2019-01-25
Ujian
Our new permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (tak sure apa gelaran baru selepas ni).
Anak murid Pak Aji semasa mengajar kat Sekolah Tun Fatimah dulu.
Aku suka sangat style dia bertudung.
Cover habis sampai ke bawah perut.
Hanya dengan satu gambar ni, banyak yang kita boleh belajar dari dia.
Kalau kita tengok betul-betul, bawah selendang dia tu ada rantai yang sangat cantik, loketnya besar, bersinar-sinar.
Ini kalau kita, memang takde lah nak sorok bawah tudung, wajib pakai kat luar tudung. Haha.
Ye lah, bawak keluar barulah orang nampak kita pun mampu pakai barang kemas, ye tak?
Baju Tunku tu pun bukan calang-calang baju kurung.
Sikit punya meriah dia punya bling-bling tapi tertutup dengan tudung.
Nampak samar-samar je.
Again, kalau kita-kita dapat pakai baju gini, jangankan nak tutup litup habis macam ni, silap-silap tudung pun jadi singkat.
Maklumlah, kalau labuhkan tudung karang tak nampak pulak labuci-labuci tu.
Beli mahal-mahal tapi orang tak nampak, rugilah. Kan?
Tapi Tunku Azizah mengajar kita (maybe secara indirectly) bahawa takde apa-apa dengan perhiasan.
Sekadar untuk kita seronok-seronok pakai sendiri, bukan untuk ditayang-tayang apetah lagi berbangga-bangga kat orang.
Sejujurnya aku pun belum tentu boleh jadi rendah diri macam dia.
Dari pandangan mata kasar aku sebagai orang awam yang melihat, aku boleh katakan Tunku Azizah 'lulus' dalam ujian ini (ampun tuanku).
Gaya dia bersahaja, tak berlebih-lebihan, gaya bertudung sangat 'rare' bagi seorang yang berkedudukan sepertinya dan penampilannya alhamdulilah.
Kita toksah bandinglah dia dengan permaisuri-permaisuri lain atau dengan isteri-isteri menteri yang lain.
Cukup jadikan Tunku satu pelajaran untuk kita memahami makna sebuah ujian kesenangan.
Selalunya bila sebut pasal kaya dan kedudukan, kita anggap itu adalah satu anugerah Allah.
Hakikatnya, itu adalah ujian.
Ujian kekayaan, ujian kedudukan, ujian pangkat - ini jauh lebih susah nak dikendalikan.
Kerana selalunya, bila kita mendapat nikmat, kita selalu menganggap "we are blessed".
Yang kita tak tau itulah ujian yang paling besar.
Kerana ketika kita senang dan seronok, jarang kita banyak ingat Allah.
Ujian keseronokan jauh lebih susah daripada ujian penderitaan.
Bila manusia diuji dengan penderitaan, mereka sangat terkesan dengan kesushan tu lantas banyak sujud, menangis dan berdoa.
Pada waktu tu kebergantungan pada Allah sangat tinggi.
Tapi, ketika diuji dengan keseronokan, kita akan sibuk menjaga dan menikmati keseronokan itu sehingga mengabaikan Allah.
Solat pun bertangguh-tangguh.
Lepas solat nak duduk kejap berwirid pun berkira-kira.
Nak capai Quran pun makin payah.
Kalau berdoa pun "Ya Allah, ampunkan aku kerana solat hujung waktu sebab aku terpaksa jawab dulu whatsapp-whatsapp customer yang nak dapatkan harga sale last day hari ni..."
Nampak tak dia punya doa pun dah lain macam, nada-nadanya dah penuh dengan nafsu.
Samalah macam naik pangkat.
Jarang kita anggap naik pangkat sebagai ujian.
Jarang kita anggap berwajah cantik/hensem itu adalah ujian.
Tapi kalau hidung pesek, kulit hitam barulah kita kata ini ujian.
Padahal berwajah cantiklah ujian yang lebih berat.
Cuba imagine saat-saat kita takde duit, at the same anak-anak nak masuk skolah.
Ketika inilah sujud kita sangat panjang.
Bukan sekadar doa saja panjang tapi khusyuk sangat sampai menjejes-jejes airmata.
Kesusahan yang membuatkan kita semakin ingat dan dekat pada Allah adalah nikmat.
Bukanlah maksudnya kita tajyah usaha perbaiki hidup dan kekal miskin.
Itu sekadar panduan untuk kita memahami apa yang dimaksudkan dengan ujian.
Kesenangan, jika tak dicermati dengan baik, akan menjadikan kita terperangkap dalam kesenangan yang menjauhkan kita dari redha Allah kerana tak semua yang Allah bagi tu Dia redha.
Jangan sampai kita terperangkap dalam membezakan mana satu "blessed" dan mana satu ujian.
Kalau kesenangan yang menjadikan ibadah kita semakin bagus, sedekah kita semakin banyak, kita semakin merendah diri - barulah ini dikatakan nikmat.
Kalau kesusahan menjadikan kita semakin malas ibadah kerana merasakan yang Allah tak pedulikan kita, ini baru betul musibah berganda.
Ustaz aku cakap "Esok kalau dah berjaya hafal banyak surah, jangan bangga. Kerana itu adalah ujian. Kerana kita baru hafal, belum faham pun bahasa Arab. Maknanya belum mampu memahami maksudnya pun."
Tadi pagi kat IG aku tepek IG Story ni :
Betul cakap ustaz.
Ini ujian.
Bila ramai yang DM aku ucap tahniah, puji, tanya tips, etc, terus aku teringat pesan ustaz tadi.
Pujian adalah ujian.
Yang sebetulnya, aku hanya tahu hafal, tapi tak tahu bahasa Arab pun.
Kena baca terjemahan baru faham apa benda yang aku hafal tu.
Kena belajar tafsir baru faham huraian surah tu.
Bila belum mampu memahaminya bermakna kita belum mengamalkan apa yang diajar dalam surah tu.
Jadi, aku sebenarnya belum apa-apa pun lagi, setakat hafal je.
Hafal, semua orang boleh hafal.
Tapi mengamalkannya tak perlu tunggu hafal.
Tak menghafal pun kita boleh mengamalkannya, betul tak?
Jadi, yang penting amalkanlah bukan hafalkanlah.
Tapi kalau nak hafal, silakan.
Samalah macam dulu, aku terima undangan untuk berceramah.
Berat rasanya nak terima ujian tu.
Padahal Allah lebih tahu setakat mana ajelah ilmu yang aku ada, apetah lagi amalan selalu tak seiring dengan apa yang nak diceramahkan.
Tolonglah, ya Allah. Jangan sampai aku tertipu dalam menghadapi ujian ini. Astaghfirullah.
Apa saja yang Allah bagi, baik senang atau susah sepatutnya membuatkan kita lebih banyak istighfar dan menangis.
Kerana baik ujian susah atau senang, itu adalah amanah yang harus kita pertanggungjawabkan.
Semuanya akan ditanya kembali.
Jangan sampai kita lupa, apetah lagi tak mahu mengaku bahawa kesenangan adalah ujian.
Apa pun bentuk ujian kesenangan yang diberikan Allah, itu suka-suka Allah nak bagi.
Takde kaitan dengan usaha, ibadah mahupun iman.