2019-06-20

Menutup aurat seharusnya menghadirkan rasa kehambaan, bukan melayakkan kita buat kerja Tuhan.



Dari bulan puasa hari tu rasanya kisah adik Ainul tersebar, kan?

Malangnya, aku tak tau-menahu.

Aku tau pasal isu adik Ainul masa aku di Tganu balik raya.
Itupun ada blog reader minta aku buat blogpost tentang isu Dr Amalina yang selalu kena kecam.

Walaupun hari-hari update FB, tapi aku mengelakkan diri baca newsfeed time bulan puasa hari tu.
Takut nampak status yang merepek.
Tapi ada lah juga aku belek 3-4 kali, cuma agaknya time aku belek tu artikel pasal adik Ainul ni tak keluar.
Maka tercangak-bangak la aku tak-tau menahu pasal ni.
Newsfeed tak tengok, paper tak baca, berita tak tengok.
Betul-betul macam duduk dalam gua.

Kebaikan orang kita tak boleh nafikan walau macamana sekalipun urusan dia dengan Tuhan.
Urusan dengan Tuhan satu akaun lain.
Urusan dengan manusia satu akaun lain pula.
Tak sama.

Macam tu lah juga dengan akhlak dan ibadah.
Jangan campur adukkan urusan ibadah dan akhlak.
Ia takde kaitan.

Begitu juga ibadah dan rezeki.
Takde kaitan sama sekali.
Semuanya ada akaun yang berbeza.
Jadi, agak kurang bijak bila ada yang kaitkan isu aurat dengan kebaikan seseorang.

Walaupun kita sudah berpakaian syar'i, masih belum ada jaminan diri kita akan kekal solehah hingga mati.
Maka janganlah kita merasa diri sudah baik kerana "Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa." [An-Najm, 32].

Berpakaian menutup aurat tak menjadikan kita serta-merta baik dan suci.
Itu hanya lambang ketaatan, bukan lambang sebuah akhlak apetah lagi tahap keimanan.

Boleh jadi di sisi lain mereka lebih baik kerana hakikatnya di antara si polan dengan si polan yang sama-sama menutup aurat masih ada yang suka mengumpat itu dan ini.
Jadi janganlah merasa syurga tu kita dah buat booking.

Menutup aurat seharusnya menghadirkan rasa kehambaan, bukan melayakkan kita buat kerja Tuhan.
Menutup aurat seharusnya merasa diri hina, masih banyak dosa dengan Tuhan dan manusia.
Sepatutnya dengan menutup aurat menjadikan kita kerdil kerana itu sajalah amalan kecil yang mampu kita laksanakan demi menegakkan syariat Allah.
Nak berperang menjaga negara, tak mampu buat.
Nak berjihad menegakkan agama Allah kat Palestine tu, lagi berat.
Jadi, kenapa hati mesti berbunga-bunga dan berbangga bila dah pakai tudung dan sesuka hati menafikan kebaikan orang lain yang belum menutup aurat?
Apa sangat yang kita dah buat pun.
Kita buat yang paling simple je - menutup aurat.
Baru buat paling simple dah rasa diri baik sangat.

Buat yang bertudung, kita ni adalah agen.
Kita adalah agen Islam.
Kita adalah pendakwah.
Tapi kita berdakwah hat paling mudah sekali iaitu melalui pakaian.
Kalau kita pakai tudung tapi hati busuk, maka kitalah punca mesej Islam tu gagal disampaikan.

Aku pernah tanya pada sorang ustaz, adakah amalan dan akhlak saling berkait.

Ustaz tu kata yes.

Amalan dan akhlak berada pada satu garis yang sama.
Semakin kuat iman seseorang, semakin banyak amal solehnya.
Semakin banyak amal solehnya, akan semakin mulia akhlaknya.
Sebaliknya, semakin lemah iman maka semakin malas beribadah.
Bila ibadah pun malas buat, lama-lama akhlak pun jadi kurang baik.

Kalau ikut apa yang ustaz aku cakap, maka sepatutnya orang yang berakhlak baik itu lebih beriman, betul tak?
Kalau lebih beriman bermakna dia lebih patuh pada perintah Allah dan seharusnya mereka menutup aurat.

Tapi ustaz kata, orang yang belum menutup aurat bukannya tidak beriman, tetapi imannya belum sampai ke tahap dia faham kewajiban menutup aurat.
Boleh jadi imannya hanya pada amalan puasa dan solat.
Tetapi boleh jadi amalan yang sikit itulah yang dia buat dengan sungguh-sungguh.
Dan asbab solat dan puasa yang dibuat dengan bersungguh itulah yang menzahirkan akhlak yang baik dalam dirinya.

Sepatutnya bila ada orang yang belum bertudung tetapi berhati baik macam ni, kita lebih seronok kerana bila hatinya lembut bermakna dia mudah menerima nasihat.
Kan lebih mudah dakwah kita?
Slowly kita ajak dia berhijrah, bukannya dijadikan musuh.

Jangan picit butang agama untuk personal interest.
Bila tak dapat jadi sehebat orang tu, kita pin point pada aurat, hilang semua kebaikannya.
Bila nanti orang tu dah bertutup aurat, kita nak attack apa pulak, kisah silam dia?

Berlapang dadalah dengan kehebatan orang lain dan berlapang dadalah dengan kekurangan diri sendiri.
Itulah bukti HEBAT yang sebenar!

Bukan sikit-sikit orang yang sudah bertudung, menjadikan tudung hanya sebagai filter.
Bila berada di persekitaran yang tak bertudung, dia merasa dirinya lebih baik.
Bila merasa diri lebih baik, kerjanya asyik membandingkan penampilan saja.
Tak ada kesungguhan dalam mendalami ilmu agama kerana rasa diri dah berada di level "better".
Sedangkan yang membezakan manusia adalah iman dan takwa, bukan penampilan.
Bila ilmu agama tak didasari dengan baik, tak hairanlah jika hati pun busuk.

Walaubagaimanapun, sebagai orang Islam kita tetap kena tahu menutup aurat itu wajib, itu hukum yang tak boleh didakwa-dakwi.
Bila isu ni berbangkit, ada kelompok yang belum bertudung berbangga dengan statement "walaupun tak pakai tudung tapi hati baik".

Masyallah, berani-berani je orang sekarang buat statement memanipulasi hukum Allah.

Jangan macam tu.
Jangan ajak berperang dengan hukum Allah, tak kemana nanti.

Kepada yang belum menutup aurat, elak jadikan isu ini untuk merasa lega belum bertudung.
Merasa lega apabila masyarakat tidak lagi judge pada kebaikan yang bakal kita lakukan hanya kerana kita belum menutup aurat, itu tak apa.
Kerana hati yang baik dan segala kebaikan yang kita buat pasti ada pahala di sisi Allah.
Tetapi mesti akur tak bertudung tetap dosa.
Soal syurga dan neraka itu hak Allah menentukan, manusia takde hak nak menerakakan orang lain.
Tetapi sesama manusia wajib sampaikan mana satu dosa, mana satu pahala dengan cara yang paling berhemah dan tidak mengaibkan.

Menutup aurat memang tak mudah.
Ada harga yang harus dibayar kerana harga sebuah syurga bukan murah.
Nak masuk istana pun kena lalu protokol dan di-check macam-macam, lagikan syurga.
Dah tentu lagi besar pengorbanannya.

Tapi percayalah, semakin kita bulat tekad untuk berjihad di jalan Allah melalui pakaian, insyallah jalannya akan dimudahkan.
Boleh jadi ada di antara yang membaca post ni sudah bertudung tetapi belum syar'i.
Tak apa.
Jangan diperli, jangan didengki kerana kita semua muslimah.
Dah cukup bagus ada yang berusaha memperbaiki diri.
Janganlah kita yang mungkin ketika ini sudah syar'i mencari-cari salah dalam penampilan yang belum syari'i.

Jangan sampai niat kita yang awalnya mulia jadi ibadah yang sia-sia kerana penyakit dalam hati.
Tolong mereka yang dalam proses mencari jati diri dan yang dalam proses menutup aurat.
Jangan direndah-rendahkan usahanya.
Bagi semangat.
Jika dia belum istiqomah, kuatkan hatinya.
Jangan menilai orang dengan sebelah mata.
Jangan sampai penilaian kita mendorong kita kepada panasnya api neraka.