2019-01-16

Someone gets so frustrated.



Ali bin Abi Talib pernah kata "Tak perlu menjelaskan apa-apa kepada mereka. Yang menyayangimu tak perlukan apa-apa penjelasan. Yang membencimu takkan mahu dengar pun".

Orang yang dikuasai oleh emosi, segala tindakannya akan menjadi negatif, baik percakapan, perbuatan atau pemikiran.
Secara fisiologi, badan akan merespon dengan cara meningkatnya tekanan darah dan jantung bergerak laju.
Secara tindakan pula, emosi negatif dapat mewujudkan tindakan seperti merengus, meninggikan suara dan mengumpat.
Secara pemikiran pula, minda akan terarah dengan sangkaan buruk dan negatif yang akan membawa kepada stress dan lama-lama jadi depression.

Orang yang negatif ni sebenarnya ada benda yang terbuku yang tak lepas dari dalam diri dia.
Maybe dendam.
Maybe jealous.
Maybe memang spesis suka mengacau hidup orang.
They enjoy hurting other people's feeling.

Ini memang pernah terjadi dalam hidup aku.



Kes tahun 2013.

Ada seseorang yang sengaja create issue yang tak tahu hujung pangkal, yang tiada diada-adakan.
Yang bersorak of course la haters.
Macam-macam nasik tambah yang ditambah.
Cerita yang tak wujud pun dia wujudkan, aku yang baca pun terpinga-pinga mana datang idea dorang buat cerita macam ni?

Tapi macam selalu, aku diamkan je.
Bagi aku senang, kalau nak cari kesahihan cerita maka boleh usaha bertanya pada aku.
Malangnya they did not want to tanya, mereka lebih suka percaya dengan apa yang mereka mahu percaya jadi aku biarkan.
Sebab aku tahu lambat-laun kebenaran akan nampak juga.

Hujung-hujung that person buat confession bahawa isu tu sengaja di-create kerana nak naikkan rating blog dia sebab katanya pengaruh aku besar.
Kalau dia jentik aku, konfem publisiti blog jadi meluas.
Bila akhirnya kebenaran terbukti, barulah lepas sorang, sorang hantar email untuk minta maaf.
Takpe, aku pun tak kenal korang kan, jadi aku memang maafkan.

Cuma itulah dia aku nak bagitau.
Memang ada orang hobinya suka-suka cari pasal dengan orang lain tak tentu hala atas tujuan saja nak seronok-seronok.
Boleh imagine tak berapa 'sakitnya' orang yang ada sifat macam ni, nak cari seronok pun sampai terpaksa fitnah orang, terpaksa buat dosa.

Jangan pandang remeh dengan sifat negatif.
Kalau kita hanyut dengan emosi negatif, lama-lama aura negatif tu jadi sebati dengan diri.
Bila someone hidupnya dipenuhi dengan aura negatif, segalanya akan jadi negatif.
Dia akan berimaginasi yang negatif-negatif tentang kita, lalu dia ada-adakan cerita.
Orang macam ni sebenarnya 'sakit'.
Dia rasa mengada-adakan cerita tu macam story-telling je.

Masa aku kecik-kecik dulu, aku ada sorang kawan anak jiran.
Nama dia L.
Dia ni setahun muda dari aku, jadi kitorang rapatlah jugak.
Kalau time main, dia mesti nak geng dengan aku je.
L ada sorang adik perempuan aku namakan S.
S ni selalu buat perangai kat aku.
Pernah tiba-tiba tarik rambut aku, pernah baling batu kat aku sampai benjol.
Masa tu aku bengang jugak tapi aku malas la nak cari pasal sebab dia jiran.
Karang dibuatnya Mak Aji tau aku tengking anak jiran, masak aku kena belasah.

It has been more than 20 years since then and that S dah besar dan sangat cantik.
Sweet je.
Baik pulak tu bertegur sapa dengan aku masa terjumpa dulu.
Bila aku pikir-pikir balik perangai dia yang jahat dulu mungkin takde kena-mengena dengan her not liking me.
Dia cuma a little girl yang jealous dan frustrated sebab tak dapat perhatian dari kakak dia sendiri sebab kakak dia asik nak main dengan aku.

Kes yang jadi kat aku tahun 2013 tu pun puncanya itulah juga.
Someone gets so frustrated sebab aku dapat attention dari ramai orang.
Jalan mudah adalah cari pasal dengan aku so that she can become famous.

Berat kalau kita dah sebati dengan aura negatif.
Fikiran dan perasaan kita sentiasa mahukan yang negatif-negatif saja.
Kebaikan dah jadi sesuatu yang pelik bila diri dah selalu sangat buat jahat.
Samalah macam mata kita.
Kalau mata dah selalu pandang perempuan sexy, bila memandang perempuan yang menutup aurat automatically nampak tak cantik.
Sebab apa? Sebab mata dah terbiasa melihat maksiat.

Kalau kita ada kawan-kawan macam yang suka membawang hal orang, yang kerjanya mengumpat everyday, pleaselah jauhkan diri.
Jauhkan diri tak bermakna putus silaturrahim.
Carilah alasan untuk kita tak join time dorang sibuk membawang tu.
Tapi bersedialah, bila kita jauhkan diri dari orang-orang macam ni, pasti kita akan diumpat keji pulak.
But apa nak terkejut kan, dah memang itu kerja dorang hari-hari pun, cuma sekarang giliran kita pulak yang kena umpat.
Takpe, biarkan.
Kasik dorang seronok melayan perasaan dengan mengumpat keji orang.
That's how they find happiness.

Tak perlu rasa left out bila tak bersama orang-orang macam ni.
Macamana besar pun pengaruh orang itu, tetapi kalau dia membina pengaruh dengan cara menjatuhkan orang lain dengan mengajak semua orang mengutuk kita, biarkan.
Hanya orang yang emosi tak stabil je perlukan approval orang lain untuk menonjolkan diri.
Strongly emotional people takkan buat perkara murahan macam tu because they don't feel the need to fit in.
I tell you, the stronger you are emotionally, the more independent you become.
Kau takkan rasa ada keperluan untuk berada dalam geng-geng tertentu sebab kau boleh fit di mana-mana pun kau tercampak.

Orang yang emotionally strong tak ambil kisah tentang samada dia ada geng atau tak kerana dia tak perlukan pengaruh dan sokongan orang untuk menambahkan self esteem.
Dia takkan let just anyone into their lives.
Followers ramai ke, tak ramai ke, bukan satu benda yang penting untuk dia.
Tapi untuk orang yang low self esteem, followers adalah satu benda yang penting untuk dia tatang.
Dia allow semua yang nak dekat pada dia, tak kisahlah siapa pun orangnya asalkan pengaruh dia bertambah kerana hanya dengan cara itu dia merasa yakin pada diri dan itulah nyawanya.

Pernah tak zaman skolah dulu di skolah korang ada kelompok yang bergerak bersama-sama.
Padahal dorang tu bukanlah sesiapa pun, perangai teruk, akademik teruk, penampilan pun teruk.
Pengawas pun takut dengan dorang.
Tapi kalau kita isolate sorang-sorang, kita tak nampak kat mana X-factornya each one of them.
Hanya bila mereka bergabung je kita nampak dorang macam besar sangat padahal setiap satu tu hampeh-hampeh belaka.
Those are people yang hanya nampak outstanding bila berada dalam geng.
Bila kau suruh dorang bergerak sorang-sorang, pasti akan nampak kehampehan semata-mata.

So, perlu tak orang-orang negatif ni kita tegur?

Boleh tegur tapi jangan simpan harapan untuk mereka berubah.
Kita tak mampu nak ubah orang, itu bukan kerja kita.
Yang kita boleh buat, tegur secara berhikmah, dan kalau benar kita ikhlas nak dia berubah, berdoalah.
Doa dengan sungguh-sungguh.
Dia tak berubah, kita tak dapat dosa.
Tapi yang pasti kita dapat pahala sebab kita mendoakan orang lain.




Rasanya lepas Y.E.S hari tu point dah banyak kan?
Jangan lupa check point ya.
Kalau expired, point akan hilang. Rugi je nanti kalau tak spend.