Macam biasa, setiap tahun bulan Disember memang bulan celebrate anniversary.
Mak Aji and Pak Aji punya wedding anniversary 21 Dis, tahun ni yang ke 44 tahun.
Tahun ni celebration tak cukup korum sebab Ima dah balik ke JB, kalau tak boleh celebrate sama-sama.
Disebabkan itu celebrate pun ala kadar je lah, karang kesian pulak Ima menung je tengok gamba-gambar celebration. Haha.
Lagipun tahun ni dah ada si kecik berlengan kentaki di rumah - Widad Iskandar.
Kesian pulak kalau nak bawak berjalan-jalan, dibuatnya melalak dalam restoran karang, tak tenang mak paknya nak makan.
Aku?
Eh aku always tenang kalau mengadap makanan.
Sabtu lepas, aku belikan nasi ayam JM Bariani untuk makan-makan celebrate dengan Mak Aji and Pak Aji.
Sebenarnya dorang baru balik dari rumah orang kawen, makan beriani gak.
Tapi disebabkan aku lapar, aku tetappppp order beriani.
Setiap kali order JM Bariani, akan order ayam sikit je.
Sebab ayam JM Bariani ni pesen 1 ketul boleh makan 2 orang.
Kalau beli nasi 8 kotak, belilah ayam takat 5-6 ketul je.
Serius, ayam dia besar.
Masing-masing baru balik dari rumah orang kawen, jadi sebelum dorang salin baju. kita snaplah seketul dua gambar.
Yang seketul di pegangan Pak Aji itulah man of the house sekarang.
Anak Ibal - Widad Iskandar.
Makpaknya panggil Iskandar.
Aku dengan Ima panggil El-Widado.
Ko tengoklah muka Widad tu pandang aku.
Mesti dalam hati dia kata "Apa benda la dia ni memekak-mekak depan aku ni. Asal datang rumah aku je suara macam petir".
Gamba ni taken on 18 Nov 2018, sehari sebelum aku ke umrah.
Masa ni ada rambut lagi.
Lepas akikah, terus botak.
Inilah kesayangan Mak Long yang the latest.
Punca aku kerap balik Bangi lately sebab dia ni nilah.
Tapi asal aku balik je dia tengah membuta.
Tak lama aku kat Bangi petang tu.
Around 3pm, balik.
Sampai je rumah, En Wan terus keluar semula.
Aku tanya nak pi mana, dia kata nak pi opis jap ambik laptop.
Oklah.
Elok je aku habis Asar, dia call suruh aku siap-siap nak ajak lepak hotel celebrate 23 Disember.
23 Disember ni bukan wedding anniversary aku tapi our first met 20 tahun lepas.
Ohhhh musti celebrate oi. Musti!
Macam biasa lah kalau dah nama celebrate anniversary first met ni, selalunya tak jauh mana.
Tahun lepas kat KL je sebab join Mood Republik kat PWTC.
Tahun ni lagi dekat dengan rumah, kat Grand Dorsett Subang Jaya je kau.
Rupanya inilah kerja dia.
Sepanjang dia keluar 'ambik laptop' tu rupanya dia keluar check in kat hotel and hias bilik and berkejar beli bunga.
Berpeluh gamaknya meniup belon ni sampai migrain.
Bila aku masuk bilik tu, dia tanya "Ada panadol tak? Pening kepala la rush siapkan tempat ni".
Alahaiii..
Tu lah.
Time muda-muda dulu taknak buat gini, dah tua sibuk nak buat sendiri pastu pening kepala.
Nasib baik tak pitam, kalau tak satu hal aku kena seret dia pi SJMC.
6 kuntum bunga.
Puas aku mikir kenapa 6? Why 6?
Penat aku pikir.
Ye lah kan, kenalah pikir dulu.
Mana tau kot-kot aku tak teringat ada peristiwa istimewa di sebalik nombor 6 tu.
Rupanya dia kata "Itu je bunga paling mahal yang dia dah siap gubah. Nak tunggu gubah lain tak sempat".
Ok fine. Penat aku perah otak.
Tengok tulisan pun tau tulisan tengah rushing.
Dia request nombor ni.
Biar sama dengan nombor feveret dia.
Masa ni nak keluar dinner.
Cantik setting X'mast kat Dorsett.
Ke Windmill lagi, after 6 years.
First time aku masuk sini was in year 2012, masa tu celebrate wedding anniversary yang ke 11.
Jangan takut nak masuk sini.
Restaurant ni memang tak dapat status halal sebab ada jual alkohol kat dalam tu.
Tapi semua meat dia certified halal.
Kalau tak caya, meh beli Halal in Home kit aku and test daging dia. Hahaha (sempat promosi).
Sharkfin soup with crab meat.
Seperti biasa mana-mana sharkfin pun rasanya sedap kot.
Tapi yang ni extra sedap sebab ada ketam cincang dalam tu.
....yang pada mulanya aku order untuk aku, last-last dia perabis bagi licin.
Dah tua-tua ni toksah makan banyak sangat daging.
Makan seafood je sudah.
Biar aku je makan daging sebab aku muda lagi.
Ini lamb chop.
Super duper sedap!
Saja je close up photo nak bagi orang terliur.
Signature Windmill
En Wan book Club Room.
Club Room punya shower can see thru jadi aku tak takut berlama-lama dalam bilik air sebab boleh nampak laki aku kat luar.
Kalau pi berdua bolehlah book bilik ni.
Kalau bawak anak rugilah sebab kena tutup blind. Eh.
Tapi ginilah kalau dah nama celebrate anniversary dalam negara.
Lepas balik dinner, masing-masing mengadap laptop siapkan kerja.
Dah hujung-hujung tahun nak kejar closing ginilah.
Jadi aku pun tak tau apalah fungsinya bayar hotel kalau malam nak buat kerja jugak kan.
Tu pasal agaknya En Wan suka book hotel dekat dengan mall, at least boleh tengok movie ke apa.
Ini book hotel tersorok, memang sambung buat kerja la jawabnya.
Esok pagi, bangun awal sebab nak masuk ofis semula.
Kalau yang lepas-lepas, at least tunggu sampai checkout time.
Kali ni tak.
Pukul 9.30am dah check out.
Celebration apekah??
Punyalah nak berkejar masuk opis, sebab En Wan kena pi kilang pulak pagi tu, tak dapat aku rasa semua makanan.
Dapat makan ini je.
Kan ke itu satu perkara yang ajaib bila Diana hanya makan sepinggan?
Kau tengoklah dia punya busy.
Aku peratiiiiiii je.
Ni je lah gamba kenangan celebrate anniversary first met yang ke-20.
Segan pulak bila front desk tanya "Yang ke-berapa?"
Mesti dalam hati dia kata "Dah tua pun nak berbelon-belon bagai".
Tengahari tu, ada company lunch + farewell lunch + birthday celebration.
Angkut sekali panglima join.
Lunch kat Fish & Co.
Farewell untuk Athirah yang sambung blaja.
Yang selalu reply email, inilah orangnya.
Yang update all about Gloei, Herba Rahsia Rimba and Makeup Remover kat FB and IG, inilah dia.
So now bermakna ada vacancy open, tapi January lah baru kita ambik.
Letih sebenarnya bila nak ambik new staff sebab aku kena train new staff produk knowledge supaya faham and can attend to all enquiries yang berkaitan.
Tapi takpe, Athirah memang too young, memang sepatutnya dia sambung blaja.
Kek ni sedap okeh!
Kek Komugi memang sedap-sedap pun tapi yang ni memang sedap gila.
Yogurt Stoberi kek.
Rayyan punya.
3 orang makan seafood spageti.
Ni aku punya - seabass
Dia punya sambal tu bukan teriyaki sos ya tapi memang sambal ikan bakar yang selalu kita makan kat gerai-gerai ikan bakar.
Ok ini.
Tahu tak aku dapat beli semua ni dengan harga RM60 je?
Sebab, point terkumpul.
Nilai dua-dua ni RM220.
Tapi dek kerana point terkumpul aku setara dengan nilai RM160, maka inilah hasilnya.
Sape nak bagi oi jimat RM160?
So apa kaitannya dengan entry ni?
Aku cuma nak remind those yang ada point melambak-lambak kat GreenAard tu, korang ni memang taknak redeem ke point?
Ada yang point terkumpul dah cecah 3000.
Padahal kita dah blast kat email suruh redeem sebab boleh dapat diskaun RM60.
Kalau beli GC Plus dah boleh beli dengan harga RM30 je oi.
Nak buat apa peram point lama-lama, bukan boleh beli Range Rover pun dengan point tu.
Point tu pulak ada expiry, sayangnya kalau tak redeem.
Y.E.S berbaki 9 hari lagi.
Sempat lagi yang nak beli dengan harga Y.E.S.
Siapa yang beli PACKAGE DEAL, dapat something special.
KLIK SINI.