2019-01-15

Belajar tapi tak faham






Cerita-cerita macam ni orang suka baca, kan?
Ok silakan baca sampai habis.
Ni cerita ekslusif di blog Diana Ishak je, KRT tak masuk. Hahaha.

Kita anggaplah cerita ini betul walaupun hanya mendengar sebelah pihak saja.
Tujuannya supaya senang aku nak kupas isu ni.

Dari cerita reader ni, aku boleh anggap ex-husband dia hanyalah seorang yang BELAJAR agama saja, bukanlah orang yang FAHAM agama.
Bukan semua yang blaja agama tu faham apa yang dia blaja.
Kalau dia faham dah pasti dia praktikkan.
Kebanyakkannya hanya blaja saja, daris ego teori memang lulus tetapi faham belum tentu, apetah lagi nak praktikkan.
Bila ramai yang blaja tapi tak faham, maka inilah jadinya.

Aku memang takleh brain dengan jantan yang dah la duit nafkah tak pernah bagi, keperluan rumah lagi banyak isteri menanggung.
Jangan haraplah nak belikan coli bini sehelai dua, yang ni boleh anggap burn je lah.
Memang takkan dibaginya!

Ntah apa lah agaknya perasaan dia tengok bini berhempas-pulas kerja and berjimat nak mencukupkan belanja rumah, nak isi tembolok suami dan anak-anak lagi, pastu malam-malam nak melayan kau lagi.
Apa eh perasaan lelaki macam ni?
Kot ye pun takde rasa kesian kat bini takkan takde perasaan malu pada diri sendiri bila kau sebagai lelaki yang sinonim dengan watak hero kemain sedap makan hasil bini tak sudah-sudah?

Lelaki yang macam ni, dia hanya khatam Quran, tapi tak memahami isi Quran.
Dia hanya solat, tapi solatnya tak membawa dia menjadi lebih baik.
Dia blaja agama tapi takde barokah dalam ilmu yang dia pelajari.
Sebab itulah ujung-ujung lintang-pukang hidup dia.
Kalau dia faham agama, dah tentu dia tahu nafkah itu wajib, keperluan isteri dan anak-anak adalah tanggungjawabnya maka dia wajib sediakan dan duit isteri adalah isteri punya takde hak untuk guna melainkan ada keizinan dan sekiranya isteri tak halalkan maka itu dianggap hutang yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat.
Hutang nafkah sama kedudukannya dengan hutang-hutang yang lain.
Ia tak terhapus kecuali hutang itu dijelaskan oleh orang yang berhutang.

Nafkah isteri ni adalah keperluan asas like makan minum, pakaian, tempat tinggal, kesihatan dan seumpamanya.
Zaman sekarang, medical expenses dah boleh dikatakan wajib ada jadi ini juga termasuk dalam nafkah yang wajib disediakan suami.
Tapi agama pun tak kejam.
Nafkah boleh je dibagi dengan cara menyediakan keperluan tersebut atau bagi duit ke tangan isteri untuk dibelanjakan oleh isteri bagi mendapatkan keperluan-keperluan tersebut.
Kadar nafkah pun hanya mengikut kemampuan yang ada pada suami.
Suami tak boleh gunakan alasan tak mampu untuk mengelak memberi nafkah kepada isteri.
No such thing as tak mampu.
Bagi setakat yang mampu, tapi bagi tetap kena bagi.

Aku ada sorang kenalan lelaki.
Dulu dia makan gaji, tapi melompat-lompat company.
Tak pernah kekal lebih dari 2 tahun dalam satu-satu company.
Ada satu ketika tu dia quit kerja tetap semata-mata nak kejar kerja kontrak, katanya gaji lagi tinggi.
Masa tu dah ada anak-anak.
Lepas tu dia cuba buat bisnes, tapi tak berapa menjadi.
Last-last makan gaji balik.
Sambar je lah apa jawatan pun janji ada gaji.

Suprisingly, baru-baru ni masa aku kat umrah, dia antara yang berkirim doa.
Dia mintak aku doakan mak dia sihat dari sakit lutut supaya dapat sama-sama buat umrah sebab dia pergi berdua je, takut juga nak lepaskan mak solat sorang-sorang katanya.
Rupanya Dec lepas dia ke umrah buat pertama kalinya, dengan mak.

Dia cerita, masa dia makan gaji dulu, gaji dia lebih dari RM10K.
Lepas tu dia quit, join kerja kontrak, RM20K tak lari sebulan.
Tapi duit tu habis macam tu je, malah makin tak cukup.
Dia tak pernah ada duit lebih untuk menyimpan apetah lagi nak hulur kat isteri sebagai nafkah.

Now, umur dah nak masuk 42 tahun, gaji baru RM6K.
Walaupun tak tinggi macam gaji dulu, dia boleh menabung untuk pi umrah.
Bukan menabung untuk sorang, tapi untuk mak dia sekali.
Walaupun dia kata tak ambik pakej yang mahal, the point is, dia mampu menabung.

Dia kata mungkin ada keberkatannya bila dia dahulukan perkara yang wajib - bagi nafkah pada isteri.
Sejak hidup dia huru-hara sebab bisnes down, dia kembali mencari Allah dan kenal diri.
Mula-muka dia bagi kat isteri RM70 je.
Now dah boleh naikkan sikit RM150.
Dia aim kalau bulan Feb ni naik gaji dia nak tambah sikit lagi duit nafkah isteri walau tak tambah banyak mana sebab dia percaya ada rezeki isteri dia dalam duit gaji yang dia terima.

Betul kata ustaz aku.
Yang penting bukan berapa banyak kita dapat tapi ke mana kita belanjakan.
Setiap duit yang kita dapat Allah akan tengok ke mana kita salurkan.
Setiap duit yang disalur dengan niat kerana Allah, Allah akan limpahkan keberkatan.
Berkat ni tak nampak dengan mata kasar tapi boleh dirasa.

Pernah ada sorang lelaki cakap "Teruk lah macam tu lelaki kalau semuanya dia nak tanggung".

Ini adalah statement lelaki tak faham agama.
Dia anggap urusan dunia ni macam lojik matematik, 4-2=2.
Sedangkan dalam hadis dah jelas nyata cakap "Satu dinar yang engkau belanjakan untuk perang di jalan Allah dan satu dinar yang engkau belanjakan untuk isterimu, maka yang paling besar pahalanya ialah apa yang engkau berikan kepada isterimu." (Bukhari-Muslim).

Bab poligami kemain menggelupur masing-masing bercerita pasal hadis.
Bab nafkah taknak pulak ikut hadis.
Padahal ni sama-sama hadis Rasulullah, awat nak ambik separuh-separuh?

Toksah sibuklah nak sedekah kat gelandangan, nak sedekah kat masjid, nak buat makan-makan untuk anak yatim, kalau kita culas bagi nafkah kat isteri.
Kebanyakkan orang kita bab bersedekah kat orang lain dia dulu ke depan, tapi yang kat rumah terabai.

Sebab apa?

Sebab kalau sedekah kat luar barulah orang nampak.
Sedekah kat isteri sape yang nampak, ye tak?

Tak payah takut dengan hukum Allah.
Allah buat hukum tak berat sebelah.
Dalam Quran Dia ada sebut "Dan hendaklah kamu berikan suatu pemberian kepada mereka. Orang yang mampu sesuai dengan kemampuannya dan orang yang miskin sesuai dengan kemampuannya pula, iaitu pemberian menurut yang patut". (Baqarah, 236).

Buat macam kawan aku tu, gaji tak banyak mana, dia bagi RM70 je dulu.
Bila gaji bertambah, dia tambah nafkah isteri.
Bukan nak suruh kau bagi selepuk RM400.
Tapi alhamdulillah betapa barokahnya hidup dia, dengan gaji RM6K, anak ada 4 orang, isteri terpaksa berhenti kerja sebab salah sorang anak dia autisme, masih cukup untuk menabung ke umrah.
Ada orang, ikhtiar nak menabung pun takde.

Para suami, tahukah anda bahawa wanita adalah makhluk paling lembut hati dalam dunia.
Allah jadikan wanita ni sifatnya fragile, lemah.
Malangnya kerana sifat fragile inilah wanita dibodoh-bodohkan pula.
Yang perempuan pulak, dek kerana sayang sangat dengan suami, sanggup tanggung suami spesis biawak hidup.
Yang si biawak pulak naik seronok jadi binatang, sampai ke sudah nak jadi biawak tak nak jadi orang dah.

Kalau kita (lelaki) jenis faham agama, kita akan tahu yang wanita ini fragile, lembut hati.
Bermakna isteri ni senang dibentuk, senang diatur, senang dipujuk dengan syarat berlemah-lembutlah.
Aku sebagai isteri aku faham sangat perangai pompuan.
Pompuan ni memang banyak kehendak, nafsu bersepah-sepah.
Pandang itu nak itu, pandang ini nak ini.
Orang beli tu dia nak, orang beli ni pun dia nak.
Padahal takde kepentingan pun untuk dia beli tapi dah dasar nafsu banyak.

Bak kata Ustaz Kazim, orang perempuan ni kalau suami buat baik, dia akan balas 20 kali ganda kebaikan suami.
Kalau hatinya dah lembut, suami ajak pi jalan-jalan sekadar kat pasar malam pun dia dah seronok dah.
Apetah lagi kalau sambil jalan-jalan beli rangka ayam tu suami pegang tangan isteri, ya ampunnnn dia punya seronoklah, Fatahamin melintas 14 kali depan dia pun dia tak heran tau tak.

Sesekali balik rumah dari kerja hulur aiskrim Conetto, isteri mana yang tak happy, cakap?
Balik kerja seminggu sekali tu singgah la gerai pisang goreng tapau untuk isteri, bukannya suruh beli hari-hari.
Ini tak.
Balik kerja je terlentang.
Pastu memerintah nak itu nak ini.
Nafkah culas.
Pastu balik-balik claim syurga bawak tapak kaki dia.
Nak ugut-ugut orang pulak.

Perempuan yang bergelar isteri, jangan jadi bodoh sangat.
Jangan sangka tuntutan nafkah tertunggak hanya boleh dibuat selepas bercerai.
Kesilapan macam ni lah sebenarnya yang menimbulkan penganiayaan dan tekanan perasaan yang berpanjangan dan akhirnya bagi kesan negatif terhadap rumahtangga.
Isteri boleh mohon perintah tahanan pendapatan tenaga dari mahkamah.
Maksudnya perintah ni akan arahkan majikan suami potong gaji suami dan bayar pada isteri mengikut jumlah yang ditentukan oleh mahkamah.
Nampak tak sampai macam tu sekali agama Islam menjaga kebajikan perempuan?
Pompuan je yang suka bela biawak.

Nafkah ni sama macam solat and puasa Ramadhan.
Ini benda wajib.
Kalau solat kita boleh jaga, apesal nafkah kita berani tinggal, sedangkan itu sama-sama wajib.

Kadang tu rasa macam dah buat dah semua benda wajib - solat buat, puasa buat, mengaji buat, sedekah buat - tapi masih hidup tu gitu-gitu je.
Rezeki datang pun macam susah-payah sangat, tak lancar.
Maka periksalah hubungan kita dengan manusia pula.
Check dulu hubungan kita dengan isteri - nafkahnya lunas ke tak, hatinya ada tak kita sakitkan, keperluannya ada tak yang kita terlepas pandang.

Bukan susah sangat nak cari redha Allah.
Settlekan yang dalam rumah ni dulu.



Semalam ada yang tanya "Kalau nak beli planner je boleh tak?"
Boleh, sebab planner pun dah tak banyak, kasik licin je lah terus kan.