2019-06-21

Jangan sampai hilang life


Sambung lagi topik 'I am not a good mother'.

Tak sangka pulak ramai mak-mak yang share the same experience macam aku.
Selama ni aku ingat aku sorang je 'bad mother' sebab tak pernah aku nampak ibu-ibu mengeluh kat newsfeed.
Bagus korang ni.
Tak mengeluh di FB pun dah menunjukkan korang memang ibu hebat!

*marilah kita sama-sama flip tudung. Yang free hair, silakan flip hair*

Tapi jangan salah faham maksud entry I-am-not-a-good-mother series [wahh, ada series kauuu].
Post tu bukan bertujuan menggalakkan ibu-ibu kurangkan perhatian dan fokus ada anak.
Ini sekadar berkongsi perspektif berbeza mengikut pengalaman aku sebagai seorang ibu.
Mana-mana yang rasa terbeban, maybe boleh cuba ikut cara yang aku kongsikan.
Kita bukan nak lepas tangan, tapi kita nak cari alternatif supaya dapat mengurangkan stress tapi dalam masa yang sama masih bertanggungjawab.

Ada satu PM tu cakap "Saya respect Kak D boleh abaikan apa orang cakap dan fokus dengan cara Kak D. Saya tak kuat. Saya selalu rasa terganggu dengan cakap-cakap orang".

Bukan aku tak terganggu.
Disebabkan terganggulah maka aku cari alteranatif untuk meng-happy-kan diri dengan cara aku sendiri.
Biar yang bercakap-cakap tu pulak rasa terganggu tengokkan cara aku. Hahaha.

Ada banyak cara untuk raise anak-anak.
Bukan hanya satu cara.
Walaupun cara kita bukan majoriti dan tak popular, tak semestinya ia salah.

Lepas bersalinkan Rayyan, dia kena duduk NICU untuk 29 hari sebab lahir tak cukup bulan.
Aku pulak boleh keluar dah dari hospital.
Hari pertama aku melawat Rayyan selepas aku discharged dari hospital, aku nampak ramai mak-mak yang sama-sama kat wad bersalin dulu dok berumahtangga kat NICU menjaga anak masing-masing.
Dorang room-in, maksudnya tido di NICU.

Aku tengok wad mak-mak ni tido pun aku tak selera.
Masuk bilik air lagilah hazab, dengan berbau, dengan lubang air tersumbat, dengan lampu yang kelip-kelip nak terpadam, ya ampunnn.
Ni karang elok-elok tak mati bersalin tetiba aku mati sebab stress duduk sini pulak.

Tapi walaumacamanapun, aku cuba untuk room-in.
Hari tu aku datang dengan beg baju segala.
Dah get ready nak tido sana.
Dapat katil, ok lah.
Dah nama pun hospital, takkan nak selesa macam bilik sendiri, ye tak.
Try juga la mandi dalam bilik air tu.
Malam tu aku call En Wan kutip aku balik.
Tak tahan aku nak duduk sana.
Tak selesa.

Actually, masa aku kena lepak wad bersalin 28 hari tu pun aku tak selesa juga tapi aku tak ada pilihan, maka aku stay.
Macam kat NICU ni, aku ada pilihan.
Kalau boleh pilih untuk takyah lepak NICU, buat apa stay?

Aku tanya nurse kat situ, tak apa ke kalau aku tak room-in?
Nurse kata tak apa, asalkan hantar susu badan everyday.
Kalau boleh, siang datanglah.
Malam tak apa, nurse boleh jagakan.

Phewww! Lega.

So, aku pilih untuk tak tido di sana.
Everyday aku datang ke hospital dari pagi sampai malam.
Malam around 9pm En Wan akan fetch aku balik rumah.

Penat la sikit berulang-alik dalam keadaan perut aku baru lepas kena toreh.
Tapi tak apa, at least pikiran aku lapang.
Balik dari hospital boleh mandi hot shower, boleh tido dalam bilik beraircond, katil sendiri and peluk suami.
Tenang and lapang hati fikiran.

Sekali pandang, memang nampaklah aku ibu paling tak sayang anak sebab tinggalkan anak di NICU malam-malam sedangkan mak-mak orang lain sanggup lepak sana berminggu-minggu.

NO.

Rayyan bukan satu-satunya anak aku.
Aku masih ada Redza di rumah, yang masa tu umur 6 tahun.
Hari-hari tanya kenapa aku takde kat rumah.

Aku masih ada suami untuk aku jaga.
Walaupun dalam tempoh berpantang aku tak dapat buat banyak untuk dia, tapi aku tau presence aku kat rumah saja pun dah buatkan dia happy.
Cukuplah aku terpaksa 'tinggalkan' dia selama 28 hari.
Now ada pilihan untuk tak stay NICU, jadi aku pilih untuk tak stay.

Aku ingat lagi masa Rayyan dah boleh keluar NICU, mak-mak kat situ suarakan rasa kecewa dorang kat dokter and nurse.
Sorang nurse tu bagitau, mak-mak situ cakap "Kenapa anak Diana boleh keluar awal, padahal dia tak room in pun".

Then dokter cakap "Anak dia tak sakit. Anak dia cuma tak cukup bulan. Yang sakit dulu emaknya".

Bila dengar nurse bagitau macam tu, aku lega bahawa aku ambil keputusan yang betul.

Yang sakit adalah aku.
Aku yang kena turunkan blood pressure supaya tak dapat sawan.
Kalau berada di NICU buatkan aku bertambah stress, macamana aku nak jaga anak aku kalau aku sakit nanti.

Sometimes orang tak tau apa yang kita lalui.
Dia juga tak tau apa perkara yang kita kena dahulukan.
Kebanyakkan mak-mak anggap apa-apa pun anak yang paling utama dan perlu diberi perhatian.

Yes, itu kalau anak kita sakit.
Tapi kalau anak kita ok, tak perlulah kita nak stay juga semata-mata kerana majoriti mak-mak stay.
Kalau rasa dengan stay, membuatkan kita dan anak lebih baik, silakan.
Macam aku, aku tak rasa aku akan jadi better kalau stay, jadi aku pilih balik tido di dalam dakapan hangat suami. Eh.

Lahirnya Rayyan ni banyak bantu aku jadi lebih redha.

Dari awal mengandung aku dah mula kenal redha kalau-kalau baby ni tak dapat diselamatkan.

Masa Rayyan membesar, dia tak selaju Redza [dalam pembelajaran].
Umur 6 tahun masih tak boleh membaca.
Aku ambil extra hour di skolah untuk kelas latih membaca.
Alhamdulillah with extra class baru nampak perubahan.

Masuk Darjah 1 baru tau dia ada minor disleksia.
Kitorang tukar method pembelajaran di rumah.
Alhamdulillah, dia jadi 'normal' sebaris dengan kawan-kawan sekelas yang lain, in fact dia dapat jump ke kelas yang lebih baik [sebelum streaming class dihapuskan].

Then ustazah Kafa bagitau pula Rayyan sangat slow dalam membaca iqra'.
Ni impak dari disleksia, dia nampak kedudukan titik pada huruf bergerak-gerak.
Tak banyak yang aku boleh bantu bab ni, asal kenal huruf sudah.
Aku tukar method untuk lebihkan pada hafazan pulak.
At least biar dia menghafal.
Alhamdulillah ustazah kata dia always paling atas sekali bab menghafal.

Walaupun ustazah kata dia agak slow in Iqra, aku masih letakkan harapan.
Pagi-pagi sebelum van Kafa datang, aku akan baca Iqra dengan dia.
Alhamdulillah raya baru-baru ni dia boleh baca surah Yassin [aku ada cerita kat post raya 2019].

Baru-baru ni Rayyan dapat ASHR Award dari Kumon.
Dari semua pelajar Kumon seluruh Malaysia, 1273 orang terpilih untuk dapat award ni.
Out of 1273, Rayyan ranking ke 167.
Quite an achievement untuk dia memandangkan laluan dia untuk sampai ke tahap tu tak sama macam, orang lain.

Role seorang IBU bukan untuk dipertandingkan.
Bukan juga untuk direbut-rebutkan siapa yang lebih hebat, siapa lebih rajin, siapa lebih wondermom.
Role ibu adalah satu amanah untuk membesarkan anak.
Asalkan anak menjadi lebih baik walaupun peningkatan tu tak selaju anak-anak lain, asalkan lebih baik dari dirinya yang semalam, itu dah menjadikan kita ibu yang berjaya.

Kalau kita tak boleh jadi perfect mother, then jadilah a 'good enough' mother.
Bukan teruk sangat pun title 'good enough' tu.

Aku faham imej "ibu yang baik".

Ibu yang baik digambarkan dengan sifat penyayang, berkorban kepentingan sendiri untuk anak-anak, multitasking and boleh transform jadi macam-macam.
Gambar imej "ibu yang baik" inilah yang buatkan ibu-ibu rasa bersalah kalau tak dapat jadi macam tu.

Imej "ibu yang baik" ni maybe kita boleh upgrade dah.
Di zaman moden ni, ketika ramai ibu-ibu dah ada kerjaya sendiri, bukan anak-anak je yang nak dipenuhi tuntutannya tapi kita juga ada tanggungjawab dan kepentingan lain beyond penjagaan anak.
Tapi tu lah kan, bila cakap macam ni nanti ada orang yang kata kita ni lebih pentingkan kerjaya dan perkara lain dari anak-anak.
Buatlah apa yang praktikal untuk diri sendiri.
After all this is your life, your family, kita yang akan hadap the consequences.

Everyone wants to be the best parent they can, tapi tak perlulah sampai hilang life.
Meletakkan anak-anak di bawah jagaan bibik tak menjadikan kita ibu yang lepas tangan.
Allah je yang tahu betapa risaunya aku lepaskan Redza kat jagaan bibik.
Bukan aku seronok ya letakkan anak aku kat bibik.

Macam Rayyan, walaupun dijaga oleh bibik tapi mak mertua dah duduk sekali time ni.
But Redza, memang buta-buta duduk berdua je dengan bibik kat rumah, seawal umur 43 hari.
Entah mana datang keyakinan aku tinggalkan anak bawah jagaan bibik tapi alhamdulillah takde yang buruk berlaku [except sorang bibik gila].

Bila ada helper, aku jadi happier and lebih tenang balik rumah penat-penat kerja, anak dah siap diurus, dah dibagi makan, rumah berkemas, baju berlipat, makanan terhidang.
Aku rasa tenang dan kurang serabut.
Bila fikiran tenang, emosi lebih stabil.
Emosi yang stabil menzahirkan tindakan yang lebih rasional, insyallah.

Ada isyarat yang boleh kita kenal pasti untuk tengok samada kita give too much to motherhood, iaitu PENAT.
PENAT adalah isyarat paling mudah untuk kita realize betapa kurangnya perhatian yang kita beri untuk diri sendiri.

Kalau kita buat sesuatu with passion, kita takkan rasa penat, malah seronok and always look forward untuk buat lagi dan lagi.
Same goes with parenting.
Kalau parenting membuatkan kita stress, lack of energy, moody, dah hilang minat buat benda lain melainkan tido - inilah tanda we are giving too much to our children sampai diri sendiri terabai.

Working full-time while raising kids is just hard.
Bukan tak ada orang yang tanya "Macamana kau handle eh? Jaga anak, boleh pi keje, stay back malam, prepare presentation slides, etc".

Selalunya aku cakap "Aku ada bibik tolong".

Bila orang dengar pun mesti macam "Hmm...patutlah, dia bukan jaga anak pun. Masak pun tak".

Jangan kecik hati kalau orang cakap macam ni.
Memang itu sebenarnya yang dia nak dengar, jadi kita bagitau je macam tu.
They want to hear that sebab they want to justify dengan diri dorang sendiri.
They want to feel lebih hebat dari orang lain because they lebih pentingkan anak-anak and rumahtangga dari segalanya.

Biarlah.

Aku pun tak kisah orang nak cakap apa.
Sebab my expectation is low - asal anak aku sihat, makan kenyang, rumah tak berkerak, tido aku cukup, emosi stabil - done.

None of us are doing it perfectly, but every mom I know is doing her best.

Take some time for yourself.
Badan perlukan recharge.
Bila badan tak recharge, itu akan bagi domino effect pada energy, emosi and fizikal.
So take care of ourselves in order to do the very best for our children.
Itu adalah cara paling efektif untuk jadi seorang ibu at the same time menjadi pekerja, atau runa  business and still have a happy life.

"Me time"..?

Dah ada anak kalau tak dapat "me time" kat coffee house pun takpelah, asalkan dapat minum teh tarik buat sendiri kat rumah dengan tenang pun dah besar rahmat.
Bila kita nak minum kopi dengan bertenang-tenang at home sambil kudap-kudap tempeyek pun dah takde masa, that's when kita kena re-check strategy.
Jangan sampai takde masa untuk belai diri.
Dapat "me time" seminggu sekali pun cukup.
You will feel like you again at the same time you will be a better mom for it.

Ada banyak cara untuk membesarkan anak-anak, bukan hanya satu cara.
Buatlah cara yang terbaik menurut kita yang sesuai dengan keperluan keluarga kita.
Alangkan nak masuk syurga pun ada macam-macam pintu.
Ada pintu sedekah, ada pintu taatkan suami, ada pintu puasa, ada pintu tahajud, etc.
Our aim is masuk syurga, pintu mana-mana pun tak apa, because tujuannya adalah syurga.
Being a mom and parents juga macam tu, tujuannya adalah untuk anak kita membesar jadi 'orang'.
Ikutlah jalan mana pun, asalkan membesar jadi 'orang'.

Yang buat keadaan jadi serba-serbi susah adalah kerana some ibu-ibu dah lupa tujuan membesarkan anak dan lebih kejarkan self recognition.
Dek kerana masing-masing terlalu nak jadi ibu hebat di mata orang, maka segala benda yang dibuat lebih terarah kepada mencipta kehebatan diri sendiri berbanding tujuan menjadi ibu itu sendiri.