2019-08-20

Bukan semua pandangan perlu diambil kira


They are two types of people in the world.

Yang pertama, non-judgemental.
Apa pun yang kau buat, dorang tak sangka buruk.

Yang kedua, kau buat apa pun, be it baik sangat atau baik sangat-sangat, dia tetap bersangka buruk.

Kalau kau dikelilingi oleh non-judgemental people, life kau tak terganggu.
Tapi kalau kau dikelilingi oleh judgemental people yang akan judge apa juga benda yang kau buat, walaupun hidup kau agak terganggu, aku nasihatkan kau teruskan je lah dengan life kau macamana pun kau nak.
Maknanya, kau nak berpurak-purak pun boleh, kau nak menjadi diri sendiri pun boleh.
Sebab kau buat apa pun dorang tetap judge kau. Jadi, lantakkan situ.

.....which brings me back to hockey class Rayyan.

Hoki class ni seminggu 2 kali.
Sabtu di kelab, Ahad di skolah.
Yang kat skolah parents tak boleh masuk kawasan skolah, jadi lepas hantar Rayyan, aku balik rumah.
Kalau kelas hari Sabtu, aku kena tunggu sebab kelas tu kat PJ.

Kelas hoki hari Sabtu 2 jam, 5-7pm.
Kalau kat rumah, selalunya waktu-waktu ni aku kat dapur tengah bersilat nak memasak.
Tapi memandangkan aku berada di court, aku akan continue buat kerja di tepi court atau baca buku.
Takde lah sampai angkut laptop, boleh je buat keje dengan henfon.
Kerja yang simple-simple like edit task yang staff hantar, prepare task for them, atau menulis draft untuk blog.

Lama-kelamaan aku noticed aku start to get looks from the other parents.

Mula-mula aku husnuzon.

Maybe dorang pandang-pandang aku sebab kagum tengok aku rajin membaca buku [heh!].
Atau dorang suka tengok casing henfon aku.
Atau maybe dorang kagum dengan kejelitaan aku [ya Allah boleh kejung orang baca statement ni].

Tapi kalau kau berada di tempat aku, kau akan tahu sebenarnya their looks are more about the fact that I am working ketika sepatutnya aku memberi perhatian dan sokongan penuh pada anak yang sedang main hoki dalam court.

Tipulah kalau aku tak insecure bila ada orang start pandang-pandang gitu.
Dah lah aku jenis malas campur orang especially group mak-mak.
Bukan apa, bila dah start kenal-kenal nanti dah jadi wajib bersembang tiap-tiap minggu pulak.
Aku ni kadang-kadang nak buat kerja, so macam tak sedap la pulak lepas ni nak buat kerja kalau tak menyembang.

So bila aku notice dorang pandang-memandang, deep inside aku risau juga kot-kot dorang akan bersangka buruk dengan aku punya parenting style.
Ada masanya aku terasa macam nak tutup buku and tumpukan sepenuh perhatian pada court for that 2 hours.

Tapi aku anggap ini satu kelebihan multitasking.
Betapa ramai mak-mak di luar sana yang wish kalaulah dorang boleh buat 2-3 kerja sekaligus tanpa mengabaikan anak.
So aku anggap ini satu kelebihan dan boleh jadi juga satu kesempatan.

Ia adalah satu kelebihan untuk aku buat kerja at the same time masih boleh 'teman' anak ke court.
Dan juga satu kesempatan untuk aku tunjuk pada anak-anak what hard work and dedication look like.

Maybe some people tak bersetuju dengan cara aku seolah-olah macam "kau sorang je lah yang ada banyak kerja", and I won't disagree.
Apa yang dorang cakap is betul.
But anak-anak aku also watched their Amma build a company from the ground up.
They watched me grow that company to something big that their Appa come to work there too.
Jadi walaupun aku buat kerja tepi court hoki, tak really focus on Rayyan yang tengah berlatih, for me, that is another way of priotizing my kids, just with a longer-term vision in mind.

Seriously aku tak nampak cara lain to make this all work tanpa multitasking.
Jadi aku terpaksa abaikan anggapan orang lain.

Dan ini sebenarnya terpakai untuk semua perkara.

Kau seorang single mother kepada 4 orang anak?
Just do your best.

Kau adalah seorang pelajar yang terpaksa bekerja sambilan untuk cari duit bayar yuran?
Just do your best.

Apa yang kita boleh buat adalah try our best.
Pendapat orang tentang how you are doing or what you are doing is none of your business.

Tahu tak kenapa ramai takut untuk memulakan sesuatu yang baru atau takut jadi berbeza dari majoriti?

Bukan kerana takut gagal.
Tetapi kerana takut apa orang cakap.
Kita takut orang bercakap-cakap tentang kita bila kita gagal.

Dulu aku ada cita-cita one day aku nak bukukan blog aku.
Dulu...masa zaman-zaman free hair lagi.
Sebab dulu ramai yang mintak aku bukukan blog because blog aku kelakar dorang kata.
In fact aku dengan beraninya pi annouce kat FB "Kalau aku nak bukukan blog ada tak yang nak beli?"

Wah, bukan main ramai klik likes.
Ntah ye ntah tak nak beli.
Takpelah, janji berangan dulu.

Malangnya, blog aku kemudian diletakkan dalam adultfriendfinder.com.
Kiranya that's another way of saying "Ada hati nak jadikan buku, blog kau macam sampah, layaknya duduk kat website porn je!".

Itu antara hinaan yang aku dapat.
Tapi even with all the kutukan, aku tetap menulis every day.
I dont' care.
Aku tak stop menulis.
Makin panjang blog post aku lagi ada.

After 12 years of blogging, aku keluarkan buku pertama aku.
Buat untuk 3000 buah saja [kau Diana Ishak je ye, bukan Diana Danielle nak buat sampai 30,000 buah].
Bermakna ada 3000 orang sudi beli buku Diana Ishak yang ntah sape sape ni, tak terkenal pun.

Eventually aku realized, cemuhan, kritikan, kutukan adalah sebahagian dari proses kehidupan.
That means you are living.

Kita semua ada future plan, ada cita-cita and impian but most of us hold back sebab kita takut orang nampak kita gagal.
Kita takut plan kita tak jadi, nanti orang gelakkan.

Yang sebenarnya, biarkan orang nampak kita gagal.
Biarkan orang nampak kita tersungkur.
Biarkan orang gelak dengan kegagalan kita.
Kemudian, biarkan orang tengok kita bangkit kembali.
Kalau umur dia panjang, dia dapat tengok kita capai kejayaan sekali.
Doakan umur dia panjang.

List kegagalan aku panjang.
Tapi setiap satu kegagalan ajar aku to make sure they don't happen again.
Setiap kali gagal means I stand back up quicker and more determined than ever.
Selagi boleh bangkit dan teruskan journey, itu belum lagi namanya gagal.

Apa-apa pun aku bersyukur I was a failure.
It's taken me berbelas tahun to untuk berada di tempat sekarang.
Aku bersyukur penulisan aku sekarang ada peningkatan sikit dari yang lepas.
None of them has been an overnight success.

So jangan rasa down atau insecure dengan pandangan orang lain terhadap kita.
Bila pandangan orang lain menguasai kita, kita akan hilang arah.
Berhenti ambil peduli what they think about us.
Bukan semua pandangan orang kita perlu ambil kira.
Kita tahu mana yang betul mana yang salah.
Kita tahu what is true.

Ada very fine line between wanting someone's opinion and needing their approval.

Kita mintak pandangan orang bila kita tak sure tentang sesuatu.
Tapi kalau kita buat sesuatu kerana nak approval orang lain, ada kemungkinan kita akan buat sesuatu yang kita tak suka tapi dek kerana nak diri kita diterima, kita buat juga.
Bila kita sibuk nak dapatkan approval orang, chances are kita jadi tak reti nak buat keputusan sendiri sebab segalanya bergantung pada penerimaan orang terlebih dulu berbanding impian kita.
Lama-lama konfiden drop, performance drop, minat drop, last-last achievement pun drop.

Jangan buat sesuatu semata-mata mahukan approval orang lain.
Kalau kita tahu apa yang kita buat, walaupun kita terpaksa bergerak sorang dan menongkah arus majoriti, biarlah.

Now, kalau ada mata-mata yang memandang aku mengadap henfon tepi court hoki, aku senyum kat dorang, kadang-kadang lambai tangan, and sambung buat kerja.
Kalau dorang nak anggap aku tengah berIG atau ber-chatting, let them be.
Because I know what I'm doing.
I am working.

Tapi, kadang-kadang ada perkara dalam diri kita yang buatkan kita insecure tak tentu arah, iaitu PERASAN.

Kadang-kadang gejala PERASAN ni yang buatkan kita rasa semua orang tengah perhatikan kita.
Kita rasa macam semua benda yang kita buat, orang nak ambik tahu.
Kita rasa orang lain tengah cakap pasal kita, tengah mengumpat kita, padahal tak pun.

Dalam kebanyakkan situasi, takde sape terpikir pasal kita pun.
Takde orang kisah kita nak buat apa atau tengah buat apa.
Dan kalaupun dorang betul-betul tengah bercakap pasal kita, it doesn't matter.
Seriously.
It.
Does.
Not.
Matter.

Kalau kita assume orang [atau semua orang] tengah bercakap pasal kita, when we have no evidence to back that up, itu sebenarnya kita yang bermasalah.
Kalau orang tu jelas bercakap pasal kau, lojiklah nak feel insecure.
Ini kau sendiri pun tak pasti samada orang tengah bercakap pasal kau, atau samada status FB/IG tu ditujukan kepada kau, tapi kau nak insecure jugak.
Lepas tu gelabah tak tentu arah.
Eh, dah kenapa kau?