2018-12-07
Masukkan email kalau nak
Sebenarnya ramai dah yang tanya kenapa GLOEI hanya 20 sachet je.
Sebenarnya takde apa sebab-sebab saintifik pun.
Gloei ni kalau aku letak sampai 30 sachet, harganya agak memeranjatkan bagi yang tak biasa melihat harga supplement sampai RM200+.
Jadi, untuk mengelakkan ke-terperanjat-kan begitu, aku letak 20 je dulu.
Lagipun kasik orang test dulu.
Kalau berkesan, dah tentu ada yang tak kisah harganya berapa pun asalkan berkesan, betul tak?
Sebelum launch Gloei ni lagi dah aku bertekak dengan En Wan pasal konsep Gloei.
Sebab konsep Gloei ni akan membuatkan harga dia jadi lebih mahal.
Dah la kecik je 2.5g, pastu 20 sachet je pulak tu.
Tapi harga sampai RM139.
Ya, untuk yang belum faham kenapa harganya macam tu memang akan fokus ada harga.
Tapi insyallah kalau dah tau the beauty if Gloei and kesannya pada badan, mungkin soal harga dah jadi nombor dua.
Terima kasih pada pengguna yang hantar testimoni di atas (gambar).
Dia adalah antara ribuan pengguna Gloei yang nampak perbandingan antara harga dan hasil.
Ada sebab kenapa sachet Gloei kecil.
Kat dalam tu ada extract Roman Chamomile.
Roman Chamomile ni sangat powerful pada skin dan tak boleh melebihi dos yang tertentu.
Kalau zaman-zaman Cleopatra dulu, dorang guna untuk treat skin problems yang severe macam bisul, dermatitis, insect bites, luka and dysmenorhea.
Gloei taknak guna collagen haiwan bukan kerana collagen haiwan tak bagus, tapi badan manusia tak semuanya boleh menerima jumlah protein (kolagen) yang sama.
Kolagen yang ada dalam badan kita ni takkan boleh bertambah once dah berkurangan.
Satu cara untuk menambah kolagen ni adalah dengan ambil supplement.
Kebanyakkan supplement yang ada di market offers collagen.
Tak ada yang salah dengan pengambilan collagen haiwan. tak kisah collagen dalam bentuk tablet atau powder, semuanya boleh.
Walau bagaimanapun, bukan semua orang serasi dengan collagen haiwan.
Sebelum ambik supplement ber-kolagen please buat research tentang product dan tindakbalas badan sendiri atau jumpa your medical professional untuk dapatkan nasihat.
Ini kerana serving size, kekerapan pengambilan collagen dan jenis collagen taken may vary from person to person.
Atas sebab itulah Gloei gunakan konsep to stimulate own collagen.
Bila kolagen dari badan sendiri yang di-produced, itu lebih baik sebab dah sah-sah badan sendiri yang punya kolagen, mustahil ada badan yang alergik dengan collagen sendiri, kan?
Sebenarnya, badan kita ni Allah dah atur cantik dah.
Kita lahir dengan kulit yang sedia cantik and gebu.
Sumber kegebuan tu dah ada dalam badan kita sendiri, tinggal lagi kita malas nak identify di mana sumbernya.
Dalam badan kita ada Hyaluronic Acid (HA).
Sel-sel kulit kita hasilkan HA secara semulajadi dan fungsinya adalah untuk kekalkan tahap kelembapan kulit.
HA inilah yang kemudian akan produce kolagen.
Jadi kat sini, benda penting yang kita kena jaga adalah HA, bukan kolagen.
Bila HA dijaga, maka kolagen production akan jadi tip top.
HA ni juga yang mempercepatkan proses pemulihan dan melegakan sendi-sendi yang sakit.
Selalu kita dengar orang sakit lutut puncanya kurang kolagen.
Yang sebetulnya kurang HA, bukan kurang kolagen.
Kalau kita boleh perbaiki HA, badan akan hasilkan kolagen sendiri yang pastinya adequate and serasi dengan badan untuk jangka masa panjang.
Macamana nak jaga HA dan pastikan HA hasilkan kolagen yang cukup untuk badan?
Caranya, dengan vitamin C yang cukup.
Tanpa tahap vitamin C yang cukup, badan tak akan dapat manfaat sepenuhnya daripada makanan yang mengandungi asid hyaluronik.
Maksudnya, kalau kita makan makanan yang tinggi HA atau makan HA buta-buta (dengan harapan supaya lebih banyak kolagen dihasilkan dalam badan), itu takkan membawa makna apa-apa kalau kandungan vitamin C tak cukup.
Sebab itulah GLOEI pilih tumbuhan yang tinggi vitamin C untuk trigger HA dalam badan.
Bila HA dalam badan adequate, barulah HA boleh stimulate penghasilan collagen yang secukupnya untuk keperluan badan.
Kesimpulannnya, vitamin C trigger HA dan HA trigger penghasilan kolagen.
Sebab itulah Gloei tak perlukan kolagen luar.
Gloei fokus pada penambahbaikan HA supaya badan boleh hasilkan kolagen.
Untuk yang lebih berusia, kandungan HA memang sangat low dalam badan.
Jadi mungkin ambil masa sikit barulah kolagen tu kick start.
Apetah lagi dah berusia dan merokok pulak tu.
Lagilah mengambil masa.
Tetapi untuk yang lebih muda, tak merokok pulak tu, tak stress pulak tu, kesan akan nampak lebih cepat.
Ada yang tanya apa beza Gloei dengan supplement kolagen yang lain?
Bezanya pada kolagen.
Gloei takde kolagen.
Supplement lain pula kebanyakkannya ada kolagen.
Tetapi, kolagen yang korang ambil dari luar (supplement) tak akan diserap sebagai kolagen.
Ia akan dipecahkan menjadi asid amino dulu.
Asid amino ni nanti pula akan membentuk konstituen yang diperlukan untuk mensintesis kolagen badan korang pulak.
Maksudnya kat sini kolagen yang korang ambil tu bukannya kolagen yang sama membantu menambahkan kolagen badan korang.
Ia akan dipecah-pecahkan dulu bagi menghasilkan protein baru dalam badan, hanya sedikit saja yang diguna, selebihnya akan hilang.
Sebab itulah kebanyakkan supplement berkolagen datang dalam kuantiti yang lebih banyak (gram) kerana ia perlu dipecahkan kepada asid amino dulu dan dari pecahan ini mungkin beberapa saja yang menjadi kolagen, selebihnya hilang.
Jangan risau!
Semua supplement berkolagen di luar sana works, asalkan makan dengan konsisten.
Begitu juga denga Gloei, Gloei lebih tumpukan pada penambahbaikan HA supaya efek dia lebih panjang.
Ni lagi satu ni nak bagitau.
Yang dah dapat kod diskaun tu, pakai jangan tak pakai.
Baru-baru ni kemain lega lagi orang yang dapat guna kod diskaun.
Mau tak lega kan kalau dah sampai RM15 diskaun, kena pulak hujung-hujung tahun tengah nak pakai banyak duit sekali dapat pulak kod diskaun, memang lega banyak.
Dah tu yang tak dapat kod diskaun ni nak jugak ke camne ceritanya ni?
Takyah banyak la, cukup 500 email yang aku dapat, aku bagi diskaun khas untuk Gloei hanya untuk pembaca blog.
Refresh blog ni and masukkan email ya sayang.....