2018-12-10

Tumpang rumah

Bila keluarga mertua anggap rumah menantu adalah rumah anaknya sorang dan terus letak anaknya yang lain-lain duduk sekali dengan abang/kakak tanpa memikirkan perasaan menantu.

Ini sebenarnya dilema seorang pembaca blog.
Tapi aku rasa dilema ni bukan sorang dua yang merasa cuma tak terluahkan je.

To be fair, aku pun pernah alami situasi ni.
Bezanya dulu aku free hair, sewaktu keluar masuk rumah berseluar pendek was not a problem at all.
Disebabkan itu, masalah menjaga aurat memang tak terpikir lansung.
Pun begitu, soal privacy tetap jadi isu bertekak laki bini.

Ye lah, rumah aku waktu tu bukannya besar mana pun.
Apartment je.
Kalau hall tu seketul je ruang untuk melepak.
Situlah nak tengok tv, situlah nak terkangkang tersiat laki bini.
Bila ada 'orang ketiga' dah tentu agak merimaskan sikit sebab nak kena bersopan-santun sikit.

No, aku tak kisah pun nak melepak kat rumah.
Tapi akan ada satu rasa 'tak selesa' bila aku nak bertekak laki bini pun terpaksa memendam, nak romantik-romantik dengan laki pun terpaksa cover, nak mandi berdua dengan laki pun kena pastikan memang kitorang berdua je ada kat rumah waktu tu (bilik air apartment aku dulu satu je nokkk).

Tapi waktu tu kitorang pilih untuk pasrah dan anggap ini memang the only pilihan yang ada.
Takde pilihan untuk say NO.
Sebab taknak create bigger issues.

Bak kata reader tu dia dilema sebab tak boleh say NO.

Memang.
Bila melibatkan hal-hal keluarga macam ni payah nak explain kat mak bapak.
Ada mak bapak yang faham tapi kebanyakkannya susah nak faham.
Bila kita menolak adik-adik duduk sekali nanti dikata kita ni kakak/abang yang tak boleh diajak menumpang.
Adik-beradik nak menumpang duduk pun tak dibagi katanya.
Dahhhhh jadi isu lain.
Isu anak derhaka pulak dah.
Padahal pokok isunya dorang taknak cuba fahamkan.

Ini bukan masalah taknak bantu adik-beradik.
Kalau yang menumpang tu adik lelaki kepada suami, dah satu hal si isteri kena berselubung 24 jam dalam rumah sendiri.
Nak tengok tv pun pakai tudung, nak masak pakai tudung, nak ke depan kejap pakai tudung.
Yang si adik lelakinya helok je mengangkang depan tv takde rasa apa-apa.
Dapat yang spesis sengal, semua benda harap kak ipaq buatkan.
Baju dia pun main campak je dalam bakul harapkan kita basuhkan.
Dah dibasuhkan baju, selagi kita tak lipatkan begitulah berlonggok dalam bakul tak berambik.
Nama dia nak offer sidaikan baju ke, basuh toilet ke, buangkan sampah ke, jangan harap.

Tu kalau lelaki.
Kalau adik perempuan isteri yang duduk sekali dah buatkan suami kita serba salah jadiknya.
Hamba Allah tu nak pakai short kat rumah pun segan, nak baring tengok tv kat depan pun malu, nak gurau ngan bini pun kena pandang-pandang dulu.
Penyudahnya kejung je si suami tu dalam rumah sendiri.
Tu belum lagi kes isteri seriau nak pi outstation tinggalkan suami dengan adik sendiri berdua dalam rumah.
Ni bukan kes tak percaya ya tapi benda dah banyak jadi.
Di kalangan blog reader pun ramai yang meluahkan kes macam ni.
Nampak macam takde apa je tapi yang merasa tau la penangannya macamana.
Rasa nak tangankan je dua-dua ekor sekali.

So kalau mak bapak mertua nak adik-beradik ipar stay sekali kita nak buat apa?

Kalau kau berani nak say no, silakan.
Aku memang tak berani.
Kalau boleh cakap macam tu je takpe, ni karang meleret-leret masam muka siap dengan pakej taknak salam raya bagai.
Adeh letih!

Macam aku, dulu pernah alami situasi macam ni.
Tapi dulu aku jahil, bab aurat takde hal.
Sampai anak sedara tu pulak yang segan nak lepak kat rumah nampak aku laki bini daring sangat depan tv. Kahkahkah.
So kalau kau berani buatlah.

Now pulak mak mertua duduk sekali.
Jadi rumah aku ni dah jadi macam rumah mak.
Adik-beradik nak datang rumah, anak sedara nak makan kat rumah, tiada had waktu 🤣🤣.
Memandangkan aku willing bertolak-ansur jadi En Wan pun willing membelikan satu lagi tv and small fridge letak dalam bilik.
Dan setiap kali keluarga dia datang, lepas masak-masak, aku akan naik bilik untuk bersantai-santai.
En Wan akan mainkan peranan membagitau yang aku nak buat kerja dalam bilik padahal aku bantai membuta takpun layan cerita Tamil.

Kerjasama macam ni antara suami isteri sangat perlu.
Kalau dah tau rumah kita rajin orang datang menyinggah, sediakan space untuk isteri kita berehat.
Jangan sampai isteri stress dalam rumah sendiri.
Isteri ni bukan keji sangat perangai berdengki dengan ipar-duai 24 jam.
Kalau keperluannya terpenuhi insyallah isteri tak kisah kau nak angkut sekampung tinggal dalam rumah pun.

"TV dalam bilik satu keperluan?"

Yes!

Kalau dah dalam rumah tu ada 'orang ketiga' yang akan menghadkan kebebasan isteri, sila wujudkan sebuah rumah di dalam rumah untuk isteri.
Isteri pun nak berehat tengok TV gak, ingat keje dia memasak 24 jam?
Bilik tido cantikkan, selesakan.
Ada budget lebih, letakkan small fridge dalam bilik untuk simpan-simpan makanan buat kunyah-kunyah.

Nampak macam mengada sangat bunyiknya kan?

Yang menanggungnya akan appreciate semua ni, percayalah.
Tak caya tanya En Wan betapa leganya hidup dia bini dia tak berangin pun klorga dia kejap-kejap datang rumah sebab bini dia selesa dengan bilik tido sendiri yang ada benda-benda yang menggembirakan beliau.

Hidup ni tak smooth.
Ia hanya akan jadi mudah kalau kita mudahkan dia.
Nak mudahkan perlu ada pengorbanan.
Janganlah hanya expect kita berkorban perasaan je.
Sesekali berkorbanlah wang ringgit untuk beli jiwa orang yang kita sayang.
Ini bukan soal ikhlas atau tak ikhlas.
Kena terima hakikat manusia ni sampai masanya nak juga dibeli jiwanya dengan material.
Halahhhhh bini sendiri je pun bukan orang lain.


p/s : aku kat tganu lagi, blom sempat bagi intsruction kat staff untuk release kod diskaun for Gloei. Kita akan emailkan kod. Siapa yang nak kod, please refresh blog ni and isi email pada pop out window.