2019-06-18

Orang tua yang takde adab pi rumah orang



Jumaat terakhir sebelum raya, aku terima whatsapp ni.
Ya, setiap kali hari raya aku datang 'alergik' kat perangai mak bapak yang takde adab pi rumah orang.
Bukan budak-budak tau, tapi mak bapaknya.


Kenapa tak jemput si polan?

Paling aku menyampah jenis manusia yang bila dia dijemput datang ke open house kita, sibuk bertanya "Eh, kau tak jemput A eh? Kau tak jemput B eh? Kau tak jemput C eh?"

Sibuk betul dia nak kumpulkan orang-orang yang dia suka kat open house kita.
Yang dia tu taknak buat open house pulak.
Kalau sibuk sangat nak kumpulkan kawan-kawan, lain kali kau je buat open house biar semua yang kau suka berkumpul, kan ke senang?

Tuan rumah dah jemput kita datang, cukup.
Kalau nak tanya siapa lagi yang dijemput, silakan.
Tapi takyah question kenapa dia tak jemput A, tak jemput B, tak jemput C.
Dia tuan rumah, sukahati dia nak jemput siapa pun, bukan urusan kita.
Ni tak, dia pulak memandai-mandai nak arrange siapa patut ada sama.


Tak jemput kita pun!

Yang tak dijemput, mohon jangan sentap kalau nama tak tersenarai dalam jemputan tuan rumah.
Tak dijemput tak bermakna kita bukan orang penting.
Tak diundang tak bermakna kita ni tak dipandang.

Buat open house ni bukan sikit-sikit belanjanya.
Tuan rumah tu kalau mampu sediakan lebih, dah tentu dia nak panggil semua.
Nak jemput ramai orang dah tentu kena sewa khemah, takkan nak peruk semua tetamu dalam satu rumah pulak.
Kalau rumah besar lain cerita, kalau rumah kecik, nak sumbat mana ramai-ramai?
Khemah tu kalau disewa bukan harga RM50 okeh, ratusan!

Nak masak untuk 100 orang makan pun dah cukup merenyahkan, ini pulak nak jemput lebih dari tu, dah tentu memenatkan dan makan belanja besar.
Ingat nak jamu orang ni bajet ciput ke? Besar okeh.
Lagi pulak nak jemput orang macam kau yang bila tak dijemput sentap, bila dah dijemput banyak pulak komplennya.
Kau kalau boleh dijamu dengan mihun goreng je takpelah jugak.
Ni karang kau jugak yang mengumpat dia buat open house tapi makanan tak best.

So, tak perlulah nak kecik-kecik hati bila tak dijemput, ya.
Jangan buat tuan rumah macam musuh bila tak dapat undangan.
Kalau teringin sangat nak pi rumah dia, esok lusa buat appointment cakap nak datang beraya, bukannya susah, kan.


Nak tengok-tengok rumah.

Don't be so makcik-makcik sangat perangai asal datang rumah orang nak meronda sampai ke dapur, ke bilik tido segala.
Kalau kita ni sedara-mara, lain cerita.
Tapi kalau sekadar kawan-kawan atau kenalan saja, tak perlulah nak melawat tapak segala.
Kalau dia pelawa tour rumah dia, takpe.
Kalau tak, takyah kau nak offer diri ukur tanah rumah orang.

Apetah lagi kalau tuan rumah dah sediakan khemah, duduklah kat khemah saja, melainkan kita dijemput masuk ke dalam rumah.
Itu tujuannya tuan rumah tempah khemah sampai RM700-800, untuk tetamu duduk makan di sana, bukan saja-saja ditempah untuk block jalan.


Jangan bersembang sampai tak ingat nak balik

Memang seronok bila jumpa geng-geng kat open house kawan.
Tapi jangan sampai lupa diri.
Ada yang seronok sangat bersembang sampaikan orang lain takde tempat duduk, padahal dia dah habis makan dah.

Lagi satu perangai, punyalah nak duduk semeja dengan geng-geng, memandai-mandai dia pulak tarik kerusi sana, tarik kerusi sini nak bagi dapat duduk semeja.
Penyudahnya meja sebelah hilang kerusi.
Kau ingat ni mamak?
Nak bersembang lama-lama lain kali buatlah gathering, keluar duit sorang sikit buat majlis kat mana-mana.
Ini open house rumah orang ya, bukan geng-geng kau je yang dijemput, ada ramai lagi tetamu yang nak duduk.
Kalau dah makan tu, bersembanglah lebih kurang je then silalah balik.
Kalau tak puas bersembang, set a date, pi buat gathering.


Carilah masa berziarah yang sesuai

Berbeza dengan open house yang waktu 'melawat'nya dah ditetapkan, beraya di luar waktu open house memerlukan kita cari masa yang sesuai untuk berziarah.
Elakkanlah waktu yang tak sesuai like waktu tuan rumah tengah berehat [tengahari hingga 3pm adalah waktu rehat] atau lewat malam.

Walaupun on hari raya, kebiasaannya tuan rumah sentiasa bersedia terima kedatangan tetamu, tapi dorang pun perlukan masa untuk berehat, nak bersolat, nak memasak, nak mandikan anak, etc.
Pukul 10-10.30pm tu dah lewat dah.
Kalau berada di rumah orang pada waktu ni, dah boleh beransur-ansur balik.
Kalau baru nak berjalan raya, padamkan je lah niat tu.
10pm dah tak sesuai nak beraya rumah orang.

Pernah aku berpengalaman terima tetamu maghrib-maghrib datang rumah.
Alasannya dah alang-alang keluar berjalan, singgah terus kat rumah aku.
Dia bukan saudara-mara, hanya kenalan.
Aku sangat-sangat tak selesa.
First, datang mengejut.
Second, waktu tak sesuai.
Third, menyusahkan aku.

Yes, memang menyusahkan.
Sebab, datang waktu Maghrib, dah tentulah lepas tumpang bersolat, dia akan duduk bersembang.
Takkan nak balik terus, ye tak, dah namanya beraya.

Mula-mula aku hidangkan air and kuih raya je.
Habis tu kalau dah pukul 8.30pm takde gaya-gaya nak balik, takkan aku tak masak makanan malam pulak.
Maka aku pun masaklah dah alang-alang memang nak makan malam pun kan, masaklah je lah banyak sekali harung, cuma rasa tak selesa tu tetap ada.

Nak datang beraya tak salah.
Tapi carilah waktu yang sesuai.
Lainlah kalau memang dah bagitau awal-awal nak datang.
Kalau lambat pun takpe, tuan rumah dah buat preparation.
Ni tak, dah la datang mengejut, waktu yang salah pulak tu, then bersidai bukan main lama.


Jangan buat majlis orang macam restoran

Kadang-kadang pi open house, meja memang penuh.
Kalau ada pun, meja masih ada bekas makanan [jenis tetamu takde adab dah makan tak reti kemaskan meja].
Tak payahlah tunggu meja tu tuan rumah bersihkan.
Tuan rumah ada tetamu nak dilayan, kadang-kadang dia tak sempat nak pandang pun meja-meja ni semua.

Sebagai tetamu, kalau kau nak duduk meja tu, bersihkan je lah meja tu.
Angkat mana-mana pinggan and cawan yang masih ada, buangkan.
Bukannya susah sangat.
Ni tak, sanggup dia tunggu tepi meja tu anak-beranak sambil tengok-tengok kot-kot ada bibik tuan rumah boleh tolong kemaskan [ni kejadian kat rumah aku dulu].

Eh hello, ini bukan restoran ya.
Ini open house.
Takde pelayan kat sini.
Semuanya self-service.


Jangan komplen makanan

Makanan sikit atau banyak atau tak cukup, please keep it to yourself.
Tak ada tuan rumah yang nak tetamunya datang melopong tak dapat makan.
Adakalanya makanan yang ditempah datang tak cukup seperti yang dijanjikan.
Adakalanya tetamu yang datang melebih-lebih dari yang dijemput [ni kes tetamu yang dijemput memandai jemput orang lain datang sama].
Makanan tak cukup ni benda biasa dalam majlis-majlis besar.
So, please jangan buat perangai macam orang tak cukup makan "Makanan kat rumah dia sikit je. Tak berbaloi datang jauh-jauh".
Hoh! Nak makan kenyang-kenyang pi makan kat mamak.


Kalau anak membuas, tolonglah balik cepat

Aku tak nak cakap pasal perangai budak-budak tapi nak fokus kat perangai orang tua.
Dah nampak anak berlari turun naik tangga, keluar masuk rumah, melompat-lompat tak reti diam - kalau tak boleh kawal, maka tolonglah balik cepat.
Jangan buat tuan rumah rasa tak sedap hati.
Jangan tunggu sampai ada barang pecah baru nak balik.
Masa budak tu terkinja-kinja kau tak ingat nak ajak balik.
Bila dah ada barang berkecai, dan-dan tu ajak balik. Pandai pulak eh?

Kadang-kadang bila kita cakap macam ni, orang kata kita tak ikhlas terima tetamu.
Padahal nak suruh orang ikhlas kat kita, seharusnya attitude kita sendiri harus mampu menghadirkan rasa ikhlas dalam diri orang lain juga.
Pepatah melayu cakap "Orang berbudi kita berbahasa..."
Kalau kita datang rumah orang bawa adab, tak mungkin tuan rumah tak berbesar hati menerima kita sebagai tetamu.

Jangan risaukan budaya kunjung-mengunjung akan lupus ditelan zaman bila tuan rumah takut anak-anak tetamu pecahkan barang.
Budaya kunjung-mengunjung tu takkan lupus kalau kita sebagai tetamu sama-sama ada timbang rasa bila berziarah ke rumah orang.
Kalau kau masih nak pertahankan prinsip 'anak-anak tak boleh dimarah nanti tumbesaran terencat', insyallah bilangan jemputan untuk kau je yang makin lupus.
Jemputan untuk orang lain tetap lebat.

Pikir-pikirkanlah ya.