2018-12-13

Pancarkan biochemical


Masa kat umrah hari tu aku dapat banyakkkkkkkkkkkkk sangat pesanan doa.
Kebanyakkannya menulis dengan sangat detail sampaikan aku rasa aku tau rahsia orang.
Mujurlah aku tak kenal orang mengirim doa ni, kalau tak, konfem aku jadi stok makcik bawang terbesar dengan koleksi cerita-cerita hangat.

Jangan risau.
Aku adalah manusia yang boleh tahan blur.
Kebanyakkan doa tu aku baca dan aku lupa.
Jadi bolehlah anggap bahawa semua yang korang luahkan tu aku tak ingat dah.

Banyak doa-doa tu bagi aku idea untuk menulis.
So, hari ni aku nak tulis tentang kenapa hati pasangan boleh berubah.

Sometimes, bila pasangan kita berubah hati, kita cari punca luar yang kita rasa menyumbang kepada perubahan hati pasangan kita.
Selalunya kita syak dia ada skandal.

"Ni semua sebab gathering skolah..."

"Ni semua sebab main chatting..."

Jarang kita nak check if masalah tu berpunca dari dalam.
Boleh jadi puncanya dah bersarang lama dah, cuma belum ada faktor yang menyumbang kepada perubahan sikap pasangan secara nyata.

To be fair, perubahan itu memang wajib ada.
Jangan expect perubahan pada pasangan takkan ada lansung.
Mustahil dia nak kekal romantik berkepit 24 jam sejak 20 tahun lepas.
Jadi, jangan takut jika pasangan berubah.
Orang yang takut berubah adalah orang yang tidak bersedia menghadapi kehidupan.
Jangankan kita yang masih hidup ni, yang dah mati (mayat) pun akan alami banyak perubahan dari saat dia hembuskan nafas terakhir sampailah dikebumikan.
Jadi jangan panik sangat kalau nampak beberapa perubahan dalam tingkah laku pasangan.
Kalau tiba-tiba dia lambat balas mesej or acts rather strange, please kawal emosi and ask to talk casually bila masa mengizinkan.
Nak tanya pun biar santa-santai okeh, jangan interrogate.

Ramai di antara kita yang simpan segala perubahan tingkah laku pasangan dalam bentuk suspicion.
Bila kecurigaan ni semakin bertambah, semakin kita tenggelam dalam emosi dan paranoid.
Bila dah paranoid mulalah jadi Detektif Conan.
Buat assumption sendiri, lepas tu merajuk sendiri, lepas tu buat keras kepala sendiri.
Yang Hamba Allah lagi satu ni terpinga-pinga dah kenapa perangai kita berubah.
Elakkanlah sikap detektif yang sentiasa nak analisis kelakuan pasangan.

"Tapi kak, susah dah saya nak percayakan dia!" 

Then that's your fault sebab nak meneruskan perhubungan mesti ada keupayaan untuk mempercayai.
It is you who needs to change to learn to trust, not your partner to change so you can believe it.

Pasangan kita tak akan boleh bersabar 24 jam.
Dia juga takkan boleh sentiasa nak memahami.

Jangan bandingkan dengan zaman bercinta dulu.
Zaman bercinta dulu memang masing-masing kuat sabar sebab waktu tu kita sebenarnya sama-sama mengada-ngada.
Orang kata "Belum dapat memanglah gitu".

Alahhh takyah tunggu sampai kawen lah.
The first three months bercinta tu boleh kata honeymoon period.
Lepas tu dah quite exhausting dah.
Bergaduh boleh tahan dah masa ni [ni bercakap berdasarkan pengalaman sendiri].

Apetah lagi bila dah kawen.
Perbezaan latar belakang, karakter, gaya hidup, perangai sebenar dah mula nampak satu, satu.

Waktu ni kita dah mula faham apa benda yang boleh diajak bergurau, apa benda yang tak.

Waktu bila boleh tanya soalan ni, waktu bila jangan tanya.

Apa benda yang boleh menaikkan marah dia, apa benda yang boleh buat dia cool down.

Sisi positifnya, kita blaja untuk tak dimanjakan 24 jam.
Tapi sisi negatif pulak, kita mula sensitif dan mula berkira.

Bila dah masuk tahun-tahun seterusnya dalam rumahtangga, hubungan banyak berubah dan tak sama macam zaman bercinta.
Ini memang berlaku dan perlu berlaku.

A good adaptation process will change you and your partner to be a harmonious co-worker, bukan sekadar cintan-cintun ke akhir dunia.
Especially bila dah masuk ke era proper marriage yang full of routines, waktu ni cinta dah jadi sekadar rempah-ratus je.
Toksahlah membayangkan pasangan kita ada masa nak menggentel kita 24 jam.
Waktu ni cinta dah jadi foundation je.
Kerana bila ada cinta sebagai perkara asas, maka kelansungan rumahtangga insyallah akan berterusan.

Waktu ni, maybe suami dah mula spends a lot of time in activities that make him feel great and manly again, something yang kita pernah suka dia buat masa zaman bercinta dulu.
Perubahan macam ni secara semulajadi akan berlaku, terutamanya perubahan tingkah laku.
That's why orang tua-tua selalu usik kita zaman kita bercinta macam nak rak 24 jam nak bertepek kat tepi telefon (aku la tu), dia kata "Alah, baru-baru memang la macam tu. Esok kalau dah dapat tengoklah!"

And now kita tengok budak-budak muda tayang keromantisan pun kita akan cakap benda yang sama, betul tak?

Sebab apa?

Sebab kita semua dah tahu bahawa ia akan menjadi sesuatu yang berbeza bila dah kawen nanti.

Sebenarnya secara saintifik, bila kita mula bercinta, our body is flooded with biochemical cocktails yang akan membagi efek mabuk kepayang.
Dalam kondisi mabuk macam ni, semua perangai dia kita nampak cantik helok.
Pasangan kita boleh jadi weird and annoying, but it still feels funny and adorable.
Sebab apa?
Sebab waktu tu kita tergila-gilakan dia.

Pernah tak kau tengok mamat yang try so hard untuk buat kelakar dan awek dia gelak beria padahal kita yang mendengar ni rasa nak libas je dua-dua ekor tu sekali?

Haaa, tu sebenarnya biochemical cocktails sedang spark dengan banyak sekali sampai yang tak kelakar pun jadi kelakar.
Tapi nasib baiklah sistem badan kita ni can regulate themselves so kita tak perlu jadi mabuk dan gila seumur hidup.
Dalam beberapa tempoh, otak kita akan automatically stops producing hormones and neurotransmitters yang berkaitan dengan mabuk kepayang tadi.
Secara beransur-ansur kita dah mula nampak partner as they really are.

Waktu ni kita dah nampak lawak jenakanya yang dulu sangat entertaining dah jadi satu benda yang sangat annoying.

Kemanjaan dia pun kita dah mula terasa sangat merimaskan.

Kebijaksanaan dia memberikan pendapat yang suatu masa dulu sangat kita kagumi, now dah jadi satu bebelan dan komen yang menanahkan telinga.

Inilah sebenarnya yang terjadi.
Bila biochemical structure of our body berubah, your feelings also change, and the way you see your partner also change.
Bukan semuanya berpunca dari 'orang luar' tapi kita sesama kita yang menjadi punca masalah tu sendiri.

Yes, boleh jadi orang luar menambah-terukkan masalah ini.
Tapi hakikatnya masalah itu dah berputih lama cuma dipendam.
Bila ada faktor luaran yang 'membantu', maka nampaklah seolah-olah masalah tu berpunca dari orang luar padahal ia bernanah di dalam.

Boleh jadi dari dulu lagi dia memang sejenis yang lambat balas whatsapp/sms.
Tapi dulu kita tengah mabuk kepayang jadi kita jadi seorang yang mudah memahami.
Bila biochemical cocktail ni slowly hilang, mulalah kita rasa pasangan kita ni balas chat lambat.

Dan boleh jadi dulu lagi dia memang suka taknak share banyak benda dengan kita.
Takde keperluan dia kata.
Atau it could be that dulu he/she really was lying, but you didn't care sebab kau tengah mabuk kepayang kan.
Disebabkan dulu biochemical kita sparks so bright, kita anggap tu adalah sikapnya yang suka low profile, tak suka bercerita, seorang pendiam, bla bla bla.
Now bila kita tanya sedepa dia jawab sepatah, kita dah mula rasa dia sorokkan sesuatu dari kita.

Dalam setiap perkahwinan, masanya akan tiba bila kebaikan dan keperihatinan yang kita berikan pada pasangan akan menjadi sekadar satu rutin, maksudnya satu benda biasa yang dah takde special-nya lagi.
Tapi itu juga adalah perubahan yang wajar.
Sesekali dia akan say thank you bila kita masak untuk dinner, tapi dalam kebanyakkan masa dia lupa.
Lepas makan terus ke depan tengok berita.
Dan selalunya bila kebaikan yang kita buat dah jadi rutin, kita merasa less appreciated.
Bila terasa tak dihargai mulalah kita tak termotivasi untuk buat kebaikan yang lain.
Yang ni selalunya menjadi punca-punca awal masalah dalam rumahtangga.

So ini aku ingatkan diri sendiri sama.
Jangan sampai lupa nak memuji dan berterima kasih pada pasangan.
Biasakan say thank you untuk sekecil apa pun yang dia buat untuk kita walau hanya tolong on-kan aircond.
Please say thank you.
Bukannya keluar peluh jantan pun setakat say Thank You tu.
This is not a matter of self-respect at all or asking for a reply, tapi ini dah semacam insentif yang perlu diprogramkan dalam setiap jiwa manusia.

Macam aku cakap dalam post 2 hari lepas, manusia ni sesekali perlu diberi habuan dunia untuk membeli jiwa.
Janganlah asyik minta pasangan memahami situasi kita je.
Kita pun kena consider sama kehendak dia.

Satu contoh.
Contoh diri sendiri je ni.

Bila aku letak gambar kat IG, aku selalu perasan ada je orang tanya beg tangan yang aku pakai brand apa.
Ramai yang kata cantik and berkenan.

Sebenarnya aku sendiri tak pernah nampak beg tu cantik.
Ye lah, dulu kita biasa pakai big brands, jadi bila sebut Carlo Rino tu macam takde apa je la konon.
Untillah En Wan hadiahkan aku beg Carlo Rino hijau tu, 2 tahun lepas.
Tak mahal mana, tak sampai RM400 pun.

Bila aku dapat beg tu, tetiba aku terasa beg ni not bad jugak.
Dan aku terus melenjan beg tu sampai sekarang, tak ganti dengan beg lain pun.
Itulah beg gi keje, itulah beg gi rumah orang kawen, itulah beg gi holiday.
Rupanya bukan nilai atau brand yang penting tapi bila pasangan kita bagi kita something, apa pun harganya akan jadi sangat bernilai pada kita.
Dan mungkin waktu tu baru kita sedar barang tu rupanya not bad juga.

Maksud aku, sesekali bagilah hadiah pada pasangan.
Benda yang simple-simple je pun, tapi ingatan tu yang buat pasangan rasa berbunga-bunga je.
Kadang-kadang kita ni expect orang buat sesuatu kat kita tanpa kita check diri kita sendiri ada tak kita buat benda yang sama.
Entah-entah kita yang DAH BERUBAH dan always anggap all his/her goodness is a reasonable responsibility sampai tak perlu say thank you lansung?

If yes, jangan terkejutlah kalau pasangan kita berubah perangai.
Tiba-tiba dia jadi malas masak, malas mengemas, malas bersiap.
Sebab dia dah terlalu LETIH buat benda yang sama tanpa ada appreciation.
So sebelum kita get emotional because our partner change, try to examine how much we also change.
Boleh jadi kita sebenarnya yang perlu berubah dulu.

Kembalikan biochemical cocktails tu semula.