni cara dia berdakwah sangat kasar.

Nasib baiklah orang macam tu tak ramai.
Kalau semua yang berpenampilan syari'i berakhlak begitu biadap, maka itu petanda musibah untuk semua.
Confirm takkan ada orang yang mahu mendekat pada majlis taklim, takde yang mahu belajar agama dan takde yang mahu dekat dengan masjid pun.
Maka yang jahil akan terus jahil dan menjauh dari kebaikan.

Orang sekarang ni cepat sangat menjatuhkan hukum.
Belajar agama tak tinggi mana, bab jatuh hukum mengalahkan mufti.
Padahal nak menjatuhkan hukum dalam Islam tu berat.
Ada tafsiq, ada yaumul hujjah, and ada a few more peringkat lagi.
Itu semua level ulamak je yang faham.
Tapi kita tak, berebut-rebut nak jatuhkan hukum.
Nasihat-menasihati yang sepatutnya menjadi persaudaraan, akhirnya jadi permusuhan.
Semuanya kerana masing-masing lebih suka jatuhkan hukum.

Hijrah itu sebenarnya tak susah.
Yang susah adalah menyingkapi maksud hijrah.
Kebanyakkan kita [mungkin aku sendiri] berhijrah menggali lubang dan tutup lubang.
Tutup dosa lama, buka dosa baru atas nama hijrah.

Hati-hati.
Jangan sampai amalan kita terbatal.
Kerana semua amalan ada pembatalnya.

Wuduk, ada pembatalnya, iaitu ketika kita kentut.

Solat, ada pembatalnya, iaitu ketika kita bercakap/ketawa.

Umrah, ada pembatalnya, iaitu ketika pasangan bersetubuh sebelum tahalul.

Hijrah pun ada pembatalnya.
Dan salah satu pembatalnya adalah mengaibkan dan menghukum orang lain atas nama hijrah, atas nama taubat, atas nama amal makruf nahi mungkar mengikut sangkaan-sangkaan mereka sahaja.
Inilah yang dikatakan hijrah tetapi berhijrah dari satu dosa ke satu dosa yang lain.

Hijrah itu sepatutnya menambahkan ramai saudara, bukan ramai musuh.
Palestine belum kering pun darah orang Islam yang mati, Syria punya nyawa banyak dah melayang belum lagi kita ganti, now dengan Ronghiya lagi.
Macam tu punya banyak masalah umat Islam belum settle, kita di sini mencari menambah musuh di kalangan orang Islam sendiri.

Alahaii...hijrah baru 7 tahun, belajar agamanya baru 3 tahun, kitab fiqh pun tak khatam lagi, tapi dah berani-berani membenci saudara seagama.
Bukan diajak hijrah, makin dikutuk-kutuk lagi ada.
Belum lagi nak kena hadap sekularisme, komunisme, liberalisme.
Seolah-olah Islam tu takde masalah lansung sampaikan sengaja mencari-cari salah lain dan mengaibkan orang yang sepatutnya dijadikan saudara sedangkan dalam Islam itu sendiri banyak masalah yang perlukan bantuan dan kerjasama kita.

Kalaulah macam ni sikap kita bila berhijrah, maknanya yang menang adalah syaitan.
Syaitan dah putus asa nak kembali menjadikan patung sebagai bahan sembah di Arab, tapi syaitan belum berputus asa nak jadikan hati kita saling menjatuhkan, saling menzalimi, dan saling memisahkan di antara satu sama lain.
Jangan-jangan kita ni tenggelam dengan the word HIJRAH, kita tenggelam dengan word TAUBAT, tapi sebenarnya kita belum pun taubat.

Nauzubillah.





Contoh testimoni Cleansing Gel DI SINI.
Kalau ada any positive feedback to share, please whatsapp the above number and you'll get special price for your next purchase as a small token from us.