2019-01-01

Impian terlaksana


HAPPY NEW YEAR 2019!

Phewww, dah cecah tahun 2019 rupanya.
Dulu rasa nak cecah 2000 macam tak sampai je.
Sekali kau, 2019 dah.

Dah berjaya kurus ke belum?

Tanya orang kemain, padahal aku sendiri naik berat. Kahkahkah.

Tak daya dah aku nak maintain berat below 51kg.
Aku akhiri tahun 2018 dengan berat 52.2kg.
Orang lain semua "Good bye 80kg, I dah masuk angka 7 pulak.."
Aku?
"Bye-bye 51kg, I dah masuk angka 52". Mbhahahaha.
Maunya tak kalau mentekedarah macam takde besok, kan.
Takpelah, esok aku mulakan me-maintain 51kg and below.
Tapi tengoklah, kalau esok laki aku ajak makan nasi minyak, aku start lusa lah.
Takpe masih banyak lagi hari dalam 2019 ni.



Baru tadi cakap pasal nak maintain berat, tetiba ada gamba makanan. Hahaha.
Ok ini cerita Sabtu lepas, dinner kat Subang House Subang Parade.
Ceritanya malam tu nak cari barang-barang skolah Redza.
Dia memang kisahnya selagi skolah belum bukak selagi tu lah keluar masuk kedai buku cari barang.
Pun gitu kau tengoklah, entah-entah malam karang dia call "Ma, Redza lupa nak beli...."
Ha, mulalah aku nak memetir.

Ni Redza dah balik Langkawi, apaknya hantar.
Dah masuk tahun kedua, apaknya celebrate new year dengan anak bujang kat Langkawi.
Aku memang tak pegilah sebab malas.
Sabit nak menghantar je kan, lagipun dah besar.
Biarlah aku duduk melepak kat rumah layan Netflix dengan aman.

Lepas shopping kat MPH malam tu, En Wan ajak makan kat Subang House.
Kedai ni macam kedai baru sebab tak pernah pulak nampak before ni.
Workers banyak Indonesian, tapi lauk-pauk memang melayu.
Banyak sangat pilihan makanan.
Salah satunya roti stim ni makan dengan kaya.



Nugget ni macam buat sendiri sebab rasa dia ada rempah-rempah sikit.
Tak sure la kalau memang ada frozen nugget yang ada rasa yang sama.
Tapi better not la, sebab nanti kantoi pulak dengan customer.
Frozen jual RM5, kau jual RM18, tak ke saja nak kena namanya (contoh).
Tapi besar-besar boleh tahan, takde la macam nugget KFC leper je.



Fried wantan ni isi udang.
I tell you, udang dia besar!



Nampak tak, orang lain semua ada satu piring je kat depan.
Tapi kat depan aku berpiring-piring, kan? Hahahah.
Well, kata berat naik 52kg, mestilah kena istiqomah.
Muka pun dah lebar macam piring.



Tapi portion dia besar lah.
Nasi ayam ni jangankan kata nasinya aku tak habis, dengan ayam-ayam sekali tak habis.
Ayam tu punyalah besar, aku makan 3 keping je. Yang lain tinggal.
Nasib baik tak bawak mak mertua aku sekali, kalau tak konfem dia bising dah.
Aku rasa aku dah kuat makan dah tapi masih takleh habis.
Ni kalau jenis yang memang banyak makan, silakan ke Subang House.



Redza terperanjat bila nasi goreng dia sampai.
Macam boleh makan 2 orang.



Korang selalu baca aku cerita aku order Ais Batu Jagung everytime makan sotong celup tepung kat Tganu, kan?
Ok, jangan risau. Kalau ada yang teringin nak rasa, datang Subang House.
Memang ada wei, sebijik!!! Cuma Subang House punya presentation lagi cantik.
Tapi serius la, rasa macam nak nangis the moment ais batu jagung ni masuk mulut aku.
Macam feel gila wei. Mesti repeat ni!



Sedih tak baca ni?

Siapa dulu macam ni?

Aku ada salah sorang dari yang always ada impian nak dapat color set macam ni.
Zaman aku dulu 80-an belum ada set yang gempak macam ni.
Tapi waktu tu dah ada Luna 24 batang, magic color 24 batang, crayon pun ada sampai 36 batang.
Pastu poster color brand Buncho yang sangat la ohsem warna-warnanya, so bright!
Aku takat pakai water color yang harga RM5 tu je, brand apa ntah yang sekali dua pakai terus keras kejung water colornya, kena potong bawah tiub pulak untuk keluarkan ink dia. Hazab.

Nak mintak Mak Aji belikan yang mahal-mahal karang dia punya sound "Kau bukan pernah dapat A pun lukisan!"

Seram je aku nak terima jawapan tu.
Jadi aku simpan je lah impian nak color set yang besar gabak macam ni.



Tahun 2018 baru aku dapat beli ni oii!
72 batang color brand Colleen, yang sampai skarang tak habis guna lagi semua warna.
Balik-balik aku bukak, susun pensil, tutup.
Nak guna pun sesekali je.
Bukan aku guna pun bendalah ni tapi saja nak beli sebab ini antara benda yang aku sangat nak masa kecik dulu.

Aku memang suka rainbow colors.
Anything yang colorful, aku teruja untuk beli and simpan.
Be it pencil color, pen, ataupun eye shadow.
Aku beli sebab nak collect, bukan nak pakai sangat pun.
Kalau masuk area makeup, memang ralit belek eyeshadow.
Rasa macam nak beli semua tapi aku tau aku takkan pakai.
Jadi beli lah jugak sikit-sikit.




Contoh eyeshadow palette ni, ada warna-warna yang aku beli dari tahun 2015 lagi.
Shu Uemura tu, eyeshadow tu beli asing-asing, dia tak datang dalam satu palette besar macam tu.
Kalau lah eyeshadow tu boleh basi, dah lama dia keluar buih.
Jarang pakai pun, aku jarang makeup kecuali time appointment and waktu tak boleh solat.
Jadi memang lambat nak habis eyeshadow ni.
Kalau aku pakai pun balik-balik warna pink.
Yang lain tu aku beli sebab nak kan kombinasi rainbow colors je.
Saje buat seronok-seronok tengok barang mekap ada banyak color padahal jarang pakai pun.



Hari tu kat MPH aku tambah koleksi.
Aku suka sticker.
Dulu kalau pi kedai runcit, mesti ada jual sticker kat depan.
Kerja aku membelek je, belinya tak.
Kalau dah teringin sangat, aku tekap mana-mana gambar katun yang aku suka, then aku color.
Pastu potong and gam kat buku, konon macam sticker la.
Pen tu memang sentiasa bertambah.
Pakainya belum tentu, tapi beli wajib.



Ini koleksi lama, ada yang aku beli dari tahun 2016 lagi.
Tapi dah cecah tahun 2019 masih ada ink lagi.
En Wan kata aku pelik kumpul benda-benda macam ni.
Orang lain sibuk kumpul kotak duckscarves, aku masih lagi kumpul pen, pensil color, sticker.
Apa-apa yang unsur rainbow and bright colors, aku suka.



Yang paling En Wan tak boleh blah bila hari tu kat Big Bad Wolf time nak bayar sekali dia nampak satu buku yang pelik.
Dia pandang aku.....aku senyum sambil cakap "Mine".
Dia geleng kepala.

Bukan buku dalam gambar ni.
Buku dalam gambar tu buku Redza beli.
Aku cuma nak tunjuk bezanya buku aku beli dengan anak aku beli.
Nak tengok aku beli buku apa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


TADAAAAAA!!!
Koleksi buku-buku fantasi popular Disney.

Zaman kecik, aku teringin nak ada koleksi buku-buku Disney - Cinderella, Snow White, Sleeping Beuty, Red Riding Hood, Rapunzel.....semua cerita-cerita princess ni aku sangat suka.
Tapi dulu kan, mana ada duit nak beli benda-benda ni.
Nak beli buku latihan untuk buat study-study kat rumah pun payah.

Akhirnya di BBW baru-baru ni aku grab buku ni.
Macam pelik je Rayyan tengok mak dia baca buku ni atas katil sebelum tido. Kahkahkah.

Redza tanya "Ma, dulu masa skolah mama banyak beli buku-buku latihan jugak ke?" (sebab apak dia belikan buku latihan untuk dia sebeban).

Aku cakap "Tak. Mama mintak pass year's question dari senior and buat".

Bila aku pikir balik, ye lah, aku memang tak banyak buku rujukan and latihan kecuali masa nak SPM.
Masa UPSR and SRP memang takde.
Gigih aku tumpang blaja buku latihan member and mintak senior soalan-soalan tahun lepas sebab tak berani nak minta mak pak belikan buku tambahan.
Budak-budak sekarang, dah dibawakkan ke kedai buku suruh pilih buku pun lagi nak komplen apesal banyak sangat belikan buku.
Anak aku lah tu, bukan anak orang korang.

Camana ntah aku blaja dulu, hari-hari mentelaah buku teks ke apa?
Ntah, aku dah lupa.
Tapi aku respek lah dengan mak bapak aku.
Sikit tak menggebalah anak nak exam takde buku latihan tambahan.
Aku, anak baru darjah 3 menggelabah masukkan Kumon.



Semalam aku dah announce hari ni ada special offer sempena New Year, kan?
Ok boleh KLIK SINI untuk lihat pakej shawl Fleur by Mrs Him.
Kita ada sediakan 4 pakej istimewa.