2019-05-28

Diana pulang ke Tampin


Ramadhan kali ni, aku diseru untuk balik Tampin.
Rumah arwah nenek [and arwah atuk] kat Tampin ni dah lebih dari setahun dibaiki, tapi aku tak balik-balik padahal aku yang balik nak sangat tengok rumah nenek jadi macam dulu balik [siapa baca blog aku mesti tau aku pernah merempan pasal penyewa yang perangainya bertaraf beruk].

Sedih sebenarnya nak jejakkan kaki balik dalam rumah nenek after soooooo many years tak balik.
Banyak memori aku kat situ.
Setiap sudut rumah tu ada kenangan.
On the balik ke Putra Heights semalam, aku dah merembes dalam kereta.
Rasa macam nak patah balik ke Tampin.
Rindu.



Punca yang buatkan aku balik Tampin ni sebab Mak Aji nak pasang tikar getah kat bilik nenek.
Lantai rumah nenek tu agak jahanam sejak penyewa tu duduk, jadi kitorang plan pasang tikar getah dulu buat sementara ni sebab tahun ni adik-beradik Mak Aji plan nak balik kampung untuk beraya just like dulu-dulu.
Masa dah suntuk, tak sempat nak buat preparation yang gempak-gempak, jadi mana yang basic kita settlekan dulu, termasuklah pasang tikar getah.

Tapi aku tak dapat join beraya Tampin sebab tahun ni turn beraya Tganu.

Memandangkan En Wan baru lepas tunjuk skill buat SOP pasang tikar getah untuk bilik Redza kat Langkawi [yang follow IG aku tahu pasal ni], jadi Mak Aji serahkan tanggungjawab beli and pasang tikar getah kat kitorang berdua.



Sabtu lepas, 3 kereta bergerak ke Tampin.
Mak Aji and Pak Aji gerak pagi.
Ibal gerak lewat sikit.
Aku gerak dari Subang tapi kena singgah Nilai dulu cari tikar getah.

Ya ampunnnn, Nilai punyalah payah nak cari parking!
Tak pernah-pernah aku tak jumpa tempat parking selama ni.
Hari tu pi sana, ramai gila umat shopping.
Lagi ramai orang shopping karpet dari shopping baju kekdahnya.
Beria betul orang melayu sambut raya.
Beli karpet macam beli ikan.
Berlaga-laga tetek kat dalam kedai.
Bau jangan cakaplah.

Last-last kitorang cari kedai yang takde orang, yang lapang fikiran aku nak memikir.
Jumpa satu kedai Pakistan ni, tak banyak sangat choice tapi sape je lah yang nak beli tikar getah di tengah-tengah keramaian orang beli karpet, kan.
Wajarlah kalau takde pilihan sangat, tapi aku pilih juga corak yang aku rasa ok sikit.
Murah je, segulung RM140.
Settle bab tikar getah terus gerak ke Tampin.



Sampai je kampung nampak Pak Aji and Ibal tengah mengecat dinding luar rumah.
Rayyan menggunakan kesempatan ni untuk berkarya.
Kalau dengan aku memang jangan harapla dapat peluang nak pegang berus cat ni tapi sebab atuk and nenek dia bagi green lite, terus tanggal baju nak tolong cat sekali.

Come to think of it, apesal lah aku boleh payah sangat nak percaya kat anak aku mengecat rumah?
Padahal masa aku umur macam Rayyan ni, 9 tahun, aku dah mengecat dinding rumah nenek ni.
Dinding putih rumah nenek ni dulu aku pernah cat - keliling rumah tau, bukan setakat satu side je.
Umur 9 tahun gak waktu tu, kemain konfiden arwah atuk and nenek bagi aku cat rumah dia.
Tapi bukan aku sorang la yang cat, ada sorang lagi pekerja arwah atuk upah.
Seingat aku, rumah nenek ni pernah di cat 2 kali sebelum sekarang.
Sekali masa aku skolah rendah, sekali lagi masa aku skolah menengah.
Yang masa skolah menengah, aku cat bahagian dalam rumah.

Masa aku umur 8 tahun, Pak Aji tugaskan aku cat gate rumah.
Umur 8 tahun, aku skolah petang.
Pagi, lepas sahur, Pak Aji akan bancuhkan cat siap-siap and pesan kat aku bahagian mana yang perlu dicat.
Tengok macamana orang zaman dulu punya tawakal.
Tinggi betul tawakal dia serahkan gate rumah kat budak umur 8 tahun untuk dicat.
Zaman sekarang kalau nampak budak umur 8 tahun cat gate sorang-sorang, konfem orang kata penderaan kanak-kanak.

Yang sebenarnya kita [aku] over-protective and always nampak anak-anak kita masih kecil.
Padahal Rayyan tu umur dah 9 tahun.
Aku umur 9 tahun dah ambil tugas menggosok baju kerja mak bapak dah.
Rilek je gosokkan baju kerja stok seminggu.




Kat luar rumah, mengecat.
Yang dalam rumah, start pasang tikar getah.

Aku tak tau la apa si penyewa ni buat sampai jahanam lantai nenek aku, naik belapuk kaler lantai tu jadinya.
Padahal lantai tu dulu berkilat.

Rumah nenek ada 2 bilik.
Arwah nenek punya bilik di ruang tengah.
Arwah Pak Unggal [adik Mak Aji] tido kat ruang tamu.
Bilik depan memang takde orang guna.
Hanya diguna bila makcik-makcik balik kampung.

Gambar atas ni adalah gambar di bilik nenek.
Masa aku balik hari tu nampak Mak Aji dah belikan new katil - katil kelamin.
Dulu, nenek tido single bed je.

Katil kelamin tu Mak Aji letakkan posisi di tengah-tengah bilik,
Aku tukar.
Aku nak tengok keadaan yang sama macam dulu jadi aku ubah katil tu di posisi yang sama macam katil arwah nenek.



Kelihatan dalam gambar, bilik dah dipasang tikar getah, alhamdulillah.
Hall depan ni dulu nenek pasang tikar getah juga, nanti atas tikar getah tu nenek letak karpet.
Tapi tikar getah untuk hall ni tak beli lagi, tak muat kereta nak angkut sampai 3 gulung.
Ini kendian-kendian beli.

Aku nak tunjuk kerusi tu.

Ini memang posisi asal untuk 2 biji kerusi ni.
Aku harap takde siapa yang akan ubah.
Kusyen tu pun kusyen zaman arwah nenek.

Kerusi belah kiri memang tempat nenek.
Kerusi belah kanan tu tempat Pak Unggal duduk.
Walaupun dorang duduk sebelah-menyebelah tapi suara bercakap tetap memetir.

Pada yang nak tau pasal Pak Unggal, aku pernah buat post pasal dia. KLIK SINI.



Itulah gaya nenek kalau duduk.
Berdasarkan spek mata aku tu, aku rasa ni masa aku darjah 6, tak pun Form 1, sebab spek tu aku pakai 2 tahun je.



Ini port aku lepak pagi dan petang sambil tengok kereta lalu-lalang depan rumah.
Takde mamat-mamat hensem lalu depan rumah, kita layan kereta lalu jadiklahhhh.

Depan rumah nenek ni dulu laluan utama kalau nak ke Alor Gajah atau Melaka.
Sebelum ada hiway, memang semua kereta pun akan lalu jalan ni kalau nak ke selatan.
Sekarang, dah ada laluan lain jadi memang jalan depan ni lengang kau boleh tido baring kat depan tu ha.
Bas pun tak lalu dah depan rumah.
Kalau tak, bingit siang malam brong breng brong breng bunyi bas, bunyi motor.
Walaupun bising, aku tetap tido mati, maybe sebab dah terbiasa.

Zaman dulu takde hiburan sangat, jadi hiburan aku dengan Ima kalau lepak kampung adalah kira bas lalu depan rumah.
Aku kira bas yang lalu dari arah Tampin ke Alor Gajah.
Ima kira bas yang lalu dari Alor Gajah je Tampin.
Siapa banyak, dia menang.
Mainan simple je, tapi itupun riuh siap boleh bergaduh kalau kalah. Kahkahkah.

Rumah nenek ni kira rumah design moden untuk tahap-tahap kampung di zaman dulu.
Tahun 60-70an, mana ada orang kampung buat rumah bawah gini.
Nak-nak lagi kat Alor Gajah tu, kebanyakkan rumah mesti bertangga kat depan.
Kalau rumah bawah mesti part dapur je.
Depan, tetap ada tangga.

Arwah atuk kerja Singapore, dah biasa dengan rumah tak bertangga.
Jadi bila balik ke kampung lepas pencen, dia buat rumah bawah macam ni.
Elok jugak sebenarnya, sebab bila dah tua-tua mana larat nak naik turun tangga dah.
Tu pasal kebanyakkan orang kampung Mak Aji, kalau tengok rumah dorang semua bertutup je.
Macam takde orang.
Sebenarnya ada je, tapi semua pun keluar masuk ikut dapur sebab masing-masing tak larat nak memanjat tangga rumah sendiri.
Kiranya arwah atuk berfikiran jauh.
Awal-awal lagi dia dah plan buat rumah bawah je terus, senang.



Lengang, kan?

Memang takde dah kereta lalu depan ni.
Kalau ada pun motor orang-orang kampung and kereta anak-anak orang dalam kampung ni sesekali balik.

Dulu, tepi bench aku duduk ni ada pokom jenjarum.
Pokok jenjarum ada buah kecik-kecik warna hitam.
Kalau main masak-masak dengan Ima, kat bench tu lah aku punya kitchen island.
Memotong sayur situ, menumbuk buah-buah situ.
Habis bunga orang tua tu aku kejekan.
Dah tua-tua ni malas pulak nak masak. Hahaha.

Belakang tu nampak tak selekoh tajam?

Kawasan rumah nenek aku ni luas, sampai ke selekoh sana tu.
Situ kawasan kebun.
Masa kecik, aku selalu join arwah atuk tebas kebun and kutip manggis.

Pagar kebun nenek aku tu rajin kena rempuh.
Selekoh tu tajam.
Kerata banyak kali eksiden terbabas masuk dalam kawasan kebun nenek.
Agaknya dek kerana banyak sangat eksiden tu yang kerajaan buat laluan straight.
Now lengang.
Nak main congkak tengah-tengah jalan pun boleh.




Nampak 2 gambar di atas?

Ok itu perbezaan dulu and sekarang.

Gambar atas, tahun 2014 masa rumah nenek diberi sewa.
Dah boleh buat jungle trekking dah.
Naik hutan keliling rumah.
Aku sampai takleh brain ada orang boleh hidup dalam kawasan semak samun gitu.
Padahal Mak Aji dah cakap, kalau nak upah orang sembur racun atau tebas halaman, bagitau je berapa upahnya, nanti Mak Aji bayar sebab Mak Aji duduk jauh, tak boleh nak balik selalu.
Lebih bagus kalau penyewa yang cari orang untuk buat kerja kemas-kemas ni, nanti Mak Aji bayarkan je.

Dah cukup bagus tuan tanah willing nak bayarkan pun dia boleh buat tak reti.
Memang sejenis biasa duduk dalam hutan kot.

Gambar kedua adalah gamba yang aku snap baru-baru ni.
Barulah nampak rupanya kawasan yang aku highlite dengan kotak merah tu adalah kawasan perigi dan tempat sidai baju, kan?

Dulu, kat area perigi tu ada tempat mesin getah.
Arwah atuk ada ladang getah.
Every day, ada 2 orang chinese [husband and wife] masuk kawasan rumah nenek untuk proses getah yang dorang toreh pagi tu.
Aku rasa itu pekerja atuk atau maybe atuk pajakkan pada dorang untuk usahakan.

Setiap kali apek tu sampai, aku and Ima akan ikut duduk melanguk kat area perigi tu untuk tengok dorang proses getah.
Seronok sangat tengok especially bila getah tu tebal sebelum digelek kat mesin.
Rasa nak try je tepuk-tepuk getah tu.

Semua tu tinggal kenangan dah.
Perigi pun dah kambus.
Mak Aji kata mesin-mesin getah tu semua dimasukkan dalam perigi.



Kiri gambar tahun 1996, waktu raya haji.
Kanan, 23 tahun selepas itu, di port yang sama, tapi bunga semua dah takde.

Dulu rumah nenek penuh dengan pokok bunga.
Rumah nenek pernah memang rumah tercantik daerah Alor Gajah.

Aku pernah cerita dalam blog ni macamana gigih aku mengangkut tiang untuk letak pokok Bourgainvillea.
Dalam gambar kiri boleh nampak tiang tu.
Lama juga nak tunggu pokok bourgainvillea tu menjalar ke atas, tapi berbaloi tunggu sebab bila merimbun jadi cantik sangat.

Lepas rumah tu dibagi sewa, jangankan pokok bunga, apa-apa pokok pun jahanam jadinya sebab tak berjaga.
Now dah lapang keliling rumah, satu pasu bunga pun takde.
Tapi insyallah Mak Aji nak tanam balik pokok yang biasa nenek tanam - bourgainvillea, rose and bunga raya.



Bazar Ramadhan Alor Gajah.

Petang tu around 5.30pm, kitorang ke Alor Gajah, layankan permintaan Mak Aji nak pi cari makanan kat sana.
Ok lah, aku pun tak masuk lagi bazar Ramadhan tahun ni, elok sangat lah tengok apa ada kat sana.

En Wan kata banyak gila pilihan makanan kat bazar Alor Gajah.
Jauh beza dengan bazar kat area rumah kitorang ni.
Aku yang tak rajin ke bazar pun naik seronok tengah macam-macam ada.



Aku ni sebenarnya tak berapa suka beli makanan untuk berbuka.
Bukan apa, takut tak sedap.
Kita dah puasa seharian, selalunya expectation kat food tu biarlah yang sedap.
Tak sedap sangat pun takpe, asalkan jangan teruk sangat.
That's why aku suka masak.
Alhamdulillah, setakat ni, memang hari-hari aku masak untuk berbuka walaupun lauk simple.

Nasib baik nasi ayam yang aku beli kat Bazar Alor Gajah ni boleh tahan sedap cuma ayam dia sikit.
Tapi mujur aku beli ayam goreng untuk Rayyan buka puasa.
Dapatlah tumpang sekaki ayam Rayyan.



Roti John sini pun senonoh kejadiannya.
Boleh la beli kat gerai abang ni.



Parking-wise jangan harap nak dapat dekat betul-betul depan tapak bazar.
Haruslah menapak sikit, tapi takpe, kami suka sedang excited balik kampung jadi semua pun tak kisah bila kena berjalan sikit.
Yang depan tu terus hilang lapar bila dapat bunga api.
Kat bazar Alor Gajah ni punyalah bersepah orang jual bunga api.
Kat Putra Heights ni haram sebatang tak jumpa.

Raya-raya ni kalau takde bunga api, hilang satu nikmat raya.
At least bunga api kena ada.
Masa aku kecik dulu, bunga api memang banyak orang jual, cuma bajet tak berapa nak ada.
Dapat main sebekas dua pun dah happy dah, janji ada orang kata.
Lepas bunga api habis, sambung pulak bakar sampah, sebab nak main api.




Mak Long, sepupu Mak Aji.
Duduk kat rumah atas tu.
Rumah Mak Long duduk adalah rumah moyang [parents kepada arwah atuk].
Rumah arwah atuk berdepan je dengan rumah moyang.
Besar gila tanah orang zaman dulu kan, boleh buat rumah anak-beranak siap.

Mak Aji sorang je dalam adik-beradik dia yang duduk dengan nenek [moyang aku].
Yang lain semua duduk Singapore.
Maknanya dulu Mak Aji and Mak Long dijaga oleh nenek dorang.
Dari kecik aku dah biasa dengan Mak Long.

Siapa ingat cerita Chiaki?
Cerita Jepun masa skolah rendah [tahun 80an].
Kalau kitorang balik kampung, everytime cerita Chiaki ni start, Mak Long akan turun rumah nenek untuk tengok sama-sama.
Padahal rumah dia ada je tv, tapi biasa la kan, seronok tengok ramai-ramai.

Malam tu semua berbuka kat rumah dengan makanan beli.
No asam pedas ikan parang and tauhu goreng with kuah kacang.
Dua menu ni wajib nenek sediakan everytime kitorang balik.

Sabtu lepas, first time aku berbuka di rumah nenek, tanpa nenek.
Makan di meja makan yang sama.
Tapi feelnya berbeza.
Aku cari balik pinggan nenek yang aku biasa makan dulu tapi Mak Aji kata pinggan tu semua dah bagi kat penyewa rumah tu dulu.

Boleh tahan perit rupanya melawan rindu pada orang yang dah takde.




Aktiviti Rayyan lepas terawikh.

Malam tu kitorang semua terawikh kat rumah je, ramai-ramai.
Again, mengingatkan aku kat nenek.

Dulu kaki nenek tak berapa kuat.
Kalau bulan puasa dia akan terawikh sendiri kat rumah, tak larat nak panjat tangga masjid tu.
Lagipun anak-anak nenek tak kasik sebab nenek sorang je kan, kalau tersungkur tengah jalan sape je yang tau.
Orang kampung kat situ yang lelaki semua mati awal, tinggal perempuan je.
Kalau apa-apa hal jadi tengah jalan memang payah.

Setiap kali kitorang balik kampung, Pak Aji akan terawikh di rumah saja sebab bagi peluang nenek jemaah terawikh sama-sama.
Nenek akan duduk atas kerusi, selalunya tepi aku.
Aku sebenarnya yang selalu pilih solat sebelah nenek supaya masa rakaat terakhir aku tak terduduk atas kaki orang.
So that night, again feeling yang berbeza, berterawikh di kampung without nenek.



Ini aktiviti Imam dan Bilal selepas terawikh, bukak kugiran terus!
Dah macam zaman P Ramlee je rasa bila bapak aku start main lagu-lagu lama.
Tinggal takde rokok daun je lagi.
Kalau ada rokok daun, dah lengkap dah adegan kembali ke zaman lampau.

Ibal turunkan 2 gitar kapok dia ke Redza.
Dengan happynya Redza terima, nak jadi pelapis Acu and atuk katanya, pandai main muzik.

 

Kiri : 2006
Kanan : 2019

Nampak bujang sangat dah anak aku ni.
Why membesar cepat sangat, whyyyyyyyyyy.



Around pukul 11 malam, Ibal nak balik ke Bangi.
Dia tak tidur kampung.
So kitorang semua sekali lagi keluar kali ni untuk supper sama-sama.
Makan kat Hafiz Tomyam.
Lokasi, depan jirat cina.
Seram kan port makan dia? Hahaha.

Tapi sedap weiii.
Patut la Pak Aji always cerita kalau dia balik kampung malam-malam dating ngan Mak Aji kat kedai tomyam, rupanya memang sedap pun.
Macam-macam jual sini, siap ada satey.

Around 12 lebih, Ibal pun gerak ke Bangi, kitorang patah balik rumah nenek.

Malam tu aku anak-beranak tido bilik depan.
Bilik depan pun Mak Aji belikan katil kelamin.
Tapi aku tido bawah, bentang tilam.
Rayyan and Redza tanya "Apesal mama tidur lantai? Biarlah kitorang tido bawah".

Aku cakap "Mama tak pernah tido atas katil everytime balik sini. Katil hanya tempat nenek mama tido. So malam ni mama nak tido bawah".

Malam tu aku tido dengan airmata.

Allah...gini rasanya balik rumah yang tuannya dah takde.
Tido atas lantai beralas tilam memang buatkan aku ingat balik memori dengan nenek.
Bezanya malam tu aku tak tido di bilik nenek.
Kalau aku tido bilik nenek, konfem aku akan tido di port yang sama, tepi katil nenek, sebelah kabinet.




Pagi Ahad.

Kitorang balik Ahad pagi, sebab baju raya Redza tak beli lagi.
Tu je la satu-satunya Ahad yang tinggal sebab Ahad ni insyallah dah ada kat Tganu.
Jadi, nak tak nak kena balik awal.
Tapi sebelum tu sempat tolong varniskan kerusi nenek, biar nampak baru.

Batu-batu kat depan tu adalah tempat letak pasu nenek.
Dulu nenek susun pasu bunga di atas batu tu biar nampak tinggi sikit, takde la macam benyek je duduk atas tanah.
Now pasu pun takde.
Insyallah lepas ni rumah nenek meriah balik dengan bunga.



Singgah kejap kubur atuk.
Lama dah atuk meninggal, 31 tahun.

Kat gate rumah atuk ada tulis nama AB RAHMAN.
Rayyan kan sejenis curious.
Dia bertanya macam-macam, siapa Ab Rahman, kat mana Ab Rahman sekarang, mana gambar Ab Rahman.

Kat kubur aku tunjuk "Dik, nampak tak ni nama apa? Ab Rahman. Inilah owner rumah kita duduk semalam. Ab Rahman ni atuk mama. Yang kat rumah tu sekarang atuk adik [Pak Aji]".

Redza pernah balik Tampin tapi Rayyan belum, that's why dia macam blur-blur je masuk rumah nenek.



Belum habis cat lagi rumah nenek.
Warna dinding asal warna hijau tu.
Lepas ni jadi warna dark grey and light grey.
Dah cantik esok baru seronok and selesa anak cucu cicit nak balik.
Boleh buat BBQ lagi sebab halaman dah bersih.
No more bagi sewa.
Homestay maybe, tapi tunggulah bagi cantik dulu.