2019-06-28

Jangan terlalu mencari ruang untuk dikagumi



My own IG story.

Apa saja yang kita buat, kalau niatnya untuk mencari kekaguman, pujian dan perhatian manusia, bersedialah untuk berdepan dengan dua perkara :

1. Sakit hati
2. Keinginan yang tak pernah puas

Fitrah manusia memang sukakan pada perhatian dan pujian.
This is in line dengan sifat hati yang suka orang berbuat baik padanya walaupun hanya dipuji.
Dan dia akan benci orang yang buat jahat padanya walaupun hanya sebuah kritikan.

Sentiasa dipuji-puji, dikagumi dan dilayan special memang sangat seronok.
Ramai orang suka bila sentiasa diberikan perhatian dan pujian.
Tetapi kalau tak hati-hati dan tak kuat iman, banyak keburukan yang timbul bila diri dah jadi hamba pujian.

Umpama orang mabuk, kalau dah mabuk, cara berfikir, bercakap, dan tingkah laku semuanya dah tak normal.
Macam tu lah juga bila sentiasa mencari perhatian.
Hati slowly jadi kurang peka dan senang sentap dan sakit hati bila orang tak puji, atau tak mendapat respon yang diharapkan.
Malah sakit hati pulak bila orang lain dapat perhatian lebih dari dia.

Hidup pun sentiasa memerhatikan apa yang orang lain kata tentang dia.

"Ada tak sesiapa yang lebih dapat perhatian berbanding aku?"

"Apesal tak banyak orang bagi respon?"

"Kenapa komen hari ni sikit sangat?"

Ini semua petanda terlalu cintakan dunia.

Hubungan dunia dan akhirat ibarat timur dan barat.
Kita manusia di tengah-tengah.
Bila kita condong kepada dunia, akhirat akan menjauh.
Bila kita cenderung pada akhirat, dunia akan menjauh.

Jadi bila terlalu mahu perhatian manusia, itu bermakna kita mencintai dunia lebih dari penciptaNya.
Hubungan dengan Allah lama-lama menjauh.
Walaupun menutup aurat, walaupun belajar agama dan rajin ibadah, tidak akan mampu memberikan rasa tenang dalam hati dan istiqomah kerana selama ini yang dicari adalah perhatian manusia.

Berbalik pada IG story aku atas tu, aku setuju, istiqomah ni bukan kerja senang.
Apetah lagi untuk orang yang pernah berada di fasa "jahiliah", istiqomah menjadi lebih berat.
Hati tu always ditarik-tarik supaya kembali ke masa silam.

Nak berubah memang bukan senang, tapi tak susah.
Setiap perubahan perlukan mujahadah kerana yang kita kejar ni adalah syurga Allah, bukan barang murah.
Sebab itulah apa juga yang kita buat, buatlah kerana Allah.
Ini bukan saranan ni, ini ingatan untuk aku jugak.

Jangan berubah kerana manusia.
Kalau berubah kerana selain Allah, pasti kita akan jumpa alasan-alasan untuk kembali ke masa gelap kita yang dulu.

Contohnya macam skirt pendek.

Setelah berhijrah masih teringin nak pakai skirt pendek? Silakan.
Pakailah, tak ada siapa pun larang tapi pakailah di rumah saja.
Kita cuma rindu nak pakai je, kan?
Bukan rindu nak orang tengok kita pakai skirt, ye tak? Jadi, pakailah.

Belum tentu lagi orang kagum tengok kita kembali sexy, entah-entah lagi ramai yang mengeji.
Entah-entah lagi teruk kecaman yang kita dapat berbanding semasa kita mula-mula berhijrah dulu.
Masa tu nanti kita akan rasa sangat-sangat kecewa kerana tak dapat respon yang kita harapkan.
Bila hati dah kecewa, mulalah macam-macam perangai pelik kita buat.
Kecam orang sana, kecam orang sini, bergaduh dengan semua orang, etc.
Hati jadi keras, percakapan pun berbaur kesombongan.

Orang sekeliling akan terkejut dan kata "Tak sangka dia macam ni, kan? Dulu bukan main lagi merendah diri, lembut je kalau bercakap".

Orang yang memuji kita ni sebenarnya hanya bersangka-sangka je.
Hakikatnya yang tau tentang diri kita adalah kita sendiri.
Kita sendiri tau kita bukan sebaik yang kita pamerkan.
Kita sendiri tahu kita taklah sesopan kita kita tonjolkan.

Sepatutnya pujian membuatkan kita malu kerana apa yang mereka katakan sebenarnya tak ada pada diri kita pun.
Tetapi bagi pencinta dunia, pencinta perhatian manusia, pencinta puji-pujian, mereka enjoy menikmati sesuatu yang bukan dirinya seperti yang orang sangkakan.
"Feeling" bak kata omputih.

Berwaspada dengan pujian, kalau tak, kita akan hidup dalam mati.

Macam mana hidup dalam mati tu?

Bila perhatian dan pujian akhirnya membuatkan kita terlupa diri sendiri.
Kita jadi resah bila pujian berkurangan, malah suka pula mencari tahu siapa yang dah merampas limelight.
Tak ke dah satu kerja tu?

Itulah yang dikatakan hidup, tapi mati.
Mental drop.

Tak ramai yang tahu kebanyakkan yang follow kita ramai-ramai ni, yang memuji dan mengagumi bagai nak rak, ada di antara mereka sengaja memuji sebab nak bagi mental kita drop.
Dia nak bagi jiwa kita terleka dengan dunia, seronok dengan limelight, akhirnya mental kita drop tanpa kita sedar.
Hingga sampailah satu waktu ketika menerima kritikan atau hinaan, kita tak bersedia untuk itu.
That's why penting bagi kita untuk jangan terlalu terleka dengan pujian apetah lagi mencari-cari ruang untuk dipuji dan dikagumi.
Perasaan senang dipuji memang wajar tapi janganlah berlebihan.

Hati-hatilah dengan perhatian yang berlebihan dari manusia kerana semua itu akan dipertanggungjawabkan ke atas kita nanti.
Apa yang kita dapat di dunia ini semuanya akan dihisab termasuklah pengaruh [followers].
Pastikan segala yang kita share dengan followers menjadi hujah kuat kita di depan Allah nanti untuk meraih syurgaNya.


~self reminder~